Salam perjuangan...alhamdulilah Allah masih beri sy kesempatan utk menulis lagi. Mati untuk HIDUP??? Mesti teman2 tertanya2kan.Tak pe anda teruskan membaca.
Kadang2 kita selalu anggap yg MATI itu satu pengakhiran, the end...Tp salah sebenarnya!Sebab MATI merupakan SATU PERMULAAN...Kenapa pulak ye?? Sebb MATI merupakan satu permulaan kpd hidup yang tak mati-mati - alam akhirat. Umar Ibn Aziz ade mengatakan yg manusia ni diciptakan utk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yg hakiki...Teman2 hidup kita di dunia HANYA SEMENTARA.Tiada yg kekal abadi. Hanya amalan soleh kita yg dapat menentukan hidup kita BAHAGIA atau SENGSARA di sana nanti... Hidup didunia ni mcm tanaman utk tuaian pada hidup disana. Itulah tujuan hidup kita sebenarnya.
Hidup didunia bukan hanya sekadar suka2 dan tanpa arah tujuan! Sy kadang2 sedih melihat generasi muda yg selalu terbabit dgn gejala sosial mcm pergi disko, rempit, lepak waktu senja, jadi pelacur dan mcm2 lagi. Sebenarnya teman2 kita yg masih MUDA ni perlulah isi hidup kita dgn perkara yg lebih berfaedah mcm pergi majlis ilmu, beriadah, melancong bersama keluarga, buat amal jariah dan mcm2 lagi yg boleh menambahkan saham kita di sana... Percayalah hidup kita tidak lama. Bahasa yg lebh ringkas PENDEK UMUR! Tiap2 tahun apbila umur kita meningkat, kita semakin dekat dgn KEMATIAN, tu yg sy cakap pendek umur tu...
Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yg dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji...(hehehe petikan ayt bunga2 ni sy amik kate ustaz pahrol...)
Sebenarnya teman2 panjang dan pendek umur bukan pada kuantitinya tp pada KUALITINYA!!!Klu kita umur kita panjang, hidup sampai 100 tahun tp tak de benda atau amalan yg boleh meningkatkan saham kita di sana, tiadalah guna juga kita hidup kat didunia ni...Sia2 semata...Tp klu kita hidup hanya 45 tahun atau kurang daripada tu, tp amalan soleh kita banyak malah ibarat amalan soleh kita hidup seperti 100 tahun maka bermaknalah dan bahagialah hidup kita disana nanti.
Kursus Jenazah di IPGM Kampus Perlis anjuran PGPI
Conthny: Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi panjang ilmu dan abadi jasadnya. Imam Syafi'i, Imam Ghazali, tidk sempat pencen istilah org sekarang, namun kesan drpd perjuangan mereka melangkaui dekat dan abad...Itulah yg kita mahukan...
Marilah kita sama2 perbaiki diri, tingkat amalan supaya kita bahagia di sana nanti... Ni sy nak bagitau skit tentang PETUA NAK PANJANG UMUR...hehehe...sy ade terbaca dlm buku ustz Pahrol :
Harta boleh panjangkan umur-sedekah atau wakafkan,jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur...hubungan silaturrahim, panjanglah umur kita.Demikianlah maksud hadis.
Tambah2 kita yg nak jd CIKGU, lagilah boleh panjang umur, sebb ilmu yg kita sampaikan sekiranya digunakan oleh anak murid kita maka dapatlah pahala yg berterusan. Ingat, ilmu bukan hanya sekadar dlm subjek yg kita jar sahaja tetapi dari semua aspek seperti budi perkerti, agamanya, dan lain2. Jnganlah kita sempit fikiran kita klu bab2 agama biar ustaz ustzah je yg ajar.
Ingat, selagi kita bergelar org ISLAM, dakwah itu memang MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA...
0 comments:
Post a Comment