? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 24, 2011

Tarbiyyah...halus dan berterusan...

Salam perjuangan... hrp semua sahabat sekalian dlm keadaan yg sihat...

TARBIYYAH.. atau dlm kata lain mendidik...

Susah rasanya utk ana mengupas entri kali ini sebb ana org yg paling lemah utk mengenali tarbiyyah ini yg sebetulnya...

Ana mengenali tarbiyyah ini setelah ana dimasukkan dlm PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM. Distu ana mengenali perkataan yg tidak biasa ana dengari.. tarbiah, usrah, mukhayyam dan sebagainya.... Ana rasa bersyukur krn Allah lorongkan ana ke jalan ini untuk dekatiNya... Tahun berganti tahun...akhirnya sudah masuk 4 tahun Allah berikan kesempatan kepada ana bersama-sama dlm PGPI...Daripada program2 yang kecil hinggalah ke besar sudah dijalankan..pelbagai mehnah dan tribulasi yg dihadapi..gembira, sedih dan lain2 semuanya dirasai dlm mengenali PGPI...

Seronok ketika bersama-sama sahabt2 perjuangan PGPI dari yang dahulu hingga sekarang dlm mengendalikan program mahupun program2 yang disediakan utk saff kepimpinan PGPI sendiri. Ana dikelilingi oleh sahbat2 yg sudah lama dan mantap dlm pentarbiyyahan..Kadang2 timbul rasa tak layak  dlam diri...dan kadang2 diri ini rasa tak kuat utk berhadapan dgn mereka... Tapi ada seorang sahabat pernah bgtau ana yang ini semua PILIHAN ALLAH...Rasa tak layak  itu perlu sebagai merendah diri. Tp tak semua manusia itu sempurna..Tak sepatutnya kita cuba elakkan diri darpd ditarbiyyah...dgn menyertai programlah kita akan dapat sesuatu utk meningkatkan potensi diri...Ana dlm berusaha utk melakukan perubahan dlm diri...terima ksih Ya Allah...

Dalam setiap perjuangan tidak semuanya indah..masih ada mehnah dan tribulasi yg melanda di luar mahupun didalam..tetapi itu biarlah ana sahaja yang tahu...

Ya Allah...aku mohon padaMu, Kau berikan aku kekuatan utk terus istiqamah dlm perjuangan ini hingga ke akhirnya.
Berikan aku kesabaran untuk berdepan dgn kerenah sahbat atau manusia ini. Kurniakan sikap berlapang dada dlm diri ku...
Bantulah aku supaya aku dapat menjaga segala tutur kataku agar tidak melukai hati2 org disekelilingku...
Segala idea atau pendapat yang aku lontarkan bukannya utk menunjuk bahawa diri ini hebat.. tetapi itu semua diberikan oleh MU kpd ku...
Betulkan niatku ya Allah...
Betukan niatkku ya Allah....
Pertemukan kami satu titik pertemuan ya Allah...
Mantapkan ukhwah antara kami...
Kurangkan perselisihan faham yg berlaku antara kami..aku tak sanggup nak berdepan dgn situasi begini Ya Allah...
Berikan aku kesempatan untuk merasai kemanisan ini semula...
Maafkan segala kesalahanku ya Allah...

Sudah tiba masa utk aku mengundurkan diri dan memberi ruang dan peluang kpd yg selayaknya... Terima kasih diucapkan kpd semua sahabt2 perjuangan PGPI yang bersama ana dari dulu hingga sekarang.Buatlah yg terbaik...doakan ana supaya terus istiqamah dlm jln perjuangan i

Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda,Tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tidak berganjak haluan
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas,
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja
Tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yang telah tetap haluannya......


‎`Tarbiyyah adalah proses perubahan diri...' iaitu proses yang halus dan berterusan..Subhanallah..itulah sentuhan-sentuhan rabbani dari tokoh-tokoh agung tarbawi yang mana mereka sendiri telah melalui dan merasainya secara ilmu dan pengalaman...

Wednesday, September 21, 2011

--keikhlasan Arab Badwi itu amat mempesonakan--

Salam perjuangan...bagaimana antum semua? sihat? ana harp antum semua dlm keadaan sihat. Alhamdulilah krn Allah bg kita kesempatan utk terus hidup dlm islam dan masih mempunyai iman. Allahuakbar...


Keikhlasan....memang sesuatu yg sukar utk diungkapkan dan susah utk dilakukan. Sememangnya apa yg kita lakukan sekiranya adalah ikhlas krn Allah maka insyaAllah ada ganjaran pahalanya.... Ana rasa takut apabila amalan2 yg ana lakukan ini menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah...krn apa? krn niat ana...sekiranya tiada keikhlasan dlm diri ini...Ana takut sekiranya ana lakukan krn org lain, krn nk tunjuk hebat atau apa2 sahaja...ana rasa analah yg paling rugi sekali... Ya Allah, jagalah hatiku ini...

