Salam perjuangan...bagaimana antum semua? sihat? ana harp antum semua dlm keadaan sihat. Alhamdulilah krn Allah bg kita kesempatan utk terus hidup dlm islam dan masih mempunyai iman. Allahuakbar...
Keikhlasan....memang sesuatu yg sukar utk diungkapkan dan susah utk dilakukan. Sememangnya apa yg kita lakukan sekiranya adalah ikhlas krn Allah maka insyaAllah ada ganjaran pahalanya.... Ana rasa takut apabila amalan2 yg ana lakukan ini menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah...krn apa? krn niat ana...sekiranya tiada keikhlasan dlm diri ini...Ana takut sekiranya ana lakukan krn org lain, krn nk tunjuk hebat atau apa2 sahaja...ana rasa analah yg paling rugi sekali... Ya Allah, jagalah hatiku ini...
Ana terpesona dgn keikhlasan seorang Arab Badwi, yg hanya berasal dari pedalaman dan tidk mempunyai ketinggian ilmu, namun beliau memeluk islam dgn segenap jiwa seraya berkata kpd Rasullulah S.A.W, "Aku akan berhijran bersamamu..."
Dlm perang Khaibar, Nabi SAW memberikan harta ghanimah (rampasan perang) kpd beliau. Namun kemudiannya beliau membawa harta tersebut kpd Nabi SAW dan berkata," Bukan krn harta aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu krn aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah disini (sambil menunjukkan ke arah lehernya) sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya.."
Dan akhirnya,beliau syahid dipanah di leher. Keikhlasan Arab Badwi memang amat mempesonakan. Walaupun layak menerima harta rampasan perang, namun beliau menolaknya krn mimpi indah beliau ialah, meraih gelaran syuhada'....
Erti ikhlas dlm jihad yg diterangkan oleh Hassan al-banna ialah, "Setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim adalah demi Allah, utk mencari redhaNYA dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kpd sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran, popular atau tidak. Dengan itu, ia menjadi tentera demi fikrah dan aqidah, bukannya demi kebendaan dan kepentingan.
Antara lawan ikhlas ialah riya', yg dianggp sebagai syirik kecil. Ali RA memberi garis panduan yg menunjukkan identiti org riya' iaitu:
- bersemangat di hadapan khlayak
- kendur apabila bersendirian
- bersungguh apabila dipuji
- lentur apabila dikeji...
Maka, marilah kita muhasabah diri...betulkah kita betul2 niat ikhlas krn Allah dlm melakukan sesuatu...?
0 comments:
Post a Comment