? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 29, 2010

::KerinDuan yAng TeRsimpAN::

Salam perjuangan...alhamdulilah, bertemu kita kembali di ruangan ini... Post kali ini khas utk ibu dan ayah ana... Dah bape bulan tak balik umah. Kerinduan  yang terpendam  dalam hati ini semakin bertambah...Jauh dimata tapi dekat dihati :)

Sudah beberapa bulan dah tak balik.Sebabnya nak tunggu cuti panjang.Cuti sekolah...Bulan 6 ni. Tapi itu pun tak pasti lagi boleh balik ke kampung atau tak...semalam pergi ke perjumpaan wataniah, pengerusi kate kemungkinan ada KURSUS KADAR... tak taulah... tapi pengerusi kata KEMUNGKINAN... kalau jadilah kursus tu nampaknya sampai sem depan tak balik umah... Kursus itu selama sebulan. Namun begitu,untuk pulang ke kampung harus ditangguhkan buat sementara dahulu. Bukan bermakna ana tak dah lama tak balik kampung, ana dah lupa kat mereka, namun ada aktiviti yang perlu ana libatkan diri. Ana fikir hanya ni peluang ana untuk bergiat aktif dalam melibatkan diri dlm mana2 persatuan... InsyaAllah, walaupun bz sekalipun ana tetap merindui mereka (ibu, ayah, angah, pak sedara, mak sedara, sepupu dll) ALONG RINDU SANGAT....

Hanya doa yang ana dapat kirimkan buat ibu ayah dan tercinta  supaya sihat, murah rezeki dan  dipermudahkan segala urusan... Segala pesanan dan nasihat, teguran along tak pernah lupa...semuanya bermain-main di kotak fikiran ini. Semoga anakmu menjadi anak yang taat kpd suruhan agama, rasul dan kepada mu...wahai ibu ayahku...


Ibu ayah jangan risau anakmu yang berada nun jauh di Perlis ini.Doakan anakmu supaya menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulilah, ujian yang menimpa along dapat diatasi dengan bantuan-Nya. Ujian itu menjadikan along lebih matang dalam meneruskan kehidupan ini. Ia mengajar along erti KEHIDUPAN...Selain itu juga, ada sokongan daripada sahabat2 yang tak perbah jemu2 bagi sokongan, galakan kepada diri along.

Minta maaf pada ibu n ayah...kadang2 along terlupa nak bertanya khabar, sms, talifon sebb terlalu sibuk dengan aktiviti maktab... boleh dikatakan tiap2 hari dipenuhi dengan pelbagai dengan aktiviti. Walaubagaimapun, melalui aktiviti dan persatuan yang diceburi terutamanya PGPI, WATANIAH, JPA menjadikan along seronok dan tak boring duduk kat maktab...Melalui aktiviti dan kegiatan persatuan ini lah yang membantu along sebagai persiapan untuk menjadi seorang GURU YANG BERKALIBER DLM SEMUA BIDANG... InsyaAllah...doakan anakmu ini...


Baiklah ibu, ayah rasanya sampai sini sahaja nukilan rindu buatku untukmu...nantikan kepulangan anakmu...
 ALONG SAYANG IBU & AYAH :)

Tuesday, April 27, 2010

::KenApA aDA BanYAK pErkara ALLAH laraNg???::

Salam perjuangan... alhamdulilah, kita bertemu lagi di ruangan maya ini. Alhamdulilah, telah selesai satu program iaitu, pertandingan memasak sempena bulan keceriaan, alhamdulilah berjalan lancar dengan izin-Nya.

Ana yakin antum semua mesti tertanya2 KENAPA ADA BANYAK PERKARA YANG ALLAH LARANG???


Inilah JAWAPANNYA bagi PERSOALAN di atas...

1. PERKARA YANG DILARANG ITU BAHAYA & MENYUSAHKAN

- Allah larang manusia lakukan perkara yg jahat.. Allah sediakan pahala & syurga bagi orang yang kerjakan  perkara2 baik. Syurga menjadi pencetus motivaasi supaya kita rajin mengerjakan perkara yang baik. Manakala yang neraka pencetus motivasi spy kita usaha jauhkan diri drpd lakukan perkara jahat. Tapi yang itu jugak yang banyak dilakukan oleh manusia la ni...tak takut langsung seksaan Allah di sana nanti...

Sebenarnya sahabat2, Allah larang kita lakukan dosa sebb Allah sayangkan kita. Sebab DOSA YANG YG ALLAH LARANG ITU BAHAYA KPD KITA... Contohnya : Allah larang antum semua spy tak tinggal solat supaya Allah sentiasa dekat disisi antum. Sekiranya antum tak solat, maka rengganglah hubungan antum dengan Pencipta kita... Allah Maha Kuasa.
2. BAHAYA DOSA NAMPAK

- Minum arak dan menghisap arak cth perbuatan dosa.  Kesan arak, dadah dan benda2 lain yg mengkhayalkan dpr hilangkan kewarasan akal seseorang walaupun sekejap. Apabila seseorang tu mabuk, maka timbullah bahaya yang lain malah mendatangkan kesan pada orang lain.

