? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 9, 2010

Indahnya UKHWAH itu...

Salam perjuangan...maafkan ana sebab lama dah rasanya tak update blog ni. Antara faktornya internet low, so ana malas nak update sekain itu pula bz dengan aktiviti2. maaf kepada smua pembaca yang masih setia...

Sepanjang ana tak update blog ni, banyak yang berlaku dalam kehidupan ana. Ada sedih, gembira, pening dan sbagainya. Kadang2 emosi ana tak stabil dan diri ni tak kuat nak hadapinya...tapi InsyAllah Allah bersama kita. Dengan pertolongannya sesuatu masalah dapat dislesaikan dengan izin-Nya.


Post kali ini ana nak kongsi dengan antum semua tentang UKHWAH...UKHWAH ISLAMIYYAH...
Sebagaimana yang kita tahu, islam sangat mementingkan ukhwah dalam kalangan manusia yang ada kat dunia ni. Dengan bahasa ringkasnya, ukhwah ni ialah macam menjalinkan ikatan atau bersahabat atau mengenali sesama manusia tidak kitalah sama ada muslimin atau muslimat. TAPI INGAT!!! Antara muslimin dan muslimat ada batas2 yang telah digariskan dalam ISLAM untuk mengenali antara satu sama lain.

UKHWAH sesama manusia sangat penting. Walaupun kadang2 ada yang mengatakan ia tidak penting. Ukhwah ini penting supaya sebarang gerak kerja atau pun hubungan sesama manusia berjalan dengan lancar dan baik. Cuba bayangkan sekiranya ukhwah ini tidak dititikberatkan???? Maka berlakulah pergaduhan, perpecahan....kehidupan tak aman. Nak buat kerja dalam persatuan mahupun kelab pun rasa tak syok dan seronok...Sebab apa??? Sebab hubungan baik sesama manusia tak dak!!!! Masing2 nak tunjukkan kehebatan, tak puas hati, dengki dan lain2.... Ini semua adalah MASALAH HATI... 

Ingat sahabat2....
Dalam menjalinkan persahabatn dan dalam berukhwah ini penting untuk kita berlapang dada dengan sahabat2 kita. Kita perlu memahami diri mereka dan elakkan berlakunya MASALAH HATI dalam diri antum...

MASALAH UKHWAH sentiasa berlaku dalam kehidupan kita terutamanya dengan sahabat2 kita...tidak kiralah sama ada antara muslimin dengan muslimin, muslimat dengan muslimat atau muslimin dengan muslimat... Cuba antum bayangkan klu kita satu kelas dengan orang yang ikut kata dia je...apa yang kita buat tak betul, tengking kita tak bertempat, susahkan hati sahabat, menambahkan masalah kepada sahabat  dan lain2 lagi...Ana pasti, antum mesti tak seronok nak bekerja dengan orang2 seperti ini... Malah kita akan sentiasa tak seronok nak buat kerja...rasanya terpaksa... Betul x???

Ana pernah mengalaminya...Ana akan rasa sangat sedih sekiranya masalah ukhwah ni berlaku disekitar ana. Tapi apa yang ana buat ialah ana YAKIN ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA UNTUK MENUNJUKKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH INI. tp ia memerlukan kesabaran dan masa...InsyaALLAH ada KEBAHAGIAN di penghujungya... 

Nak tak tak...sebenarnya sekiranya masalah ukhwah ni berlaku, ia dapat  mematangkan antum dan buat antum lebih mengenali sahabat antum... Inilah HIKMAH disebalik masalah itu... Bukan itu sahaja, antum akan lebih menghargai sahabat antum dan Allah masih beri kita peluang untuk menjalinkan persahabatan dngan sahabat kita tu... Inilah yang dinamakan kawan susah dan senang. Sekiranya kawan tergelincir, sahabat lain sanggup tegur dan rasa sayang kepada sahabat berkenaan sekiranya dia tak bersama kita....

Kita sayang sahabat kerana Allah, kita tegur sahabat untuk KEBAIKAN dia...moga ukhwah yang terjalin mendapat keberkatan dan ia merupakan sebenar2 ukhwah kerana Allah...

Dikesempatan ini...ana ingin memohon maaf kpada sahabat2 yang mengenali diri ana...Ana banyak kelemahan dan tegurlah ana sekiranya ana lalai dan lakukan perkara2 lagho...Ana memerlukan antum smua untuk tegur ana dan nasihatkan ana...Dan ana harap ikatan ukhwah kita berkekalan dan mendapat redha Allah...


Thursday, September 16, 2010

::Terapi MUJARAB buat masalah RINDU::

Salam perjuangan...selamat hari raya maaf zahir batin buat antum semua. Moga syawal kali ini dapat diraikan bersama orang yang tersayang, tingkatkan amalan setiap masa. InsyaAllah...


Ana nak kongsi dgn antum semua apa yang ana baca sebentar td berkaitan dgn zina...ZINA HATI.

Biasalahkan...klu dah nama pun manusia, zina hati tak sering lari dari kita semua. Mempunyai perasaan rindu, suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului perasaan rindu, namun jgn rindu BERLEBIHAN...takut2 makan diri :(  !!!!  Kita sebenarnya sering berperang dgn perasaan.Betul tak??? terutama bagi mereka yg sedang asyik dibuai mimpi indah... Namun seorang MUSLIM akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.



Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab berkaitan dgn masalah RINDU. Biasalahkan klu boyfren atau girlfren tak sms, tak talifon ke mulalah resahlah, rindulah....klu bleh 24 jam nak tau pasangan masing2 buat apa...Betulkan??? Jom teruskan membaca...

Sebelum itu, Ibnu Qayyim berikan sebab mengapa perasaan rindu berlebihan...Antaranya ialah :
1. hati tak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir, ibadah kepada Allah tapi MEMBIARKAN MATA MELIAR!!
Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kesedihan dan keresahan.

Rasulluah SAW bersabda : Pandangan mata itu satu drpd sekian banyak anak panah iblis.

Setiap penyakit ada ubatnya...Ubat yang terbaik drpd pengajaran firman Allah : "Demikianlah supaya kami memalingkan drpd kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yg terpilih." (SURAH YUSUF,AYAT 24)

IKHLAS KPD ALLAH...adalah UBAT RINDU. Ini bermakna kita selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas, Allah akan menolong kita drpd penyakit rindu melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

DOA, rasa fakir dan rendah diri dihadapan Allah. Ia merupakan satu ibadah yang agung. Apabila kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, Allah amat dekat dgn kita.

MENGURUS MATA & PANDANGAN...Pandangan yg berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Janganlah kerap sangat anda lihat orang yang membuatkan RINDU anda membuak-buak.SILA ALLIHKAN PANDANGAN ANDA KE TEMPAT YG LEBIH SELAMAT & MENDATANGKA PAHALA. contohnya, lihat masjid, tgk ciptaan Allah, tgk laut...hayati dan fikirkan kejadian disebalik itu...

BERNIKAH ADALAH LANGKAH TERBAIK DAN UBAT PALING MUJARAB. Tidak semestinya bernikah dgn org yg kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dgn orang dicintai dan diidamkan.Yakinilah bahawa Allah yang menganugerahkan dan menghapuskan CINTA ini sekiranya DIA mahu...

Itulah yg ana nak kongsi bersama...kpd yang masih single...teruskan berdoa supaya antum diketemukan pasangan yang baik, dan antum sediri perlu jd baik dahulu klu inginkan pasangan antum yang baik...Mintalah pada-Nya...DIA yang menentukan segala-galanya...

Pesanan bagi mereka yang sudah berkahwin, jaga hubungan anda sebaik-baiknya, tolak ansur dan yang paling penting BERSANDARKAN ISLAM...Sebab orang yang beriman sering kali meletakkan sandaran yg kuat dan kukuh kpd Allah.

