? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 30, 2011

Susah nak terima TEGURAN?

Salam perjuangan buat sahabat2 ku semua... ana hrp antum masih setia lagi dgn blog yg serba kekurangan ini. Tinggal sehari jer lagi utk sambut tahun masihi. Biasalahkan...bila tahun baru pasti akan ada pihak2 yg menganjurkan pelbagai aktiviti utk sambut tahun baru... COUNTDOWN 2012.. Namun, kita hendaklah bijak dlm memilih aktiviti yg dilaksanakan itu spy tak berlanggar dgn syariat islam. Cthnya, konsert tahun baru yg tiada nilai2 islam diamalkan, dan aktiviti yg sia2 yg lain...


Namun begitu, masih ada lagi pihak penganjur yg menganjurkan program yg menjaga batas2 yg telah ditetapkan islam spy aktiviti itu lebih bermanfaat kpd org ramai. Cthnya ada konsert yg lebih islamik, ada majlis ilmu dan kedatangan2 ulamak yg kita kasihi bersama-sama menghayati erti menyambut tahun baru seperti dlm gambar diatas ^-^. 

Baiklah, kita berbalik semula kpd entri yg ingin ana sharekan kat antum semua.  Antum pernah ditegur oleh sahabat baik antum sendiri x? Malah teguran itu membuatkan antum sendiri tak sangka dan susah antum nak terima kata2 yg diberikan... Malah, ada pula sesetengah sahabat kita yg salah sangka apa yg kita lakukan lalu menegur kita dan membuatkan kita kadang2 tak setuju dgn pendapat/teguran yg diberikan. Ana yakin, antum mesti melaluinya kan...


Ada sahabt ana ckp, kita jgn tengok siapa yg menegur tp kita lihat isi teguran itu. Sekiranya baik utk kita, maka ambillah ia dengan hati yg lapang dada...Namun, sekiranya teguran itu kita tak leh nk terima, maka kita perlu bermuhasabah sendirian dahulu dan tak perlulah kita nk bertekak atau marahkan sahabat yg menegur itu...Sabar dan terima dulu apa yg dicakapkan...

Memang susah sebenarnya apabila ada org malah sahabat baik kita sendiri yg tiba2 menegur kita atas kekurangan diri kita. Sebab kita semua ada ego malah merasakan yg kita buat semua betul dan org lain smua salah. MAKNA KATA: SUSAH NK MENGAKU KESALAHAN DIRI... 



Sebenarnya sahabat, kita kena berasa sayang kpd org yg menegur/ menasihati kita sebb dia berani utk tegur kesalahan yg kita buat, malah dia lebih jujur. Dia menegur bukan utk membenci tp krn dia sayangkan kita. Namun, org yg menegur pula perlulah menegur dari hati ke hati dan ikhlas spy apa yg nak disampaikan kpd yg ingin ditegur lebih berkesan malah perlulah berhikmah.

Ana bersyukur krn ana mempunyai ibu ayah,sahabat2 yg selalu menegur/menasihati ana. Tidak kiralah yg menegur ana itu sama umur ana, lebih tua dari ana atau pun lebih muda dari ana. Memang kadang2 susah utk terima teguran/nasihat tu, ana kadang2 perlu ambil masa utk menerimanya. Ana perlu masa utk bersendirian utk muhasabah dan memikirkan apa yg ditegur itu. Kadang2 cara org lain nk menegur kita menggunakan pelbagai cara cthnya melalui FB, Blog, dalm meeting atau lain2... Kita sendiri jer yg tahu teguran itu ditujukan kpd siapa walaupun kadang2 nama2 tidak disebutkan...Namun, kadang2 bleh timbul salah faham jugakkan... Bagi ana, sekiranya teguran itu ditujukan kpd ana wlpun tidk secara direct, ana rasa bersyukur sebb Allah gerakkan hati ana bahawa yg teguran itu utk ana. Mungkin Allah nk ana spy selalu beringat dan ana bukanlah org yg sempurna dan sering melakukan kesalahan yg kadang2 diri ini tak tahu tp org lain tahu kita buat salah...


Kadang2 memang rasa sedih apabila ada org tegur kita malah yg paling sedih apabila org lain tak leh terima cara kita...Tp itulah ragam manusia yg pelbagai...Ada sesetangah org bleh terima dan ada tak leh terima. Ana mengakui, ana bukanlah org yg sempurna utk mengikut kehendak org lain nk ana jd mcm yg mrk inginkan. Tapi inilah diri ana... Setiap org ada tanggapan masing2kan...positif atau negatif itu terpulang kpd mrk...Tp sekiranya betul2 ana buat silap, insyaAllah ana siap sedia utk ditegur... Kalau tak, ana tak tahu silap ana, so ana rasa antum perlu tegur/nasihat ana... tak perlu mendiamkan diri hingga menyebabkan antum sendiri yg rasa tertekan...huhuhu...


Di kesempatan ini, ana nk mengucapkan terima kasih kps sahabat2 ana yg sentiasa memberi teguran/nasihat kat ana tidak kiralah sahabt ana yg sebaya, yg lebih muda atau lebih tua dari ana. Ana bersyukur krn Allah bg peluang kat ana utk memperbaiki kesilapan ana... Terima kasih krn terima ana seadanya... Dan kepd sahabat2 yg masih lagi ada perkara yg hendak menegur ana tetapi tidak berani utk menyatakan terus face to face kpd ana, antum bleh sms, hantar surat dll....Ana doakan antum diberi kekuatan utk menegur ana... sebb ana tak nak menyesal dikemudian hari... InsyaAllah ana akan terima teguran itu dgn lapang dada....Memang pahit utk menelan kebenaran tetapi itulah yg lebih baik spy tak menyesal nantikan... ^-^




Ana juga ingin memohon seribu kemaafan kpd sahabat2 atau antum semua sekiranya ada pendapat/ teguran yg ana berikan membuatkan antum terasa hati dgn ana. Kadang2 apa yg ana  cakap terkasar hingga mengguris hati sahabat2...Ana mohon maaf... Termasuklah juga entri2 yg ana post di blog ana ini, ada kata2 yg kasar, atau membuatkan antum yg membacanya terasa hati, ana mohon sekali kemaafan...


Apa yg ana bleh nyatakan kat sini, bersyukurlah dgn teguran2 yg diterima...dgn teguran2 itu barulah kita sedar bahawa kita ni lemah sangat2...malah bukanlah org yg sempurna ...malah tidak hebat...yg hebat/sempurna/Maha Kuat adalah ALLAH... Belajarlah utk terima teguran dgn lapang dada dan ikhlaskan niat...Ketepikanlah ego yg ada dlm diri... Ego ini bleh dikawal apabila kita melalui proses tarbiyyah... Dan belajarlah utk memberi kemaafan kpd org lain... Banyakkan memberi drpd menerima itu adalah lebih baik...Sayangilah org yg menegur bukannya dgn membenci.... Moga dgn teguran2/nasihat2 yg diberikan dapat menjadikan kita insan yg lebih baik...Insya Allah... 


SELAMAT TAHUN BARU 2012, SEMOGA SAHABAT2 SEMUA CERIA DAN DIREDHOI ALLAH SELALU...^-^


Monday, December 19, 2011

5 Syarat Utk Pilih Sahabat?


Setiap org pasti ada kawankan...? Ada yg gelarkan sahabt, kawan, teman dan mcm2 lagi. Ada yg kata susah nk cari sahabat yg baik wakt sekarang...kawan yg senang dan susah bersama-sama.  Tp pernah tak kita tanya diri sendiri, apakah kita juga boleh bersama sahabt kita diwaktu mereka senang dan susah? tepuk dada tanya iman...



Ana sendiri pun masih banyak kekurangan. Tak boleh nk puaskan hati semua teman2 dan sahabat2 ana. Ana tak mampu. Dan kadang2 pasti akan ada yg terasa hati dgn ana dan ana sendiri pun ada perasaan...kadang2 terasa hati dan marah dgn sahabat sendiri apabila ditegur atau dikutuk yg bukan2...huhu...Sabar jelah kalau dapat sahabt mcm ni kan...Tp ingat, sekiranya ada kawan kita yg apabila memerlukan kita disaat ketika mereka dlm kesusahan maka dengarilah dan bantulha mereka...walaupun bila diwaktu senang dia melupakan kita tp ingtlah Allah suka org selalu bantu membantu walaupun kita hanya digunakan atau diperlukan dikala mereka dlm keadaan susah...


Tak de siapa kat dunia ini sempurnakan...biarlah diri ini m'jd pendengar yg baik dan diperlukan ketika org lain dlm keadaan susah...namun bila diri ini dilanda kesusahan moga Allah disampingkku utk membantuku... Jangan kita terlalu berharap pd manusia sebb manusia akan lupa...tp berharaplah pd Allah...DIA pasti takkan lupa.


