Salam perjuangan...diharap anda semua sihat2 belaka...InsyaAllah..
"Kita wujud di dunia bukan hanya utk diri kita sendiri, tetapi utk membantu sesama sendiri"
Cuba anda semua hayati betul2 makna kata mutiara ni betul2...HAYATI SEDALAM-DALAMNYA...
Baiklah, bagi pendapat saya, saya setuju dgn kata2 itu. Kita hidup di dunia ini bukan utk diri kita sendiri ttp dalam islam sendiri pun sangat menekankan kita perlu bantu orang lain malah sama2 utk tingkatkan diri...
Contohnya : Kalau anda seorang yang suka solat berjemaah, suka sedekah dan banyaklah amal kebaikan yang anda buat, tetapi anda tak pernah nak mengajak orang lain buat kebaikan. Anda beranggapan, biarlah orang tu nak terus nak buat maksiat, depa dah besar...pandailah2 depa pikir... Tolonglah jangan sekali2 anda berfikiran begitu!!!!!!! Kpeda para daie pun anda tidak digallakn berfikiran begitu.Kalau anda sendiri tak mampu nak tegur maka berdoalah supaya diberikan petunjuk oleh Allah suatu hari nanti.
Sahabat2 sekalian , kita nak masuk syurga bukan hanya diri kita sahaja.Jangan pentingkan diri sendiri.Tanamkan dalam diri, kita nak masuk syurga beramai-ramai. Sentisalah ajak orang lain sama2 berbuat kebaikan sebagaimana anda buat kebaikan.
Orang yang memerlukan bantuan tu pulak hendaklah menghargai setelah dibantu. Keluarkan kata2 pujian spy yang membantu dapat merasa mereka dihargai. Janganlah kita berlagak sombong sekali-sekali...Padah jadinya...
Oklah, sampai disini saja nanti kita bincang topik lain lain kali ;)
Salam...
0 comments:
Post a Comment