Ingatan buat yang belum ada ikatan yang sah, hati2 dlm pergaulan, gerak anda, anggota anda...Allah sentiasa perhatian anda...Jaga batas2 anda dalam pergaulan sebagai seorang MUSLIM. Jangan kotorkan hubungan itu dgn maksiat...


RENUNGKAN2 DAN SELAMAT BERAMAL...ini pun ingatan buat ana yang sering lupa ini...

Friday, September 3, 2010

....Dia Bukan Milikku...

Salam perjuangan...alhamdulilah, ketemu dalam ruangan ini. Hari ni juga ana dah habis buat sbe. SBE kali keempat, yang terakhir. Bermula sem depan ana dah start praktikum kat sekolah...Aduhai, cuaknya :( harap2 oklah dan berjalan lancar....


Post kali ni ana nak ceritakan tentang "DIA BUKAN MILIKKU..." entahlah tiba2 nak tulis tentang tajuk ini. Mungkn sebb saya dikelilingi dengan kawan2 yang sudah pun ada calon masing2 kot...pemerhatian sekeliling...hahaha...Sebelum tu ana nak mohon maaf sekiranya ada tersentuh sensitiviti mana2 pihak. Bukan niat ana untuk menyentuh hati antum sekalian tetapi sekadar berkongsi pendapat ana sendiri....

Biasalah kan klu bercouple mesti ada pasang surut dalam perhubungan...kadang2 saya ada lihat ada yang kena marah, kena pukul, ada yang tak bleh belajar disebbkan terganggu dengan masalah bercouple...emmm...ada sesetengah tu pulak terlalu dibuai mimpi dalam menjalin hubungan sehinggakan maruah tergadai...Nauzubillah...



Sahabatku sekalian, mencari pasangan hidup bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan pencarian...Bergantung kepada Allah.Minta  pada-Nya. Tambah2 sekarang ni bulan Ramadhan, doa padanya supaya anda diketemukan dengan jodoh yang baik, bolehbimbing ke jalan yang lurus...Bagi yang belum ada pasangan hidup pun bleh meminta kepada Allah, moga2 masa akan datang anda diketemukan dengan seseorang yang boleh memimpin anda...tetapi ingat bukan ke lembah MAKSIAT!!!

Dan kepada yang sedang bercouple, jagalah hubungan anda. Moga hubungan anda dapat dilindungi daripada maksiat...Ana cuma nak ingatkan antum, dalam bercouple cuba antum muhasabah APA TUJUAN ANTUM BERCOUPLE...??? saja2...atau sekadar isi masa lapang atau ingin menyakiti hati orang lain... Renung2kan... Ana nasihatkan klu nak bercouple bukan ke arah nak KAHWIN baik antum HNETIKAN... Jangan kita cemarkan  sesuatu hubungan ke lembah maksiat...  Tu yang mcm2 masalah timbul...Ana pernah mengajak sahabat ana daftar KURSUS KAHWIN tetapi mereka tak nak...padahal dah ada calon tu...yang tak de calon ni jugaklah pi daftar kursus tu...hehehe...kadang2 ana sendiri tertanya apa tujuan mereka dalam bercouple???


Nak tau tak:  lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik... tetapi ada sahabat ana tanya, habis tu ada juga lelaki yang jahat untuk wanita yang baik...Sebenarnya Allah nak wanita itu meminpin lelaki tersebut ke jalan yang diredhai Allah...Banyak pahala...Kadang2 kita ni tak nak lihat hikmah disebalik apa yang berlaku tetapi suka lihat apa yang kita dapat didepan mata...Ana pun kadang2 macm tu jugak suka lihat apa yang boleh dapat di depan mata...Astagfirullah... Ingat sahabat2...Allah takkan uji seseorang hambanya sekiranya dia tak mampu nak pikul...Allah Maha Adil...KEBAHAGIAN AKAN ANDA KECAPI DI PENGHUJUNGNYA...TETAPI IA MEMERLUKAN KESABARAN UTK MELALUINYA ...

Kunci dalam membina hubungan adalah mengamalkan apa yang ISLAM suruh, peraturan2 dalam islam...barulah hubungan kekal lama dan sehingga ke SYURGA...dapat Redha Allah...

ISLAM ITU MERINGANKAN...BUKAN MEMBEBANKAN...MANUSIA JE YANG SENDIRI BUAT SESUATU PERKARA YANG MENYUSAHKAN DIRI MEREKA SENDIRI...CARA PENYELESAIAN :BERKAHWINLAH, BUAT MANA YANG WAJIB...

Monday, August 23, 2010

Ramadhan semakin meninggalkan kita...


Salam perjuangan... alhamdulilah, Allah masih beri ana nikmat untuk hidup di atas muka Allah ini. Tinggal beberapa hari lagi, ana akan pulang ke rumah untuk menjalani SBE di rumah dan sekaligus menyambut kedatangan bulan Syawal. Rindu pada keluarga setelah lebih kurang 3 bulan lebih tak pulang ke kampung. Selain bz dengan aktiviti maktab, bz pula dengan tugasan2 yang menimbun. Banyak sangat....moga Allah permudahkan urusanku dan sahabat2 ku...

Ramadhan....Ramadhan...bulan yang mulia...
semakin meninggalkan kita semua tidak lama lagi...Pejam cellik2 dah masuk fasa kedua Ramadhan... Tapi adakah amalan kita semakin bertambah atau di takuk yang sama??? atau semakin berkurang.... Rugi rasanya kalau kita tak manfaatkan bulan Ramadhan dengan sebaiknya...


Ana tak nafikan, kadang2 ana sendiri dapat merasakan ana tak manfaatkan Ramadhan sebaiknya.. Ya Allah...maafkan hambamu ini... Susahkan nak jihad melawan nafsu ini. Selalu kalah dengan nafsu sendiri...

Namun, di surau Nurul Iman terus berusaha utk menghidupkan bulan Ramadhan ini. Antaranya dengan melakukan qiamulail beserta menyediakan sahur...Ia akan bermula pada 25hb Ogos hingga 3 September 2010. Harap semua dpat pakat2 mai na...

Dengan harapan, Ramadhan yang masih berbaki ini marilah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Teruskan amal ibadatmu hingga ke hujung nyawa...Bulan Ramadhan,bulan tarbiyyah diri...


Saturday, August 14, 2010

...Berhijrah tak rugi...

Salam perjuangan...

Alhamdulilah, Allah masih beri kita peluang utk meneruskan Ramadhan pada hari ini... Ramadhan bulan yang mulia, mengajar untuk tarbiyyah diri...Tp adakah sehingga hari ini diri anda dapat merasai kemanisan Ramadhan??? atau tak rasa apa2...hanya seperti bulan2 biasa, dan hari2 biasa.... Itu tandanya kita tak hayati Ramadhan sepenuhnya... Terawikh pun dah jarang2 pi...kebetulan pulak ada pula perkara yang menghalang seperti assigment banyak, penat, kena buat kuih nak jual utk sok dan macm2 lagi alasan kitakan... Manusia yang sememangnya memang telah diprogramkan oleh syaitan utk teruskan tabiat2 yang lama...Itulah sebabnya Ramadhan ni rasa mcm biasa....

Kali ini ana nak bawa satu kisah berkaitan dgn post ana kali ini...

Apabila orang2 kafir di Makkah berterusan mengganggu dan menyiksa orang2 Islam, Nabi Muhammad memerintahkan mereka berpindah ke Habsyah. Kemudian apabila org kafir berterusan menzalimi org Islam, Nabi Muhammad mereka berpindak ke Madinah.

Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-siddiq terpaksa berhijrah ke Madinah bagi mengelakkan ancaman kafir Quraisy yang merancang membunuhnya. Kalendar Islam dimulakan sempena peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah.

Itulah kisah yang berkaitan dengan HIJRAH...Nabi Muhammad berhijrah disebabkan Islam mendapat ancaman daripada org kafir. Maka Allah menyuruh Baginda untuk pergi berhijrah.



Tapi bila pula KITA NAK BERHIJRAH???Berhijrah ke arah lebih baik atau LEBIH TERUK??? Pikirlah sendiri... Manusia akhir zaman banyak dugaan dan ujian. Ujian dari kesenangan, kelesaan dan hiburan.... Fitnah dajjal sekarang semakin berleluasa... Adakah kita tergolong dari fitnah dajjal ini??? Ya Allah...lindungilah kami...

Sahabat2 yang ana kasihi,

Nabi Muhammad berpesan,
Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhinya
(direkodkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)

Shabat2ku sekalian, cuba kita muhasabah diri kembali sampai tahap mana usaha kita nak tingkatkan amalan baik kita??? sudah CUKUP AMALAN KITA KAT DUNIA NI???KALAU KITA DITAKDIRKAN NYAWA KITA HANYA SETAKAT INI, AMALAN KITA CUKUP UTK JAMIN KITA MASUK SYURGA???

Antum sahaja yang tahu jawapannya... Sedangkan Nabi Muhammad sendiri sujud, solat kepada Allah yang Maha Esa sehingga kakinya bengkak,tp kita??? Imam baca ayat panjang dah mengeluh dah risau... Ana tak tuduh sapa2 tap ana tuju kat diri ana sendiri...Sebab ana manusia biasa, mudah kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan.... Ya Allah ampunkan hambamu... Tapi tak salah kita usaha nak lawan nafsu kitakan...USAHALAH...


Hijrah juga termasuklah kita dalam melakukan gerak kerja Islam...Gerak kerja Islam mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukannya hanya melepaskan batuk di tangga... Komitmen kita dalam buat kerja Islam mcm ne??? Kita beri ke sepenuhnya komitmen itu??? Atau sambil lewa??? Buat kerja Islam ni banyak pahala yang dijanjikan Allah tapi kalau sekali kita futur maka berdosa besarlah kita...

Ingatlah...

"KITA BUKANLAH YANG MEMULAKAN, KITA JUGA BUKAN YANG MENGAKHIRINYA...KITA ADALAH RANTAI PERJUANGAN" -As Syahid  Syed Qutb-

Marilah kita sama2 berusaha untuk tegakkan Islam di negara ini..

Monday, August 9, 2010

-bulan gandakan pahala-

Salam perjuangan...

Nama ana syaaban. Ana ingin menginatkan antum bahawa jiran ana Ramadhanakn dtg mengunjungi antum bersama isterinya iaitu Rezki & kedua2 anknya iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akn ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakat & Keampunan...Mereka akan pulang selepas 30 hari menaiki Eid Airllines... HARGAI MEREKA & ANTUM AKN DAPAT BERKAT... InsyaAllah....



Malam semalam  disurau maktab ana ada buat majlis istiqbal ramadhan. Alhamdulilah berjalan dgn lancar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah yang disampaikan oleh Dr. Rosdi. Banyak info yang disampaikan oleh beliau. Antaranya, kalau solat pun tak solid, puasa lagilah teruk...Maksudya di sini, kalu kita tak jaga solat mcm ne kita rasai tahap kerinduan ramadhan itu, entah2 puasa pun tinggal. So, kita kena buat juga spy solat kita tak tinggal barulah puasa itu pun class, pada tahap yg baik. Kumpullah banyak pahala, & kuangkan dosa pada bulan ni...kerana ia lebih baik dr 1000 bulan :)


Bulan Ramadhan ini merupakan satu TARBIYYAH DIRI utkmemperbaiki diri mendekatkan diri pd Allah. Ia bukan hanya terhenti apabila Ramadhan telah berlalu...dan akan buat amal yang tak baik pada bulan seterusnya... Ini menandakan kesan Ramadhan itu tak terkesan dalam diri anda, TAK DAPAT DIDIK ANTUM menjadi seorang yang tahu kawal nafsu, marah, mengumpat dan lain2. Sia2kan...Antum pikirlah...

Pd Ramadhan kali ni, ana tak dapat nak berbuka selalu di surau memandangkan ana kini sudah duduk diluar. Melainkan klu ana ada kenderaan, insyaAllah ana akan usahakan nak berbuka dan terawikh di surau bersama sahabat2 ana...

