Kisah ini ana ambil dari sebuah buku : BILA ALLAH MENDUGA KITA... Kisah ini pendek, tp membuatkan ana terfikir tentang sesuatu...hrp antum semua dapat manfaat daripada kisah pendek ini...
Ada beberapa pkerja bangunan sedang sibuk bekerja. Ada seoranng pekerja dibahagian bawah bangunan, manakala sebahagian pekerja lagi dibahagian atas. Kemudian pekerja dibahagian atas ingin meminta sesuatu daripada kawannya yg berkeja dibahagian bawah. Dia pun terus memanggil kawannya yg dibawah itu, tetapi malangnya tidak didengari memandangkan bunyi mesin2 terlalu bising.
Maka dia pun mengambil keputusan utk melemparkan duit syiling ke sahabatnya dibawah. Pekerja yg dibawah itu tidak mendongak ke atas. Malah, ketika dia melihat syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkannya ke dalam poket. Pekerja diatas itu berasa kesal. Namun, pekerja atas itu melemparkan sekali lagi duit syiling ke bawah. Tapi, tetap begitu juga...tidak mendongak ke ats.
Kemudian, pekerja diatas mengambil keputusan utk melemparkan seketul batu kepada kwannya dibawah td. Batu itu mengenai topi keselamatan kawannya dibawah. Dan barulah kawannya itu mendongak ke ats...
Nasib baiklah, pekerja diatas td itu mempunyai timbang rasa dengan tidak melemparkan batu bata yg besar..kalau tak...anda pun tahu jawapnnya...hehe
Moral of the value : Sememangnya manusia sering lupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dgn kesenangan tetapi segera mendongak ke atas atau mencari Allah apabila ditimpa musibah atau sesuatu yg tidak menyenangkan...Kita perlu ingat, bahawa kesenangan dan kesusahan merupakan SATU UJIAN DARI ALLAH...namun kadang2 manusia tidak sedar yg KESENANGAN YG DIKECAPI juga adalah UJIAN. Malah apabila senang lah Allah nk uji hambaNYA...Malah ketika waktu senanglah manusia sering lupa akan TUHAN yg menciptakanNYA dan memberi kesenagan padanya...betapa seringnya kita terlupa... Ingat, kita boleh nak lakukan apa sahaja di bumi ini tidak kiralah sama ada secara sembunyi atau terang-terangan...semua itu akan ditanya dan DIHITUNG DIAKHIRAT KELAK...termasuklah harta benda yg kita ada, kereta, motor, laptop, hp,wang, kamera canggih dan sebagainya...semuanya takkan terlepas dan akan ditanya oleh Allah.Maka gunakanlah segala nikmat yg diberikan oleh Allah dgn sebaiknya... Marilah sama2 kita berubah, berubah utk mencari keredhaan Allah...
0 comments:
Post a Comment