3. BAHAYA DOSA TIDAK NAMPAK

- Dosa2 yg orang tak nampak pun bawa bahaya juga. Contohnya : DENGKI kpd orang lain. Nabi Muhammad dah berpesan spy TAK DENGKI KAT ORG LAIN. Sebab apa???
Sebab sifat DENGKI boleh menghapuskan pahala amalan baik yg kita kerjakan sebelum ini, sama seperti api membakar kayu kering. Sebenarnya sahabat2, orang dengki kpd kelebihan orang lain, sebenarnya tak bersyukur dengan apa yang dia ada. Jiwanya tak tenang dia selalu tak puas hati apabila orang lain mendapat nikmat. Seolah-olah MARAH KEPADA TUHAN....

Inilah antara jawapan2 bagi persoalan diats... sumber : buku Ibu, benarkah Tuhan itu ada?

Allah adalah Tuhan yg mencipta kita. Oleh itu, Allah tahu apa yg baik dan apa yg buruk buat kita sebb DIALAH YANG MENCIPTAKAN KITA... Remember that!!!

Friday, April 23, 2010

_-BeRhArgA NiLAi kesabarAn_-

Salam perjuangan...


Alhamdulilah...bertemu kembali. Maafkan ana krn ana lambat nak updatekan blog ni.  Post kali ana nak bincangkan tentang kesabaran... SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN.... Inilah kata2 atau ungkapan yang sering kita dengarkan...Tp kenapa susah sgt kita nak semai sifat SABAR ni dalam diri sendiri???

Ana tak dapat nak nafikan, kadang2 diri ana sendiri pun hilang kesabaran. Terutamanya penat dalam melayan kerenah manusia, penat dengar rungutan manusia... Tp itulah manusia, tidak sempurna melainkan-Nya...

Minggu ini mengalami sedikit ujian dari-Nya. Alhamdulilah Allah masih bersamaku untuk ana menghadapinya. Ujian yang diberikan kepadaku kali ini ialah ujian ukhwah. Inilah yang paling menyentuh hati ana. Disebabkan perkara kecil jadi besar...sampaikan ana sendiri terjebak sama merasai bahangnya...tambah2 lagi berlaku antara sahabat yang kita sayangi sendiri... Ana sedih, kenapa kita tak cuba nak faham situasi keadaan sahabat2 kita? berlapang dada???Kenapa??? Kita selalu ikut kepala sendiri dan nak back-up diri sendiri. Tak nak ngaku salah diri...MENGAPA???

Ada juga yang sanggup marah dan semburkan kata2 amarah, mcm tak pikir langsung apa nak cakap padahal kwan yang dia marah tu sahabatnya sendiri.... Entahlah... Kadang2 ana putus asa dan malas nak pikir nak selesaikan masalah mereka??? Kadang2 ana terdetik dalam diri, KENAPA ANA NAK PIKIR MASALAH DEPA??? DEPA PUN TAK NAK CUBA PIKIR UTK SELESAIKAN...INI PULAK ANA YANG TERHEGEH-HEGEH NAK TOLONG.... Itulah yang ana pikirkan selama ini. Tp bila ana pikir balik, ini semua ketentuan-Nya...Enrah2 depa pikir nak selesaikan tapi tak take action....malu kot. Atas kehendaknya, ana  dan ada 2 org sahabt lagi yang kena pikir utk menyelesaikannya...

Ya Allah, berikan bantuan  dan petunjuk kepadaku... Aku tak mampu nak pikul sorang2...dengan ketenangan yang KAU berikan aku dapat harunginya Ya Allah...Kau tanamkan sikap kasih sayang dan berlapang dada antara kami Ya Allah...Jalinkan kasih sayang antara kami.... Amin...

Inilah sahabat2 ku sekalian, sikap SABAR ini nilainya sangat tinggi. Susah nak praktik dalam diri. Kadang2 kita cakap boleh je nak suh orang sabar tp  nak praktikkan kesabaran amat payah...hanya orang2 yang benar2 kuat dapat mengawal emosi dan amarahnya.... Harap ana dikurniakan sikap sabar ini terutamanya melayan kerenah dan ragam manusia...

Kepada anggota harakah yang hakiki ialah org yg menyelesaikan masalah masyarakat bukannya orang yang menimbulkan masalah!!!


Tuesday, April 20, 2010

::MusLiM HaRaKi::

Salam perjuangan....