Ana ingin mengingatkan antum semua marilah KITA HIDUPKAN BULAN RAMADHAN, BULAN PENUH KEBERKATAN DAN BULAN YG MULIA... JGN KITA SIA2KAN IA BERLALU PERGI TANPA KITA BERBUAT APA2...GUNAKAN BULAN INI SEBAIK2NYA...

SELAMAT BERPUASA ANA UCAPKAN :)

Saturday, August 7, 2010

-...Kehilangan...-

Salam perjuangan...bertemu sekali lagi di ruangan ini. Alhamdulilah. Skang ni ana telah berpindah ke rumah sewa.Walaupun ini merupakan hari pertama, tapi ana rasa sedih dan rasa kehilangan...sedih meninggalkan roomate, kak muni...adik2 junior, syahid, amal, farah, nisah, n lain2 yang mengenali ana. Memang ana masih belajar di maktab lagi tapi waktu malam di asrama lah kami sering berjumpa. Kadang2 meeting sampai lewat amlam, buat aiskrim dan sebagainya...Ana sangat rindukan semua itu, walaupun ana baru sehari tak tido kat maktab.

Ana dapat rasakan cabaran berada duk di luar lagi besar tambah2 pulak dgn sahabat2...Ana takut klu duk luar ini ana tak dapat nak kawal diri ana...buat perkara lagho...Tambah2 pulak ana tiada kenderaan sendiri nak pi mane2...tersekat kebebasan ana...Sampai bila ana nak mengharapkan sahabat ana dan hantar ana kesana  ke sini. Memang ana mengakui semasa ana duk di asrama, bilik ana hanya tempat utk tido...Jarang berada di bilik pada waktu yang lama. Ana lebih suka buat aktiviti2  yang ana suka terutama apabila terlibat dlm gerak kerja PGPI. Bukan ana tak suka duk luar, tapi entahlah....ana rasa suatu KEHILANGAN...Kehilangan yang ana buat setiap hari.

Hari ni pula Allah uji ana. Ana tak dapat gambarkan perasaan itu...Perasaan marah ana hari ni tak dapat nak kawal sepenuhnya. GERAM, MARAH, MENYAMPAH semua ada... Ana rasa mcm nak hentak meja je tadi... Tapi bila ana pikir2 balik, buat apa nak marah2 semuanya itu tiada kesudahan., Apa yang diberitahu tu ada betulnya. Mungkin ana agak termoody hari ni. Minta maaf sangat2..Namun, kesudahan yang baik adalah dengan BERSABAR mwlayan kerenah manusia... biarlah apa yang terjadi hari ni berlalu pergi...malas nak pikir.


Inilah manusia kan, kita tak bersifat maksom seperti nabi. Banyak kelemahan kita sebagai manusia...Tapi mencuba untuk menjadi sesuatu yang terbaik dan perbaiki diri hendaklah dipraktikkan dalam diri... Moga Allah permudahkan. Ana harap antum pun begitu juga... Itulah yang Allah dah bagitau, hati kita mudah berbolak balik. Kadang2 iman kita meningkat, kadang2 menurun dan kadang sama tak naik n tak turun. Agak2 kita yang mana???

Duk luar maktab banyak cabaran, dugaan...Kalau tak pandai kawal diri memang mudah terpengaruh. Ini merupakan kali pertama ana duk kat umah sewa. Sewa bersama dengan rakan2 sekelas. Sebenarnya ana risau. Sebab apabila duk satu rumah sikap sahabat2 kita sedikit demi sedikit akan terbaongkar. Kalau yang baik tak pe...takut sebaliknya... Ana harap Allah ikat hati2 kami dan kami sentiasa berlapang dada anatra satu sama lain. Moga sahabat2 yang duk satu rumah dengana ana dapat memahami antara satu sama lain.

Kepada ibu n ayah, along minta maaf sebb lama tak tanya khbar. Nantikan kepulangan anakmu ini... Semoga dalam keadaan sihat selalu ;)