? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, February 28, 2010

;;PerMudAHkan uRusanKU::

Salam Perjuangan... post kali ini sy rasa mcm bz sgt...rasanya mcm baru hari tu cuti, tup...tup...cuti sekolah akan muncul tidak lama lagi... Nama je cuti tapi sy tak cuti. Ada program pulak...Hari balik time cuti raya pun balik lewat jugak.Lesian jugak kat family, tak dapat nak jumpa lama...Kepada angah, along minta maaf na...sebb tak dapat nak jumpa.InsyaAllah dengan izin Allah kita jumpa na cuti ni...

Entahlah, belajar kat maktab rasa mcm padat masanya. Minggu ni bz dengan assigment dan KOT...Tau tak KOT tu ape???Mcm kat sekolah rendah...kejohanan olahraga...mcm acara dipertandingkan nanti, tapi sy tak masuk pun...hehehe...jadi tukang sorak...hehehe
kira oklah tu... mengeluarkan suara dan memberi semangat kepada yang bertanding...hehehe..

Selain itu, minggu ni juga agak bz dengan assigment....kena hantar b4 pergi PBS...Ya ALLAH permudahkan urusanku...rasa mcm nak nangis je...tapi perlu yakin bahawa Allah sentiasa permudahkan urusan...Apa yang penting, kena doa kepada Allah... Apa yang pasti Allah akan tolong kita...
Oklah sy update lain kali...ade kelas...
wassalam...

Tuesday, February 23, 2010

:: SalaM MAULIDUR RASUL::

Salam Perjuangan...

Tinggal beberapa hari kita akan menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W....Adakah anda ingat??? Junjungan Nabi Muhammad S.A.W memang banyak pengorbanan yang Baginda lakukan untuk ummatnya malah untuk berdakwah bagi menyebarkan agama Islam...

Pelbagai dugaan yang Baginda lalui. Contohnya, Baginda pernah dikatakan gila apabila memberitahu kepada rang ramai tentang Kepercayaan kepada Tuhan yang SATU iaitu Allah... Bukan itu sahaja, Baginda juga pernah dicaci, dihina, diejek malah diancam bunuh semasa menyebarkan dakwahnya. Namun, Baginda tidak pernah mengeluh atau merungut dalam menyebarkan dakwah Islam. Ini kerana Baginda percaya bahawa Allah PASTI MEMBANTUNYA.

Nak tau tak, walaupun Nabi Muhammad S.A.W dah tahu yang Baginda akan dijanjikan dengan SYURGA, ibadat Baginda terhadap Allah tidak pernah putus, malah bertambah-tambah dan berganda-ganda lagi...


Ini pulak kita...yang kita tak tahu mana arah tujuan kita di SANA nanti...SYURGA ATAU NERAKA??? Cubalah anda berfikir sejenak... Hidup di dunia ini merupakan satu persinggahan, malah tempat untuk mengumpul SAHAM.... Tapi ingat saham yang mendatangkan LUMAYAN bukannya yang MERUGIKAN kita nanti apabila menghadap Allah...

Ingat sahabat2...kita mengenang kelahiran Baginda ini bukan semata-mata tanda kelahiran tetapi mesej dan perjuangan yang Baginda bawa dalam menyebarkan Islam contohnya:
  • TAUHIDKAN  ALLAH JAUHI SYIRIK
  • MEMATUHI HUKUM HAKAM DALAM HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA DARI SUDUT AKHLAK, NIKAH KAHWIN, MUAMALAT,KEEWANGAN DAN HUKUM JENAYAH.
  • MEYAKINI KAHIRAT DAN HIDUP DI ATAS DUNIA BERSESUAIAN DENGAN KEYAKINAN TERSEBUT


