Salam perjuangan...selamat hari raya maaf zahir batin buat antum semua. Moga syawal kali ini dapat diraikan bersama orang yang tersayang, tingkatkan amalan setiap masa. InsyaAllah...
Ana nak kongsi dgn antum semua apa yang ana baca sebentar td berkaitan dgn zina...ZINA HATI.
Biasalahkan...klu dah nama pun manusia, zina hati tak sering lari dari kita semua. Mempunyai perasaan rindu, suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului perasaan rindu, namun jgn rindu BERLEBIHAN...takut2 makan diri :( !!!! Kita sebenarnya sering berperang dgn perasaan.Betul tak??? terutama bagi mereka yg sedang asyik dibuai mimpi indah... Namun seorang MUSLIM akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab berkaitan dgn masalah RINDU. Biasalahkan klu boyfren atau girlfren tak sms, tak talifon ke mulalah resahlah, rindulah....klu bleh 24 jam nak tau pasangan masing2 buat apa...Betulkan??? Jom teruskan membaca...
Sebelum itu, Ibnu Qayyim berikan sebab mengapa perasaan rindu berlebihan...Antaranya ialah :
1. hati tak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir, ibadah kepada Allah tapi MEMBIARKAN MATA MELIAR!!
Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kesedihan dan keresahan.
Rasulluah SAW bersabda : Pandangan mata itu satu drpd sekian banyak anak panah iblis.
Setiap penyakit ada ubatnya...Ubat yang terbaik drpd pengajaran firman Allah : "Demikianlah supaya kami memalingkan drpd kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yg terpilih." (SURAH YUSUF,AYAT 24)
IKHLAS KPD ALLAH...adalah UBAT RINDU. Ini bermakna kita selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas, Allah akan menolong kita drpd penyakit rindu melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
DOA, rasa fakir dan rendah diri dihadapan Allah. Ia merupakan satu ibadah yang agung. Apabila kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, Allah amat dekat dgn kita.
MENGURUS MATA & PANDANGAN...Pandangan yg berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Janganlah kerap sangat anda lihat orang yang membuatkan RINDU anda membuak-buak.SILA ALLIHKAN PANDANGAN ANDA KE TEMPAT YG LEBIH SELAMAT & MENDATANGKA PAHALA. contohnya, lihat masjid, tgk ciptaan Allah, tgk laut...hayati dan fikirkan kejadian disebalik itu...
BERNIKAH ADALAH LANGKAH TERBAIK DAN UBAT PALING MUJARAB. Tidak semestinya bernikah dgn org yg kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dgn orang dicintai dan diidamkan.Yakinilah bahawa Allah yang menganugerahkan dan menghapuskan CINTA ini sekiranya DIA mahu...
Itulah yg ana nak kongsi bersama...kpd yang masih single...teruskan berdoa supaya antum diketemukan pasangan yang baik, dan antum sediri perlu jd baik dahulu klu inginkan pasangan antum yang baik...Mintalah pada-Nya...DIA yang menentukan segala-galanya...
Pesanan bagi mereka yang sudah berkahwin, jaga hubungan anda sebaik-baiknya, tolak ansur dan yang paling penting BERSANDARKAN ISLAM...Sebab orang yang beriman sering kali meletakkan sandaran yg kuat dan kukuh kpd Allah.
Ingatan buat yang belum ada ikatan yang sah, hati2 dlm pergaulan, gerak anda, anggota anda...Allah sentiasa perhatian anda...Jaga batas2 anda dalam pergaulan sebagai seorang MUSLIM. Jangan kotorkan hubungan itu dgn maksiat...
RENUNGKAN2 DAN SELAMAT BERAMAL...ini pun ingatan buat ana yang sering lupa ini...