Ana terpesona dgn keikhlasan seorang Arab Badwi, yg hanya berasal dari pedalaman dan tidk mempunyai ketinggian ilmu, namun beliau memeluk islam dgn segenap jiwa seraya berkata kpd Rasullulah S.A.W, "Aku akan berhijran bersamamu..."


Dlm perang Khaibar, Nabi SAW memberikan harta ghanimah (rampasan perang) kpd beliau. Namun kemudiannya beliau membawa harta tersebut kpd Nabi SAW dan berkata," Bukan krn harta aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu krn aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah disini (sambil menunjukkan ke arah lehernya) sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya.."

Dan akhirnya,beliau syahid dipanah di leher. Keikhlasan Arab Badwi memang amat mempesonakan. Walaupun layak menerima harta rampasan perang, namun beliau menolaknya krn mimpi indah beliau ialah, meraih gelaran syuhada'....

Erti ikhlas dlm jihad yg diterangkan oleh Hassan al-banna ialah, "Setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim adalah demi Allah, utk mencari redhaNYA dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kpd sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran, popular atau tidak. Dengan itu, ia menjadi tentera demi fikrah dan aqidah, bukannya demi kebendaan dan kepentingan.



Antara lawan ikhlas ialah riya', yg dianggp sebagai syirik kecil. Ali RA memberi garis panduan yg menunjukkan identiti org riya' iaitu:
- bersemangat di hadapan khlayak
- kendur apabila bersendirian
- bersungguh apabila dipuji
- lentur apabila dikeji...


Maka, marilah kita muhasabah diri...betulkah kita betul2 niat ikhlas krn Allah dlm melakukan sesuatu...?

Saturday, September 10, 2011

Perhiasan dunia yg terbaik ^_^


Apa yang perhiasan dunia yang terbaik...? hehe..silalh baca artikel ni...
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat (insyaAllah nampak senangkan...tp..) iaitu :


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.- Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah- Tidak bermasam muka di hadapan suami- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur- Tidak keluar tanpa izin suami- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sunday, September 4, 2011

Awas! Dosa Berganda...



Relakslah…kitakan masih muda…hidup perlu enjoy! Jom karok!
Cntiklah baju ni…ikut badan kita, nampaklah kurus… tak de lah sesetengah org tu pakai baju besar2 sampai 2 org boleh muat lagi nak masuk…boleh katekan 1 baju tp boleh pakai 2 org dlm satu baju..hehehe…(tergelak tanpa rasa sebersalah)
Panaslah…buka tudunglah, hangatlah pakai tudung ni…bukanny a ramai org pun kat sini.Dosa aku yg tanggung bukannya diorang…

Inilah yg kadang2 singgah di telinga kita. Kita nak tegur tak de keberanian, nak tegur pun sahabat sendiri pulak yg buat..rasa sebersalah  pulak…tp klu tak tegur aku yg kena tanggung jugak kat sana..huhu…tak pelah,apa yg penting Allah…bukannya makhluk, jgn kisah apa yg org kata…
Inilah manusia kadang2 dosa yg dibuat itu dlm keadaan sedar tp tulahkan…nama manusia..kadng2 tak sedar diri ..huhu…tp termasuklah diri ana lagi hina dan lemah ini…
Walaupun terdapat perbezaan antara dosa kecil besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. AWAS! Krn apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila :


  •    MELAKUKAN sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus-menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik  sahaja yg boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

  •     SESUATU dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, krn Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
  •     TIMBUL rasa bangga krn dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

  •    TERTIPU dengan nikmat yg Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yg bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia bahkan dihadapan Allah.
  •           DOSA yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebb itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.


Entahlah…berapa banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku bergelar ISLAM…Rasa tak tertanggung diri ini utk menghadapMU nanti.Apa belakaln yg aku bawa??? Ya Allah..jagalah hatiku ini, jauhkan hambaMU dari sebarang penyakit hati…dekatkan diriku ini pada MU…Aku sangat2 memerlukan MU dlm setiap keadaanku…


Saturday, September 3, 2011

-Ukhwah memang sukar utk ditafsirkan...-

Sabar mesti ada dalam semua ini, sabar mesti ada dalam ketaatan, dalam menahan diri dari kemaksiatan, dlm memerangi org2 yang menentang Allah, dlm menghadapi muslihat dengan beragam coraknya, dlm menanti lamanya pertolongan, dlm menanggung lamanya keletihan, dlm mengenyahkan kebatilan, dlm sedikitnya penolong, dlm panjangnya jalan berduri, dlm menghadapi kebengkokan jiwa, kesesatan hati, kepayahan penentangan, dan terobeknya kehormatan." - Sayyid Quthb-


Ukhwah itu sesuatu yg sangat manis...Ia tidak boleh digambarkan dgn kata2..hanya diri yang merasa bagaimana kemanisan dlm berukhwah....ukhwah krn Allah... tetapi bagaimana yang dikatakan ukhwah krn Allah itu... Diri ini sering bertanya... 



Bagaimanakah caranya utk merasai kemanisan berukhwah ini...kadang2 diri ini ingin sekali merasai kemanisannya...Allahuakbar...seperti juga seorang hamba yg mengharapkan ingin dapat merasai kemanisan dlm beribadat...



Diri ini mempunyai ramai sahabt, kawan tetapi adakah itu yg dipanggil ukhwah...? ukhwah krn Allah... tetapi knp kadang2 ada sahabat yg sanggup tikam sahabatnya sendiri, sahabt yg selalu mencari kesalahan org lain, sahabat yg ada ketika senang....tetapi bila diri ini dlm kesusahan atau keseorangan yg memerlukan sahabat disisinya, tiada seorg yg sanggup bersamanya...dibiarkan diri ini terkapai-kapai...inikah ukhwah...? 


Ada org yang pandai cakap tentang ukhwah...ukhwah ni mcm ni..mcm ni..dan mcm ni...tetapi bila utk dipraktikkan hilang semua apa yg dikatakan...kadang2 terdetik dlm hati ...inikah yg dikatakan ukhwah...bila sahabat diperlukan waktu susah tiada seorang datang membantu, sibuk dgn urusan masing2...apabila sahabt dlm kesibukan tiada seorang datang membantu...sebaliknya lebih rela tinggalkan sahabtnya menguruskan kerja berkenaan seorang diri...tanpa bertanya sama ada perlu bantuan atau tidak...tegarnya sahabt...inikah yg dipanggil ukhwah...? sedih... namun, kadang2 kita tidak boleh menyalahkan sahabt atau orang lain...sebb kadang2 mungkin ada sebb dia berbuat demikian...namun, face to face dan bertanya itu merupakan sesuatu yg penting supaya kita tidak bersangka buruk dgn sahabt kita sendiri...bersangka baik dgn Allah itu sememangnya perlu...bersangka baik dgn manusia pun perlu juga...


Ujian akan datang...datang ....dan datang lagi utk menguji ukhwah yg dibina sama ada rapuh atau kukuh krn Allah... kadang2 sahabt yg sama dgn kita kadang2 susah utk menerima teguran dan sanggup bermasam muka bebrapa hari, kuat merajuk... tetapi bila kita fikir-fikir semula, ini sudah menjadi lumrah ...tidak seronok hidup di dunia ini sekiranya semuanya indah...perlu ada duka, sedih dan kadang2 derita...supaya kita sentiasa bersyukur dan ingat akanNya...


Ukhwah ini dapat dirasai kemanisannya apabila kita terasa rindu sgt2 nak bertemu sahabt kita...sehari tak tanya khabar, rasa mcm jauh sgt rasanya...Ukhwah ini juga dapat dilihat apabila sahabat kita akan sentiasa berada disamping kita dlm apa jua keadaan susah...senang...suka...derita..bila kita sibuk dgn sesuatu..dia datang memberikan bantuan tanpa perlu disuruh...senang utk memberi bantuan kpd sahabt... Sanggup berkongsi ilmu dan membawa sahabtnya ke jalan yg diredhaiNYA...bukan menjahanamkan sahabt... inilah ukhwah...


Ya Allah peliharalah ukhwah ini...

Sememangnya ukhwah ini amat sukar utk ditafsirkan...

Friday, September 2, 2011

-Indahnya Raya-

Salam perjuangan...alhamdulilah, syawal yg dinanti telah tiba... agaknya ramai dah ke budaya kunjung n mengunjung ni...? hehehe... biasalahkan...time2 hari raya baru nak gi ziarah sahabat, jiran tetangga, sanak saudara dan mcm2 lagi utk merapatkan ukhwah... Cantik sungguh aturan Allah... Allah kurniakan hari raya utk beri ruang kepada hambaNya juga utk memperbetulkan silaturrahim yg semakin longgar ini. Tp kita perlu ingat, kemaafan yg diucapkan dibibir perlu ikhlas bukan hanya smata-mata ucap dibibir...tetapi juga dalam hati...




Alhamdulilah, raya kali ni saya beraya dikampung Sabak Bernam...walaupun kedua-dua atok telah tiada tetapi kami tetap pulang ke kampung kumpul adik2 beradik sebelah ibu saya...meriah sekali... syukur... antum semua mcm ne? hehe








Selain daripada menyambut raya, ada juga sahabt handai saya telah mendirikan rumah tangga...SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan... Semoga kekal bahagia... ^_^

Semoga dapt juga bertemu pada Ramadhan dan Syawal pada thun hadapan...