Melalui sambutan ini dapat mengingatkan kita kepada tatacara kehidupan yang layak mendapat belas Allah dan syafaat Nabi di akhirat. Siapa yang hendak mengingatkan kita??? Tambah2 lagi kita yang akan bergelar sebagai guru. Mainkan peranan anda!!! Guru juga berperanan dalam mengingatkan anak-anak muridnya malah masyarakat mengenai SIRAH NABI MUHAMMAD... Seperti yang sy selalu tegaskan, dakwah bukan hanya tugas bagi golongan tertentu seperti ustaz atau ustazah2...selagi kita bergelar umat Islam tanggungjawab dakwah itu menjadi tanggungjawab kita semua....Tidak kiralah kita guru PJ ke, RBT ke, PRASEKOLAH ke, MUZIK ke atau sebarang kos yang anda ambil... Cubalah untuk ubah pradigma na... Sy pun dalam proses melatih diri...

Rasanya sampai di sini dahulu bagi post kali ini, post kali ni pun sy update time kelas...hehehe...

-WANGIKAN MULUT ANDA DENGAN SELAWAT-

Saturday, February 20, 2010

::BerharGAnya titiSan air mAta::


Salam perjuangan...rasa nak nangis je. mane taknya dah nak dekat pulang semula ke Perlis...berjauhan dgn family sekali lagi!!! Inilah lumrah menjadi pelajar, berjauhan dengan family yang tersayang... Duk rumah memang seronok, mana taknya makanan siap sedia ada, tak perlu berebut kat cafe...ibu masak tentu sedap...makanan pun tak delah makan yang sama tiap2 hari...Tapi kena juga bersyukur sekurang-kurangnya ade jugak makanan. N then Allah bagi makbulkan doakan sy nak belajar kat maktab...Alhamdulilah, thanks to God...


Kali ni sy nak share tentang air mata...anda rasa lega tak ble anda menangis??? atau anda tak pernah sekalipun menangis??? Kalau anda tak pernah menangis sy sarankan anda jumpa doktor mata...takut anda tak normal...hehehe...

Allah menciptakan air mata ada sebabnya...Untuk kita cuba merasai kesedihan orang lain. Dengan adanya perasaan sedih maka akan mengalirlah air mata tanpa kita minta... Ia hadir dengan sendirinya...Sebab apa???sebab Allah ingin kita merasai KESEDIHAN itu dan belajar BERSYUKUR...malah untuk mengelakkan kita lupa kepada-Nya...

Sejak dua bulan ni saja dah banyak kali sy mengeluarkan air mata. Mungkin disebbkan saya dah lama tak pulang ke kampung, rindu pada family. Tambahan pula, tekanan2 dan tanggungjawab yang semakin banyak yg harus dipikul. Macam2 yang sedang bermain di fikiran hinggakan air mata tak dapat dibendung lagi....tapi sy sedar, itu semua datang drpd Allah utk menguji hambanya, sesungguhnya kita sebagai hambanya memang layak diuji. Sy terimanya dgn hati yang ikhlas...insyaAllah... Sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah pun diuji dengan dasyatnya...Contohnya, ketika Baginda  berhijrah ke Ta'if  org2 kafir menggunakan anak-anak muda, hamba sahaya dan samseng-samseng mereka utk menyakiti dan melempar beliau dgn batu. Malah diejek-ejek, dicaci, dicerca... Ya Allah... Inikan pula kita??? insan biasa...yang sering leka, dibuai mimpi2 dunia yang palsu ini...

Kadang2 sy tertanya-tanya apa yang aku sumbangkan untuk agamaku...??? Ilmuku dlm bidang agama sangat lemah...Mcm mane sy nak mengajak orang lain berbuat kebaikan???sedangkan diri ini...entahlah, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaanku...perasaan rendah diri memang sudah ada dalam diriku...Mana taknya, sy dikelilingi oleh sahabat2 yang pandai, tinggi ilmunya, malah pandai berkata-kata semasa memberi tazkirah...Sedangkan sy...??? Sy hanya mampu bersuara apabila keadaan memaksa sy untuk bersuara...kadang2 menggigil dan menangis pun ade apabila meluahkan sesuatu dihadapan sahabat2....itulah kelemahan sy...mudah sangat sensitif...Walaubagaimanapun, sy akan cuba untuk menimba ilmu agama Allah ini... sahabat2ku yang kukasihi, bantulah aku...

Sahabat2 nak tau tak, berbalik semula kpd air mata, apabila kita menangis bukan bermakna kita seorang yang lemah... tetapi ia merupakan suatu kekuatan kpd kita malah akan menjdkan kita sentiasa ingatkan Allah... kita akan selalu beringat bahawa kita rupa-rupanya adalah LEMAH... Dengan mengeluarkan air mata, kita rasa lega...

Apatah lagi klu kita berhadapan dengan Allah terutamanya dikala kita ditimpa musibah atau hati yang tidak tenang tentu sekali air mata ini mengalir menjurai-jurai kerana inginkan Allah memakbulkan doanya...Merayu-rayu pada Allah, mengadu pada-Nya adalah jalan yang terbaik. Tapi perlu dgn hati yang IKHLAS... Sebab DIA lah yang akan menentukan segala-galanya... Tp ingat, kita juga perlu berusaha untuk mencapainya bukan hanya sekadar menunggu....Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi...

Hargailah titisan2 air mata yg mengalir....dan bersyukurlah dengan kurniaan Allah itu...
Jangan salah gunakan airmata ini utk tujuan yang tidak sepatutnya... Ingat tu!!!


Thursday, February 18, 2010

//PeRLuKah kita BeRdAKwah???//

Salam perjuangan...sekejapnya masa berlalu. Tak lama lagi dah kena balik maktab. tak sempat rasanya merasai masakan ibuku yg pandai masak kat rumah. Adik pula sibuk dgn study kat UIA, apa taknya nak jadi doktorlah katekan...insyaAllah....Takpelah, nak buat mcm ne itu semua lumrah kehidupan....

Post kali ni nak share tentang berdakwah.Dakwah??? Ramai orang cakap dakwah ni tgas2 ustaz n ustazah je...betul ke??? Ada juga yang merasakan diri mereka tak layak untuk berdakwah...ataupun mereka sengaja nak lari daripada didakwah atau berdakwah? hanya Allah saja yang tahu apa yg tersiray dihati mereka...mcm2 ragam manusiakan...

Saya nak TEGASKAN bahawa DAKWAH INI WAJIB DILAKUKAN OLEH SETIAP UMAT ISLAM...

Ianya bukan dilakukan oleh ustaz atau ustazah...TOLONGLAH UBAH PEMIKIRAN ANDA SEMUA...
Tambah2 lagi kita yg akan mjd guru nanti, akan mengajak anak murid kita melakukan kebaikan... Takkan anak murid buat salah guru tak nak tegur! Tak patut!!!kalau nak tunggu ustaz atau ustazah tegur, alamatnya  semakin banyaklah masalah disiplin berlaku.

Ingatlah wahai sahabatku...tugas dakwah tak mengenal siapa. Doktor, jurutera, kerani, guru, pekebun, peguam semuanya perlu berdakwah selagi kita mengakui yg kita ini seorang agama islam....Jangan meletakkan kerja dakwah pada orang2 tertentu...

Ingat kita mengajak orang melakukan kebaikan pun adalah merupakan dakwah. Contohnya:

1. Jom pi surau
2. Sabarlah, minta pada Allah
3. Tak baik awak layan dia mcm tu. Allah marah...

Lagi satu, kadang2 kita suka rasa rendah diri, rasa tak layak apabila utk berdakwahkan...Betul tak???Sebab sy pun sendiri pernah mengalaminya...

Ada seorang sahabat sy pernah cakap "rasa tak layak tu perlu sbg tanda merendah diri. Tp tak semua manusia sempurna. Tak sepatutnya kita cuba elakkan diri drpd ditarbiyyah...dengan menyertai program dan kuliah agama kita akan dpt sesuatu utk meningkatkan potensi diri..."


Percayalah sahabat,kita boleh cuba utk perbaiki diri.... TRY CUBA PERBAIKI DIRI DARI SECARA SLOW2...dari kita seorang yang jahil kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik... Contohnya daripada kita seorang yang suka pakai baju ketat kepada pakai baju yang longgar, daripada kita seorang yang kedekut kepada yang pemurah, drpd kita seorang yg pemarah kepada yg lebih tenang, daripada kita yg suka couple banyak2 kepada seorang yg setia pada lelaki yg bergelar suami...Ingat Allah takkan mengubah sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang nak mengubahnya...

Cuba muhasabah diri takkan kita nak berada di takuk yang lama! Kematian semakin hampir, takkan kita nak menghadap Allah dengan amalan2 yang tak seberapa!!! dengan solatnya tunggang langgang, pergaulan yang terlebih batas, pakaian yang tak sepatutnya, mulut yang agak2 pedas dan mcm2 lagi....Nauzubillah...

Sy tak menafikan kadang2 kita sering terlupa...malah sy sendiri kadang2 melakukan perkara2 yg tak sepatutnya... Disinilah SAHABAT memainkan peranan...dimana mengingatkan sahabat kita yg terleka, dibuai mimpi dunia...Tp jgn pula apabila sahabat kita tegur, kita tak nak terima, malah marah pulak kat sahabat tu... TAK PATUT!!!

Selalulah berdoa dan meminta kepada-Nya supaya dicampakkan sedikit HIDAYAH/ NUR dalam diri kita untuk terbuka malah berhijrah utk melakukan amal kebaikan...Sesungguhnya dgn izin Allah shj kita boleh berubah...

Ingatlah selalu bahawa KITA TAK PUNYA APA2 DI DUNIA NI...

JOM KITA TANAMKAN DLM DIRI UTK BERDAKWAH & JAGN BERHENTI UTK BERDAKWAH...

Wednesday, February 17, 2010

Warna KESUKAAN Rasulullah S.A.W

Nak tau tak warna kesukaan Baginda??? Antaranya ialah ialah warna PUTIH dan HIJAU. Ada juga keterangan bhw Nabi Muhammad S.A.W pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur...

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang menakjubkan hati (amat disukai) oleh Nabi SAW ialah berwarna putih."

+WARNA HIJAU+

Ibnu Hajjar dlm Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Baginda berkata :
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau krn ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain2 sesudah putih."

+WARNA HITAM+

Ibnu Ady meriwayatkan drpd Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi SAW berserban hitam yang dipakainya pada hari raya..."

+WARNA MERAH HATI+

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah SAW berpakaian yang bercorak meah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat."

+WARNA KELABU+

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu."

+WARNA BERCAMPUR-CAMPUR+

Imam Bukhari meriwayatkan hadis drpd Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi SAW menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercoak-corak warnanya".

Maka dapat disimpulkan bahawa selain daripada warna putih, kadang2 Nabi SAW berpakaian warna hitam dan hijau termasuklah warna2 yang dinyatakan diatas....

Jom kita ikut SUNNAH WARNA PAKAIAN NABI MUHAMMAD SAW...

+HATI ini perlu diGilap+

Salam perjuangan...bersyukur kpd Allah dapat juga sy mengupdate blog. Rindu rasanya...Sy minta maaf sgt2 sebb dah lama tak update blog. Banyak sebbnya...biarlah ia menjadi rahsia sy...hehehe...

Hati...hati...HATI merupakan raja dlm diri manusia. Sekiranya hatinya baik, maka baiklah seseorang manusia tu tp sekiranya sebaliknya....anda tahu jawapannya... Manusia zaman sekarang banyak yg tidak jaga hati, termasuklah sy sendiri... Penyakit2 hati ini sememangnya lebih parah dan sangat tersembunyi... Apa taknya, kadang2 kita tak tahu apa yang tersirat di hati seseorang...HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...

Banyak cara nak jaga hati ni...cuma nak atau tak je nak buat :) Antaranya ialah :

- berzikir : biasakan diri berzikir 100 kali
- baca Al-Quran : Jiwa akan tenang
- selawat ke atas Nabi
- qiamulail : sebagai kekuatan dalaman manusia...
- dan banyak lagi cara yg boleh dilakukan untuk menjaga hati...

Setiap hari kita dibelenggu dgn dosa...sebb manusia sering melakukan kesalahan. Setiap dosa yang kita lakukan akan terbentuknya TITIK HITAM di hati kita...hanya  melakukan amalan2 baik yang boleh mensucikan hati so dapat kita hilangkan titik hitam tu...

Tapi sekiranya kita membiarkan titik hitam itu semakin banyak...Nauzubillah...HATI KITA AKAN MENJADI SEMAKIN GELAP, HITAM DAN TERUS GELAP... sampaikan susah cahaya hidayah utk menembusinya... Tp percayalah sesungguhnya Allah MAHA PENGAMPUN & MAHA PENYAYANG...
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong....


Saya ingin mengintakan  diri saya dan para sahabat sekalian, hidup kita tidak lama. Kita boleh mati bila2 sahaja.

JANGAN TAKUT PD MATI SEBB IA MERUPAKAN SATU KEPASTIAN....TP INGATLAH MATI...SEBB IA AKAN MENJADIKAN KITA SEORANG YG BERHATI-HATI DLM SETIAP TINDAK-TANDUK KITA...

Tuesday, February 2, 2010

;;KeSaN yAng MenDaLAM;;



Salam Perjuangan Tanpa Noktah...

Alhamdulilah kursus kepimpinan PGPI 2010 berjalan dengan lancar dengan izin Allah... Banyak yang menyedarkan saya dalam mengikuti kursus ini. Walaupun hanya beberapa slot yang sy sempat ikuti...

Ukhwah antara kami semakin erat...Mahabbah antara kami semakin bertambah. Saya sangat bersyukur kepada Allah kepada memberi sy peluang dalam menganggotai dalam PGPI  pada tahun ini. Sesungguhnya Allah telah menentukan yang terbaik buat hamba-Nya...

Berbalik ke kursus ini, sy sangat terkesan dlm slot muhasabah... Banyak yang sy belajar daripada situ.. Apa yang sy dapat share ialah dalam memilih jalan dakwah ini memang banyak dugaan, cabaran malah selalu berdepan dengan maksiat hati...

Melalui kursus ini menjadikan sy tersedar dari mimpi bahawa lemahnya sy dalam mengenal agama Allah... Saya rasa rendah diri apabila sahabat2 dlm PGPI mempunyai ilmu agama yang tinngi, pandai mengeluarkan kata2, dalil, hadis... Tetapi sy??? Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. Namun, sy tetap bersyukur sangat2 sebb Allah memberi sy peluang untuk bergaul dan berkenalan dengan orang2 yang hebat... Alhamdulilah. Sedikit sebanyak menyedarkan saya...


Semakin kita mendalami dan mengenal ISLAM semakin kita tahu yang kita tidak punya apa-apa....Malah akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita...Sesungguhnya Allah yang MAHA KUASA... Terus terang sy katakan maksiat hati ini sering melanda diri terutamanya dihadapi oleh orang2 yang hebat malah yang memegang sesuatu jawatan. Riak, takbur, ujub, sombong dan sebagainya...

Sentiasalah beringat akan Allah sekiranya timbulnya perasaan2 maksiat hati yang boleh menyebabkan amalan kita tidak mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Allah tidak suka kepada hamba-Nya yang tidak ikhlas...

Marilah kita sama2 jaga hati na dan tidajk berhenti dalam menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!!!:)