Sambungan DIA TERCIPTA UNTUKKU...
Part II
Teruskan pembacaan anda :)
Ummi, abah...maafkan anakandamu ini...Ya Allah maafkan aku kerana terpaksa membohongi kedua orang tuaku...Bukan niatku untuk berbohong...Ini semua kerana JANJI itu...Ya JANJI itu!!! Maafkan aku Ya Allah, sering aku menyalahkan-Mu atasa apa yang terjadi. Tapi aku bersyukur kerana dengan bantuan arwah pak cik itu, aku dapat menyekolahkan adik-adikku. Semoga adik-adikku berjaya dan menyambung hasrat keluargaku...Ya Allah sekiranya ini yang telah Kau tetapkan untukku, Aku redha menerimanya...Aku harap suatu hari nanti ummi dan abah akan faham...
Hidayah meninggalkan rumah atas alasan untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Padahal bukan itu tujuannya. Hanya Ustazah Balqis yang mengetahui niatnya ke Kuala Lumpur, suatu tempat yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Malah dia tidak pernah menyangka akan pergi ke tempat itu yang penuh dengan gejala sosial. Apakah dia dapat bahagia di sana nanti???
"Dayah...dalam empat hari lagi Zairie Hafiz akan pulang dari US. Pak cik akan mengambilnya di airport nanti. Pak cik harap kamu dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Pak cik tahu, usia muda seperti kamu agak sukar untuk melalui semua ini, tapi percayalah Allah memilih kamu sebab kamu adalah orang yang terpilih dikalangan yang yang dipilih," nasihat En. Ahmad yang segak dan kemas berbaju kot walaupun usianya mencecah 40-an.
"Baiklah pak cik...saya tak da sesiapa kat KL ni melainkan pak cik. Pak cik bantulah saya untuk biasakan hidup saya ni. Saya memang tidak menyangka yang saya hidup dalam keadaan yang seperti ini. Rumah besar, kereta mewah, ade orang gaji, ade syarikat besar dan macam2 lagi. Namun, saya tak pasti adakah ia akan membahagiakan saya???Malah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya tak kenal perwatakannya. Saya boleh terima seadanya. Tp... saya...saya takut sekiranya Abang Zairie yang tak dapat terima saya.... Saya takut perkahwinan saya nanti....".
Hidayah tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.. Tidak sanggup untuk diluahkan.Hanya takdir yang menentukan segalanya.
Hidayah...
Kerlipan cipta cintaku...
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan
Aku
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati...
Pada-Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat-Mu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku-lliku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
Untuk-Mu
Ku kembara setia di sisinya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naungan-Nya
Selamanya...
Malam semakin bertambah sunyi...Namun, Hidayah begitu asyik sekali Hidayah mendengar alunan lagu dari kumpulan Rabbani yang bermain di dalam corongan radio itu. Ia menggambarkan tentang cinta terhadap Pencipta diolah dengan baik. Seorang hamba begitu berharap akan rahmat Tuhannya berbanding yang lain. Hidup penuh ujian dan dugaan. Namun apa jua rintangan, tawakal dan redha tetap pada Tuhannya... Hebat!
Ya...semoga Zairie Hafiz ini seorang lelaki yang aku idamkan selama ini. Aku yakin Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya...
Tanpa berlengah Hidayah mengambil wudhuk untuk solat hajat, memanjatkan doa kepada Pencipta, Cinta Hakiki...
Empat hari sudah berlalu...
Kepulangan Zairie Hafiz ditunggu-tunggu oleh Hidayah. Siapakah dia? Bagaimanakah perwatakannya???Baikkah dia??? Adakah dia "putera idamanku"? Ya Allah...apa yanng aku fikirkan ni...Aku harus terima seadanya dia. Walaupun jahat sekalipun dia, aku akan cuba membimbingnya.
Adakah begini raut wajah Zairie Hafiz??Anda tentukan sendiri
Fikiran Hidayah tidak habis2 memikirkan Zairie Hafiz. Debaran hatinya semakin laju...Hatinya tidak keruan. Bagi menghilangkan debaran dihatinya, cepat2 dia berzikir bagi menenangkan hatinya. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... Itulah yang selalu dia lakukan sekiranya hatinya tidak tenang.
Pin!!!Pin!!! Bunyi hon kereta En. Ahmad telah kedengaran. Bergegas Hidayah menanggalkan telekung seusai melaksanakan perintah Allah, solat maghrib... Dicapainya tudung berwarna hitam bagi menutupi rambutnya, mahkota seorang wanita... Hidayah memang menitikberatkan penjagaan auratnya, walaupun dia seorang yang miskin tapi tidak dalam pendidikan agama. Dia kelihatan lebih manis hanya memakai tudung secara ringkas. Itulah cantiknya ciptaan Allah.
"Waalaikumsalam...sekejap encik..."balas pembantu rumah Hidayah, mak cik Minah.
Mak cik Minah sudah 10 tahun bekerja di rumah ini. Suaminya telah meninggal dunia sejak 5 tahun yang lalu. Sakit buah pinggang.
"Minah, bilik Zairie dah siap? Bawakan Zairi ke biliknya ye..." minta En. Ahmad.
"Baiklah encik...Mari tuan, saya bawakan ke bilik tuan," kata Mak Cik Minah dengan lembut.
"Mak Minah...tak payahlah nak bertuan-tuan dengan saya...Anggaplah saya seperti anak Mak Minah sendiri. Saya tak punya sesiapa lagi, melainkan pak cik Ahmad dan Mak Minah. Harta papa memang banyak ditinggalkan buat saya, tapi keadaan saya sekarang.... Semuanya tidak bernilai melainkan kasih sayang..." luah Zairi dengan nada yang sebak.
"Dah lah Zairie, perkara yang lepas biarlah berlalu...Tiada gunanya dikenang kembali. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Adangkala apa yang kita impikan tidak semua yang kita dapat, tapi Allah dah aturkan yang TERBAIK buat kita. Cuma kita je yang tak tahu...Sabarlah ye.."nasihat En. Ahmad kepada Zairie yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri.
Zairie terus dibawa oleh Mak Minah ke kamarnya. Kamarnya agak berjauhan dengan Hidayah. Sememangnya itulah permintaan Hidayah. Dia tidak mahu duduk bilik bersebelahan dengan Zairie selagi belum bergelar suaminya. Hidayah dan Zairie tidak tinggal berdua di rumah itu kerana Mak Minah turut tinggal didalam rumah itu termasuklah tukang kebun dan pemandu kereta. Maka tidaklah dipandang serong oleh jiran2 berdekatan.
"Mak Minah, Abang Zairie dah sampai? Saya tak nampak pun dia..."tanya Hidayah dengan nada yang sedikit perlahan.
"Aik...takkan tak sabar2 nak jumpa bakal suami kot...Usia je muda, tapi tak sabar2 jugak nak kahwin...Hidayah..Hidayah..." kata Mak Minah dengan senyuman meleret.
"Hish...Mak Minah ni ke situ pulak perginya. Mana ade...saya takut. Saya macam nak lari dan tak nak jumpa dengan Abang Zairi tu. Malu pun ade. Dahlah saya ni tak pernah bergaul dengan lelaki, kalau bercakap pun kalau terpaksa je. Nak sembang2...rasanya tak terkeluar ayat kot...Tambah2 usia saya yang masih muda ni. Sepatutnya, belum tiba masanya untuk saya berkahwin. Tambah2 Abang Zairi bukan lelaki idaman saya...Dia bukan untuk saya...Manalah tau dia dah ade buah hati...," terang Hidayah panjang lebar sambil memotong buah epal hijau itu.
"Tak baik Hidayah cakap macam itu. Bila Hidayah dah jumpa dia nanti, Mak Minah yakin, Hidayah pasti jatuh hati kat dia, walaupun Hidayah masih muda lagi...Ingat pesan Mak Minah ni, Allah sudah mengaturkan yang terbaik buat Hidayah...Percayalah Hidayah...," balas Mak Minah.
"Itulah yang Dayah pegang selama ini Mak Minah...Allah sudah mengatur yang TERBAIK buat saya. InsyaALLAH saya akan lawan godaan syaitan daripada berfikir yang bukan2...Lagipun saya bersyukur sebab adik-adik saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah. Arwah pak cik yang membantu saya, walaupun saya hanya kenal pak cik melalui kemalangan itu. Dan sekarang.... dia percaya kat saya untuk saya kotakan janjinya...Tak pelah Mak Minah, hari dah larut malam ni, kita sembang esok ye. Mata saya dah ngantuk. Ingatkan dapat jumpa Abang Zairi. Saya akan setia menunggu hari esok. Itupun sekiranya ade hari esok untuk saya..." kata Hidayah sambil memeluk Mak Minah.
"Dayah ni...sampai ke situ pulak perginya. Dahlah, layan kamu ni memang dah ke mana-mana Mak Minah. Pergilah tido. Baca doa dulu sebelum tido tu, "pesan Mak Minah.
"Baiklah Mak Minah...akan Hidayah turutkan..."kata Hidayah dengan senyuman yang manis.
Keesokan harinya...
Terdengar satu alunan suara membaca Al-Quran...
Merdunya suara tu, siapakah gerangan yang membacanya kalam-Mu itu Ya Allah...? Siapakah hamba-Mu itu Ya Allah??? Alangkah bagusnya sekiranya aku dapat...
Kata-kata Zairie hanya berhenti di situ. Noktah. Dia terus menghala ke bilik air untuk mengambil air wudhuk memandangkan waktu Subuh telah tiba. Langkahnya diatur dengan kemas dan berhati-hati. Dibentangkan sejadah menghadap Pencipta Yang Maha Penyayang. Allahuakbar....
"Mak Minah nak masak ape hari ni? Dayah nak tolong bleh? Boringlah tak buat ape2...Asyik duduk saje. Masa Dayah kat rumah dulu mana ada Dayah duduk saje ni, pagi2 dah kena pergi hantar nasi lemak. Lepas tu pergi sekolah, lepas tu....,"kata-kata Dayah tiba2 terhenti apabila ade orang memanggil nama Mak Minah.
"Mak Minah...Mak Minah, kat mane?" panggil Zairie menuruni tangga.
Sementara Hidayah dilanda kehairan kedengaran suara lelaki. Mungkin....Degupan jantungnya berdegup kencang lagi... Alunan zikir disebut didalam hatinya...
"Mak Minah kat dapur ni. Tengah siapkan sarapan. Zairie pergilah bersiar-siar dulu kat luar dulu. Hirup udara segar kat Malaysia ni. Nanti Mak Minah panggil kalau dah siap ye..", balas Mak Minah.
Zairie hanya menuruti sahaja kata Mak Minah. Dia menuju ke kolam ikan arwah papanya. Terdengar bunyi pacutan air terjun yang dibina bersama papanya dulu. Teringat kenangan bersama papanya dulu. Terasa rindu menyelubungi diri. Rindu terhadap papa...
Papa...kenapa papa tinggalkan Arie?? Kenapa sekarang di saat Arie memerlukan sokongan dari papa, papa tiada di sisi Airie...? Macam mane Airi nak teruskan hidup ini... Arie tak sanggup nak pikul beban ni sorang2...Papa...papa...
Berlinangan air mata Zairie...
Aku besyukur Ya Allah kerana mataku ini masih boleh menitiskan air mata...
Tiba-tiba...
"Dayah...pergi panggil Abang Zairie kamu tu. Panggil dia sarapan."minta Mak Minah.
Dayah dengan reaksi terkejutnya apabila Mak Minah memintanya memanggil Abang Zairie.
Tidak, aku tak bersedia nak bersemuka dengan dia. Dia tu umurnya 25 tahun. Macam mane aku nak mulakan bicara. Aku tak biasa. Sedangkan kawan2 lelaki kawan aku yang sama baya denganku pun aku jarang cakap ini kan pula Abang Zairie yang umurnya jauh beza dengan aku. Tidak...Aku perlu cari alasan...
"Mak Minah panggillah...Dayah nak pergi tandas ni. Sakit perut. Tiba-tiba pulak perut ni meragam...Bolehlah Mak Minah..." pujuk Hidayah dengan suara yang manja...
Namun, Mak Minah tahu Hidayah sengaja mencari alasan. Tidak mahu menemui Zairie. Tapi sampai bila??? Lagipun tinggal lagi seminggu dia kan dikahwinkan dengan Zairie. Masa inilah dia perlu mengenal siapakah Zairie sebenarnya. Mak Minah tetap bertegas menyuruh Hidayah memanggil Zairie. Hidayah dengan berat hati untuk memanggil Zairie. Namun dia terpaksa kerana alasan yang direka tidak mengena.
"Mak Minah ni...macam tau2 je aku tipu dia..," rungut Hidayah dalam hati.
Cepat2 Hidayah beristighfar kerana niatnya menipu Mak Minah tadi.
Mana pulak Abang Zairie ni???Kata Mak Minah ade kat taman ni. Tak de pun... Dahlah aku malu nak jumpa dia, ni pulak nak kena cari dia lagi...Ishh...
Puas Hidayah mencarinya...Tiba2 dia terdengar orang memanggil Mak Minah sekali lagi. Bergegas dia berlari menuju ke satu suara itu. Alangkah terkejutnya Hidayah apabila dia terlihat ada seorang hamba Allah ini boleh terjatuh dalam kolam ikan.
Macam mane mamat ni boleh masuk dalam kolam ikan ni pulak. Tak nampak ke mata dia. Kolam yang ni punya besar pun dia tak nampak. Musykil aku dibuatnya...Macam mane aku nak tolong ni. Nak panggil Mak Minah, dia kat bilik air pulak. Manakala yang lain semuanya tak de. Takkan aku pun kena masuk dalam kolam itu. Pandai2lah dia keluar sendiri...Mungkin dia ni...
Namun, sejak tadi Hidayah memerhatikan gelagat pemuda itu. Namun, tak juga berjaya untuk cuba naik daripada kolam itu. Malah, macam cuba mencari sesuatu. Hidayah tidak akan membantu pemuda itu. Apa taknya takut diambil kesempatan oleh pemuda itu.
"Sahaja buat2 butalah tu...Jangan harap aku nak bantu..." rungut Hidayah dan bertegas dengan prinsipnya iaitu takkan sentuh lelaki yang bukan muhrimnya, HARAM!!!
Namun, terbit rasa kasihan dalam diri...
Tiba2 ade satu idea yang terbit dalam kotak fikirannya...
Ya... bendalah yang akan bantu aku.. Alhamdulilah...Thanz to Allah
Hidayah bergegas mendapat kayu itu dan dihulurkan kepada pemuda itu. Akhirnya, dapat juga pemuda itu keluar daripada kolam ikan itu. Habis basah baju pemuda itu termasuklah Hidayah sekali.
"Awak ni dalam banyak2 bilik air kat rumah ni dah tak de bllik air ke untuk mandi???Buta ke ape awak ni?? Sajelah tu nak suruh saya cuba selamatkan awak... Tengok sekarang!!!Habis basah baju saya..." marah Hidayah kepada pemuda itu.
Zairie rasa sedikit terkejut dengan kenyataan itu.
"Ini bukan suara Mak Minah. Takkanlah dia ni tak tau aku ni buta???Kalau aku boleh melihat dah lama aku boleh keluar dari kolam ikan tu...Lantang betul perempuan itu berbicara... Geram betul aku dibuatnya," rungut Zairie dalam hati dan sabar dengan kata2 yang dilontarkan oleh gadis itu.
Tapi siapakah gadis ini??? Zairie berteka-teki dalam diri dengan seribu persoalan...
Apakah betul jangkaan Hidayah tentang pemuda itu??? Apakah hubungan mereka akan terjalin dengan baik sebelum hari pernikahan mereka nanti???Nantikan bersama sinarankasih.... JANJI TAU :)
Part III (EPISOD AKHIR) akan di postkan nanti. So, harap teman2 dapat bersabar yer...
SABAR SEPARUH DRPD IMAN...
ALLAH SUKA DENGAN ORANG YANG BERSABAR :)