Pd kesempatan ini sy nk ucapkan...terima kasih sgt2 dan tak terhingga kpd sahabat2 ana yg mengenali diri ni dan sanggup terima ana seadanya, terutamanya terima kelemhan ana. Ana tak mampu utk menjd sahabat yg sempurna atau yg diinginkan oleh antum. Inilah ana seadanya...dan sekiranya ana ada buat salah atau silap tegurlah ana... dan kalau boleh teguran itu biarlah berhikamah dan ikhlas....tak perlu utk menggunakan kata2 sindiran atau kiasan yg menyebbkan ana boleh salah sangka. Kalau ada yg tak puas hati ke atau apa2 nak beritahu kat ana, just jumpa ana secara berdepan atau sms ana. Cukup utk ana tahu apa kelemahan ana dan ana akan cuba utk perbaiki...tidak kiralah yg tegur ana itu lebih muda, sama baya atau lebih tua...ana akan cuba berlapang dada... InsyaAllah... ^_^

Nak cari sahabat ada syaratnya...


Apa kata ulama yang kita sayangi?
Tip ni sy ambil dari blog ustzh fatimah syarha.

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.    Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Saturday, December 17, 2011

-Bila nak KAHWIN???-

Salam perjuangan...

Alhamdulilah...masih diberi kesempatan utk berkongsi di blog ini. Memandangkan umur pun sudah meningkat maka perlulah utk ana memikirkan soal ini... BILA NAK KAHWIN YER? hehe...soalan ini ana tujukan khas buat shbt2 ana yg sudah pun berpunya dan yg akan berpunya. ^_^.


Menikah adalah satu diantara dua buah  jalan keluar terbaik yang diberikan oleh Allah swt bagi umat-Nya. Banyak sekalli keutamaan yang akan diperoleh dari menikah. Seseorang yang telah menikah akan terhindar dari fitnah syahwat. Menikah akan memberikan ketentraman. Menikah akan membukakan pintu rizki...

Pernah juga ana bertanyakan kpd sahabat2 yg telah mempunyai pasangan pasangan masing2 (couple). Bila korang nk kahwin? Pelbagai jawapan jugak yg diberikan. Ada yang kata lambat lagi, InsyaAllah...belum tiba masanya lagi utk difikirkan. Kalau betul tujuan mrk bercouple tu memang nak kahwin, itu bleh dikira lagi. Tp ingat, antum perlu melakukan solat taubat sebb couple sebelum kahwin tu adalah haram.



Namun yg paling sedih lg, apabila mrk bercouple sebb sajer suka2..tukar2 ganti..huhu...bercouple tak de arah tujuan..huhu... Malah tak jaga batas2 pergaulan sebagai seorang islam. Lelaki perempuan berpegang tangan, berpeluk-peluk dan akhirnya yg paling teruk berzina... Dlm al-quran pun Allah nk sebut, jgn hampiri zina...benda2 yg mcm ni lah yg menyebbkan sepasang kekasih berzina dan akhirnya melahirkan anak luar nikah...

Pesanan buat sahabat dan diri ini, sekiranya antum sayangkan pasangan antum, maka jagalah sebaik-baiknya sehinggalah ikatan antara antum berdua itu sah dengan akad nikah yg dilafazkan oleh si lelaki yg bergelar suami. Nikmat selepas kahwin sgt indah jika dibandingkan sebelum kahwin. Maka kalau dah rasa bersedia utk berkahwin maka kahwinlah segera. Itu lebih baik.. tp jarus diingat, perjlanan dlm meniti alam rumah tangga bukan sesuatu yg mudah yg kita sangka-sangka kan...Perlu tahu erti pengorbanan, kepercayaan, setia, jujur, dan apa yg penting....cinta kpd pasangan hidup kita bukan krn cinta semata-mata..tetapi cinta kpd pasangan kita KRN ALLAH...moga keluarga yg dibina itu lebih berkat dan dapat melahirkan anak2 soleh dan solehah sekali gus dapat mewujudkan keluarga yg sakinah...




“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id)


Allah swt telah memberikan menikah sebagai jalan yang mudah, murah, dan halal. Tapi, justru manusia itu sendirilah yang sampai saat ini masih menjadikan menikah sebagai jalan yang mahal dan susah, dengan menetapkan nilai mahar yang tinggi, dengan mengharuskan pesta atau resepsi besar, dan lain-lain. Hal inilah yang akhirnya, menjadikan sepasang manusia terjerumus dalam kubangan maksiat (mendekati zina atau berzina). Mungkin hal semacam ini sudah tertanam dengan kuat dalam adat yang dibawa para orang tua. Maka, dari sini semoga kita dapat menghapuskan hal-hal yang memberatkan seseorgng atau anak kita untuk menikah. Mudahkan untuk menikah, dan jauhkan mereka dari fitnah syahwat yang senantiasa mengintai.




“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah” (QS. Adz Dzariyaat 49)


Dan soalan bila nak kahwin ni jugak ada yg bertanya pd ana... Tp bila ana fikir2 ballik, ana nk khwin dgn siapa...hehe... ^_^ tp jawapan yg ana sering bg... biarlah Allah menentukan, bila dan dengan siapa jodoh ana... Jodoh itu rahsia sebb Allah nak bg kejutan kat hambaNYA...Moga apabila sampai masanya, ana dapat menerima pasangan hidup ana dengan seadanya dan dia juga dpt terima ana seadanya dan dapat bersama-sama ana dlm perjuangan...




Memang tak dapat dinafikan...semua manusia ada fitrah utk bercinta, ana pun ada zaman dulu2 .. pernah meminati seseorang dan seseorang... tp tak pandai utk diluahkan... Ana bersyukur sebb Allah tak bg ana sikap yg berani utk meluahkan persaan cinta kpd makhluk sewenang-wenangnya... ana harus mengawalnya dgn bijak. Ingatlah sahabt2 nafsu kita ni perlu dijinak-jinakkan...bukan semua kehendak nafsu kita boleh ikut...
Ana tahu  kalau betul dia adalah jodohku pasti dia akan jd milikku suatu hari nanti...semuanya itu dgn izin Allah... apa yg pasti jgn lupa utk berusaha. Pesanan ini buat sahbat2 ana yg masih dlm pencarian...dan BERCINTA SELEPAS KAHWIN ADALAH PALING INDAH !


Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU  kpd sahabat2 ana yg telah atau pun akan mendirikan rumah tangga pada bulan disember ini...maaf kalau ana tak dapat hadir... ^_^

Thursday, December 15, 2011

Dikutuk & Dicaci? Tersenyumlah ^_^



Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan memandai-mandai.Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108).
                
Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.
Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?

-Sumber diatas dari Blog Fatimah Syarha-

Biasalah kan...kalau kena mcm ni..Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun pernah diperlakukan sebegini malah lagi hebat daripada ini mehnah yg dihadapi. Tetapi Baginda tetap sabar.. Allah menTarbiah  oleh Baginda sangat hebat. 

Maka utk menjadi seorang yg hebat, maka perlu melalui proses tarbiah yg mantap.Supaya segala ujian yg dihadapi dapat dilalui dengan baik malah bijaksana. Malah, akan berasa yakin bahawa Allah sentiasa membantu hambanya...Sesungguhnya janji Allah itu pasti...



Ana bersyukur sangat2...krn Allah bagi  peluang kat ana utk merasai proses tarbiah ini. Tarbiah ini penting dlm mengetahui kelemahan2 yg ada dlm diri. Melalui proses tarbiah menjadikan kita kuat dan sabar utk hadapi ujian krn kita yakin Allah bersama hambaNYA... Allah mahu mendidik diri ini... Maka bersiap sedialah utk ditarbiah bukannya berikan alasan atau elak dari ditarbiah... Bimbinglah hambaMU ini..Aku sangat2 memerlukanMU...


Monday, December 5, 2011

Part 1 : Putera A_ _ _ A

P/S : Alhamdulilah... cerpen pendek ana yg kedua. Silakan utk baca..Khas buat antum... ^_^



Pada suatu pagi …

“Ina, jom gi kelas. Dah lewat ni, nanti kena marah lagi dgn Puan  Singa tu, cepatlah. Nak make up pulak…hish…Cepatlah!” kata Qistina kpd sahabtnya.


Mereka pun bergegas berlari menuju ke kelas. Mahu taknya berlari, lewat 15 minit kot. Huhu…Apabila sampai di kelas, mcm biasa mereka kena marah dengan pensyarah buat kali ke 5. Kali ini agak lama juga dioranng kena dengar bebelan disebbkan kesalahan mereka, datang lewat! Dan mereka didenda dengan duduk dihadapan kelas, duduk bersila. Tebal jugaklah muka diorang duk bersila depan kelas…huhu… Beginilah Ina dan Qistina selalu datang lewat, bleh dikatakan dlm 4 kali seminggu mesti ada jer masalah yg diorang timbulkan.

Semasa dlm perjalanan pulang ke kampus, dihadapan Surau Nur sedang berkumandangnya azan.


“Sedapnya suara  ni.Siapalah jejaka yg mengalunkan azan ni. Buat aku cairlah…,” kata Qistina.

“Qis, suara tu tak penting. Yang pentingnya seruan Ilahi tu. Pergilah singgah surau tu dah azankan then blehlah kau tgk siapa yg alunkan azan td.Kau kan tak pernah gi menjenguk surau tu sepanjang duk kampus ni melainkan klu ada event yg diwajibkan! Baru kau nk gi kan…”. Sindir Ina dengan sinisnya.

Alah…kau pun sama jugak Ina, 2 kali 5 je kau dengan aku… kata Qis dlm hatinya. Geram pun ada kadang2 dengan Ina ni. Bikin aku panas jer…

9.00 mlm, dibilik Qistina.

Qis bersiap-siap utk keluar bersama teman-temannya. Apa lagi hobinya kalau tak melepak mlm2 sambil mengambil gambar. Qistina memang suka mengambil gambar. Itulah hobinya. Kamera mahalnya tidak pernah lekang darinya. Gambar2 yg diambil oleh Qis memang cantik. Walaupun dia tidk mengambil kos fotografer  tetapi hasil gambarnya sgt menarik. Inilah kelebihan yg ada pada Qistina. Dia seorang yg periang, bersosial, pakaian ala2 kelakian melainkan pergi ke kuliah. Sebb pergi ke kuliah WAJIB pakai bj kurung.


Bulan ini bulan yg amat bz. Bz dengan assignment…huhu..tensionnya. Hari2 kena gi library utk cari bahan. Kalau tidak disebbkan assignment, jgn harap Qistina nk gi library. ^_^

“Manalah buku ni. Time aku nk guna mesti tak jumpa, time aku tak nak guna, boleh pulak selalu jumpa,” rungut Qistina. Apabila Qistina hendak mengambil sebuah buku ni, tiba2 dia merasakan ada org lain jugak yg ingin mengambil buku yg sama disebelah sana. Apa lagi, Qistina pun tidak mahu mengalah terus diambilnya buku itu. Dia melihat, rupa2 seorang lelaki yg ingin berebut dengannya. Lelaki itu tak cakap apa, just melemparkan senyuman dan membiarkan Qistina mengambil buku itu. Padahal, Qistina merasakan lelaki itu yg lebih berhak, tetapi Qistina tak kisah, dia lebih memerlukan buku itu.Tentang lelaki itu, biarkan…hehe ^_^ Qistina pun berlalu pergi utk meminjam buku itu dan pulang ke hostel.



Ina melihat Qistina tersenyum senyum mcm kambing. Ina ingin tahu apa yg menyebabkan Qistina tersenyum begitu.

Prang!!! “ Mak oii kau jatuh…!” melatah Qistina sekjap. “Mak sape yg jatuh Qis…ke kau yg tengah angau…, perli Ina dgn senyuman yg melirik ^_^.



“Kau ni kan Ina cubalah bg aku peluang nk bersenang-senang sekejap. Dahlah aku tengah tension nk buat assignment ni. Kau pulak cari pasal dengan aku,” balas Qistina dengan sedikit nada yg agak geram.

“ Sorrylah Qis…aku gurau jer td, terbaling bantal je pun…Takkan nk marah kot. Aku tgk kau ni asyik tersengih-sengih jer pehal….Cuba citer kat aku.Sharelah Qis…,” merayu Ina seakan-akan seperti budak kecil berumur 5 tahun.

“Aku dah jumpa…jumpa putera A … hehehe…,” blas Qistina. Ina dengan penuh tanda Tanya.
Putera A??? Putera A apa ni Qis… cuba jgn buat aku tertanya-tanya. Kau suka mcm ni tau… A apa..? Ayam ka? A… apa ni???? Jangan2 kau ni…

Library lagi…


Qistina keseorang lagi. Ina tak dapat menemankan Qistina utk ke library lagi.
Semasa sedang khusyuk membaca buku…Tiba2…

“Saudari…ana nk ambil buku ana sekejap kat bawah hp enti tu,bleh?” kata seorang lelaki yg memakai baju warna hijau. Kemas orngnya.
Qistina memandang lelaki berkenaan dgn penuh khusyuk hinggakan matanya tidk berkelip-kelip. Qistina langsung tidak peka apa yg lelaki tu mahukan sebenarnya. Terus menerus dia menatap wajah lelaki itu.

Smartnyer lelaki ni, walaupun dia tak hensem mcm Shah Rukh Khan…tetapi sedap juga mata aku ni memandang, monolog Qistina di dalam hati.

“Saudari, tak baik klu muslimat pandang muslimin mcm ni. Allah tak suka…melainkan klu ana ni suami enti bolehlah pandang lama2,” kata lelaki td dengan nada yg lembut tp agak tajam juga kata2 yg dilemparkan dan menyebabkan Qistina cepat2 mengalihkan pandangannya.


“Nama awak ‘ana’ ke? Mcm nama perempuan jer…,” soal Qistina. Lelaki berkenaan hanya melemparkan senyuman mengambil barangnya di atas meja dan berlalu pergi. Tanpa memberitahu nama yg sebenrnya.

Emm..biarlah. mungkin betullah tu namanya. Mungkin itu nama samara. “Ana”…mcm nama perempuan.hehe. Ade ke lelaki nama mcm tu..? Mestilah ada..Tu lelaki td yg aku jumpa tu apanyer. Oooo…’ana’ namanya, detik hati Qistina.

Seperti biasa Zikir akan pergi ke surau utk melaungkan azan. Zikir merupakan pelajar yg baru pindah ke kampus itu. Dah 3 minggu dia berada di kampus itu. Dia bukan dari kos agama tetapi mengambil jurusan dlm bidang perhotelan. Walaupun begitu, ilmu dlm bidang agama cukup mendalam dan cukup luas. Malah dia juga sering menyampaikan kuliah2 ilmu agama di surau.  Inilah yg dikatakan , nk berdakwah bukan hanya tanggungjawab  org2 dlm kos agama jer…tetapi selagi bergelar ISLAM dkwah itu perlu disampaikan tidak kira org yg menyampaikan itu dari kos apa, kos engineer ke, kos  IT ke, maka perlu menjalankan tanggung jawab ini.
Qistina mendengar laungan azan maghrib berkumandang.Tenangnyer dengar apabila azan berkumandang.

“Siapalah yg alunkan azan ni…Sedap betul… Agak2 bilalah aku nk gi surau tu yer. Dah lama jugak aku tak jenguk2 surau kat kampus ni. Solat berjemaah pun dah lama aku tinggalkan. Bilalah aku nk berubah yer…Adakah aku akan berubah apabila aku jumpa dgn” Putera A_ _ _ A” aku tu… Entahlah… Layak ker aku n ink dapat suami yg mcm tu, yg boleh ajak aku solat Jemaah sama2, gi masjid sama2, ajar aku dlm ilmu agama… Aku rasa ak ni memang tak layak dpt suami yg mcm tu lainlah klu aku ni bertudung labuh, berjubah…Dah gerenti bleh dapat suami yg mcm tu. Nak dibandingkan dengan aku yg 100 kali berbeza…dengan pakai seluar jeans 24 hours, tudung pun kadang2 pakai kadang tak pakai, melepak tgh2 mlm, snap gambar sana sini tgh2 mlm. Solat pun ada tinggal lagi. Jauh sekalilah aku nk dpt lelaki mcm tu…”Putera A_ _ _ A” hanya dlm mimpi jer kot. Qistina2… bilalah kau nk berubah…”berkata-kata Qistina di dalam hatinya. Allah sahaja yg tahu luahan isi hatinya.

Di Pusat Bowling, 10 mlm…


Qistina bersama teman-teman lepaknya seperti biasa…

“Qis, jom ikut aku esok mlm.Tempat baik punya! Kat sana kau bleh snap gambar lg mantap ko tau tak.Terbaik & Sensasi!” kata Jo kpd Qistina.

“Macm best jerkan!bolehlah.Kul bape nk jumpa? Kau amik akulah. Motor aku rosaklah pulak.Susah aku nk gerak sekarang,”balas Qistina yg sibuk membelek buku barunya.

“Tak de masalah Qis…Demi kau aku sanggup buat apa sajer! Aku amik kau kul 10 mlm. Tunggu tempat biasa yer.Aklah ak chau dulu,” jawab Jo dan berlalu pergi.

Keesokan mlmnya,

“Mr. Chow gua ada bawa barang baik punya. Fresh mari! Mesti lu suka punya.Mantap!,” senyum Jo dengan sinisnya.

“Ok…gua tunggu lu punya barang.Mana barang lu tu?,”.

“Tu…kat sana.with her beloved  camera,” blas Jo.

Jo pun pergi mendekati Qistina yg sedang sibuk mengambil gambar suasana kelab tu. Penuh dgn warna warni. Gmbar yg menarik!

“Jo, memang mantaplah tempat ni. Gmbar2 yg aku dapat ni bleh buat koleksi aku yg termahal sekali.hehe… Aku hauslah, nk gi amik air jap,” kata Qistina kpd Jo.

Belum  sempat Qistina melangkah utk mengambil air, Jo terus menyerahkan air coke kpdnya. Qistina pun minum dgn cepatnya utk menghilangkan hausnya.

“Rasakan kau Qis…kau lah mangsa aku yg seterusnya.Tak sia2 aku kenal ko!,” monolog  Jo dlm hatinya.

Qistina sudah mula berasa kepeningan dan tiba2…


p/s: ikuti sambungan yg seterusnya nanti... ^_^ saber yer teman2...

Wednesday, November 30, 2011

...Setahun Lagi...


Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah masih hidupkan ana dlm keadaan iman dan Islam. Skang ni musim cuti, aktiviti masa cuti agak kurang, so duk kat rumah. Agak boring jugak, tp masa ni akan digunakan sepenuhnya utk bersama keluarga...Kalau tak sebelum2 ni agak bz dgn aktivti di kampus...Kadang2 sampai lupa nak bertanya khabar family sendiri..huhu..Sorry ^_^... Alhamdulilah, nasib baik family memahami diri ini.


Pejam celik, pejam celik....sudah 4 tahu sentengah ana berada di IPG KAMPUS PERLIS. huhu..sepanjang 4 tahun setengan ni mcm2 yg ana lalui..pahit, manis, masin, suka, duka, sedih, kecewa dan mcm2 lagi sudah pernah dilalui...Hidup ini memang tak semuanya indah...tp perkara2 yg berlaku dlm kehidupan memang mematangkan diri ini. Dari situ ana mengenal kepentingan ukhwah, tarbiah, komitmen, susah, dan mcm2 lagi.


Tahun depan sudah mula utk isi borang posting. Tak terfikir lagi nak posting di mana...Tetapi keluarga ana menggalakkan ana mengisi posting di Selangor, dekat dgn rumah..^_^ Tapi...mcm2 yg bermain di minda ni .Harapnya Allah beri petunjuk supaya pilihan yg ana buat adalah terbaik... Susah sebenarnya nak buat keputusan...huhu...Tetapi dlm kehidupan pemilihan perlu dibuat...Namun, harus diingat, kita ada TUHAN utk membantu kita dlm membuat keputusan supaya pemilihan yg dibuat adalah yg terbaik...Kita hanya manusia biasa yg lemah, kadang2 keputusan yg kita buat berdasarkan emosi dan nafsu kita semata-mata... Adalah lebih baik klu keputusan itu datang dari Allah krn perancangan Allah adalah yg terbaik...

Semakin banyak tanggungjawab akan dipegang pada tahun depan...Mampukan diri ini menggalasnya...? Rasa diri ini tak mampu utk memikul tanggungjawab yg seberat ini... Tanggungjawab...Amanah... Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU...



Mungkin tahun depan akan lagi bz, bz dgn praktikum, kajian tindakan dan aktivti2 yg lain. Moga diri ini dapat tempuhi semuanya dengan tenang dan baik. Malah dapat menghabiskan pengajian dengan baik... InsyaAllah... Namun, kadang2 perasaan takut tu ada...Takut utk berdepan dgn mehnah dan cabaran yg seterusnya... Apakah ujian yg bakal ana tempuhi...? Kesibukan yg bakal melanda diri? Thesis? dan mcm2 lagi...huhu.. Ya Allah...berikan hambaMU ini kekuatan dan kesabaran... bantulah hambaMU ini utk tempuhi semuanya dengan baik dan tenang... Aku mohon sangat2 KAU sentiasa disisiku..Bimbinglah aku...Aku sangat2 memerlukanMU disisiku...



Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani