? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 3, 2011

~~Walaupun BERBEZA JANTINA~~




Salam perjuangan...kali ini saya nak share dgn antum tentang artikel yg saya baca td...hehehe..banyak memberi saya inspirasi sebagai seorang muslimat :)
Teruskan pembacaan kalian sehingga habis tau..

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau sangat terkenal dengan kisah cintanya yang begitu agung terhadap Rabb-nya. Beliau memiliki sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang kerumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukanadalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah merekatelah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruhkeyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki."Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Siapa pula yang berkata : 'Bukankah aku ni Tuhanmu yang mulia?'" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapanseperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah
semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,Akhirnya terseksa walau seberat zarah.Ayuhlah,Muslimat yang dikasihi Manusia Agung,Kembalilah memburu redha Allah,Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyyah,Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.
Walaupun kita berbeza jantina, kita perlu ingat bahawa kita mempunyai kelebihan masing-masing.Tidak kiralah muslimin atau muslimat semuanya memainkan peranan yang penting dlm menyebarkan Islam. Ini semua tanggungjawab kita sebagai umat islam. Muslimin dan muslimat sememangnya perlu berganding bahu dlm meneruskan perjuangan ini. Kaum muslimat juga mempunyai kelebihan yang dikurniakan dgn keistimewaannya yang tersendiri dpt membantu mrk dlm menunaikan tanggungjawabnya. Namun terdapat pemahaman yang salah tentang makna kepimpinantelah menjadikan muslimat seumpama ORANG YANG LUMPUH, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum muslimat. Sedangkan muslimat lebih berupaya utk memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri.Sepatutnya  kaum wanita berusaha kearah itu daripada menunggu arahan muslimin.;Sekiranya ia dapat dilakukan, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara kesannya. Elakkan sombong dan meninggi diri dengan kelebihan kita. Sesungguhnya, di sisi Allah, beza antara kita adalah taqwa.
-                                MUSLIMIN  & MUSLIMAT PERLU BERSATU DLM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM-

0 comments: