Salam perjuangan...alhamdulilah, bertemu kita kembali di ruangan ini... Post kali ini khas utk ibu dan ayah ana... Dah bape bulan tak balik umah. Kerinduan yang terpendam dalam hati ini semakin bertambah...Jauh dimata tapi dekat dihati :)
Sudah beberapa bulan dah tak balik.Sebabnya nak tunggu cuti panjang.Cuti sekolah...Bulan 6 ni. Tapi itu pun tak pasti lagi boleh balik ke kampung atau tak...semalam pergi ke perjumpaan wataniah, pengerusi kate kemungkinan ada KURSUS KADAR... tak taulah... tapi pengerusi kata KEMUNGKINAN... kalau jadilah kursus tu nampaknya sampai sem depan tak balik umah... Kursus itu selama sebulan. Namun begitu,untuk pulang ke kampung harus ditangguhkan buat sementara dahulu. Bukan bermakna ana tak dah lama tak balik kampung, ana dah lupa kat mereka, namun ada aktiviti yang perlu ana libatkan diri. Ana fikir hanya ni peluang ana untuk bergiat aktif dalam melibatkan diri dlm mana2 persatuan... InsyaAllah, walaupun bz sekalipun ana tetap merindui mereka (ibu, ayah, angah, pak sedara, mak sedara, sepupu dll) ALONG RINDU SANGAT....
Hanya doa yang ana dapat kirimkan buat ibu ayah dan tercinta supaya sihat, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan... Segala pesanan dan nasihat, teguran along tak pernah lupa...semuanya bermain-main di kotak fikiran ini. Semoga anakmu menjadi anak yang taat kpd suruhan agama, rasul dan kepada mu...wahai ibu ayahku...
Ibu ayah jangan risau anakmu yang berada nun jauh di Perlis ini.Doakan anakmu supaya menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulilah, ujian yang menimpa along dapat diatasi dengan bantuan-Nya. Ujian itu menjadikan along lebih matang dalam meneruskan kehidupan ini. Ia mengajar along erti KEHIDUPAN...Selain itu juga, ada sokongan daripada sahabat2 yang tak perbah jemu2 bagi sokongan, galakan kepada diri along.
Minta maaf pada ibu n ayah...kadang2 along terlupa nak bertanya khabar, sms, talifon sebb terlalu sibuk dengan aktiviti maktab... boleh dikatakan tiap2 hari dipenuhi dengan pelbagai dengan aktiviti. Walaubagaimapun, melalui aktiviti dan persatuan yang diceburi terutamanya PGPI, WATANIAH, JPA menjadikan along seronok dan tak boring duduk kat maktab...Melalui aktiviti dan kegiatan persatuan ini lah yang membantu along sebagai persiapan untuk menjadi seorang GURU YANG BERKALIBER DLM SEMUA BIDANG... InsyaAllah...doakan anakmu ini...
Baiklah ibu, ayah rasanya sampai sini sahaja nukilan rindu buatku untukmu...nantikan kepulangan anakmu...
ALONG SAYANG IBU & AYAH :)
0 comments:
Post a Comment