Salam perjuangan...syukur
Bersangka-sangka??? Sy ada terbaca dlm satu power point yg sy download dr blog cahaya mukmin berkenaan dgn sangka2 ni... Tertarik dgn kata2 yg disampaikan...Jom kita kongsi sama2...
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik....
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah
disangka riak
Orang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak
disangka pelahap
Orang yang makan sikit
disangka kedekut
Orang baik
disangka buruk
Orang buruk
disangka baik
Orang senyum
disangka mengejek
Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong
Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria
disangka membela
Mana tahu
yang diam itu
kerana
berzikir kepada Allah
Mana tahu
yang senyum itu
kerana
bersedekah
Mana tahu
yang masam itu
kerana
mengenangkan dosa
Mana tahu
yang menawan itu
kerana
bersih hati dan mindanya
Mana tahu
yang ceria itu
kerana
cergas cerdasnya
INGAT....!!!
JAUHI sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...
Satu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
"Tegakkan ISLAM dalam diri kamu...nescaya ISLAM akan tertegak di atas bumi kamu"
-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna-Just be yourself..and Always TRUST to Allah...
0 comments:
Post a Comment