? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 4, 2011

Awas! Dosa Berganda...



Relakslah…kitakan masih muda…hidup perlu enjoy! Jom karok!
Cntiklah baju ni…ikut badan kita, nampaklah kurus… tak de lah sesetengah org tu pakai baju besar2 sampai 2 org boleh muat lagi nak masuk…boleh katekan 1 baju tp boleh pakai 2 org dlm satu baju..hehehe…(tergelak tanpa rasa sebersalah)
Panaslah…buka tudunglah, hangatlah pakai tudung ni…bukanny a ramai org pun kat sini.Dosa aku yg tanggung bukannya diorang…

Inilah yg kadang2 singgah di telinga kita. Kita nak tegur tak de keberanian, nak tegur pun sahabat sendiri pulak yg buat..rasa sebersalah  pulak…tp klu tak tegur aku yg kena tanggung jugak kat sana..huhu…tak pelah,apa yg penting Allah…bukannya makhluk, jgn kisah apa yg org kata…
Inilah manusia kadang2 dosa yg dibuat itu dlm keadaan sedar tp tulahkan…nama manusia..kadng2 tak sedar diri ..huhu…tp termasuklah diri ana lagi hina dan lemah ini…
Walaupun terdapat perbezaan antara dosa kecil besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. AWAS! Krn apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila :


  •    MELAKUKAN sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus-menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik  sahaja yg boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

  •     SESUATU dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, krn Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
  •     TIMBUL rasa bangga krn dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

  •    TERTIPU dengan nikmat yg Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yg bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia bahkan dihadapan Allah.
  •           DOSA yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebb itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.


Entahlah…berapa banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku bergelar ISLAM…Rasa tak tertanggung diri ini utk menghadapMU nanti.Apa belakaln yg aku bawa??? Ya Allah..jagalah hatiku ini, jauhkan hambaMU dari sebarang penyakit hati…dekatkan diriku ini pada MU…Aku sangat2 memerlukan MU dlm setiap keadaanku…


0 comments: