Salam perjuangan...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab ini... Ana insan lemah yang banyak kekurangan...semua milik Allah, tiada apa milik kita semua...Semua ini hanya pinjaman...
"KASIHMU ITU PENGUBAT DIRIKU" itulah tajuk post kali ini...Terasa rindu pada keluarga yg jauh nun di sana...dah lama tak balik, tunggu after exam baru balik, Namun sahabat2 seperjuangan tetap disisi untuk menggembirakan ana di bumi perlis ini. Alhamdulilah dengan kerja yang banyak , namun masih terkawal dapat membolehkan ana tidak bersikap home sick...
Sememangnya, kasih ibu bapa itu pengubat seorang anak...Dikala anak kesakitan, ibu bapa tak tido malam nak jaga anak, Dikala anak menghadapi kegagalan, ibu bapa sentiasa di sisi memberi sokongan, Dikala anak rasa gelisah, ibu bapa tempat untuk mengadu... Bersyukurlah kita semua kerana masih mempunyai ibu bapa... Jangan persiakan ibu bapa kita kerana terlalu banyak pngorbanan mereka kpd kita sebagai anak. Memang kadang2 kita rasa tertekan dengan apa yang ibu bapa bagi cadangan atau teguran. Kadang2 kita yg muda ini tak boleh terima, malah sanggup memarahi ibu bapa sendiri... Itulah kita....
Ada juga sesetengah anak yg sanggup meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang2 tua...Mana perginya sikap KASIH SAYANG ANDA??? Penat2 ibu anda mengandungkan anda selama 9 bulan, dijaga dengan baik, berikan apa saja yang anda nak...tp apabila besar dah bekerja, ANDA KETEPIKAN IBU BAPA ANDA...MALAH ADA YG SANGGUP MENINGGALKAN IBU BAPA DI STESEN BAS.... Ana cukup sedih apabila melihat sikap2 anak zaman sekarang...Bulan satu hari tu, ana ade buat lawatan ke rumah orang2 tua. Lebih kurang 100 lebih warga emas yang terdapat di situ...ramai...Kami melayan mereka dengan mesra, ada sesetengah itu yang tidak boleh bangun, ada yang kena pimpin semasa berjalan, ada yg rasa seronok melihat kedatangan kami.... Cukup tersentuh melihat telatah mereka, MEREKA MEMERLUKAN KASIH SAYANG SEORANG ANAK... tp anak2??? Hilang entah kemana...LUPA DIRI!!! Cuba anda bayangkan sekiranya ANDA di tempat mereka. Allah itu maha adil..dan hidup ini seperti roda...Ingatlah...
Ana harap ana dapat menjadi ana yang baik, anak yang dapat membahagiakan ibubapa...Memang ana akui, masa dulu2 ana seorang anak yang nakal. degil, cepat mengamuk dan macm2 lagi....Ibu bapa ana telah mendidik ana dengan baik...Dan sekarang ana belajar di maktab, bakal menjadi seorang guru... Itu semua berkat doa mak ayah....Dengan izin Allah, ana dapat belajar di bumi perlis dalam kos perguruan... Alhamdulilah...
"Restu orang tua adalah mutiara yang sangat berharga di lautan pasir yang meluas...Bukan senang nak jaga hati dan perasaan ibu bapa. Tetapi kita harus mengharungi dengan keberkatan dan keredhaan Allah. Doa restu ibu bapa adalah jalan terbaik untuk mencapai keredhaan Allah... Hidup bukan hanya utk dunia, tetapi apa yang kita akan tuai di akhirat kelak..." Inilah kata2 dari ayah ana...
-Along mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...-
Ingatlah wahai anak2...SEDARILAH DIRI, LIHATLAH DIRI... Berusahalah utk jadi anak yang soleh, taat ibu bapa...namun Taat kpd Allah jangan diketepikan.... InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment