Salam perjuangan...sekejapnya masa berlalu. Tak lama lagi dah kena balik maktab. tak sempat rasanya merasai masakan ibuku yg pandai masak kat rumah. Adik pula sibuk dgn study kat UIA, apa taknya nak jadi doktorlah katekan...insyaAllah....Takpelah, nak buat mcm ne itu semua lumrah kehidupan....
Saya nak TEGASKAN bahawa DAKWAH INI WAJIB DILAKUKAN OLEH SETIAP UMAT ISLAM...
Ianya bukan dilakukan oleh ustaz atau ustazah...TOLONGLAH UBAH PEMIKIRAN ANDA SEMUA...
Tambah2 lagi kita yg akan mjd guru nanti, akan mengajak anak murid kita melakukan kebaikan... Takkan anak murid buat salah guru tak nak tegur! Tak patut!!!kalau nak tunggu ustaz atau ustazah tegur, alamatnya semakin banyaklah masalah disiplin berlaku.
Ingatlah wahai sahabatku...tugas dakwah tak mengenal siapa. Doktor, jurutera, kerani, guru, pekebun, peguam semuanya perlu berdakwah selagi kita mengakui yg kita ini seorang agama islam....Jangan meletakkan kerja dakwah pada orang2 tertentu...
Ingat kita mengajak orang melakukan kebaikan pun adalah merupakan dakwah. Contohnya:
1. Jom pi surau
2. Sabarlah, minta pada Allah
3. Tak baik awak layan dia mcm tu. Allah marah...
Lagi satu, kadang2 kita suka rasa rendah diri, rasa tak layak apabila utk berdakwahkan...Betul tak???Sebab sy pun sendiri pernah mengalaminya...
Ada seorang sahabat sy pernah cakap "rasa tak layak tu perlu sbg tanda merendah diri. Tp tak semua manusia sempurna. Tak sepatutnya kita cuba elakkan diri drpd ditarbiyyah...dengan menyertai program dan kuliah agama kita akan dpt sesuatu utk meningkatkan potensi diri..."
Percayalah sahabat,kita boleh cuba utk perbaiki diri.... TRY CUBA PERBAIKI DIRI DARI SECARA SLOW2...dari kita seorang yang jahil kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik... Contohnya daripada kita seorang yang suka pakai baju ketat kepada pakai baju yang longgar, daripada kita seorang yang kedekut kepada yang pemurah, drpd kita seorang yg pemarah kepada yg lebih tenang, daripada kita yg suka couple banyak2 kepada seorang yg setia pada lelaki yg bergelar suami...Ingat Allah takkan mengubah sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang nak mengubahnya...
Cuba muhasabah diri takkan kita nak berada di takuk yang lama! Kematian semakin hampir, takkan kita nak menghadap Allah dengan amalan2 yang tak seberapa!!! dengan solatnya tunggang langgang, pergaulan yang terlebih batas, pakaian yang tak sepatutnya, mulut yang agak2 pedas dan mcm2 lagi....Nauzubillah...
Sy tak menafikan kadang2 kita sering terlupa...malah sy sendiri kadang2 melakukan perkara2 yg tak sepatutnya... Disinilah SAHABAT memainkan peranan...dimana mengingatkan sahabat kita yg terleka, dibuai mimpi dunia...Tp jgn pula apabila sahabat kita tegur, kita tak nak terima, malah marah pulak kat sahabat tu... TAK PATUT!!!
Selalulah berdoa dan meminta kepada-Nya supaya dicampakkan sedikit HIDAYAH/ NUR dalam diri kita untuk terbuka malah berhijrah utk melakukan amal kebaikan...Sesungguhnya dgn izin Allah shj kita boleh berubah...
Ingatlah selalu bahawa KITA TAK PUNYA APA2 DI DUNIA NI...
JOM KITA TANAMKAN DLM DIRI UTK BERDAKWAH & JAGN BERHENTI UTK BERDAKWAH...
0 comments:
Post a Comment