Salam perjuangan... bagaimana Ramadhan kali ini?A daperubahan diri...? Ramadhan hendak sampai ke penghujungnya...sekejap masa berlalu...
Pada masa ini semestinya ada antara kita yang akan pergi menziarahi org yang tersayang dikampung, berbuka sama-sama, pergi solat terawikh bersama-sama dan mcm2 lagi kan...Bagitau jer nak makan apa, pasti ibu bapa akan sediakan utk anak-anaknya yg tersayang... Itulah kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya, yang tidak mahu melihat anaknya susah, mahu menggembirakan anak-anak, ingin melihat anak-anaknya berjaya.... tetapi bagaimana peranan anak-anak terhadap ibubapanya pula...?
Jawablah dalam hati dengan sejujurnya....
Ana rasa bertuah krn dikurniakan ibu bapa ana yang telah menjaga, menyayangi ana selama ini...Walaupun skang agak berjauhan di mata buat masa skang tp mereka tetap dekat di hati... Ana teringat dulu masa kecik, ana bukanlah seorang anak yg baik...anak yg nakal, selalu buli adik ana buat dia nangis dan mcm2 lagi yang kadang2 ana tak sanggup nk kenang kembali...betapa teruknya diri ini pada masa dahulu...
Tetapi Allah sayangkan ana, dengan berkat doa ibu bapa ana juga, ana kembali utk berubah menjadi anak yg baik...memang tak dapat nak dinafikan kadang2 diri ini terlupa dan terleka utk mendengar kata ibu bapa...maafkan along, ibu ayah... Ana juga selalu terlupa untuk bertanya khabar ibu bapa ana...Kadang-kadang seminggu ana tak sms kerana sibuk skit dgn urusan belajar dan membuat aktiviti...huhu.. Tp sepatutnya ana tak leh nak jdkan itu sebagai alasankan...
Pernah suatu hari tu, ana benar2 terlupa yang pada hari berkenaan adalah hari jadi mak ana...Ana betul-betul tak ingat...Last, mak ana call.... 'Long tau tak ni hari apa...?' " hari ni hari isnin lah...nape..?" 'sampai hati alaong tak ingat hari jd ibu...?" 'ooo...ye ke...alamak tak ingat..sorry bu..' last2 mak ana hanya cakap tak pelah, nanti call lain... huhu... Mungkin mak ana tak sanggup nk teruskan kata-kata sebb anaknya tak ingat bufday mak sendiri... Ana fikir panjang selepas itu.... Astagfirullahalazim... Ana tak dapat bayangkan klu itu merupakan call terakhir ana bersama ibu ana...sama ada ana pergi dulu atau sebaliknya... Alhamdulilah...ibu ayah ana masih dipanjangkan umur lagi... dan ana sendiri masih boleh menatap wajah ibu dan ayah ana walaupun kadang2 bibir ini sukar utk mengungkapkan kerinduan...biarlah ia menjadi rahsia...
Ana harap sgt ana dapat memberikan yg terbaik buat ibu dan ayah ana...terlalu besar pengorbanan mereka...Terima kasih ibu, ayah... :) jasamu tetap along kenang...
Ana berfikir sejenak, bagaimana pula dgn sahabat2 ku yg telah kehilangan ibu ayah yer...? Ana hanya mampu boleh memberikan kata, hanya sekadar kata-kata...tetapi shababt yg menanggung..? hanya mereka sahaja yg tahu bagaimana kerinduan itu tertanggung..kehilangan ibu dan ayah yang pergi tidak kembali...TIADA PENGGANTI...
Namun, semua yg hidup pasti akan mati...kita hanya mampu berdoa spy ibu dan ayah bagi sahabat ana yg tiada ibu dan ayah supaya mereka diletakkan di tempat para soleh...Mungkin mereka lebih bahagia di sana..?siapa yang tahu...kita yg ada didunia buatlah apa yg terbaik bagi mereka yang telah pergi... Kpd sahabt2 ana yg telah kehilangan org tersayang, ana doakan antum tabah mengharungi ujian ini...
Aku bersyukur Ya Allah...kerana KAU memberi aku peluang utk hidup didunia ini dan mempunyai ibu dan ayah...
Ya Allah...Kau berikan kekuatan dan kesabaranku...sekiranya ia terjadi pada diriku...
Panjangkanlah umur kedua org tuaku...
Berikanlah kesihatan kpd mereka...
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangiku sejak kecil lagi...Ameen...
0 comments:
Post a Comment