? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 24, 2009

::Untung jadi WANITA SOLEHAH::

Seronok jadi wanita solehah. Banyak kelebihan di sisi Allah.  Lelaki mana yang tak inginkan isteri yang solehah... Mat rempit kat jalan raya tu pun kalau ditanya nak isteri yang solehah... Kalau tak caya cubalah anda tanye dgn mereka...hehehe.

Perempuan pun begitu juga, nak lelaki yang soleh...bukan nama je "soleh"...hehehe. Memang itu sudah fitrah manusia...nak cari pasangan yg baik2 :) tapi diri sendiri...belum tentu soleh @ solehah ke tak kan.... termasuklah diri sy sendiri...




So, kalau nak dapat yg soleh @ solehah kena jadi dulu diri yang soleh @ solehah baru boleh dapat yg soleh @ solehah... Betul tak???

Sy bukan cerita tentang nak cari pasangan hidup...yg tadi tu cuma mukadimah...hehehe
Sy nak cerita tentang "wanita solehah"...

Untung jd wanita solehah sebb dia akn menjd CAHAYA bagi keluarganya & b'peranan melahirkan generasi dambaan ILAHI. Kat akhirat pulak Allah jadikannya bidadari syurga... Seronoknya...Tak dapat bayangkan..jadi bidadari, mesti cantik...Sesungguhnya tiada yg mustahil bagi Allah...

Kita ambil cth, SITI KHADIJAH... cth terbaik seorang isteri solehah di mana dia m'jd pententeram batin, pendukung setia dan penguat semangat suami dlm berjuang & beribadah kpd Allah. Beliau sanggup korbankan harta, kedudukan demi membela perjuangan suaminya iaitu Rasulullah s.a.w. Adakah anda juga sanggup seperti Siti Khadijah???

Firman Allah : "Hendaklah mereka menahan pandangan & memelihara farji (kemaluan)-nya ; yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuuat. Katakanlah kpd wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak daripadanya."

Ciri KHAS wanita solehah...
  • Mampu jaga pandangan
  • Taat kpd perintah Allah s.w.t & Rasulnya.
  • Make-up nya adalah basuhan air wudhu'
  • Lipstiknya hanya memperbanyakkan zikir kpd Allah s.w.t walau dimana berada.
  • Celak matanya, dia sentiasa memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  • Murah senyuman- senyuman yg kena pd tempatnya. Senyuman yg ikhlas & senyuman ibadah & tidak menimbulkan fitnah. Tidak diberikan senyuman kpd setiap lelaki yg dijumpainya akan diberikan senyuman yg manis.
  • Pintar dlm bergaul dgn sesiapa2 pun agar mampu menjauhkan dirinya drpd FITNAH dan godaan syaitan.
  • Selalu jaga akhlaknya- Cthnya memelihara sifat rasa malu. MAka dia kan jg setiap tutur kata dan tindak-tanduknya spy terjaga & terkawal...
  • Tidak penah rasa kecewa dan sakit hati sebab yakin kekecewaan adalah sebahagian kufur nikmat.



Maka sahabat2 ku...tak payah nak bazirkan duit kalau nak kelihatan cantik...amalkan petua diatas insyaAllah cantik.. Tp yg paling penting CANTIK di sisi ALLAH... betul tak???

Sememangnya wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya berupa iman akan diputar-belitkan oleh FITNAH dan juga GODAAN2 SYAITAN TERKUTUK... Dia juga sangat memperhatikan kualiti dlm setiap butiran kata2nya. Kalau tak caya, cubalah anda perhatikan, mana ada wanita solehah suka menjerit-jerit saat mendapatkan sesuatu kesenangan... MAlah sangat menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yg penuh makna dan bermutu tinggi... sebab ape ye???
Sebab...dia sedar benar2 bahawa kemuliaannya itu adalah bersumberkan drpd kemampuannya menjaga diri (iffah).

Sumber: http://anjangdahar.blogspot.com/2009/03/wanita-muslimah-mukminah-yang-solehah.html


Pesananku buat teman2 muslimahku sekalian...
Jika ingin menjadi wanita solehah, maka banyak2kanlah belajar dari lingkungan sekitar dan org2 yg soleh dan berilmu yg anda temui. Kutiplah ilmu daripada mrk. Bahkan anda mampu mencontohi isteri2 Rasulullah s.a.w seperti Siti Aisyah yg terkenal dgn kecerdasannya dlm berbagai bidang ilmu. Dia terkenal dgn kekuatan pemikirannya. Seorang isteri seperti beliau adalah seorang isteri yg mampu dijadikan gudang bagi suami dan anak-anak... REMEMBER THAT!!!





Jadi andalah wahai  wanita puteri2 Islam utk memilihnya...apakah akan menjadi tiang yang kuat atau tiang yg rapuh???



:.BerSaNGka-saNgka???:.

 Salam perjuangan...syukur




Bersangka-sangka??? Sy ada terbaca dlm satu power point yg sy download dr blog cahaya mukmin berkenaan dgn sangka2 ni... Tertarik dgn kata2 yg disampaikan...Jom kita kongsi sama2...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik....
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah
disangka riak
Orang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak
disangka pelahap
Orang yang makan sikit
disangka kedekut

Orang baik
disangka buruk
Orang buruk
disangka baik
Orang senyum
disangka mengejek
Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong
Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria
disangka membela

Mana tahu
yang diam itu
kerana
berzikir kepada Allah

Mana tahu
yang senyum itu
kerana
bersedekah

Mana tahu
yang masam itu
kerana
mengenangkan dosa

Mana tahu
yang menawan itu
kerana
bersih hati dan mindanya

Mana tahu
yang ceria itu
kerana
cergas cerdasnya



INGAT....!!!

JAUHI sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

"Tegakkan ISLAM dalam diri kamu...nescaya ISLAM  akan tertegak di atas bumi kamu"
-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna-

Just be yourself..and Always TRUST to Allah...






Wednesday, December 23, 2009

Warkah buat SahAbaTku...

Salam perjuangan...
Alhamdulilah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi. Kuliah saya pun akan bermula tak lama lagi. Maka kembalilah saya ke negeri kedua saya semula....PERLIS...rindu pulak kwn2 kat maktab :)

Kali ni sy nak share tentang penemuan saya dengan sahabat2 sy masa kitaorang zaman2 awal remaja dulu...time sek menengah (Er & Mas) yang lain2 tak dapat jumpa sebab ade hal masing2...sedih betul. huhuhu... Tapi tak pe dapat jumpa mas & er pun saya syukur....Alhamdulilah kami diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa. Time cuti2 ni baru kami dapat jumpa... Rindu betul kat diaorang...

