? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 24, 2009

::Untung jadi WANITA SOLEHAH::

Seronok jadi wanita solehah. Banyak kelebihan di sisi Allah.  Lelaki mana yang tak inginkan isteri yang solehah... Mat rempit kat jalan raya tu pun kalau ditanya nak isteri yang solehah... Kalau tak caya cubalah anda tanye dgn mereka...hehehe.

Perempuan pun begitu juga, nak lelaki yang soleh...bukan nama je "soleh"...hehehe. Memang itu sudah fitrah manusia...nak cari pasangan yg baik2 :) tapi diri sendiri...belum tentu soleh @ solehah ke tak kan.... termasuklah diri sy sendiri...




So, kalau nak dapat yg soleh @ solehah kena jadi dulu diri yang soleh @ solehah baru boleh dapat yg soleh @ solehah... Betul tak???

Sy bukan cerita tentang nak cari pasangan hidup...yg tadi tu cuma mukadimah...hehehe
Sy nak cerita tentang "wanita solehah"...

Untung jd wanita solehah sebb dia akn menjd CAHAYA bagi keluarganya & b'peranan melahirkan generasi dambaan ILAHI. Kat akhirat pulak Allah jadikannya bidadari syurga... Seronoknya...Tak dapat bayangkan..jadi bidadari, mesti cantik...Sesungguhnya tiada yg mustahil bagi Allah...

Kita ambil cth, SITI KHADIJAH... cth terbaik seorang isteri solehah di mana dia m'jd pententeram batin, pendukung setia dan penguat semangat suami dlm berjuang & beribadah kpd Allah. Beliau sanggup korbankan harta, kedudukan demi membela perjuangan suaminya iaitu Rasulullah s.a.w. Adakah anda juga sanggup seperti Siti Khadijah???

Firman Allah : "Hendaklah mereka menahan pandangan & memelihara farji (kemaluan)-nya ; yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuuat. Katakanlah kpd wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak daripadanya."

Ciri KHAS wanita solehah...
  • Mampu jaga pandangan
  • Taat kpd perintah Allah s.w.t & Rasulnya.
  • Make-up nya adalah basuhan air wudhu'
  • Lipstiknya hanya memperbanyakkan zikir kpd Allah s.w.t walau dimana berada.
  • Celak matanya, dia sentiasa memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  • Murah senyuman- senyuman yg kena pd tempatnya. Senyuman yg ikhlas & senyuman ibadah & tidak menimbulkan fitnah. Tidak diberikan senyuman kpd setiap lelaki yg dijumpainya akan diberikan senyuman yg manis.
  • Pintar dlm bergaul dgn sesiapa2 pun agar mampu menjauhkan dirinya drpd FITNAH dan godaan syaitan.
  • Selalu jaga akhlaknya- Cthnya memelihara sifat rasa malu. MAka dia kan jg setiap tutur kata dan tindak-tanduknya spy terjaga & terkawal...
  • Tidak penah rasa kecewa dan sakit hati sebab yakin kekecewaan adalah sebahagian kufur nikmat.



Maka sahabat2 ku...tak payah nak bazirkan duit kalau nak kelihatan cantik...amalkan petua diatas insyaAllah cantik.. Tp yg paling penting CANTIK di sisi ALLAH... betul tak???

Sememangnya wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya berupa iman akan diputar-belitkan oleh FITNAH dan juga GODAAN2 SYAITAN TERKUTUK... Dia juga sangat memperhatikan kualiti dlm setiap butiran kata2nya. Kalau tak caya, cubalah anda perhatikan, mana ada wanita solehah suka menjerit-jerit saat mendapatkan sesuatu kesenangan... MAlah sangat menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yg penuh makna dan bermutu tinggi... sebab ape ye???
Sebab...dia sedar benar2 bahawa kemuliaannya itu adalah bersumberkan drpd kemampuannya menjaga diri (iffah).

Sumber: http://anjangdahar.blogspot.com/2009/03/wanita-muslimah-mukminah-yang-solehah.html


Pesananku buat teman2 muslimahku sekalian...
Jika ingin menjadi wanita solehah, maka banyak2kanlah belajar dari lingkungan sekitar dan org2 yg soleh dan berilmu yg anda temui. Kutiplah ilmu daripada mrk. Bahkan anda mampu mencontohi isteri2 Rasulullah s.a.w seperti Siti Aisyah yg terkenal dgn kecerdasannya dlm berbagai bidang ilmu. Dia terkenal dgn kekuatan pemikirannya. Seorang isteri seperti beliau adalah seorang isteri yg mampu dijadikan gudang bagi suami dan anak-anak... REMEMBER THAT!!!





Jadi andalah wahai  wanita puteri2 Islam utk memilihnya...apakah akan menjadi tiang yang kuat atau tiang yg rapuh???



0 comments: