? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, March 12, 2011

:: Kasih Sayang & Emosi di LUTUT??? ::

Salam perjuangan...ana mohon maaf kat sahabat2 kbs sebb ana tak dapat nak hadir ke reunion kbs.huhuhu...mlm ni insyaAllah, ana akan bertolak pulang ke Selangor, doakan keselamatan ana sampai berjumpa dgn keluarga yang tersayang :)


Selepas saja cuti nanti ana akan praktikum selama sebulan. Bermulalah kerjaya ana berhadapan dgn dunia realiti...rasa takut, gembira, sedih dan mcm2 yang ana rasa. Ana risau jugak, sebb ana masih ade komitmen dgn persatuan2 yang ana terlibat dgn kampus, ana takut tak dapat nak bahagikan masa. Banyak amanah yang ana pegang, YA ALLAH ...Permudahkan urusanku.... harap2 praktikum ini dapat dilakukan dgn baik dan Allah mmbantu ana dan tiada masalah dgn sahabat pasangan praktikum ana, anis sakinah... Awak, saya nak minta maaf banyak2 dulu sebelum kita start praktikum bersama nanti... :) harap dapat terima segala kelemahan saya...Kadang2 diri ini lemah nak berhadapan dgn kerenah manusia yang pelbagai hinggakan naik angin dan teremosi tak menentu...huhuhu.hinggakan kadang2 ada perasaan BENCI dgn org2 yang banyak kerenah dan tak sedar diri...hanya yg dpa tau CARI SALAH ORANG LAIN, KONDEM, THEN BILA SUSAH BARU INGAT KAWAN...tp bila pikir2 balik, ini semua ujian...ujian dari Allah, sama ada kita betul2 ikhlas nak tolong org bila susah atau tidak...Ya Allah...maafkan hambamu ini..





Kasihlah kepada semua makhluk Allah yang ada di dunia ini tidak kira sama ada haiwan, tumbuhan inikan pula manusia yang mempunyai hati dan perasaan...Namun, kasih kpd Allah kena melebihi segala-galanya...Bahkan juga termasuk kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w... 

diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasullullah S.A.W bersabda, 

Tatkala ada sorang lelaki berjalan, ia merasa dahaga. Lalu ia mendapati satu perigi dan ia turun ke dalamnya. Ia minum daripadanya, tiba2 ia mendapati seekor anjing yang terjulur lidahnya menjilat-jilat tanah krn terlalu dahaga,

 Lalu ia berkata "Sesungguhnya anjing ini terlalu dahaga seperti yg ku rasai td..."

Dia pun turun smula ke dalam perigi dan memenuhkan air di dalam kasutnya, slps tu gigit kasut sehinggalah naik semuala ke atas dan anjing itu pun minum air itu. Maka Allah SWT berterima kasih kepadanya dan ampunkan dosanya.

Kemudian sahabat bertanya : "Wahai Rasullullah, sesungguhnya kami juga mendapat pahala walaupun berbaik kpd binatang?

Baginda brsabda "Berbuat baiklah kpd setiap yang bernyawa adalah dikira pahala."

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Bayangkan sahabat2, berkasih sayang tidak mengenal siapa, sifat, rupa dan segala-galanya..Dengan kasih sayang maka akan timbul kesenangan kita utk menolong org lain tidak mengenal siapa, pangkat dan lain2 walaupun ada org yg tak suka dgn kita, tp sekiranya mereka memerlukan pertolongan, MAKA BANTULAH DAN BERKASIH SAYANG...mungkin dgn itu, Allah bukakan pintu hati si dia utk tidak membenci kita lagi...Ana sendiri pun kadang2 lemah dan tak mahu nak tolong org atau kawan2 yang tak suka atau banyak kerenah ni, tp bila fikirkan semula, sampai bila aku nak mcm ni...hari ni dia susah, manalah tau kot2 hari lain dia tolong aku...Allah akan bayar cash kat dunia ni, klu kita susah nak tolong dan hati ini banyak suka kutuk orang, kondem itu dan ini dan suka cari salah orang maka sbenarnya ade ramai lagi yang TAK SUKA DAN KUTUK KITA SEBENARNYA... Sampaikan semua pandangan org lain salah, nak jugak tegakkan pandangan sendiri, semuanya HANYA DIA YANG BETUL...kadang2 memang geram juga, tp bila kita renung2 semula...ade hikmahnya org layan kita begini, apa yg kita cakap semua salah....namun, diri ini belajar utk bersabar...dan klu tak tahan sangat pun, air mata ini akan senang utk mengalir...Kadang2 ia senang mengalir krn kerenah sahabat2 sendiri...Memang ade setengah kate klu sayangkan sahabat kita, kita kena bagitau apa yang ada dalam hati dgn jujur...Tp kadang2 diri ini tak kuat utk menyatakan sejujurnya...sebab apa???Takut sahabat terasa hati dan menjauhkan diri dgn kita...Antum pernah rasa demikian????

Namun, klu kita berkasih sayang dan bersahabat krn Allah maka segala teguran, nasihat yang diberikan oleh org yang sekeliling kita, maka kita akan senang nak terima nasihat itu dengan berlapang  dadanya. Malah kita akan cuba utk perbaiki diri atas teguran td... Ana tak dapat nak nafikan, yang ana sendiri banyak kali ditegur dgn sikap ana...Ana bukanlah seorang baik sangat...Siapa yang kenal ana, dia tahu ana seorang yg mcm ne...Kadang2 agak "emo". Ana pernah ditegur oleh sahabat ana sendiri...Memang ketika itu, ana tak dapat nak terima apa yang dia beritahu, kebetulan yg beritahu tu junior ana...Ana rasa sedih sangat ketika itu...Hanya Allah saja yg tahu...Ana rasa berdosa sangat krn dengan sikap emo ana, sahabat2 jadi susah dan memburukkan keadaan lagi. Atas teguran itu, ana sentiasa berhati-hati terutama dalam mengeluarkan pendapat dan ana akan BERCAKAP SEKIRANYA PERLU DAN DIAM... ini krn ana rasa fobia, takut....takut idea atau respond yang dikemukan dalam keadaan yang "EMO"...dan ana takut cadangan2 yang diberikan hanya datang krn nafsu sendiri...Astagfirullah... Sahabat ana ada bagitau yang EMOSI NI LETAK DI LUTUT...betullah tu..


Sekarang ini, ana melatih diri utk lebih banyak mendngar daripada bercakap, ana sedar...kadang2 bila ana terlalu banyak mengeluarkan idea, diri ni RASA HEBAT hingga terkehadapan...maka timbullah Riak di hati... Astagfirullahalazim....Memang susah sebenarnya utk ana lebih banyak diam dlm mengluarkan pendapat tp ini adalah langkah terbaik utk kawal hati ana...huhuhu...Ana rasa sangat2 bersyukur krn sahabat2 ana sanggup tegur ana...tegur kelemahan yg ada pada ana...ana cukup terharu...terima kasih sekali lagi :) Pimpinlah ana utk terus bersama kalian dalam medan perjuangan ini....Banyak lagi liku2 yang perlu hadapi...


Rasanya sampai disini dulu, ana pun nak bagitau juga bahawa  "ALONG JUGA SAYANG IBU AYAH & ANGAH...TERIMA KASIH UTK SEGALA-GALANYA...BANYAK PENGORBANAN YANG RASANYA TAK DAPAT DIBALAS...KRN TERLALU BANYAK JASA YANG DICURAHKAN KE ATS diri ini..."

Ingat sahabat2...kasih sayang sesama kita dan emosi pandai2 kawal....

0 comments: