Salam perjuangan... alhamdulilah dapat juga kita berjumpa lagi dlm ruangan ini. Entahlah minggu ini banyak sangar benda2 yang sy pikir.Tak tahulah... Ya Allah...bantulah dan permudahkan urusanku. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini, aku sangat memerlukan-Mu... Terima kasih kpd sahabat2 yang tak berhenti2 memberi sokongan pada sy ;)
Berbalik semula kpd tajuk post kita...Bisikan syaitan.Semalam sy dengar satu kuliah maghrib oleh ustaz abdullah hashim. Tajuk tu berkaitan dgn syaitan. Ustaz tu ada bagitau baca surah ikhlas 3x, annas 3x dan al-falaq 3x.Baca pada waktu pagi dan petang, InsyaAllah kita dilindungi daripada gangguan syaitan.
Sememangnya syaitan ini terlalu deka dgn kita...TERLALU SGT DEKAT!!! Hati2... Syaitan ini memang selalu tak puas hati sehinggalah dia boleh menggoda manusia hingga sesat dan ikut segala BISIKANNYA... Kita ni sering jadi mangsanya...Hanya orang yang betul2 tahan dengan godaan syaitan ini mampu menahan panahan godaannya...
Syaitan ini memang sentiasa berkerja keras, gigih, tak mudah putus asa, panjang akal, bijak dan macm2 lagi utk menarik org lain ikut segala arahannya. Tapi kenapa kita TAK NAK BERUSAHA SEPERTI SYAITAN??? BERUSAHA MELAWAN BISIKANNYA!!!!!
Memang sy akui kadang2 diri ini pun selalu termakan dgn bisikan2 syaitan. Sekiranya itu terjadi cepat2lah kita ingat Allah dan istighfar banyak2 kpd Allah... Ujian ini akan banyak melanda terutamanya kepada orang2 yg tak ikut perintah syaitan.Mana yang dah ikut perintah syaitan tu senang sebb mereka memang dah mcm tu... Syaitan ini akan terus menggoda dan menggoda kepada yang susah nak digoda.Maka kita hendaklah SENTIASA WASPADA!!!JANGAN MUDAH TERPENGARUH!!! iNGATLAH ALLAH tahu apa yang kita buat.....
-BERBAHAGIALAH ORG YG DAPAT MENJADI TUAN UTK DIRINYA, MENJADI PEMANDU UTK NAFSUNYA & MENJADI KAPTEN UTK BAHTERA HIDUPNYA -
(Saidina Ali)
0 comments:
Post a Comment