Salam perjuangan...post kali ni sy bagitau sikit tentang SEDEKAH...
Firman Allah SWT :
"Tidakkah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima sedekah?"
(Q.S At-Taubah: 104)
Sedekahlah selalu walaupun hanya seukir senyuman...Sedekah bukannya dr segi harta je teman2...tp dr segi tenaga, masa, dan lain2...Tp tulah kadang2 manusia terlalu sempit pemikirannya. Klu nak sedekah je, mesti dikaitkan dgn wang. Kena ade duit beribu-ribu baru nak sedekah.Sebenarnya Allah tak pandang semua tu, JUMLAH tidak penting tetapi KEIKHLASAN tu yg PENTING!!!Walaupun anda ikhlas menderma dgn hanya 10 sen atau 1 sen sekalipun klu anda niat krn Allah, insyaAllah disisi Allah sangat besar nilainya jika dibandingkan dgn kita menderma berjuta-juta tp tak ikhlas cuma nak dapat NAMA sahaja!
Sedarlah teman2...marilah kita semua amalkan amalan bersedekah. Contohnya klu kawan kita nak sambut bufday, kita nak sponser kek strawberry tu kira sedekah juga...Tak salah rasanya klu kita gembirakan hati sahabat kita dgn memberi kek kan???Tu pun dikira sedekah juga.Sahabat kita lagi suka...heheeh..Sahabat2 ku yg membaca ni jgn lupa yek bagi kek time bufday sy nanti...hehehe...
Ada dlm satu riwayat lagi mengatakan, "Sesungguhnya dgn sedekah menghindarkan tujuh puluh pintu (kemungkinan) mati dlm keadaan tidak diterima Allah."
Lihatlah betapa sayang AAllah kat kita klu kita sedekah...Sedekah tidak mengurangkan harta. Believe that!!!Malah akan menambahkan harta lagi.Ingatlah...kita hidup di dunia ni bukan lama. Sekejap je.Tiada yg paling bernilai disisi Allah melainkan amalan soleh yg kita bawa bile kita mati nanti. Kat sana tak de sape nak tolong.Nak hidup balik mane lah boleh!Allah hanya bagi peluang hidup hanya SEKALI! So marilah kita guna kesempatan ni sebaik-baiknya....Tambah2 lagi yg masih muda. Kadang2 sy geram jugak bile dengar ..."ala muda lagi rilekslah, perlu enjoy, dah tua nanti barulah nak buat amal"...Amboi...lancang betul mulut tu, dia ingat masa time muda tu Allah tak leh tarik nyawa dia! Ingat, kita mesti sentiasa bersedia utk INGAT MATI bukan TAKUT MATI!!!
Tambah2 lagi kita yg bakal menjadi guru, lagilah perlu banyak bersedekah, sedekah ilmu. Jangan kedekut ilmu dgn anak murid begitu juga dgn sahabat2.Ingat Allah boleh tarik bile2 je nikmat yg Allah beri kat kita sebb kita ni hanya PEMINJAM je...Hati kita akan tenang kllu kita bersedekah...Percayalah...KATAKAN "NAK" BERI SEDEKAH!!!
0 comments:
Post a Comment