Ini sebahagian sahabat saya... SEmOga iKAtan PeRsAHAbatan Kita MenDapat kereDhaan dari-Nya...



Mas & Er




 Sweet MemorIes...




Semoga Mas dapat beli keta sendiri, boleh saya tumpang selalu :)




Er...semoga berbahagia hingga.....hehehe

Sahabat2ku yang tidak disiarkan gambarnya, harap maaf...sebab gambar kalian tidak ade dlm simpanan saya, pendrive sy rosak pulak hari tu...Lain kali sy postkan...hehehe. Kalau senang2 sendlah gambar  kalian kat sy...

Ini pesanan ikhlas sy buat sahabat sy yang sedang bercinta...Sy tahu ramai yang sedang dilamun....Memang dah FITRAH manusia...Tp ingat jangan biarkan fitrah itu menjadi FITNAH... tidak bagus utk kesihatan...hehehehe
Sy terpanggil utk memberi kata2 mutiara ini khas utk anda...
Hayati tau...

Cinta yang suci mesti dipelihara & dilindungi. Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan  mempermainkan-Nya. Apakah maksud mempermainkan cinta??? Cinta dipermainkan ialah cinta yg tidak setia, cinta bersalut nafsu, cinta yang tiada matlamat dan tujuan suci dan tinggi (melainkan matlamat2 yg bersifat duniawi dan martabat rendah). Habis manis sepah dibuang. Ketika itu cinta sudah tidak suci lagi...(dipetik dalam buku tentang cinta)




Jadikan cinta anda itu sesuci-suci yang mungkin...Binalah cinta atas dasar kerana CINTAKAN ALLAH. Pasti bahagia hingga akhir hayat :)
 
Saya harap sahabat2 faham isi2 tersirat di sebalik kata2 mutiara tu....

Ade kwn2 sy yg still study, kerja dan ade jugak yang masih mencari kerja... Ape2 pun sy nak ucapkan ALL THE BEST!!!
SemoGa tERcApAI iMPiAN anDA semua.... dan apa yang paling penting!!!

Selalulah berdoa kepada yang MEMBERI NIKMAT supaya IMPIAN sahabat2 kalian tercapai... Tidak kiralah ape pun IMPIAN kalian, dengan izin-Nya, insyaALLAH pasti IMPIAN menjadi REALITI...
Tapi INGAT!!!
Biarlah impian tu yang baik2...bukan sebaliknya...

Kepada sahabat2 yang mengenali diriku ini....
Sy ucapkan terima kasih banyak2 kerana sanggup berkawan denganku....
Mas, Er, Ross, Eg, Hasyim, Zahir, Eca, Daus, Shima dan sahabt2 lain yang time sekolah menengah ke, rendah atau pun tadika, sy ucapkan SYUKRAN JAZILAN....

Kepada sahabat2 blog sy yang setia bersama sinarankasih, terima kasih kerana menyokong sy dan sudi berkunjung ke blog yang serba kekurangan ini...Semoga ikatan ukhwah kita diredhai oleh-Nya...



Nanti kalau free kita jumpa lagi :) Kalau nak kahwin jangan lupa kirim kad  :) hehehe...


Tuesday, December 22, 2009

JoM cUbA!!!

Salam perjuangan...bertemu lagi di sinarankasih. Post kali ni sy nak jadi chef sekejap.hehehe... Saya baru try resepi ni semalam. Alhamdulilah, jadi dan senang dibuat... apa yang penting SAVE TIME!!!hehehe... Ia memang sesuai utk peringkat umur tapi yang paling syok sekali kanak-kanaklah...sebab resepi ni penuh dengan warna-warni.... dapat menarik perhatian kanak-kanak...Kalau sedap...lagilah kanak-kanak suka...hehehe

Sape2 yang tak pandai masak tak kiralah lelaki atau pun perempuan boleh cuba :) Senang sajo...hehehe
Resepi yang saya nak share ialah...

PUDING CITRAWARNA





Nama ni saya yang reka...hehehe...
Bahan-bahannya:

  1. 1 bungkus pek puding yang jenama NONA- pek ni ade jual kat pasar raya. Ada mcm2 perisa,cthnya mango, honey dew. So anda boleh pilih kegemaran anda. Kiranya mcm pek puding segera. Semuanya dah ada dlm tu.hehehehe...
  2. Buah peach - dlm tin ade, klu anda ade ladang kebun buah peach anda petik je kat ladang anda tu...hehehe. Saya guna yang ade dalam tin...yelah sy tak de ladangnya...
  3. Jelly- jelly yang kanak-kanak suka makan tu, dalam plastik yang kecik2 tu...Masa anda zaman kanak-kanak anda suka makan...Takkan anda dah lupa...?
  4. Strawberry : sy guna mak saya punya strawberry time gi cameron highlands...heheeh...
Cara-caranya:
  1. Anda masukkan pek segera puding NONA tu dalam periuk. Ikut je cara2 nak buatnya di bahagian kotak. Kat situ ade tulis sukatan air dan cara-cara nak buat. Ikut je yek...
  2. Lepas dah mendidih, anda biarkan dalam 10 minit...bagi sejuk skit.
  3. Masukkan puding segera yang dah sejuk tu ke dalam bekas anda. Terpulang kepada anda nak letak dalam bekas ape2 pun...
  4. Sebelum tu, anda kena letakkan buah peach dan jelly tu kat dalam bekas anda sebelum meletakkan  cecair puding tu....Lepas tu baru letak cecair puding tu.
  5. Semestinya, diletakkan dalam peti ais...Baru sedap nak dimakan time sejuk...hehehe...
-sELaMAt MenCuba-

Nanti sy akan share dengan anda resepi2 yang lain ye...
Tunggu TAu & SETia bersama sinarankasih....

Saturday, December 19, 2009

Kasih yang TIADA GANTINYA...

Salam perjuangan...post kali ni nak share tentang kasih... Sy yakin anda sendiri tahu definisi kasih. Tapi kasih kali ni...TIADA GANTINYA...

Iaitu...KASIHKAN IBUBAPA :)

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab anak utk menjaga ibu bapa...Sebagai anak, kita perlu lindung mereka, sayangi mereka, patuh arahan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama... ade jugak saya dengar ayat ni, IBUBAPA boleh jaga 9 orang anak...TP anak-anak TIDAK PANDAI JAGA IBUBAPANYA....

Kadang2 sedih juga, terutamanya ibubapa yang diletakkan di rumah orang tua...Inikah balasan anak2 terhadap ibubapa mereka???? Si ibu telah mengandungkan 9 bulan, Si ayah tanpa mengira penat dan lelah mencari rezki....TETAPI si anak???? Apakah jasa anda kepada ibubapa anda????Fikirlah sendiri...

Alhamdulilah, saya dikurniakan ibu bapa yang sangat memahami saya :) Semoga ibu & ayah sihat selalu dan family kita bahagia bersama.... tidak lupa juga kepada teman2 yang singgah di blog ini...

Jasa mereka kepada saya SANGAT TINGGI NILAINYA, apa yang saya nak semuanya diberi...tsaya yakin ibubapa anda pun begitukan???? tambah2 elaun tgh nazak hujung2 sem ni, nak bli apa tak cukup duit...hehehe...nak kerja, ibu saya pula tak bagi so jaga rumahlah...itulah kan betapa ibu tak nak anak dia susah...yelah penat bekerja...Kadangkala saya malu juga nak minta itu dan ini especially yang begitu mendesak saya utk guna duit kat ibubapa saya...yelah sebagai orang anak ade juga perasaan kasihan kat ibubapa...

Cuba anda bayangkan, ibubapa sanggup korbankan keperluan mereka demi anak-anak mereka :)... Tapi yang anak2 pulak??? Sanggup tak??? JAWAPANNYA TERLETAK PADA ANDA...

Ini kerana ibubapa mempunya sikap MEMBERI...berikan segala2 demi anak yang mereka cintai. Cuma anak2 je tak tahu...kadang2 termasuklah saya sendiri...


MY MOM & DAD

Saya kadang2 ade jugak terfikir, contohnya kenapa ibu ayah saya tak bagi pergi keluar sama2 rakan saya???Macam pergi KL ke, lepak2 tengok wayang kat Klang ke... atau nak gi mandi-manda air terjun bersama rakan ke... Ibu ayah saya memang susah nak benarkan saya pergi especially my mom...sangat risau kalau saya nak keluar mane2... terutama KL... Tu sebab ada kawan saya cakap, duk selangor tapi gi sini pun tak pernah...(sekitar KL...) Mana taknya ke mana2 yang saya nak pergi mesti bersama family...demi melindungi saya, tambah2 im the GIRL... kalau lelaki tak pe kot nak gi mane2...

Ingatlah sahabat2 walau macam mane pun ibu bapa kita, baik ke jahat ke...terimalah mereka seadanya, sayangi mereka, lindungi mereka kerana KASIH MEREKA TIADA GANTINYA....


Jangan pulak kita mneyesal dikemudian hari kerana tidak berpeluang berbakti kepada ibubapa kita sendiri...
Bersahala untuk jadi anak yang soleh dan solehah :)
Ya ALLAH..
Kau ampunilah dosa kedua2 orang tuaku...
kasihilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sejak kecil...
Ameen...

-I LUV U MOM & DAD-

JoM budayakan TEGUR-MENEGUR BERHIKMAH...

Salam perjuangan...alhamdulilah sy diberi kesempatan utk update blog ni.Biaselah family sy ni klu cuti2 kami suka berjalan-jalan...hehehe. nak luaskan pemikiran...betul tak???Oklah kita pergi kepada topik kita pada kali ni....
PERHATIAN!!! : TERUSKAN PEMBACAAN ANDA...

Post kali tentang TEGUR-MENEGUR.

 "Tak naklah....Awak pergilah tegur dia. Saya malas, lagipun sy tak layak nak tegur dia...Sy pun banyak lagi kelemahan diri...Awaklah...awakkan orang surau..hehehe.."

"Biarlah dia...nanti dia sedarlah tu...Dia bukannya budak2, dah besar umur pun dah 20 tahun...Tahulah dia pikir sendiri...Tak payah kita nak masuk campur..."

"Ala...awak tu pun bukan baik sangat!!!Cakap je pandai!!! Nasihat orang pandai, cuba tengok diri tu skit...Ada hati nak nasihatkan orang..."

Pernah tak anda dengar kenyataan diatas??? Sememangnya ini pengalaman saya sendiri. Bingit rasa telinga ni apabila dengar kenyataan seperti di atas... Rasa geram je...tapi SABAR dulu, kalau nak balas pun kena fikir sekejap nak balas ape kat orang tu...hehehe, berfikir sebelum bercakap :)

AMALKAN TEGUR SECARA BERHIKMAH, baru orang boleh menerima teguran kita :)
betul tak???



Nak budayakan sikap TEGUR-MENEGUR ni cukup payah. Tapi kalau bab2 nak mengutuk, membidas orang, nak mengumpat cukup senang...lantang je mulut ni nak berbicarakan???betul tak teman2???

Adangkala saya nak tegur orang ni pun takut juga, takut terasa...terumpamanya kalau perempuan,
Kalau nak tegur yang perkara dia buat tu salah, ade je kenyataan pedas, yang hangat akan dibalas...kadang2 sakit juga telinga ni. Apa YANG PENTING,tanggungjawab kita MENEGUR tu adalah krn ALLAH. Nanti tak dia salahkan kita kat akhirat nanti kenapa tak tegur dia masa kat dunia... Ada yang baik dalam  menerima teguran tu baguslah, TERUSKAN SIKAP ANDA!!! Tahniah kerana ANDA SEORANG YG BERLAPANG DADA :)

MENGAPA???



Sebab dari situ anda dapat tahu kelemahan anda, so dapatlah anda perelokkan lagi kelakuan anda dan perbetulkan kesalahan anda. Manusia ni memang tak nampak apa yang dibuat tu salah, tp orang lain boleh lihat. Itulah sebabnya ALLAH ciptakan manusia ni banyak, boleh saling tegur-menegur antar satu sama lain. So, kita dapat tahu banyak kelemahan kita daripada teguran2 yang membina dari org2 sekeliling kita, cthnya SAHABAT & FAMILY...

Memang kadang2 kita rasa diri kita ni tak layak nak tegur orang, sebab kita ni banyak kelemahan diri, tambah2 lagi bukan ustaz atau ustazah lagilah.... Ingat jangan letakkan tangungjawab tegur-menegur ni hanya ustaz & ustazah, selagi kita bergelar orang ISLAM, KITA WAJIB MENGAJAK ORANG LAIN UTK BERBUAT KEBAIKAN :) Ingat!!!

Ada sahabat saya cakap : " Rasa tak layak tu memang perlu ada dalam diri sebagai tanda merendah diri. Manusiakan tak sempurna, KECUALI ALLAH...So, tak sepatutnya kita elakkan diri daripada TARBIAH...

Contohnya: Kita ada seorang kawan (Si A namanya) yang pakaiannya agak seksi,kebetulan time tu dia pakai baju sopan and then dia tegur Si B "Baju t-shirt ko tu ketatlah, pakailah elok skit. Apelah perempuan pakai macam ni...! Kate orang surau, tapi  pakai baju ketat jugak...".

Padahal. time tu Si B ade kat dalam bilik je sesama perempuan, pakai baju mcm tu rasanya tak salah...melainkan kalau ade lelaki yang bukan muhrim...


Inilah yang terjadinya TEGUR TAK KENA TEMPAT...yang sepatutnya TAK SALAH, dia kata salah, yang SALAH dia kata BETUL...

SEMEMANGNYA MANUSIA TIDAK SEMPURNA... Apa-apa pun saya nak tekankan sekali lagi, kita mesti ada keberanian utk TEGUR, ini tanda kita sayang kat dia. Kita nak masuk syurga bukan sorang2 tapi nak sama2... Tak kiralah macam mane pun perangainya, sekiranya ade teguran mengenai diri kita, sekiranya kita memang betul2 salah, maka TERIMALAH DGN HATI TERBUKA...& ucapkanlah TERIMA KASIH kat Allah sebab  masih sayang kan kita melalui teguran2 dari org2 sekeliling...

Ya ALLAH...
Berikan keberanianku utk memperjuangkan agamamu....
Ameen..

-YANG HARAM TETAP HARAM, TIADA APA YANG BOLEH MENGUBAHNYA!!!-

-JOM BUDAYAKAN TEGUR-MENEGUR SECARA BERHIKMAH-



anda BERANI???

Thursday, December 17, 2009

Tautkan UKHWAH KASIH antara KAMI...

Salam MAAL HIJRAH 1431H...


Terima kasih kerana anda setia bersama sinarankasih...Alhamdulilah, akhirnya telah siap cerpen saya yg pertama : Dia TERCIPTA untukku...harap dapat memberi sedikit kesan positif terhadap anda.


Alhamdulilah juga kerana kita diberi kesempatan oleh Allah menghirup udara malah masih berkesempatan untuk menyambut maal HIJRAH 1431H. Tapi nikmat yang paling utama ialah ISLAM & IMAN...

Tema maal hijrah pada kali ini ialah "MEMANTAPKAN UKHWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH". Begitu dalam makna yang tersirat mengenai tema ini. Cuba anda hayati baik2 ye :)



Adakah wujud ukhwah yang baik antara kita???
Baikkah hubungan kita dengan orang sekeliling kita???Dengan keluarga, sahabat, jiran, mahupun dengan masyarakat...



Jalinkan ukhwah yang mantap antara kita....elakkan daripada berpecah belah. Kalau ade selisih faham tu cuma perkara biasa. Cubalah cari titik pertemuan untuk menjernihkan kembali ukhwah sesama kita...

Tapi yang PALING PENTING...!!!

Jalinkan HUBUNGAN ALLAH dulu dengan BAIK, CINTAKAN DIA...
barulah boleh jalinkan hubungan yang baik sesama manusia...BETUL TAK???


Saya sendiri pun kadang2 ade salah faham dengan sahabat2 malah dengan orang sekeliling saya. Biasalah manusia tidak lari dari buat kesilapan. Kadang2 tak dapat kawal mulut, perasaan marah menguasai diri...-SORRY KEPADA FAMILY & TEMAN2 SAYA KLU ADE SAYA BUAT SALAH-

Tapi cubalah kita kembali kepada ALLAH...InsyaAllah kita mampu untuk membentuk silaturrahim yang baik antara kita...Tambah2 lagi kita yang bakal bergelar GURU...perlu jadi role-model yang baik....Betul tak kawan2ku???hehehe :)


Kawan2  nak tau tak antara teknik dalam memupuk ukhwah???
  • Banyakkan  MEMBERI SENYUMAN :) - Tp ingat senyum 7 SAAT je jangan lama2...nanti jadi lain pulak.hehehe
  • Sebarkan SALAM... - Klu jumpa kawan2 sesama islam ucapkan salam. Klu yang bukan islam itu ucapkanlah selamat sejahtera, dapat juga sambil2 tu berdakwah...Janganlah sombong pulak. Kita kalau nak buat baik bukan saje dengan orang islam tapi dengan orang bukan islam juga. Manalah tau, tergerak hati dia nak masuk islam...Kan beruntung anda dapat tarik orang lain masuk islam... Bilalah saya dapat buat mcm tu.....
Senangkan kalau nak jalinkan ukhwah..CUMA KITA JE KADANG2 SUSAH NAK BUAT... (termasuklah saya :), saya akan cuba berubah...InsyaAllah :)


Marilah kita sama2 cuba untuk tingkatkan diri, bina semangat baru dan JADILAH INSAN YANG BARU....yang sentiasa cuba untuk dekatkan diri dengan Allah, MENCINTAI ALLAH LEBIH DARI DIRI SENDIRI...
- SAID :WE ALWAYS LOVE ISLAM-

Wednesday, December 16, 2009

Episod AKHIR: Dia Tercipta Untukku...

"Ya Allah...kenape dengan kamu ni Zairie...habis baju kamu basah.Kamu terjatuh ye?Zairie...Zairie...," kata Mak Minah dengan reaksi muka yang terkejut.

Hidayah hanya berdiam diri seribu bahasa. Perasaan bersalah menyelubungi diri. Tidak dapat digambarkan perasaannya yang tiba2 rasa tak keruan, hati berdebar-debar ketika mengenang kembali kata2 dari Abang Zairie. Masih terngiang-ngiang di dalam gegendang telinganya.

"Ya, memang saya BUTA!!! Puas hati!!! Kalau tak ikhlas nak tolong orang, tak payah tolong...!" balas Zairie dengan nada yang marah.

"Tapi saya...." kata Hidayah dengan tersekat-sekat.

Belum sempat Hidayah menghabiskan kata2, Zairie terus meninggalkan Hidayah dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Tiba-tiba,  fikirannya yang tadi melayang disentak dengan satu suara...

"Boleh tepi sikit tak....? Tak nampak ke orang nak lalu...?" balas Zairie dengan nada yang agak meninggi sedikit.

Hidayah pun mengerakkan kakinya untuk memberi laluan kepada Zairie. Namun, hatinya agak terasa dengan kata-kata kasar yang dilemparkan oleh Zairie.

Aik...nampak pula mamat ni...agaknya dia guna mata yang ketiga kot...Mata ketiga???Mengarut je lah aku ni...Ish....

Hidayah terus berlari mendapatkan Mak Minah yang berada di dapur.

"Mak Minah...Dayah nak tanye ni. Itu ke Abang Zairie?Dia...dia... ".

"Kenape???dia BUTA? Memang Dayah...Kamu jangan ambil hati sangat dengan dia tu. Dia memang macam tu. Tambah2 lagi dengan oranng yang dia tak kenal, macam kamu...! Dia malu orang lihat dengan keadaannya sekarang. Cubalah kamu mengambil hati Zairie. InsyaALLAH lembutlah dia tu... Dia menjadi begitu sejak sebulan yang lepas. Masa tu di US. Kemalangan kat sana. Parah jugak masa tu. Naik gila sekejaplah si Zairie tu dulu. Tapi setelah di kaunseling malah dengan sokongan ayahnya, dia dapat jugak terima kenyataan. Buta... Itulah ayahnya mencari jodoh untuk anaknya. Kebetulan, ayahnya berjumpa dengan kamu, mungkin dia rasa kamu calon yang paling sesuai, padahal dia tak tau umur kamu baru nak mencecah 19 tahun. Mungkin kamu nampak matang kot.... Nasib baik dia carikan cepat, sebab lihatlah sekarang....awah pun dah tak de. Kalau tak, tak tahulah...Semuanya telah diaturkan oleh Allah kan...," terang Mak Minah dengan panjang lebarnya.

Hidayah khusyuk mendengar penjelasan dari Mak Minah. Rupa-rupanya begitu...

Ya Allah, kalau dialah jodohku, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku tidak kisah dengan keadaannya sekarang, sememangnya dia hamba-Mu juga. Siapalah aku untuk menidakkannya bahwa dialah jodohku...Umur aku yang terlalu muda dalam meniti alam perkahwinan, aku rasa tidak menjadi penghalang buatku...selagi KAU, Ya Allah sentiasa disisiku... Aku redha... Namun, bertautkah hatiku dengan Abang Zairie??? Adakah sekelumit cinta Abang Zairie buatku yang masih mentah ini? Ya Allah...kuatkanlah hatiku...

Jika ia SEBUAH CINTA...

 Jika ia sebuah cinta..ia tidak mendengar...namun sentiasa bergetar,
Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta... namun sentiasa melihat dan merasa,
Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyeksa...namun sentiasa menguji,
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi,
Jika ia sebuah cinta..ia tidak hadir dengan permintaan tapi dengan ketentuan oleh-Nya...

Seusai solat Isya', Hidayah keluar berjalan-jalan di sekitar kolam ikan. Tiba2 teringat memori di kolam ikan ini. Terukir sedikit senyuman manis di bibir Hidayah. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh sasa berdekatan dengan buaian di situ. Jauh merenung dilangit. Diam seribu bahasa. Sunyi sepi, hanya kedengaran pacutan air di kolam ikan...Hidayah terus mendekati pemuda itu...Abang Zairie... Kakinya begitu ringan untuk melangkah ke situ. Muncul keberanian dalam dirinya untuk mendekati lelaki itu.


"Abang Zairie, Dayah sebenarnya nak minta maaf pasal kata2 Dayah tadi. Dayah tak tahu yanng Abang Zairie..." bicara Hidayah hanya berhenti di situ.


"Takpelah...lagipun Dayah tak tahu pada mulanya... Lagipun Mak Minah pun tak cakap dengan saya pasal Dayah... Dengan izin-Nya kita dipertemukan masa insiden  di kolam ikan tadi. Abang pun minta maaf  jugak.Maafkan abang...," balas Zairie dengan nada yang lembut. Berbeza daripada pagi tadi. Alhamdulilah...


Di ruang tamu pada keesokan harinya...


"Zairie...pak cik nak bagitau kamu sesuatu. Ini pita rakaman daripada papa kamu sebelum dia meninggal. Kamu dengar baik2..."jelas En. Ahmad sambil diperhatikan oleh Zairie yang penuh tanda tanya.



Apakah isi kandungan kaset ini??? Hati Zairie melonjak-lonjak ingin tahu apakah yang terdapat disebalik kaset itu...???


Anakandaku yang tercinta,
Maafkan papa sebab tidak dapat menyambut kepulangan Airie. Mungkin semasa Airie membaca surat ini, papa pergi meninggalkan Airie buat selamanya... Sesungguhnya Allah telah menjemput papa kembali menghadap-Nya...Ingat, semua yang hidup pasti akan mati. Manakala yang hidup teruskanlah kehidupan dengan cekal, ingatlah papa sentiasa di hati Airie... Dayah...Dayah, merupakan calon isteri Airie. Terimalah dia seadanya. Pimpinlah dia. Papa tidak tahu mengapa papa memilih dia sebagai calon isteri kamu, hati papa begitu tenang melihat seraut wajah yang bernama HIDAYAH...Papa yakin dia dapat membahagiakan kamu.Walaupun dia masih muda, tapi dia mempunyai keistimewaan yang tersendiri malah lebih matang jika nak dibandingkan dengan usianya...Hidayahlah yang akan menggantikan papa. Menjaga kamu...Terimalah dia sebagai isteri kamu. Jangan jadikan keadaan kamu untuk  tidak berumahtangga...Ingat perkahwinan merupakan salah satu sunnah nabi. Gunakan mata hati kamu... Pimpinlah dia menggunakan mata hati kamu itu. Selalulah berdoa kepada-Nya, Allah Yang Maha Mendengar...

Suara papa....ya, ini suara papa. Rindu aku terhadap suara itu...Papa kenapa buat Airie macam ni...?Terlalu banyak yang papa berikan buat Airie...Harta, syarikat, sekarang pula BAKAL ISTERI buat Airie...Kenapa papa buat semua ni...Kenapa papa pergi terlalu awal sebelum Airie sempat membalas jasa papa...Astagfiruallahalazim...Sesungguh-Nya hanya DIALAH yang berhak mengambil nyawa hambanya...Aku redha dengan ketentuan-Mu... Hidayah bakal menjadi isteriku... Aku harap dia sedia menerimaku seadanya yang serba kekuranganini...Suami yang buta... Sememangnya dia tercipta untukku...



Hidayah...Adakah dia jodohku???

2 minggu sudah berlalu...


Akhirnya, Hidayah dan Zairie sudah mengikat tali ikatan perkahwinan. Kenduri perkahwinan mereka hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Apa yang penting akad nikah dapat dijalankan dengan sempurna. Syukur...Manakala keluarga Hidayah sudah mengetahui hal yang sebenarnya sebelum Hidayah dan Zairie memutuskan untuk berkahwin. Alhamdulilah...segalanya berjalan dengan mudah atas izin-Nya...


Pasangan bahagia Zairie & Hidayah


Semasa dalam perjalanan pulang dari kampung Hidayah, melawat keluarganya...


"Abang...terima kasih... Dayah bersyukur kerana bertemu dengan abang sebab abang sememangngya tercipta untuk Dayah...Dayah, harap abang dapat terima Dayah seadanya...,"kata Hidayah dengan nada yang lembut sambil menggenggam tangan suaminya dengan erat....Begitu lembut.... Terukir secebis senyuman di bibir Zairie buat insan yang bergelar isteri, isteri yang dicintainya...

Ya Allah berilah aku kekuatan dalam meniti hari2 seterusnya bersama isteriku...walaupun aku insan yang buta... Semaikanlah kasih dan cinta kami terhadap-Mu, Allah Yang Menentukan TERBAIK buat hambanya...

Berlinangan mutiara2 jernih membasahi pipi Zairie. Rupa-rupanya, masih lagi ada insan yang masih ingin hidup bersamanya... Dunia yang kini gelap, berubah menjadi terang,sinar bergemerlapan dengan adanya kehadiran isteri yang tersayang, HIDAYAH....


-TAMAT-

Apakah anda juga senasib seperti Hidayah atau Zairie???

-Sesungguhnya Allah tahu apa yang TERBAIK buat hambanya-
-Dont despair and never loose hope,Cause Allah always by your side-

Tuesday, December 15, 2009

Sambungan...Dia Tercipta Untukku

Sambungan DIA TERCIPTA UNTUKKU...
Part II
Teruskan pembacaan anda :)

Ummi, abah...maafkan anakandamu ini...Ya Allah maafkan aku kerana terpaksa membohongi kedua orang tuaku...Bukan niatku untuk berbohong...Ini semua kerana JANJI itu...Ya JANJI itu!!! Maafkan aku Ya Allah, sering aku menyalahkan-Mu atasa apa yang terjadi. Tapi aku bersyukur kerana dengan bantuan arwah pak cik itu, aku dapat menyekolahkan adik-adikku. Semoga adik-adikku  berjaya dan menyambung hasrat keluargaku...Ya Allah sekiranya ini yang telah Kau tetapkan untukku, Aku redha menerimanya...Aku harap suatu hari nanti ummi dan abah akan faham...

Hidayah meninggalkan rumah atas alasan untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Padahal bukan itu tujuannya. Hanya Ustazah Balqis yang mengetahui niatnya ke Kuala Lumpur, suatu tempat yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Malah dia tidak pernah menyangka akan pergi ke tempat itu yang penuh dengan gejala sosial. Apakah dia dapat bahagia di sana nanti???

"Dayah...dalam empat hari lagi Zairie Hafiz akan pulang dari US. Pak cik akan mengambilnya di airport nanti. Pak cik harap kamu dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Pak cik tahu, usia muda seperti kamu agak sukar untuk melalui semua ini, tapi percayalah Allah memilih kamu sebab kamu adalah orang yang terpilih dikalangan yang yang dipilih," nasihat En. Ahmad yang segak dan kemas berbaju kot walaupun usianya mencecah 40-an.


"Baiklah pak cik...saya tak da sesiapa kat KL ni melainkan pak cik. Pak cik bantulah saya untuk biasakan hidup saya ni. Saya memang tidak menyangka yang saya hidup dalam keadaan yang seperti ini. Rumah besar, kereta mewah, ade orang gaji, ade syarikat besar dan macam2 lagi. Namun, saya tak pasti adakah ia akan membahagiakan saya???Malah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya tak kenal perwatakannya. Saya boleh terima seadanya. Tp... saya...saya takut sekiranya Abang Zairie yang tak dapat terima saya.... Saya takut perkahwinan saya nanti....".

Hidayah tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.. Tidak sanggup untuk diluahkan.Hanya takdir yang menentukan segalanya.

Hidayah...
Kerlipan cipta cintaku...
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati...

Pada-Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat-Mu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku-lliku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
Untuk-Mu

Ku kembara setia di sisinya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naungan-Nya
Selamanya...

Malam semakin bertambah sunyi...Namun, Hidayah begitu asyik sekali Hidayah mendengar alunan lagu dari kumpulan Rabbani yang bermain di dalam corongan radio itu. Ia menggambarkan tentang cinta terhadap Pencipta diolah dengan baik. Seorang hamba begitu berharap akan rahmat Tuhannya berbanding yang lain. Hidup penuh ujian dan dugaan. Namun apa jua rintangan, tawakal dan redha tetap pada Tuhannya... Hebat!

Ya...semoga Zairie Hafiz ini seorang lelaki yang aku idamkan selama ini. Aku yakin Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya...

Tanpa berlengah Hidayah mengambil wudhuk untuk solat hajat, memanjatkan doa kepada Pencipta, Cinta Hakiki...

Empat hari sudah berlalu...

Kepulangan Zairie Hafiz ditunggu-tunggu oleh Hidayah. Siapakah dia? Bagaimanakah perwatakannya???Baikkah dia??? Adakah dia "putera idamanku"? Ya Allah...apa yanng aku fikirkan ni...Aku harus terima seadanya dia. Walaupun jahat sekalipun dia, aku akan cuba membimbingnya.


Adakah begini raut wajah Zairie Hafiz??Anda tentukan sendiri

Fikiran Hidayah tidak habis2 memikirkan Zairie Hafiz. Debaran hatinya semakin laju...Hatinya tidak keruan. Bagi menghilangkan debaran dihatinya, cepat2 dia berzikir bagi menenangkan hatinya. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... Itulah yang selalu dia lakukan sekiranya hatinya tidak tenang.

Pin!!!Pin!!! Bunyi hon  kereta En. Ahmad telah kedengaran. Bergegas Hidayah menanggalkan telekung seusai melaksanakan perintah Allah, solat maghrib... Dicapainya tudung berwarna hitam bagi menutupi rambutnya, mahkota seorang wanita... Hidayah memang menitikberatkan penjagaan auratnya, walaupun dia seorang yang miskin tapi tidak dalam pendidikan agama. Dia kelihatan lebih manis hanya memakai tudung secara ringkas. Itulah cantiknya ciptaan Allah.





"Waalaikumsalam...sekejap encik..."balas pembantu rumah Hidayah, mak cik Minah.

Mak cik Minah sudah 10 tahun bekerja di rumah ini.  Suaminya telah meninggal dunia sejak 5 tahun yang lalu. Sakit buah pinggang.

"Minah, bilik Zairie dah siap? Bawakan Zairi ke biliknya ye..." minta En. Ahmad.

"Baiklah encik...Mari tuan, saya bawakan ke bilik tuan," kata Mak Cik Minah dengan lembut.

"Mak Minah...tak payahlah nak bertuan-tuan dengan saya...Anggaplah saya seperti anak Mak Minah sendiri. Saya tak punya sesiapa lagi, melainkan pak cik Ahmad dan Mak Minah. Harta papa memang banyak ditinggalkan buat saya, tapi keadaan saya sekarang.... Semuanya tidak bernilai melainkan kasih sayang..." luah Zairi dengan nada yang sebak.

"Dah lah Zairie, perkara yang lepas biarlah berlalu...Tiada gunanya dikenang kembali. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Adangkala apa yang kita impikan tidak semua yang kita dapat, tapi Allah dah aturkan yang TERBAIK buat kita. Cuma kita je yang tak tahu...Sabarlah ye.."nasihat En. Ahmad kepada Zairie yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri.

Zairie terus dibawa oleh Mak Minah ke kamarnya. Kamarnya agak berjauhan dengan Hidayah. Sememangnya itulah permintaan Hidayah. Dia tidak mahu duduk bilik bersebelahan dengan Zairie selagi belum bergelar suaminya. Hidayah dan Zairie tidak tinggal berdua di rumah itu kerana Mak Minah turut tinggal didalam rumah  itu termasuklah tukang kebun dan pemandu kereta. Maka tidaklah dipandang serong oleh jiran2 berdekatan.


"Mak Minah, Abang Zairie dah sampai? Saya tak nampak pun dia..."tanya Hidayah dengan nada yang sedikit perlahan.

"Aik...takkan tak sabar2 nak jumpa bakal suami kot...Usia je muda, tapi tak sabar2 jugak nak kahwin...Hidayah..Hidayah..." kata Mak Minah dengan senyuman meleret.

"Hish...Mak Minah ni ke situ pulak perginya. Mana ade...saya takut. Saya macam nak lari dan tak nak jumpa dengan Abang Zairi tu. Malu pun ade. Dahlah saya ni tak pernah bergaul dengan lelaki, kalau bercakap pun kalau terpaksa je. Nak sembang2...rasanya tak terkeluar ayat kot...Tambah2 usia saya yang masih muda ni. Sepatutnya, belum tiba masanya untuk saya berkahwin. Tambah2 Abang Zairi bukan lelaki idaman saya...Dia bukan untuk saya...Manalah tau dia dah ade buah hati...," terang Hidayah panjang lebar sambil memotong buah epal hijau itu.

"Tak baik Hidayah cakap macam itu. Bila Hidayah dah jumpa dia nanti, Mak Minah yakin, Hidayah pasti jatuh hati kat dia, walaupun Hidayah masih muda lagi...Ingat pesan Mak Minah ni, Allah sudah mengaturkan yang terbaik buat Hidayah...Percayalah Hidayah...," balas Mak Minah.



"Itulah yang Dayah pegang selama ini Mak Minah...Allah sudah mengatur yang TERBAIK buat saya. InsyaALLAH saya akan lawan godaan syaitan daripada berfikir yang bukan2...Lagipun saya bersyukur sebab adik-adik saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah. Arwah pak cik yang membantu saya, walaupun saya hanya kenal pak cik melalui kemalangan itu. Dan sekarang.... dia percaya kat saya untuk saya kotakan janjinya...Tak pelah Mak Minah, hari dah larut malam ni, kita sembang esok ye. Mata saya dah ngantuk. Ingatkan dapat jumpa Abang Zairi. Saya akan setia menunggu hari esok. Itupun sekiranya ade hari esok untuk saya..." kata Hidayah sambil memeluk Mak Minah.

"Dayah ni...sampai ke situ pulak perginya. Dahlah, layan kamu ni memang dah ke mana-mana Mak Minah. Pergilah tido. Baca doa dulu sebelum tido tu, "pesan Mak Minah.

"Baiklah Mak Minah...akan Hidayah turutkan..."kata Hidayah dengan senyuman yang manis.

Keesokan harinya...
Terdengar satu alunan suara membaca Al-Quran...



Merdunya suara tu, siapakah gerangan yang membacanya kalam-Mu itu Ya Allah...? Siapakah hamba-Mu itu Ya Allah??? Alangkah bagusnya sekiranya aku dapat...

Kata-kata Zairie hanya berhenti di situ. Noktah. Dia terus menghala ke bilik air untuk mengambil air wudhuk memandangkan waktu Subuh telah tiba. Langkahnya diatur dengan kemas dan berhati-hati. Dibentangkan sejadah menghadap Pencipta Yang Maha Penyayang. Allahuakbar....

"Mak Minah nak masak ape hari ni? Dayah nak tolong bleh? Boringlah tak buat ape2...Asyik duduk saje. Masa Dayah kat rumah dulu mana ada Dayah duduk saje ni, pagi2 dah kena pergi hantar nasi lemak. Lepas tu pergi sekolah, lepas tu....,"kata-kata Dayah tiba2 terhenti apabila ade orang memanggil nama Mak Minah.

"Mak Minah...Mak Minah, kat mane?" panggil Zairie menuruni tangga.

Sementara Hidayah dilanda kehairan kedengaran suara lelaki. Mungkin....Degupan jantungnya berdegup kencang lagi... Alunan zikir disebut didalam hatinya...

"Mak Minah kat dapur ni. Tengah siapkan sarapan. Zairie pergilah bersiar-siar dulu kat luar dulu. Hirup udara segar kat Malaysia ni. Nanti Mak Minah panggil kalau dah siap ye..", balas Mak Minah.

Zairie hanya menuruti sahaja kata Mak Minah. Dia menuju ke kolam ikan arwah papanya. Terdengar bunyi pacutan air terjun yang dibina bersama papanya dulu. Teringat kenangan bersama papanya dulu. Terasa rindu menyelubungi diri. Rindu terhadap papa...



Papa...kenapa papa tinggalkan Arie?? Kenapa sekarang di saat Arie memerlukan sokongan dari papa, papa tiada di sisi Airie...? Macam mane Airi nak teruskan hidup ini... Arie tak sanggup nak pikul beban ni sorang2...Papa...papa...

Berlinangan air mata Zairie...

Aku besyukur Ya Allah kerana mataku ini masih boleh menitiskan air mata...

Tiba-tiba...

"Dayah...pergi panggil Abang Zairie kamu tu. Panggil dia sarapan."minta Mak Minah.

Dayah dengan reaksi terkejutnya apabila Mak Minah memintanya memanggil Abang Zairie.

Tidak, aku tak bersedia nak bersemuka dengan dia. Dia tu umurnya 25 tahun. Macam mane aku nak mulakan bicara. Aku tak biasa. Sedangkan kawan2 lelaki kawan aku yang sama baya denganku pun aku jarang cakap ini kan pula Abang Zairie yang umurnya jauh beza dengan aku. Tidak...Aku perlu cari alasan...

"Mak Minah panggillah...Dayah nak pergi tandas ni. Sakit perut. Tiba-tiba pulak perut ni meragam...Bolehlah Mak Minah..." pujuk Hidayah dengan suara yang manja...

Namun, Mak Minah tahu Hidayah sengaja mencari alasan. Tidak mahu menemui Zairie. Tapi sampai bila??? Lagipun tinggal lagi seminggu dia kan dikahwinkan dengan Zairie. Masa inilah dia perlu mengenal siapakah Zairie sebenarnya. Mak Minah tetap bertegas menyuruh Hidayah memanggil Zairie. Hidayah dengan berat hati untuk memanggil Zairie. Namun dia terpaksa kerana alasan yang direka tidak mengena.

"Mak Minah ni...macam tau2 je aku tipu dia..," rungut Hidayah dalam hati.

Cepat2 Hidayah beristighfar kerana niatnya menipu Mak Minah tadi.

Mana pulak Abang Zairie ni???Kata Mak Minah ade kat taman ni. Tak de pun... Dahlah aku malu nak jumpa dia, ni pulak nak kena cari dia lagi...Ishh...

Puas Hidayah mencarinya...Tiba2 dia terdengar orang memanggil Mak Minah sekali lagi. Bergegas dia berlari menuju ke satu suara itu. Alangkah terkejutnya Hidayah apabila dia terlihat ada seorang hamba Allah ini boleh terjatuh dalam kolam ikan.

Macam mane mamat ni boleh masuk dalam kolam ikan ni pulak. Tak nampak ke mata dia. Kolam yang ni punya besar pun dia tak nampak. Musykil aku dibuatnya...Macam mane aku nak tolong ni. Nak panggil Mak Minah, dia kat bilik air pulak. Manakala yang lain semuanya tak de. Takkan aku pun kena masuk dalam kolam itu. Pandai2lah dia keluar sendiri...Mungkin dia ni...

Namun, sejak tadi Hidayah memerhatikan gelagat pemuda itu. Namun, tak juga berjaya untuk cuba naik daripada kolam itu. Malah, macam cuba mencari sesuatu. Hidayah tidak akan membantu pemuda itu. Apa taknya takut diambil kesempatan oleh pemuda itu.

"Sahaja buat2 butalah tu...Jangan harap aku nak bantu..." rungut Hidayah dan bertegas dengan prinsipnya iaitu takkan sentuh lelaki yang bukan muhrimnya, HARAM!!!

Namun, terbit rasa kasihan dalam diri...
Tiba2 ade satu idea yang terbit dalam kotak fikirannya...

Ya... bendalah yang akan bantu aku.. Alhamdulilah...Thanz to Allah

Hidayah bergegas mendapat kayu itu dan dihulurkan kepada pemuda itu. Akhirnya, dapat juga pemuda itu keluar daripada kolam ikan itu. Habis basah baju pemuda itu termasuklah Hidayah sekali.

"Awak ni dalam banyak2 bilik air kat rumah ni dah tak de bllik air ke untuk mandi???Buta ke ape awak ni?? Sajelah tu nak suruh saya cuba selamatkan awak... Tengok sekarang!!!Habis basah baju saya..." marah Hidayah kepada pemuda itu.

Zairie rasa sedikit terkejut dengan kenyataan itu.

"Ini bukan suara Mak Minah. Takkanlah dia ni tak tau aku ni buta???Kalau aku boleh melihat dah lama aku boleh keluar dari kolam ikan tu...Lantang betul perempuan itu berbicara... Geram betul aku dibuatnya," rungut Zairie dalam hati dan sabar dengan kata2 yang dilontarkan oleh gadis itu.

Tapi siapakah gadis ini??? Zairie berteka-teki dalam diri dengan seribu persoalan...



Apakah betul jangkaan Hidayah tentang pemuda itu??? Apakah hubungan mereka akan terjalin dengan baik sebelum hari pernikahan mereka nanti???Nantikan bersama sinarankasih.... JANJI TAU :)

Part III (EPISOD AKHIR) akan di postkan nanti. So, harap teman2 dapat bersabar yer...
SABAR SEPARUH DRPD IMAN...
ALLAH SUKA DENGAN ORANG YANG BERSABAR :)