Salam perjuangan...alhamdulilah, ketemu dalam ruangan ini. Hari ni juga ana dah habis buat sbe. SBE kali keempat, yang terakhir. Bermula sem depan ana dah start praktikum kat sekolah...Aduhai, cuaknya :( harap2 oklah dan berjalan lancar....
Post kali ni ana nak ceritakan tentang "DIA BUKAN MILIKKU..." entahlah tiba2 nak tulis tentang tajuk ini. Mungkn sebb saya dikelilingi dengan kawan2 yang sudah pun ada calon masing2 kot...pemerhatian sekeliling...hahaha...Sebelum tu ana nak mohon maaf sekiranya ada tersentuh sensitiviti mana2 pihak. Bukan niat ana untuk menyentuh hati antum sekalian tetapi sekadar berkongsi pendapat ana sendiri....
Biasalah kan klu bercouple mesti ada pasang surut dalam perhubungan...kadang2 saya ada lihat ada yang kena marah, kena pukul, ada yang tak bleh belajar disebbkan terganggu dengan masalah bercouple...emmm...ada sesetengah tu pulak terlalu dibuai mimpi dalam menjalin hubungan sehinggakan maruah tergadai...Nauzubillah...
Sahabatku sekalian, mencari pasangan hidup bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan pencarian...Bergantung kepada Allah.Minta pada-Nya. Tambah2 sekarang ni bulan Ramadhan, doa padanya supaya anda diketemukan dengan jodoh yang baik, bolehbimbing ke jalan yang lurus...Bagi yang belum ada pasangan hidup pun bleh meminta kepada Allah, moga2 masa akan datang anda diketemukan dengan seseorang yang boleh memimpin anda...tetapi ingat bukan ke lembah MAKSIAT!!!
Dan kepada yang sedang bercouple, jagalah hubungan anda. Moga hubungan anda dapat dilindungi daripada maksiat...Ana cuma nak ingatkan antum, dalam bercouple cuba antum muhasabah APA TUJUAN ANTUM BERCOUPLE...??? saja2...atau sekadar isi masa lapang atau ingin menyakiti hati orang lain... Renung2kan... Ana nasihatkan klu nak bercouple bukan ke arah nak KAHWIN baik antum HNETIKAN... Jangan kita cemarkan sesuatu hubungan ke lembah maksiat... Tu yang mcm2 masalah timbul...Ana pernah mengajak sahabat ana daftar KURSUS KAHWIN tetapi mereka tak nak...padahal dah ada calon tu...yang tak de calon ni jugaklah pi daftar kursus tu...hehehe...kadang2 ana sendiri tertanya apa tujuan mereka dalam bercouple???
Nak tau tak: lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik... tetapi ada sahabat ana tanya, habis tu ada juga lelaki yang jahat untuk wanita yang baik...Sebenarnya Allah nak wanita itu meminpin lelaki tersebut ke jalan yang diredhai Allah...Banyak pahala...Kadang2 kita ni tak nak lihat hikmah disebalik apa yang berlaku tetapi suka lihat apa yang kita dapat didepan mata...Ana pun kadang2 macm tu jugak suka lihat apa yang boleh dapat di depan mata...Astagfirullah... Ingat sahabat2...Allah takkan uji seseorang hambanya sekiranya dia tak mampu nak pikul...Allah Maha Adil...KEBAHAGIAN AKAN ANDA KECAPI DI PENGHUJUNGNYA...TETAPI IA MEMERLUKAN KESABARAN UTK MELALUINYA ...
Kunci dalam membina hubungan adalah mengamalkan apa yang ISLAM suruh, peraturan2 dalam islam...barulah hubungan kekal lama dan sehingga ke SYURGA...dapat Redha Allah...
ISLAM ITU MERINGANKAN...BUKAN MEMBEBANKAN...MANUSIA JE YANG SENDIRI BUAT SESUATU PERKARA YANG MENYUSAHKAN DIRI MEREKA SENDIRI...CARA PENYELESAIAN :BERKAHWINLAH, BUAT MANA YANG WAJIB...
0 comments:
Post a Comment