? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 9, 2011

::..Teristimewanya dia..::

Istimewanya dia padaku...ini lah yang ana dapat luahkan dihati ini. Alhamdulilah ana baru sahaja brangkat pulang dari terenggan dan kelantan mlwat kanak-kanak keperluan khas.... Ada sindrom down, ADHD,elipsi dan lain2. Mereka tersangat istimewa buat ana...krn apabila melihat mereka ana belajar erti kehidupan dan kesyukuran...

Ana rasa seronok bila melihat wajah2 mereka yang ceria, gembira pabila mellihat kedatangan kami. Semuanya pakat2 berebut-rebut nak salam. Rasa manisnya menjadi seorang guru yang dpat mendidik kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yg istimewa. Guru memerlukan banyak kesabaran yang tinggi. Memang mudah apabila bicara tetapi susah utk dilaksanakan.Kadang kala guru terpaksa bercakap sendirian, tak de respon drpd kanak-kanak istimewa ini. SubhanaAllah, Allah hantar ujian ini pada guru utk melihat sejauh mana keikhlasannya dalam mengajar...

Ibu bapa mane yang tak nak anaknya seperti anak-anak yg lain, NORMAL...sedangkan anak-anak mereka sangat teristimewa. Malah sanggup hantar anak-anak mereka yg kurang upaya itu ke sekolah, sekurang-kurangnya anak2 mereka terdidik di sekolah. Maka guru perlu memikul amanah ini dengan baik.Ia bukan sahaja mengajar semata-mata tetapi mentarbiyyah diri mereka MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH S.W.T. Ia bukan hanya tangungjawab ustaz dan ustazah....INI TANGGUNGJAWAB KITA, SESAMA ISLAM...





Sebelum kami pulang, kami disajikan dgn persembahan kanak-kanak istimewa ini. Tiba2 dalam fikiran ini terfikir, berilah anak2 ini peluang utk berjuang utk islam walaupun sedikit...Apa yg paling terharu apbila seorag kanak-kanak lelaki yang percakapannya yang kurang jelas menyanyikan lagu "BarakaAllah" dngan alunan suara yg tersendiri. Walaupun senikata yang dinyanyikan tidak berapa jelas, ini krn kanak-kanak ini mengalami masalah pertuturan, namun ia tidak membataskan kanak-kanak ini utk menyanyi. Kanak-kanak ini tanpa segan silu menyanyi dgn sedaya upaya tanpa segan malu atas kekurangan dirinya...Tetapi kita yang SEMPURNA sering malu nak gunakan nikmat2 pancaindera ini sebaiknya. Malu menggunakan kaki yang sempurna utk meuju ke surau utk solat berjmaah, malu memegang kitab2 dan buku2 agama, malu utk mendengar kuliah2 agama, malu utk menatap para ulamak yang sentiasa tenang wajahnya...Malu segala-galanya...malu utk membuat kebaikan...tetapi sentiasa berlagak sombong.Astagfrullahalazim...



Kemudian ana pergi pula ke sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Suasana sekolah penuh dengan ketengan...dan cantik sekali sek berknaan. Pelajar2 yang terdapat di sekolah itu hanya lingkungan 100 orang. Salah seorang kanak-kanak prempuan yang menarik perhatian ana ialah seorang budak perempuan memperdengarkan bacaan al-quran kpd kami yg hadir. Dia membaca dengan menggunakan bacaan braile.  Antum bayangkan kanak-kanak ini seorang BUTA. BUTA MATA, buta pada zahirnya...namun HATINYA PENUH DENGAN CAHAYA...Allah tarik satu nikmat yg ada padanya ttp Allah beri nikmat yang org NORMAL tiada....SubhanaAllah...Sesungguhnya Allah Maha Penyayang... Budak yang buta ini boleh membaca al-quran dgn lancar, tetapi kita??? brapa kali kita buka al-quran?bape kali kita baca al-quran?brap kali???? Sombongnya kita smua...

Banyak sangat yang ana dapat dengna melihat mereka..MEREKA TERLALU ISTIMEWA...dan MENJADIKAN KITA SENTIASA INGAT KEAGUNGAN ALLAH...KEBESARAN ALLAH & apa yg penting menjadikan kita sentiasa bersyukur apa yang kita ada... guru-guru yang mengajar kanak-kanak kperluan khas ini banyak pahala yg mereka dapat sekiranya mreka betul2 ikhlas mnddik anak-anak ini. 


Terima kasih Ya Allah, krn engkau mmberikan peluang kpd ku utk melihat hamba-hambamu yang lain.Jadikanlah aku hambamu yang bersyukur dikala susah dan senang... Marilah sahabat2 kita gunakan segala nikmat yang ALLAH BERIKAN KPD KTA SEBAIK-BAIKNYA...

0 comments: