Salam perjuangan...moga antum semua sihat2 belaka dan ceria2 :) Cuti semakin habis, tak lama lagi akan pulang ke Perlis dan tak lama selepas itu bermulanya praktikum fasa 2 selama 2 bulan...Banyak yg difikirkan dalam kepala otak ni...huhu... moga Allah permudahkan urusan ana.
Praktikum kali ini ana ditempatkan disekolah yg agak jauh...iaitu SK BATU BERTANGKUP...alhamdulilah, masih dalam Perlis lagi. Apa yg merisaukan ana takut dapat luar Perlis memandangkan BPI akan diadakan pada buka sem ini. Maka kalau ana masih praktikum di Perlis maka ada peluang utk ana bantu sedikit dalam gerak kerja BPI ini. Ana rasa sangat bersyukur krn adik2 dalam PGPI memang hebat2 belaka dan berpengalaman. Rasanya kalau ana tak de pun, insyaAllah depa bleh handle :) Teruskan berjuang wahai sahabat2 ku...
Memandangkan BPI kali ini amat padat jadualnya, ana juga takut kalau2 tak dapat bagi komitmen sepenuhnya dalam BPI memandangkan ana ada praktikum. Ana harap walaupun berpraktikum, Allah masih bagi ana kesempatan utk terlibat dalam gerak kerja Islam... Ana risau diri ini tak pandai nak bahagikan masa sehinggakan ana lalai dalam menjalankan tanggungjawab ana dalam jawatan yg dipegang. Bagi ana daripada ana pegang jawatan tu dan tak buat apa2 sumbangan dan tak ambil tahu hal2 berkaitan itu menunjukkan ana tak mampu nak pikul amanah tersebut.
Kadang2 ana dapat rasakan amanah yg dipegang terlalu berat dan tak sanggup nak pikul...tp bila ada sokongan dan taujihad dari sahabat2 ana rasa bersemangat dan ingin mencari masa dan peluang utk bersama berjuang dgn sahabt2 seperjuangan walaupun ada sahabat2 ana yg lain kata .."sudah2lah tu tiqah,bagilah peluang kat adik2 pulak...ak tgk ko ni tido dlm kelas jer.ingat, exam dah dekat...". Ana hanya mampu melemparkan sebuah senyuman kat sahbat ana tu...Apa2 pun ana nak ucap jugak syukran kat kawan ana tu sebb masih lagi bagi ana nasihat tentang diri ana n sikap ana yg agak bz dan kadang2 tak lekat duk umah...huhuhu. Sorry yek sebb tak lekat duk rumah....
Tahun ini merupakan cabaran bagi ana, sibuk dgn praktikum dan mcm2 lagi. Ana bukan nak mengadu domba kat sini cuma ana nak bagitau hidup ini memang kita perlu rancang betul dan mintalah pada Allah utk kita diberi masa utk bahagikan semua ini. Tak dapat dinafikan, kadang2 ana rasa penat hinggakan ana fikir nak berhenti sekejap daripada berfikir tentang gerak kerja Islam dan ana perlukan rehat...tp bila ana teringat kata2 sahabat ana...
" Sesungguhnya perjalanan seoranng daie tu sgt panjang & melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya " sampai bila kau nak melelahkan diri? dijawab daie dgn pasti "Sebenarnya ak mengharapkan peristirehatan (syurga)" alfawaid-ibnu qayyim.
Astagfirullahalazim...sampai mcm tu sekali ana berfikir hingga nak rehat dalam gerak kerja Islam. Ya Allah...ampun kan dosa hambaMU...Aku hamba yg lemah lagi hina...
Ana harap walaupun ana akan berhadapan dgn praktikum dan masalah2 yg mungkin akan datang, ana harap Allah akan bersama ana utk tunjukkan jalan penyelesaiannya dan memudahkan urusan ana. Memang kadang2 ana terpaksa buat keputusan yg kadang2 tak disetujui oleh org lain...Sememangnya perancangan Allah itu adalah lebih baik... Ana akui ana bukannya manusia sempurna dan sangat lemah, kadang2 semangat dan kadang sebaliknya...Dan kadang2 ana perlu buat pilihan dan keputusan yg kadang2 org lain tak leh terima...Ana hanya boleh katakan..ana mohon maaf...dan ana mohon kat sahabat2 yg mengenali diri ana sebb kadang2 ana tak dapat bagi komitmen dalam melakukan sesuatu...
Ya Allah...istiqamahkan hambamu ini
Jangan biarkan ak terkapai-kapai
Aturkan langkahku ini
Peganglah erat tanganku...pimpinlah ak
Lorongkan aku ke jalan yg KAU REDHAI...
Aku lemah Ya Allah...
Aku lemah Ya Allah....
Aku lemah Ya Allah....
Aku sangat2 perlukanMU disisiKU....
0 comments:
Post a Comment