? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 27, 2011

~~...Mohon Kemaafan...~~

Salam perjuangan semua...ana harap antum semua dalam keadaan sihat dan masih diberi kekuatan utk beribadah...InsyaAllah...


Allah telah menunjukkan sesuatu kebesarannya dengan menggerakkan hati seorang hambaNya utk convert Islam. Seorang muslimah...lemah lembut orangnya, lebih lembut daripada ana... :) Dulunya berbangsa India tetapi sekarang dia telah pun mngucapkan kalimah syahadah... Allahuakbar... Ana terfikir...beruntungnya dia..sebb dia masih tiada dosa seperti bayi yg baru dilahirkan..tetapi aku... Astagfirullah..penuh dengan titik hitam...dosa sejak aku lahir hinggalah umur aku yg meningkat 22 sekarang...

Terampun ke dosa-dosaku yang lalu...? Namun Allah tetap akan menunaikan janji-janjiNya. Percayalah dan wajib diyakini..Ingat segala dosa yang kita lakukan walaupun sebesar zarah ia juga akan dihitung...Apa-apa pun ana sangat mengalu-alukan kdatangan sahabt baru ini...Sekiranya enti ada apa2 yg diperlukan, ana akan tolong setakat ana mampu..InsyaAllah...


Esok sudah pastinya akan penuh lah stesen2 bas dan org ramai..kerana ramai akan pulang ke kampung. Semoga perjalanan kita semua slamat sampai ke destinasi. Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan keluarga ku yg tercinta termasuklah si dia...-Si Hijau Toshiba- hehehe...  Ya Allah, KAU lindungilah kami spy kami dapat bertemu dgn org tua kami...


Ramadhan semakin meninggalkan kita...Adakah kita dapat berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan...Allah...Hanya Allah sahaja yg tahu, maka selagi kita diberi kesempatan sekarang, marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan sementara Ramadhan masih ada... Moga kita tergolong dlm org yang dijanjikan oleh Allah...

Pada kesempatan ini juga, ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...kpd semua ahli keluaraga, sahabt2 atau sesiapa yg mengenali diri yg lemah ini... Sekiranya ana ada terkasar bahasa, teremosi, Tergurau lebih-lebih, terguna duit...ana mohon maaf dan minta halal... Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dan dapat kita hayati..bukan pergi shopping raya dengan sakannya sehingga lupa tanggungjawaba kepada Allah....


Saturday, August 20, 2011

--...Hilangnya Tiada Pengganti...--

Salam perjuangan... bagaimana Ramadhan kali ini?A daperubahan diri...? Ramadhan hendak sampai ke penghujungnya...sekejap masa berlalu...

Pada masa ini semestinya ada antara kita yang akan pergi  menziarahi org yang tersayang dikampung, berbuka sama-sama, pergi solat terawikh bersama-sama dan mcm2 lagi kan...Bagitau jer nak makan apa, pasti ibu bapa akan sediakan utk anak-anaknya yg tersayang... Itulah kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya, yang tidak mahu melihat anaknya susah, mahu menggembirakan anak-anak, ingin melihat anak-anaknya berjaya.... tetapi bagaimana peranan anak-anak terhadap ibubapanya pula...?

Jawablah dalam hati dengan sejujurnya....


Ana rasa bertuah krn dikurniakan ibu bapa ana yang telah menjaga, menyayangi ana selama ini...Walaupun skang agak berjauhan di mata buat masa skang  tp mereka tetap dekat di hati... Ana teringat dulu masa kecik, ana bukanlah seorang anak yg baik...anak yg nakal, selalu buli adik ana buat dia nangis dan mcm2 lagi yang kadang2 ana tak sanggup nk kenang kembali...betapa teruknya diri ini pada masa dahulu...


Tetapi Allah sayangkan ana, dengan berkat doa ibu bapa ana juga, ana kembali utk berubah menjadi anak yg baik...memang tak dapat nak dinafikan kadang2 diri ini terlupa  dan terleka utk mendengar kata ibu bapa...maafkan along, ibu ayah... Ana juga selalu terlupa untuk bertanya khabar ibu bapa ana...Kadang-kadang seminggu ana tak sms kerana sibuk skit dgn urusan belajar dan membuat aktiviti...huhu.. Tp sepatutnya ana tak leh nak jdkan itu sebagai alasankan...


Pernah suatu hari tu, ana benar2 terlupa yang pada hari berkenaan adalah hari jadi mak ana...Ana betul-betul tak ingat...Last, mak ana call.... 'Long tau tak ni hari apa...?' " hari ni hari isnin lah...nape..?" 'sampai hati alaong tak ingat hari jd ibu...?" 'ooo...ye ke...alamak tak ingat..sorry bu..' last2 mak ana hanya cakap tak pelah, nanti call lain... huhu... Mungkin mak ana tak sanggup nk teruskan kata-kata sebb anaknya tak ingat bufday mak sendiri... Ana fikir panjang selepas itu.... Astagfirullahalazim... Ana tak  dapat bayangkan klu itu merupakan call terakhir ana bersama ibu ana...sama ada ana pergi dulu atau sebaliknya... Alhamdulilah...ibu ayah ana masih dipanjangkan umur lagi... dan ana sendiri masih boleh menatap wajah ibu dan ayah ana walaupun kadang2 bibir ini sukar utk mengungkapkan kerinduan...biarlah ia menjadi rahsia...

Ana harap sgt ana dapat memberikan yg terbaik buat ibu dan ayah ana...terlalu besar pengorbanan mereka...Terima kasih ibu, ayah... :) jasamu tetap along kenang...


Ana berfikir sejenak, bagaimana pula dgn sahabat2 ku yg telah kehilangan ibu ayah yer...? Ana hanya mampu boleh memberikan kata, hanya sekadar kata-kata...tetapi shababt yg menanggung..? hanya mereka sahaja yg tahu bagaimana kerinduan itu tertanggung..kehilangan ibu dan ayah yang pergi tidak kembali...TIADA PENGGANTI...


Namun, semua yg hidup pasti akan mati...kita hanya mampu berdoa spy ibu dan ayah bagi sahabat ana yg tiada ibu dan ayah supaya mereka diletakkan di tempat para soleh...Mungkin mereka lebih bahagia di sana..?siapa yang tahu...kita yg ada didunia buatlah apa yg terbaik bagi mereka yang telah pergi... Kpd sahabt2 ana yg telah kehilangan org tersayang, ana doakan antum tabah mengharungi ujian ini... 

Aku bersyukur Ya Allah...kerana KAU memberi aku peluang utk hidup didunia ini dan mempunyai ibu dan ayah...

Ya Allah...Kau berikan kekuatan dan kesabaranku...sekiranya ia terjadi pada diriku...
Panjangkanlah umur kedua org tuaku...
Berikanlah kesihatan kpd mereka...
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangiku sejak kecil lagi...Ameen...

Tuesday, August 9, 2011

~Banyakkan sedekah berganda-ganda~

Salam perjuangan...bertemu lagi di ruangan ini...Salam Ramadhan.Macam mana dgn puasa kita? amalan kita?bertambah berkurang atau still di takuk yg sama.. :) ? sama2 kita renungkan...


Kali ini ana nak sentuh skit, tentang  bersedekah.... sedekah pada bulan Ramadhan menajdikan pahala sedekah kita berganda-ganda... hidup kita akan merasakan berkat yg mana walaupun kita mampu nak sedekah banyak, beribu-ribu hanya sekadar sedekah sepuluh sen pun sekiranya ikhlas dan istiqamah, Allah akan pandang dan menilai. Ingatlah jumlah tidak penting, tetapi apa yang penting ialah KEIKHLASAN DAN ISTIQAMAH nya seseorang itu...


Apakah sedekah itu?
Sebetulnya konsep sedekah itu seperti kata Nabi, ”Setiap amal yang baik adalah sedekah.” Bahkan, kata Rasulullah, ”Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.” Jadi, tidak hanya materi atau harta saja. Seperti firman Allah dalam Alquran, ”… berjuanglah (bersedekahlah) dengan hartamu dan jiwamu.”

Tambah-tambah klu bersedekah di bulan Ramadhan...Allahuakbar, pahalanya sangatlah besar. Cuma kita ni kadang2 tau benda tu mendatangkan pahala tetapi sukar utk kita lakukan sebb apa???sebb hati  dan nafsu yg pentingkan duniawi...cinta kpd dunia, harta, wang dan mcm2 lagi sedangkan semua itu tidak menjanjikan apa2 kebahagiaan diakhirat malah akan mendatang musibah sekiranya tidak digunakan utk Islam...

Siapa yg beri kita rezki?siapa yg beri kita peluang pekerjaan? siapa yang itu dan yang ini...kalau tidak bukan ALLAH ... Allah memberikan kita segala-galanya tanpa mengira apa-apa..tetapi bila kita, mudah2 sahaja nak berkira-kira dengan Allah, sedekah pun payah.... 


JOM LUMBA2 UTK TINGKATKAN SEDEKAH...


Sama-samalah kita tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini dan perbanyakkan sedekah mahupun membaca al-quran...Rebutlah peluang dan tingkat amalan kebaikan dari sehari ke sehari...solat terawikh jgn dilupai... InsyaAllah, ini pun sebagai peringatan buat saya sebagai hamba yg lemah...sering leka dan alpa..moga2 kita dipertemukan dgn lailaturqadar yang didambakan oleh hamba-hambaNYA yang beriman...

Wednesday, August 3, 2011

~~Walaupun BERBEZA JANTINA~~




Salam perjuangan...kali ini saya nak share dgn antum tentang artikel yg saya baca td...hehehe..banyak memberi saya inspirasi sebagai seorang muslimat :)
Teruskan pembacaan kalian sehingga habis tau..

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau sangat terkenal dengan kisah cintanya yang begitu agung terhadap Rabb-nya. Beliau memiliki sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang kerumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukanadalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah merekatelah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruhkeyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki."Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Siapa pula yang berkata : 'Bukankah aku ni Tuhanmu yang mulia?'" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapanseperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah
semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,Akhirnya terseksa walau seberat zarah.Ayuhlah,Muslimat yang dikasihi Manusia Agung,Kembalilah memburu redha Allah,Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyyah,Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.
Walaupun kita berbeza jantina, kita perlu ingat bahawa kita mempunyai kelebihan masing-masing.Tidak kiralah muslimin atau muslimat semuanya memainkan peranan yang penting dlm menyebarkan Islam. Ini semua tanggungjawab kita sebagai umat islam. Muslimin dan muslimat sememangnya perlu berganding bahu dlm meneruskan perjuangan ini. Kaum muslimat juga mempunyai kelebihan yang dikurniakan dgn keistimewaannya yang tersendiri dpt membantu mrk dlm menunaikan tanggungjawabnya. Namun terdapat pemahaman yang salah tentang makna kepimpinantelah menjadikan muslimat seumpama ORANG YANG LUMPUH, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum muslimat. Sedangkan muslimat lebih berupaya utk memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri.Sepatutnya  kaum wanita berusaha kearah itu daripada menunggu arahan muslimin.;Sekiranya ia dapat dilakukan, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara kesannya. Elakkan sombong dan meninggi diri dengan kelebihan kita. Sesungguhnya, di sisi Allah, beza antara kita adalah taqwa.
-                                MUSLIMIN  & MUSLIMAT PERLU BERSATU DLM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM-

Tuesday, August 2, 2011

~~Kali Terakhir bersama BPI~~~

Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah izinkan ana utk terus menulis di blog ini. Maafkan ana sebb dah lama tak update blog ini. Memang kadang2 ana nak update selalu. tp entahlah...jari2 ana dan fikiran ana tak tau nak tulis apa di blog ini. Rasanya diri ini mcm tak layak utk berkongsi dan menasihati antum di luar sana...huhuhu
Sebelum itu, ana nak mengucapkan SALAM RAMADHAN...


Tapi tidak mengapalah...ana akan cuba utk terus menyinarkan blog ini...Alhamdulilah, BPI KALI KEDUA telah melabuhkan tirainya...Pelbagai ujian, penglaman pahit suka dan duka semasa menguruskan BPI kali ini. Seronoknya bersama sahabat2 dlm menguruskan BPI tahun ini. Tambahan pula, ana merupakan satu2nya org lebih tua jugaklah dlm PGPI tahun ini. Namun, adik2 sudah menunjukkan komitmen mereka yg terbaik! Daripada pengurusan BPI inilah kami lebih mengenali sahabat2 dgn lebih dekat dan mengetahui sifat dan sikap sahabat2...pentingnya ukhwah rupanya dlm gerak kerja dakwah...termasklah tarbiyyah...Pengalaman pahit dan manis BPI kali ini akan ana simpan kemas dalam hati ana...Ana rasa ini merupakan BPI kali terakhir buat ana menguruskannya bersama sahabat2 seperjuangan...Banyak yg ana belajar dari adik2 perjuangan dlm PGPI...Ana rasa kagum dan gembira bersama kalian...teruskan perjuangan antum utk seterusnya... Ana juga nak mengambil kesempatan utk MEMOHON MAAF ATAS SEGALA GERAK KERJA SEPANJANG BERSAMA KALIAN...Ana tahu kadang2 ana memaksa, teremosi, terkaSAR, TERGURAU LEBIH2 ana mohon maaf...Ana harap antum semua dapat memaafkan atas segala kesalahan dan kelemahan diri ini.


Sahabat...
kau sesungguhnyaTemanku...dikala suka dan laraTika ku buntudiselubungi senduKau tiupkan ketabahan kuntummengukir senyumanBagaikan embunhilang diterbit fajarKau pergi jauh mengejar cita Menggapai redha Yang EsaDuhai sahabat dengarkanlahBicara hatiku iniMeskipun jarak memisahkan Namun tiada rentap kasihBiarlah waktu menetukannilai ukhwah yang terjalinTeruskanlah perjuangan hinggaKe titisan darah terakhirDan aku masih di siniterus mendakipuncak tertinggi hidupkuDan aku terus menantisaat yang manisakan berulang kembaliSahabat...








Ana berharap BPI akan datang akan lebih mantap dan terbaik...InsyaAllah :) Ingat, jgn mudah menyerahkalah, dan terus melangkah dgn melaju.JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH...