Salam perjuangan...hati ini sering diuji. Diuji dan terus diuji...Sejak akhir2 ni juga banyak perkara yang harus dilakukan, takut tergalas tanggungjawab itu. Ya Allah bantulah aku dan permudahkan urusanku...
Saya mencari KETENANGAN itu...ia sangat berharga terutamanya dalam kesibukan yang melanda diri. Kena melakukan perkara yang paling, paling utama. Saya pun kadang2 takut tersalah pilih.takut salah buat keputusan...Sebenarnya sahabat2, semua keputusan yang kita nak buat itu hendaklah kita selalu mengharapkan petunjuk dari Allah...kerana perancangan DIA adalah yang terbaik... Ini kerana hanya DIA sahaja yg tahu apa yang TERBAIK buat hambanya...
Maka kita sebagai hambanya ialah sentiasa bergantung harap pada-Nya. Bukan kita makin SOMBONG atau menyalahkan-Nya...Itu salah sama sekali!!! Ingatlah kita datang pun atas keiizinan-Nya. Tanpa izin-Nya kita tiada di dunia ini.
Sentiasalah berdoa supaya hati kita sentiasa TENANG. sebab KETENGAN itu TERLALU BERHARGA. kalau hati tenang walaupun kerja banyak mane pun, kerja itu akan berhasil dengan baik...InsyaAllah.
Sahabat2 sekalian sy menyeru diri sy dan anda sekalian dekatkanlah diri pada Allah susah dan senang...kerana Dia sentiasa disisi kita dan memakbulkan doa kita.YAKINILAH...
0 comments:
Post a Comment