? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, April 18, 2010

SaLAh SiApA???

Salam perjuangan...alhamdulilah, kita masih bertemu di ruangan ini.Maafkan ana kerana agak  dah lama tak update blog ni sebab kekangan masa. Baru2 ni HELWANI baru menguruskan HELWANI'S GATHERING yang diadakan sempena perjumpaan Helwani yang terakhir bagi sem ini. Alhamdulilah berjalan dengan lancar... Terima kasih kepada sahabat2 ana  iaitu ain, anis, fatin, wani, adawiyah, ira, nurul, piah, asma', amal, syahid n sahbat2 PGPI yang lain yang bersusah payah dalam menjayakan mjlis ini. Terima kasih juga kepada yang sudi hadir... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan anda... 


Post kali ini ana nak ceritakan bab salah siapa...biasalah klu ada masalah dlm satu group mesti perkara ini pasti berlaku. Contohnya : terdapat satu kumpulan yang kena buat kembali tugasan kkp semula disebbkan kkp berkenaan tidak bagus. Maka antara mereka menuding jari antara mereka utk mencari kesalahan orang lain...Kesannya wujudlah PERGADUHAN DALAM KUMPULAN berkenaan... Tak bagus2...

Ana yakin disekeliling antum semua pun berlaku seperti ini kan?
Sebenarnya sahabat2 sekalian, sikap ini tak wajar dipraktikkan dalam hidup secara berkumpulan atau berjemaah... Melalui sikap ini juga boleh wujudnya berpecah-belah. Sememangnya Allah tidak  suka hambanya yang berpecah-belah...

Sekiranya berpecah-belah, kita susah nak bersatu hati...ikut kepala sendiri...!!! Entahlah...Sememangnya syaitan memang suka kepada orang yang berpecah belah...Time ini lah SYAITAN BERTINDAK!!! dan musuh kita iaitu SYAITAN akn bergumbira dengan sikap kita....sebb kita bersama mereka....Sanggupkah anda BERSAMA SYAITAN??? Lu pikirlah sendiri...

PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN...

Pengalaman ana baru2 ini, kumpulan ana terpaksa buat kembali satu tugasan sebb kerja kami tidak memuaskan...Kami satu kumpulan tidak menyangka kumpulan kami yang dapat markah tu.Tapi ana pun memang masa buat tugasan tu tak de feel langsung, mcm tak endah je, buat pun malas2...kebetulan time tu ana ade tugasan lain dan bz dgn aktiviti lain termasuklah sahabat ana yang dua orang lagi... Ana rasa tak sedap hati selepas kena hantar tugasan tu. Ana terdetik dalam hati, "apa rasanya klu tugasan kena buat sekali lagi...nak jugak rasa..." sesungguhnya Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-Nya. Akhirnya terjadi kepada kumpulan ana...Pensyarah pun mcm tak percaya yang kami dapat markah mcm tu...

Namun Allah Maha Penyayang, sebb lembutkan hati pensyarah tu bagi kumpulan kami peluang utk baiki kesilapan. Alhamdulilah kami dah buat yang terbaik...Kami hanya mampu berserah kepada Allah moga Allah lembutkan hati pensyarah kami supaya kami dapat markah A... Ana tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ketika pensyarah cakap tugasan kami TAK BAGUS...malulah sangat. Hikmah disebalik kejadian ini, Allah nak menguji PERSAHABATAN kami adakah antara kami wujudnya tuding-menuding orang lain atau tak... Antara kami tak de sapa pun yang kata ni salah ko atau salah orang...antara kami meletakkan kesalahan ini atas diri kami sendiri... Tak dapat bayangkan klu ada antara kami yang sibuk menyalahkan orang daripada salah sendiri...mesti pergaduhan akan berlaku... Ya ALLAH, terima kasih kerna  Kau wujudkan ikatan mahabbah antara kami... Alhamdulilah... Kami dapat membaiki tugasan itu dengan hati yang gembira dan tenang...Itu semua dengan bantuan Allah...

Ingatlah sahabat2, sesuatu kerja yang kita lakukan sekiranya tidak berjaya janganlah salahkan orang lain...tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam sesuatu kerja. dan bergantunglah kepada Allah dalam segala hal sebb dengan izin -Nya sesuatu kerja akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar...Yakinlah :)

KATA2 MUTIARA DARI SAHABAT ANA...

"Ukirlah senyuman yang paling manis, kerana selain sedekah...senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati... & senyuman itu tidak  menyakitkan tetapi menjadi penawar bagi hati yang sakit :) ...

0 comments: