Salam perjuangan...bertemu lagi di ruangan ini...Salam Ramadhan.Macam mana dgn puasa kita? amalan kita?bertambah berkurang atau still di takuk yg sama.. :) ? sama2 kita renungkan...
Kali ini ana nak sentuh skit, tentang bersedekah.... sedekah pada bulan Ramadhan menajdikan pahala sedekah kita berganda-ganda... hidup kita akan merasakan berkat yg mana walaupun kita mampu nak sedekah banyak, beribu-ribu hanya sekadar sedekah sepuluh sen pun sekiranya ikhlas dan istiqamah, Allah akan pandang dan menilai. Ingatlah jumlah tidak penting, tetapi apa yang penting ialah KEIKHLASAN DAN ISTIQAMAH nya seseorang itu...
Apakah sedekah itu?
Sebetulnya konsep sedekah itu seperti kata Nabi, ”Setiap amal yang baik adalah sedekah.” Bahkan, kata Rasulullah, ”Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.” Jadi, tidak hanya materi atau harta saja. Seperti firman Allah dalam Alquran, ”… berjuanglah (bersedekahlah) dengan hartamu dan jiwamu.”Tambah-tambah klu bersedekah di bulan Ramadhan...Allahuakbar, pahalanya sangatlah besar. Cuma kita ni kadang2 tau benda tu mendatangkan pahala tetapi sukar utk kita lakukan sebb apa???sebb hati dan nafsu yg pentingkan duniawi...cinta kpd dunia, harta, wang dan mcm2 lagi sedangkan semua itu tidak menjanjikan apa2 kebahagiaan diakhirat malah akan mendatang musibah sekiranya tidak digunakan utk Islam...
Siapa yg beri kita rezki?siapa yg beri kita peluang pekerjaan? siapa yang itu dan yang ini...kalau tidak bukan ALLAH ... Allah memberikan kita segala-galanya tanpa mengira apa-apa..tetapi bila kita, mudah2 sahaja nak berkira-kira dengan Allah, sedekah pun payah....
JOM LUMBA2 UTK TINGKATKAN SEDEKAH...
Sama-samalah kita tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini dan perbanyakkan sedekah mahupun membaca al-quran...Rebutlah peluang dan tingkat amalan kebaikan dari sehari ke sehari...solat terawikh jgn dilupai... InsyaAllah, ini pun sebagai peringatan buat saya sebagai hamba yg lemah...sering leka dan alpa..moga2 kita dipertemukan dgn lailaturqadar yang didambakan oleh hamba-hambaNYA yang beriman...
0 comments:
Post a Comment