? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 14, 2009

Dia Tercipta Untukku...

DIA TERCIPTA UNTUKKU
Part I



Tentang Cinta...Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yg tiada bandingannya...

"Moga2 aku dijodohkan dengan pemuda yang baik, tahu layan aku, romantik, suka tolong aku buat kerja2 rumah, hehehhe...tapi tak tau bilakah akan muncul...Aku yakin suatu hari nanti putera idamanku pasti akan muncul...Kan ALLAH dah tetapkan segalanya...Ak perlu sabar...", kata Hidayah dalam hatinya setelah habis dibacanya buku pakar motivasi terkenal Pahrol Juoi.

"Dayah, macam mane dengan exam hari tu???boleh jawab?" tanya ummi Dayah kepadanya.

"Alhamdulilah ummi...boleh jawab. Ni semua berkat ummi dan abah yang tak habis2 bagi sokongan kat Dayah..." balas Hidayah dgn senyuman yang manis.

Hidayah merupakan pelajar lepasan SPM. Dia berasal daripada keluargan yang miskin tetapi kaya dengan pendidikan agamanya. Ayahnya hanya bekerja sebagai penoreh getah manakala umminya hanya menjual nasi lemak. Kadang kala pendapatan ummi dan abahnya tidak seberapa hinggakan adik-adiknya yang lain tidak bersekolah.

Namun, keluarganya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Langsung tidak mengeluh. Adakalanya mereka sekeluarga makan hanya sesuap nasi sehari. Namun, tidak mematahkan semangat mereka untuk terus hidup dengan rezeki yang ada. Ibubapanya hanya bergantung harap kepada Hidayah kerana dia sahaja yang menjadi harapan keluarga bagi mengubah nasib hidup keluarganya nanti. Ini kerana adik-beradik yang lain tidak bersekolah. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Cita-cita yang diidamkan selama ini. Guru ibarat lilin yg membakar diri...

Suatu hari, semasa Hidayah ingin menghantar nasi lemak ke warung Pak Mat pada waktu Subuh dlm lingkungan 6.15 pagi, tiba-tiba dia terlihat ada sebuah kereta BMW  yang remuk. Pasti ada berlaku kecelakaan. Hidayah bergegas menuju ke kereta berkenaan.

Ya Allah...terdapat  seorang pak cik dalam lingkungan umur 50-an mengalami kecederaan. Pakcik itu mengalami kecederaan di kepala dan kecederaan di kaki. Kakinya tersepit di bahagian hadapan.

Apa yang aku nak buat ni, mane ada orang pagi2 ni...Harap2 adelah orang lalu....
Dengan izin-Nya, Pak Mail yang baru selesai solat subuh dari surau di tegur oleh Hidayah.

"Pak Mail!!!berhenti kejap...Tolong saya...Saay tak tau nak buat mcm ne ni..." tercungap-cungap Hidayah memanggil Pak Mail. Lantas Pak Mail pun pergi mendapatkan bantuan orang kampung dan menelefon pihak hospital.

Di hospital...

Hidayah tidak habis2 mendoakan orang tua itu berada dalam keadaan yang selamat. Itulah Hidayah, walaupun dia tidak kenal siapa pak cik itu, dia tetap mendoakan  keselamatan saudara seislamnya.

Beberapa minit kemudian...

"Hidayah...pesakit hendak berjumpa dengan kamu...", panggil salah seorang nurse yang rendah sikit orangnya. Hidayah kehairanan.

"Kenapa aku pulak yang dia panggil...Sepatutnya panggillah ahli keluarganya. Agaknya, dia tak de sedara-mara kot... Tak pelah, ape salahnya aku jumpa pak cik tu, sedara seislam...." monolog  Hidayah dalam hati.

"Nak...siapa nama nak...," tanya pak cik itu.
Kepalanya habis dibalut dgn kain putih. Suaranya pun seakan-akan terputus-putus.Hidayah pun memberitahu namanya dengan nada yang lembut.

Pak cik panggil kamu Dayah boleh? Hidayah pun angguk tanda setuju.

Pak cik ade satu permintaan nak...Pak cik rasa hidup pak cik tidak lama. Hanya tinggal beberapa detik. Walaupun pak cik tidak kenal kamu, tapi pak cik tahu kamu anak yang baik. Tolonglah penuhi permintaan pak cik ini.... Pak cik tak tahu kenapa pak cik memilih kamu. Hati pak cik kuat mengatakan kamulah orang yang paling layak...

Hidayah berasa sangat hairan.  Oranng yg paling LAYAK??Kenapa aku yang dipilih???Kenapa aku???Apa yang harus ak lakukan??Adakah ak harus menolak permintaan pak cik ini??Ya ALLAH...bantulah ak...apa yg ak harus lakukan???

Namun, kaki Hidayah semacam tidak mahu berganjak dari wad itu. Kakinya mcm tidak bermaya utk berjalan. Malah, seakan terpaksa menunggu di situ untuk mengetahui permintaan pak cik itu.

"Pak cik berharap kamu kotakan janji ini, janji???Tolonglah nak...", kata pak cik itu dengan linangan air mata dan penuh berharap. Hidayah tiada jalan lain, selain menganggukkan sahaja kepalanya. Dia kasihan dan simpati melihat pak cik itu. Tidak sampai hatinya utk mengatakan "TIDAK".

"Baiklah pak cik, saya setuju dan akan kotakan janji... Apa dia permintaan pak cik???InsyaALLAH saya akan lakukan..." balas Hidayah dengan penuh yakin.

"Pak cik ingin kamu menikahi anak pak cik, Zairi Hafiz namanya. Sekiranya kamu dapat kotakan janji ini, pak cik akan memberi sebahagian harta pak cik kepada kamu, Hidayah...Tolonglah Hidayah... En.Ahmad akan uruskan segala-galanya. Sebarang masalah kamu adukan kepadanya. Dia akan bantu kamu," terang pak cik itu kepadanya dengan suara yang hampir2 tidak kedengaran sambil menunjukkan tangannya kpd lelaki tua lingkungan 40-an itu.

Terkejut Hidayah dibuatnya dengan kenyataan yang dibuat oleh pak cik itu. Belum sempat Hidayah ingin menolaknya, pak cik itu tercungap-cungap dan kelihatan sesak nafas. Kelihatan dadanya turun naik dengan pantas. Hidayah berlari mendapatkan doktor.


KAHWIN???Tidak!!!!
 Belum tiba masanya lagi!!!

"Pak cik mengucap banyak2...pak cik jangan buat saya mcm ni...," panik Hidayah dibuatnya. Tiba2 tidak keruan air matanya mengalir, mengalir kerana beban yang akan dipikulnya nanti... Pak cik itu telah meninggal dunia.

Tidak!!!Mana boleh aku menikah dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia bukan lelaki untukku... Tolonglah Ya Allah...Apakah ini ujian dari-Mu untuk mengujiku? Mampukah cinta berputik antara aku dengan lelaki itu. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini...

Hidayah terus berlari menuju billik surau. Mencapai kain telekung yang berlipat kemas di penjuru almari itu. Menghamparkan sejadah, menghadap Allah Yang Maha Penyayang.

Ya ALLAH...aku bermohon kepada-Mu, adakah aku sanggup terima ujian ini? Bolehkah aku bahagia sekiranya aku mengahwini lelaki yang aku tidak kenali? Bahagiakah aku seperti orang lain? Indahkah mahligai yang dibina nanti? Haruskah aku mengelak dari mengotakan janji ini...?Tolonglah Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku.... Sesungguh-Nya Kau lagi Mengasihi hamba-Mu...Ameen... Berlinangan air matanya entah yang keberapa kalinya...


Mengadu kepada yang SATU- Allahuakbar...

Tiada siapa yang ketahui perjanjian yang dibuat oleh Hidayah dengan aruwah pak cik itu kecuali En. Ahmad dan Ustazah Balqis. Bahkan keluarga Hidayah pun tidak tahu mengenai hal ini. Dia tidak mahu ummi dan abahnya risau.

Ustazah Balqis ini merupakan guru kelas Hidayah. Dialah yang banyak membantu Hidayah dalam menyelesaikan masalah dan memberi galakan kepadanya dalam mengharungi dugaan hidup. Ustazah Balqis tidak pernah jemu2 mendengar luahan hati Hidayah. Dia sudah menganggap Hidayah seperti keluarganya sendiri. Semasa menceritakan perjanjian ini kepada ustazahnya, air matanya tidak putus2 singgah di pipi. Sampaikan bengkak2 matanya.

                                                                                                                   
"Tolonglah ustazah, saya tak tahu nak buat bagaimana lagi. Kata-kata pak cik itu sentiasa bermain di fikiran saya. Hati saya tak tenang... Saya mahu sambung belajar lagi. Saya tak mahu kawin lagi. Saya tak bersedia, malah lelaki itu saya tak kenal langsung. Bagaimana saya nak bahagia???Dia bukan untuk saya...dan saya bukan untuk dia..." rintih Hidayah dengan tangisan sedu-sedan.

"Sabarlah Dayah....ustazah yakin ada hikmah disebalik ujian ini. Yakinlah pada pertolongan Allah. Allah takkan bagi sesuatu dugaan atau ujian yg tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Ingat, segala yg berlaku adalah ketentuan Allah. Allah bukan saja2 nak bagi ujian ini kat kamu. Percayalah.Mungkin jodoh kamu telah tiba pada usia awal begini....Ingat ada hikmah yang kamu tak tahu tp Allah tahu. Kalau kamu tak dapat apa yang kamu impikan tp kamu hargailah apa yg kamu dapat. Fikirkan keluarga kamu, Kadang2 pengorbanan itu perlu untuk membahagiakan orang lain...," terang Ustazah Balqis sambil menenangkan Hidayah yang dalam kebingungan dan kesedihan.


Pengorbanan buat keluarga yg tercinta...

Pengorbanan???Bahagiakan orang lain...?Keluargaku...Ya, tiba masanya utk aku berkorban. Mesti ada hikmah yang terjadi...Mungkin ada sinar kebahagian diakhir nanti yang aku tidak ketahuinya tetapi Allah mengetahui-Nya. Aku harus sabar... Mungkin telah tiba jodohku... Lagipun Allah telah makbulkan salah satu permintaanku... iaitu BERCINTA SELEPAS KAHWIN...
Tapi apakah hadir cinta itu???
Hidayah terus berteka-teki...

Adakah ada sinar kebahagian diakhir nanti??? Nantikan sambungan cerpen ini pada part II yang seterusnya... Pastikan anda mengikuti sambungannya...Janji tau!!!hehehe...Jgn marah tau sebb ade sambungannya...Sabar separuh dari iman...

0 comments: