Dikatakan jahil?
Dikatakan memandai-mandai.Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108).
Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?
-Sumber diatas dari Blog Fatimah Syarha-
Biasalah kan...kalau kena mcm ni..Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun pernah diperlakukan sebegini malah lagi hebat daripada ini mehnah yg dihadapi. Tetapi Baginda tetap sabar.. Allah menTarbiah oleh Baginda sangat hebat.
Maka utk menjadi seorang yg hebat, maka perlu melalui proses tarbiah yg mantap.Supaya segala ujian yg dihadapi dapat dilalui dengan baik malah bijaksana. Malah, akan berasa yakin bahawa Allah sentiasa membantu hambanya...Sesungguhnya janji Allah itu pasti...
Ana bersyukur sangat2...krn Allah bagi peluang kat ana utk merasai proses tarbiah ini. Tarbiah ini penting dlm mengetahui kelemahan2 yg ada dlm diri. Melalui proses tarbiah menjadikan kita kuat dan sabar utk hadapi ujian krn kita yakin Allah bersama hambaNYA... Allah mahu mendidik diri ini... Maka bersiap sedialah utk ditarbiah bukannya berikan alasan atau elak dari ditarbiah... Bimbinglah hambaMU ini..Aku sangat2 memerlukanMU...
0 comments:
Post a Comment