? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 30, 2011

---Erti 1 Perjuangan---


Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.
Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.
Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.
Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.
Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.
Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.
Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.
Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.

Monday, June 13, 2011

--... Mengharapkan Peristirehatan?... --

Salam perjuangan...moga antum semua sihat2 belaka dan ceria2 :) Cuti semakin habis, tak lama lagi akan pulang ke Perlis dan tak lama selepas itu bermulanya praktikum fasa 2 selama 2 bulan...Banyak yg difikirkan dalam kepala otak ni...huhu... moga Allah permudahkan urusan ana.


Praktikum kali ini ana ditempatkan disekolah yg agak jauh...iaitu SK BATU BERTANGKUP...alhamdulilah, masih dalam Perlis lagi. Apa yg merisaukan ana takut dapat luar Perlis memandangkan BPI akan diadakan pada buka sem ini. Maka kalau ana masih praktikum di Perlis maka ada peluang utk ana bantu sedikit dalam gerak kerja BPI ini. Ana rasa sangat bersyukur krn adik2 dalam PGPI memang hebat2 belaka dan berpengalaman. Rasanya kalau ana tak de pun, insyaAllah depa bleh handle :) Teruskan berjuang wahai sahabat2 ku...

Memandangkan BPI kali ini amat padat jadualnya, ana juga takut kalau2 tak dapat bagi komitmen sepenuhnya dalam BPI memandangkan ana ada praktikum. Ana harap walaupun berpraktikum, Allah masih bagi ana kesempatan utk terlibat dalam gerak kerja Islam... Ana risau diri ini tak pandai nak bahagikan masa sehinggakan ana lalai dalam menjalankan tanggungjawab ana dalam jawatan yg dipegang. Bagi ana daripada ana pegang jawatan tu dan tak buat apa2 sumbangan dan tak ambil tahu hal2 berkaitan itu menunjukkan ana tak mampu nak pikul amanah tersebut. 


Kadang2 ana dapat rasakan amanah yg dipegang terlalu berat dan tak sanggup nak pikul...tp bila ada sokongan dan taujihad dari sahabat2 ana rasa bersemangat dan ingin mencari masa dan peluang utk bersama berjuang dgn sahabt2 seperjuangan walaupun ada sahabat2 ana yg lain kata .."sudah2lah tu tiqah,bagilah peluang kat adik2 pulak...ak tgk ko ni tido dlm kelas jer.ingat, exam dah dekat...". Ana hanya mampu melemparkan sebuah senyuman kat sahbat ana tu...Apa2 pun ana nak ucap jugak syukran kat kawan ana tu sebb masih lagi bagi ana nasihat tentang diri ana n sikap ana yg agak bz dan kadang2 tak lekat duk umah...huhuhu. Sorry yek sebb tak lekat duk rumah....


Tahun ini merupakan cabaran bagi ana, sibuk dgn praktikum dan mcm2 lagi. Ana bukan nak mengadu domba kat sini cuma ana nak bagitau hidup ini memang kita perlu rancang betul dan mintalah pada Allah utk kita diberi masa utk bahagikan semua ini. Tak dapat dinafikan, kadang2 ana rasa penat hinggakan ana fikir nak berhenti sekejap daripada berfikir tentang gerak kerja Islam dan ana perlukan rehat...tp bila ana teringat kata2 sahabat ana...

" Sesungguhnya perjalanan seoranng daie tu sgt panjang & melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya " sampai bila kau nak melelahkan diri? dijawab daie dgn pasti "Sebenarnya ak mengharapkan peristirehatan (syurga)" alfawaid-ibnu qayyim.


Astagfirullahalazim...sampai mcm tu sekali ana berfikir hingga nak rehat dalam gerak kerja Islam. Ya Allah...ampun kan dosa hambaMU...Aku hamba yg lemah lagi hina...