"Semua kamu adalah gembala, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"
(Hadith riwayat Al-Bukhari)

"Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat"

Inilah tanggunjwab orang Islam, kita memang tidak boleh lari dari tanggungjawab ini...

Apa yang dikatakan dengna MUSLIM HARAKI????

Ia merupakan muslim yg menyertai harakah Islamiyyah, yg telah mengiklankan dengan cara terbuka dan meluas perjuangannya adalah membina masy. Islam, mendirikan negara Islam, melaksanakan syariat Islam, mengembalikan khilafah Islamiyyah.

Sememangnya muslim haraki memang mempunyai tanggunjwab yang besar kepada masyarakat hari ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat Malaysia walaupun terdiri daripada berbilang kaum dan kebudayaan yg pelbagai ttp hidup dlm keadaan aman dan damai. Inilah yang Allah dinegara kita. Bersyukurlah kita... Maka sahabat2, ana rasa dalam suasana begini kita boleh menjalankan dak'wah kita, menunjukkan identiti dalam mempersembahkan akhlak kita melalui dak'wah bil-hal.


Rasullulah pernah bersabda :

"Hendaklah kamu menjadi orang2 yang kuat daya hidupnya di tengah2 manusia- punya daya sensitiviti yang baik."

Kitalah yang menjadi orang yang kuat daya hidup di tengah2 manusia. Kitalah yang perlu menunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain supaya apa???? Supaya menjadi cth kepada mereka... Klu kita cakap je banyak, just omong kosong tapi tak buat pun tak leh jugak. Nanti orang lain pandang slek... Anda paham2 je lah maksud slek tu...

Ni ana nak berkongsi dengn antum semua tentang bentuk muslim yang diperlukan oleh masyarakat hari ini.  Semoga kita amalkan ciri2 ini... Jom kita lihat!!!

1. Sentiasa bercakap benar.
2. Tidak penipu / pengkhianat.
3. Tiada perasaan haasad dengki.
4. Jiwa bersih, bersuh daripada hasad dengki, perasaan benci terhadap orang lain.
5. Penasihat "nasih" yang sentiasa beri pandangan yang membina.
6. Mesti tunaikan janji kepada masyarakat.

Inilah antara ciri2 muslim haraki. Muslim haraki adalah baik akhlaknya. Ulama' telah menyenaraikan antara budi pekerti mulia seprti berikut:

Bersifat malu, lemah-lembut, pengasih, pengampun dan pemaaf, bertoleransi, manis muka, ramha mesra, menguasai diri waktu marah, menyembunyi rahsia dan cacat cela orang lain, tidak mengumpat, tidak buruk sangka, tidak sombong, suka membantu, sukakan ma'kruf nahi mungkar, mudah mesra, pada umumnya berpegang kpd akhlak Islamiyyah, menjauhkan diri dari akhlak terkeji seperti KASAR, SOMBONG, MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DLL...

Cuba antum semua KOREKSI diri kembali...ADAKAH ANDA AMALKAN SIKAP2 INI????

Sekiranya TIADA, cubalah utk melaksanakannya...

Cuba kita gambarkan setiap harakah kita, di mana saja kita berada rahmat kepada masyarakat, menjadi penyelesai kepada masalah, menjadi nur, menjadi khair (kebaikan), menjadi qudwah (ikutan), menjadi imam masyrakat akur merasai kehadira ahli kita pembawa tuah dan berkat kepada mereka...

Sumber : Buku AMAL JAMA'I oleh Hj. Yahya Othman

Sunday, April 18, 2010

SaLAh SiApA???

Salam perjuangan...alhamdulilah, kita masih bertemu di ruangan ini.Maafkan ana kerana agak  dah lama tak update blog ni sebab kekangan masa. Baru2 ni HELWANI baru menguruskan HELWANI'S GATHERING yang diadakan sempena perjumpaan Helwani yang terakhir bagi sem ini. Alhamdulilah berjalan dengan lancar... Terima kasih kepada sahabat2 ana  iaitu ain, anis, fatin, wani, adawiyah, ira, nurul, piah, asma', amal, syahid n sahbat2 PGPI yang lain yang bersusah payah dalam menjayakan mjlis ini. Terima kasih juga kepada yang sudi hadir... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan anda... 


Post kali ini ana nak ceritakan bab salah siapa...biasalah klu ada masalah dlm satu group mesti perkara ini pasti berlaku. Contohnya : terdapat satu kumpulan yang kena buat kembali tugasan kkp semula disebbkan kkp berkenaan tidak bagus. Maka antara mereka menuding jari antara mereka utk mencari kesalahan orang lain...Kesannya wujudlah PERGADUHAN DALAM KUMPULAN berkenaan... Tak bagus2...

Ana yakin disekeliling antum semua pun berlaku seperti ini kan?
Sebenarnya sahabat2 sekalian, sikap ini tak wajar dipraktikkan dalam hidup secara berkumpulan atau berjemaah... Melalui sikap ini juga boleh wujudnya berpecah-belah. Sememangnya Allah tidak  suka hambanya yang berpecah-belah...

Sekiranya berpecah-belah, kita susah nak bersatu hati...ikut kepala sendiri...!!! Entahlah...Sememangnya syaitan memang suka kepada orang yang berpecah belah...Time ini lah SYAITAN BERTINDAK!!! dan musuh kita iaitu SYAITAN akn bergumbira dengan sikap kita....sebb kita bersama mereka....Sanggupkah anda BERSAMA SYAITAN??? Lu pikirlah sendiri...

PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN...

Pengalaman ana baru2 ini, kumpulan ana terpaksa buat kembali satu tugasan sebb kerja kami tidak memuaskan...Kami satu kumpulan tidak menyangka kumpulan kami yang dapat markah tu.Tapi ana pun memang masa buat tugasan tu tak de feel langsung, mcm tak endah je, buat pun malas2...kebetulan time tu ana ade tugasan lain dan bz dgn aktiviti lain termasuklah sahabat ana yang dua orang lagi... Ana rasa tak sedap hati selepas kena hantar tugasan tu. Ana terdetik dalam hati, "apa rasanya klu tugasan kena buat sekali lagi...nak jugak rasa..." sesungguhnya Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-Nya. Akhirnya terjadi kepada kumpulan ana...Pensyarah pun mcm tak percaya yang kami dapat markah mcm tu...

Namun Allah Maha Penyayang, sebb lembutkan hati pensyarah tu bagi kumpulan kami peluang utk baiki kesilapan. Alhamdulilah kami dah buat yang terbaik...Kami hanya mampu berserah kepada Allah moga Allah lembutkan hati pensyarah kami supaya kami dapat markah A... Ana tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ketika pensyarah cakap tugasan kami TAK BAGUS...malulah sangat. Hikmah disebalik kejadian ini, Allah nak menguji PERSAHABATAN kami adakah antara kami wujudnya tuding-menuding orang lain atau tak... Antara kami tak de sapa pun yang kata ni salah ko atau salah orang...antara kami meletakkan kesalahan ini atas diri kami sendiri... Tak dapat bayangkan klu ada antara kami yang sibuk menyalahkan orang daripada salah sendiri...mesti pergaduhan akan berlaku... Ya ALLAH, terima kasih kerna  Kau wujudkan ikatan mahabbah antara kami... Alhamdulilah... Kami dapat membaiki tugasan itu dengan hati yang gembira dan tenang...Itu semua dengan bantuan Allah...

Ingatlah sahabat2, sesuatu kerja yang kita lakukan sekiranya tidak berjaya janganlah salahkan orang lain...tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam sesuatu kerja. dan bergantunglah kepada Allah dalam segala hal sebb dengan izin -Nya sesuatu kerja akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar...Yakinlah :)

KATA2 MUTIARA DARI SAHABAT ANA...

"Ukirlah senyuman yang paling manis, kerana selain sedekah...senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati... & senyuman itu tidak  menyakitkan tetapi menjadi penawar bagi hati yang sakit :) ...

Monday, April 12, 2010

--Ku menjanjikan yg TERBAIK--

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku,

Izinkan ku serukan nama-Mu,
Sebelum nyawa dalam tubuhku,
Kau ambil, kembali pada-Mu

Kerna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh,
dalam doaku.

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjanjikan yang terbaik,
Menjalankan segala perintah-Mu menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doaku untuk-Mu

Lirik ini adalah dari kumpulan Ungu- Dengan Nafas-Mu...

Sungguh membuatkan hati ana berjanji pada diri untuk buat yang terbaik....
Terbaik bagaimana???

Terbaik dengan menjalankan perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya...
Itulah yang TERBAIK!!!

Kita tidak tahu bila kita pergi selamanya dari dunia ini... maka, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya...Moga kita meninggal dalam iman dan islam...

Sunday, April 11, 2010

::TidAK sEpErti DuLu...::

Salam perjuangan... alhamdulilah, ana masih diberi kesempatan utk mengupdatekan blog ni...walaupun kadang2 perasaan malas menghantui diri...tetapi apabila memikirkan antum yang sering bersama ana, dengan izin-Nya ana teruskan juga...terima kasih krn sudi bersama sinarankasih...

Post kali berkaitan dengan apa yang ana lalui sekarang...sedih dengan apa yang berlaku...tetapi ana yakin itu semua datang dari Allah utk menguji hamba-Nya...mesti ada hikmah yang berlaku...
Ana mempunyai seorang sahabat, yang pada masa ketika dahulu dia seorang yang bersemangat dan seorang yang mengambil berat walaupun kadang2 dia seorang yang pendiam... Kami memang seronok dan selesa bersama...ana rasa selesa bekerja dengan dia...

Namun sejak akhir2...., dia berubah...semakin pendiam...Tak tahu masalah apa yang dia hadapi.... Ana nak tanya pun, tak berani...Ana dapat merasakan dia semakin jauh dengan ana, termasuklah dengan sahabat2 ana yang lain...

Apa salah ana, apa salah kami??? Ana tertanya-tanya sampai sekarang.... Ana hanya mampu husnu zhon dengan dia... Ana tak mahu virus masalah hati berlaku antara kami... Ya Allah peliharalah kami...

Ana nak berterus terang pun tak berani sangat dengan dia, takut kata2 ana akan mempengaruhi emosi ana...malah dia juga sering mengelakkan diri daripada ana... tak tahu sama ada dia perasan atau tidak... atau hanya ANA SAHAJA YANG MERASAKAN BEGITU...DIA TIDAK???

Ana rindukan masa dahulu... Tolonglah Ya Allah, semaikan ikatan mahabbah antara kami...



Walaubagaimana, ana nak minta maaf sangat2 sekiranya ana mempunyai salah kepada dia... memang kadang2 kita sendiri memang tak perasan apa salah kita...Sahabat2lah yang perlu tegur ana sekiranya ana lakukan kesilapan...jangan pendamkan, memang kadang2 yang benar itu pahit utk ditelan tapi demi kebaikan rasanya tak salah... Tolonglah sahabat....kalau kita terus pendam dan pendam apa yang kita tak puas hati dengan sahabat kita, menyebabkan kita rasa benci dan meluat tgk dia...Perasaan mcm ni kita perlu elakkan, ana tak nak perasaan BENCI ini merasuk dalam diri ana... Ana takut.Ingat sahabat2!!! Syaitan memang sentiasa cari ruang utk memecah-belahkan kita...Sanggupkah kita nak beri KEMENANGAN ITU PADA MUSUH KITA, SYAITAN???...

Ana sentiasa ingatkan diri supaya terima kelemahan orang lain supaya orang lain dapat terima kelemahan kita... Tp kadang2 ana sendiri terlupa utk menerima kelemahan orang lain...ana minta maaf pada sahabat2...

Apa yang ana harus lakukan sekarang??? Berterus-terang apa yang ana rasa kepada dia???

Ya Allah...berikan petunjuk kepada kami...

"I can't always make u happy...
Ya Allah, Kau berilah rahmatMu dalam memelihara insan ini,
kerana KAU yang mampu menjaga hati dan perasaanya, jauh lebih baik daripadaku...
sahabat...
kerana peristiwa semalam,
insyaAllah kita akan terus bersahabat di jalan Allah...
kerana hari ini kita terus mendoakan ikatan yang akrab ini akan terus bersemadi...

sahabat...
mungkin hari ini atau esok au akan pergi,
tanpa sempat bertemu denganmu lagi dalam mengisi kekosongan ini...
namun aku sempat berdoa,
dalam kesyahduan,
supaya ukhwah kita adalah ukhwah yang lain dari yanng lain...

Saturday, April 10, 2010

dEngAn KeiZinan-Nya...KiTa di SatuKan

Salam perjuangan....alhamdulilah, ana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis di ruangan ini... Sebelum itu, nak ucapakan SELAMAT HARI LAHIR BUAT RAKAN SEKELAS...AFIFAH YG KE 21... nampaknya afi lebih tua daripada tiqah...tiqah muda lagi...hehehe...tp tak pe, afi tetap comey dari tiqah :)

sEmOga pANjang UmOR dan SentiaSA tiNgKatkaN aMal  dan dapat jodoh yang bAiK...hehehe :)

Terima kasih kepada sahabat2 iaitu Kak ya, afi, tirah, nurul, kak jes... yang menjemput ana utk menyambut hari jadi afi semalam...makanan yang disediakan sedap2 belaka...alhamdulilah...lain kali boleh ajak ana lagi...hehehe...kenyang sampai ke hari ini... :)

Dengan izin Allah, kami satu kelas berkumpul sekali lagi...Inilah yang ana harapkan...harapan menjadi realiti dgn izin-Nya... Moga ikatan yang kita bentuk adalah ikhlas dan tiada buruk sangka antara kita semua. Sentiasalah semaikan sikap husnu zhon (bersangka baik) supaya ukhwah kita tidak mudah goyah sesama kita...

Biarlah ujian dan dugaan yang kita hadapi selama ini sebagai satu sejarah dan menjadi buat pengajaran kita semua...Sememangnya segala masalah dan ujian itu datang dari Allah untuk melihat kebijaksanaan hambanya dalam menangani masalah dalam kehidupan ini... Cubalah satu hari, kita koreksi kembali, segala yg berlaku dlm kehidupan kita tidak kiralah masalah dengan sahabat, keluarga, pasangan hidup itu semua ada hikmahnya....Hanya DIA yang lebih ketahui yang terbaik buat hambanya...TAPI KITA??? Tidak pernah memikirkan hikmah disebalik yang terjadi tetapi suka menyalahkan orang lain....

Namun diri kita???Kita tak pernah MENGAKUI KELEMAHAN KITA...kadang2 termasuklah juga ana...yang kadang2 emosi marah dan geram ini susah dikawal... ana teringat kata2 sahabat ana, nak marah orang senang, tapi nak marah dengan ikut saluran yang betul adalah sukar...

Ana memang berasa bersyukur sebab apa yang ana lalui semalam sangat menggembirakan hati ana...Itulah kuasa Allah... semoga ikatan ukhwah kita ukhwah yang betul2...bukan hanya sekadar lakonan... Tolonglah sahabat... dalam menjalin ikatan ukhwah antara sahabat sikap untuk menerima kelemahan orang lain sangat penting... SEBAB??? Ini kerana MANUSIA TIDAK SEMPURNA... BANYAK KELEMAHAN & kelemahan setiap orang adalah berbeza... Begitulah juga dalam memilih pasangan hidup, kita perlu terima kelemahan pada dia, barulah pasangan kita boleh terima kelemahan kita....


Sahabat2 yang ana sayangi sekalian...sekiranya ana ade terlebih gurauan, terkasar bahasa, terlupa tentang mengambil berat mengenai antum semua, ana minta maaf...ana pun banyak kelemahan...tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang...segala gurauan di kelas itu sebenarnya untuk menggamitkan suasana...hehehe... Harap dapat maafkan ana yek...

I LUV U ALL :)

Monday, April 5, 2010

:KasiHmu Itu PenGUbAT diriku...::

Salam perjuangan...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab ini... Ana insan lemah yang banyak kekurangan...semua milik Allah, tiada apa milik kita semua...Semua ini hanya pinjaman...

"KASIHMU ITU PENGUBAT DIRIKU" itulah tajuk post kali ini...Terasa rindu pada keluarga yg jauh nun di sana...dah lama tak balik, tunggu after exam baru balik, Namun sahabat2 seperjuangan tetap disisi untuk menggembirakan ana di bumi perlis ini. Alhamdulilah dengan kerja yang banyak , namun masih terkawal dapat membolehkan ana tidak bersikap home sick...

Sememangnya, kasih ibu bapa itu pengubat seorang anak...Dikala anak kesakitan, ibu bapa tak tido malam nak jaga anak, Dikala anak menghadapi kegagalan, ibu bapa sentiasa di sisi memberi sokongan, Dikala anak rasa gelisah, ibu bapa tempat untuk mengadu... Bersyukurlah kita semua kerana masih mempunyai ibu bapa... Jangan persiakan ibu bapa kita kerana terlalu banyak pngorbanan mereka kpd kita sebagai anak. Memang kadang2 kita rasa tertekan dengan apa yang ibu bapa bagi cadangan atau teguran. Kadang2 kita yg muda ini tak boleh terima, malah sanggup memarahi ibu bapa sendiri... Itulah kita....


Ada juga sesetengah anak yg sanggup meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang2 tua...Mana perginya sikap KASIH SAYANG ANDA??? Penat2 ibu anda mengandungkan anda selama 9 bulan, dijaga dengan baik, berikan apa saja yang anda nak...tp apabila besar dah bekerja, ANDA KETEPIKAN IBU BAPA ANDA...MALAH ADA YG SANGGUP MENINGGALKAN IBU BAPA DI STESEN BAS.... Ana cukup sedih apabila melihat sikap2 anak zaman sekarang...Bulan satu hari tu, ana ade buat lawatan ke rumah orang2 tua. Lebih kurang 100 lebih warga emas yang terdapat di situ...ramai...Kami melayan mereka dengan mesra, ada sesetengah itu yang tidak boleh bangun, ada yang kena pimpin semasa berjalan, ada yg rasa seronok melihat kedatangan kami.... Cukup tersentuh melihat telatah mereka, MEREKA MEMERLUKAN KASIH SAYANG SEORANG ANAK... tp anak2??? Hilang entah kemana...LUPA DIRI!!! Cuba anda bayangkan sekiranya ANDA di tempat mereka. Allah itu maha adil..dan hidup ini seperti roda...Ingatlah...

Ana harap ana dapat menjadi ana yang baik, anak yang dapat membahagiakan ibubapa...Memang ana akui, masa dulu2 ana seorang anak yang nakal. degil, cepat mengamuk dan macm2 lagi....Ibu bapa ana telah mendidik ana dengan baik...Dan sekarang ana belajar di maktab, bakal menjadi seorang guru... Itu semua berkat doa mak ayah....Dengan izin Allah, ana dapat belajar di bumi perlis dalam kos perguruan... Alhamdulilah...

"Restu orang tua adalah mutiara yang sangat berharga di lautan pasir yang meluas...Bukan senang nak jaga hati  dan perasaan ibu bapa. Tetapi kita harus mengharungi dengan keberkatan dan keredhaan Allah. Doa restu ibu bapa adalah jalan terbaik untuk mencapai keredhaan Allah... Hidup bukan hanya utk dunia, tetapi apa yang kita akan tuai di akhirat kelak..." Inilah kata2 dari ayah ana...

-Along mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...-

Ingatlah wahai anak2...SEDARILAH DIRI, LIHATLAH DIRI... Berusahalah utk jadi anak yang soleh, taat ibu bapa...namun Taat kpd Allah jangan diketepikan.... InsyaAllah...


Sunday, April 4, 2010

::ApAkaH aDE haRI eSoK UNtukku...::

Salam perjuangan...alhamdulilah, aku masih di sini diberikan kekuatan utk meneruskan kerja2 dakwah ni...Hari ni aku rasa mcm kurang gembira dan banyak pikir tentang masalah yang ada kat sekeliling pinggang ni...Ya ALLAH,bantulah hamba-Mu ini...


Tadi masa perhimpunan, ada sahabatku memanggilku...
"Tiqah2...semalam aku mimpi ko meninggal kat kelas pra sekolah...So, kwn2 kita yang lain jenguk ko kat pra..." kata sahabatku...

Sy hanya mendengar apa yang diceritakan...dan sy termenung sejenak. APAKAH ADA HARI ESOK UNTUKKU....???BERSEDIAKAH AKU MENGHADAP ALLAH??? Saya termenung panjang....tak dapat gambarkan bagaimana rasanya dan sedihnya kalau nyawaku ditarik  oleh Allah dalam keadaan aku tidak bersedia....Azab menanti diahirat sana... Auzubillah... Ya ALLAH...matikanlah aku dalam keadaan iman dan islam...

Sesungguhnya Allah boleh tarik nyawa hambanya ikut masa yang ditetapkan...tidak lambat sesaat mahupun cepat sesaat...Semuanya Allah telah tentukan. Kita hanya bersedia...TP ADAKAH KITA BENAR2 BERSEDIA...???

Saya mengakui sy memang banyak kesalahan2... kadang2 bergurau terlebih dgn kawan, kacau kwan, malas, dan mcm2 lagi...Sy insan yang lemah tak sempurna...kadang2 mudah termakan dengan hasutan syaitan malah kadang2 emosi terganggu dan menyebabkan tak dapat nak kawal...

Sahabat2ku...cuba kita koreksi diri bersama-sama...sampai bila kita nak jadi mcm ni...berada di takuk yg sama, amal ibadat di tahap yg sama...,sikap yang tak baik pun selalu berlarutan....dan mcm2 lagi... Marilah kita sama2 berubah...berubah ke arah kebaikan krn Allah... sebb kita tak pasti APAKAH ADA HARI ESOK...


Dikesempatan ini...sy bermohon ampun dan maaf atas2 kesalah2 yg sy pernah lakukan kepada antum semua...halalkan makan, minum atau apa yg terhutang...kadang2 sy ni pun lupa klu hutang2 ni... Apa yg pernah terluah di mulut ini harap sangat dapat dimaafkan...Kadang2 sy bergurau terlebih ke...sampai anda sakit hati, sy minta maaf... terima kasih krn masih ingin bersahabat dan mengenali saya sampai sekarang...

**sEDarKan DiRi Anda!!!**

Salam perjuangan... alhamdulilah sekali lagi diucapkan krn Allah masih beri kita kesempatan utk bersua lagi di ruangan ini walaupun badan ni penat skit sebb terlalu aktif sgt...hehehe...

Post kali ini sy nak tujukan kpd SEMUA MUSLIMAT IPG KAMPUS PERLIS... Satu majlis iaitu HELWANI GATHERING AKAN DIADAKAN PADA 16/ APRIL/ 2010 DI SURAU NURUL IMAN. InsyaAllah... Majlis ini sebagai penutup aktiviti HELWANI SPJG SEMESTER INI, ada sedikit jamuan disediakan, insyaAllah... Selain itu bertujuan utk mengucapkan 1000 kali PENGHARGAAN kerana terus menyokong HELWANI. Banyak pahit dan getir Helwani bersama kita semua...hanya org2 yg tertentu mengetahuinya.Biarlah ia menjadi rahsia....Saya harap anda semua terus menyokong helwani & PGPI bagi memantapkan suasana biah solehah di kampus kita... Kita tidak mahu kampus kita dipenuhi dengan masalah sosial yang teruk atau ape2 yang boleh mneyebabkan Allah kecewa dengan sikap kita...Ingat kita SEBAGAI GURU PERLU MENUNJUKKAN YANG TERBAIK!!! kalau disuruh jadi imam pun boleh, kalau disuruh lakukan  sesuatu kerja pun mudah dan ringan tulang je nak lakukan...Itulah guru...Guru bukan hanya sekadar mengajar, tetapi mendidik murid2 supaya jadi orang yang berguna kepada Allah, agama, masyarakat dan negara... Kalau guru pun perangai tak senonoh, malas, suka cari kesalahan orang lain, tak solat dll...APA AGAKNYA YG AKAN JADI PADA ANAK MURID KITA???Lu pikirlah sendiri....Tolonglah sedarkan diri anda...ANDA BAKAL MENJADI SEORANG GURU...TANGGUNGJAWAB GURU SANGAT BERAT...

Saya mengakuinya...kadang2 sy rasa takt kalau2 sy tak dapat nak pikul tanggungjawab ini...Tambah2 lagi kalau anak murid saya bermasalah...perasaan sedih kadang2 menghantui diri...Apatah lagi kalau sikapnya yang tidak makan saman, degil dan lain2...Semoga Allah permudahkan urusan dan memberi kecekalan kepada saya dan juga anda semua yang bakal menjadi guru suaya terus melangkah dan melangkah...YAKINLAH DENGAN PERTOLONGAN ALLAH...

Saya harap AKTIVITI2 HELWANI yang menarik akan diadakan pada semester akan datang dengan lebih banyak lagi dan bermanfaat untuk anda semua. Sesiapa yang masih keberatan dan tidak pernah libatkan diri dengan aktiviti HELWANI, SAYA MERAYU KPD ANDA TOLONGLAH HADIR...Ini semua utk kebaikan kita semua...Melalui program2 yang disediakan oleh HELWANI & PGPI ini dapat membantu kita semua memperbaiki diri terutama dalam bab2 agama...


Sesiapa yang mempunyai idea mengenai aktiviti HELWANI bagi sem depan sila beritahu saya atau AJK2 HELWANI yang lain. Anda boleh tulis di shout out sy dalam blog ini mengenai cadangan anda...

-BACK TO ISLAM-

Saturday, April 3, 2010

;Diri Kita Tak seHeBat mana;

Salam perjuangan... alhamdulilah, kita bersua lagi di laman sinaran kasih ini. Pada kali sy nak bincang tentang post kali ini iaitu.... DIRI KITA TAK SEHEBAT MANE...

Anda rasa anda HEBAT ke???
Anda rasa anda BAGUS ke???
Anda rasa anda SEMPURNA ke???

Elakkan daripada BERFIKIR seperti itu...

Ingat, hanya ALLAH yang sempurna yang kat dunia... kita tidak seperti-Nya, sesempurna-Nya...
Tapi banyak situasi sekarang yang rasa diri dia hebat....
Hebat dari segala hal...Kadang2 orang yang sekeliling rasa meluat tgk org yang rasa diri dia hebat...Pandai cakap, tapi tak nak buat... Itu bukanlah seorang mukmin yang baik...

Contoh Situasi :
1. Ali selalu mengajak kawannya Abu gi surau. Nasihat mcm2...baik punya...Tapi diri sendiri??? (yang dimaksudkan Ali) Ali pun jarang2 gi surau... Ini telah menyebabkan Abu rasa kurang percaya dengan Ali.

2. Ali merupakan pengerusi program. Dia telah memarahi SU nya sebb banyak buat kesalahan...padahal yg sepatutnya itu merupakan salah Ali kerana dia yg memberi arahan dan langsung tak mengambil berat anak buahnya...Yang hanya dia tahu, bagitau dirinya tahu semua perkara, pandai memimpin dll...Ini menyebbkan anak2 buahnya, rasa tak seronok nak bekerja dengan dia...

Itulah antara cth2 situasi yang boleh sy katekan... Itulah sifat2 manusia...

Baiklah sahabat2, rasanya sampai sini saje sebb sy dah tak dak idea nak bagaitau...Post yg lain kali sy buat panjang skit na...hehehe...

Kita jumpa lain kali na... ;)

MUTIARA KATA

"bukan bermakna perjuangan hari ini dpt kita rasai kemenangannya, barangkali KEMENANGAN PERJUANGAN kita ini di rasai generasi akan datang, oleh itu ISTIQAMAHLAH  dalam perjuangan, kerana semua itu demi AGAMA ALLAH RABBUL JALIL"