Ana harap walaupun ana akan berhadapan dgn praktikum dan masalah2 yg mungkin akan datang, ana harap Allah akan bersama ana utk tunjukkan jalan penyelesaiannya dan memudahkan urusan ana. Memang kadang2 ana terpaksa buat keputusan yg kadang2 tak disetujui oleh org lain...Sememangnya perancangan Allah itu adalah lebih baik... Ana akui ana bukannya manusia sempurna dan sangat lemah, kadang2 semangat dan kadang sebaliknya...Dan kadang2 ana perlu buat pilihan dan keputusan yg kadang2 org lain tak leh terima...Ana hanya boleh katakan..ana mohon maaf...dan ana mohon kat sahabat2 yg mengenali diri ana sebb kadang2 ana tak dapat bagi komitmen dalam melakukan sesuatu...


Ya Allah...istiqamahkan hambamu ini 
Jangan biarkan ak terkapai-kapai
Aturkan langkahku ini
Peganglah erat tanganku...pimpinlah ak
Lorongkan aku ke jalan yg KAU REDHAI...
Aku lemah Ya Allah...
Aku lemah Ya Allah....
Aku lemah Ya Allah....
Aku sangat2 perlukanMU disisiKU....


Monday, June 6, 2011

--Hidup ini sememangnya INDAH--

Salam perjuangan...huhu lama rasanya dah tak update blog ni.maafkan ana..entahlah sejak akhir2 ni rasa mcm tak de mood nak update blog...tp ana rasa medium blog perlu diteruskan utk sampaikan dakwah ;)

Kali ini ana nak kongsi dgn sahabat2 tentang kehidupan...ana rasa bersyukur krn akhirnya dapat berjumpa dgn family yg sudah beberapa bulan tidak ketemu..mengalahkan duk luar negara je kan..hehe


Baru2 ni, kami satu family telah gi i-city tempat lampu2 cantik2 tu...subhanaAllah...sungguh indah dan cantik...Terfikir di kotak fikiran ana, klu didunia ini poun sudah cukup indah apatah lagi di syurga...lagilah indah dan tak terbayang dek akal, betapa indah dan seronoknya duduk di syurga... tp nak duk di syurga itu belum mendapat kepastiannya lagi.memandangkan diri ini banyaknya dosa dan perkara2 lagho yang dilakukan...rasa tak layak...tp takkan ak nak masuk neraka, sedangkan diri ini tak sanggup nak menahan api didunia yang jauh bezanya dgn api neraka. api dunia ini pun tahan apatah lagi di neraka...Allah..Allah..Allah...



Allah menjadikan dunia ini cukup indah, malah setiap hambaNYA hidup dgn selesa...Namun, kadang2 manusia lupa dgn apa yg Allah sehinggakan Allah menurunkan bala atau bencana kpd hambaNYA spy kita ingat  kepadaNya...Itu sebb Allah bagi ujian kat hambaNYA.Ada sahabat sy cakap sebenarnya Allah nak bergurau dgn kita...Allah nak tgk kita sama ada kita ni tenang , sabar atau tunduk tak padaNYA... Allahuakbar...

Tpi diri ini kadang2 menyalahkan Allah, tak redha ujian yang diberikan...termasuklah diri ini. Kadang2 pernah terfikir, ana penat nak hadapi masalah itu, ini dan mcm2 lagi hinggakan ana rasa malas nak fikir masalah berkenaan...Sepatutnya, melarikan diri dari masalah bukan jalan yg terbaik.Bahkan ia akan menambahkan masalah... Sepatutnya, kita hadapinya dgn hati yg tenang dan teruskan mendekatkan diri kpd Allah...Maafkan hambaMu ini...

Cuba kita hayati lirik lagu ni...pengorbanan Rasullulah yg tak berbelah bagi...sedangkan kita masih berkira-kira nak buat kerja Islam... korban harta nak berkira, korban tenaga apatah lagi...sampai bila kita masih nak berkira-kira... huhuhu..

Moga Allah gerakkan hati kita semua nak bantu Islam...Allahuakbar ...


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela