? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 31, 2010

Tirai 2011 Bermula...

Salam perjuangan... Ahlan Wasahlan 2011!!!!!!!!


Sempena tahun baru harap dapat tingkatkan amal kebaikan, semangat bertambah, ukhwah semakin baik, rajin bkerja, dan mcm2 lagi...




                                                   Jadikan Al-Quran sbagai sahabat...


Itulah yg sering diniatkan olh semua manusia klu tibanya tahun baru...Usia pun semakin meningkat, tp ADAKAH  AMAL JUGA MENINGKAT??? ntahlah...

Jom kita perbaharui niat, tingkatkan azam bersama-sama dalam melakukan PERUBAHAN DIRI YG LEBIH BAIK...InsyaAllah...

Selamat Tahun Baru 2011....


Kpd sahabat2 seperjuangan, perjuangan kita belum selesai...Pelbagai MEHNAH & TRIBULASI yang menanti kita dihadapan. AWAS!!! Jangan sampai tersungkur dan terus tersungkur...Tingkatkan semangat antum... Bangun dari tidur...

Thursday, December 30, 2010

:;Khas buat kalian... ::

Umar bin Abd Aziz, seorang khalifah yg zuhud, suka beribadah dan berjihad, pernah berkata :

"Sesungguhnya jiwaku ialah jiwa yg mempunyai banyak cita2. Aku prnah menjadi amir, aku telah mendapatkannya. Aku bercita-cita mjd seorang khalifah, juga telah mendapatkannya. Sekarang, cita2ku ialh syurga dan aku brharap mendapatkannya."

Lembaran sejarah telah membuktikan, sememangnya org yg berjiwa besar umumnya memiliki cita2 yg tinggi. Impian mereka biasanya tidak difahami oleh org kebanyakkan. Impian mrk juga sentiasa jauh ke hadapan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kira harta dunia....

Apa yang diimpikan akan diusahakan olh mrk sehingga bermati-matian...dengan penuh kesungguhan...diatas pertolongan Allah...

Tinggal beberapa hari lagi, 2011 akan menjelma. Cabaran,ujian yang baru akan mendatang...MAMPUKAH AKU MENGHADAPINYA??? Kadang2 ana rasa takut nak menghadapinya. Tanggungjawab yang akan dipikul semakin berat. Ya ALLAH, bantulah hambamu ini...aku lemah, aku dhaif, kurang ilmu...Berikan aku petunjukmu... Tetapkan hatiku dijalan yg aku pulih ini, Ya Allah...KAU sahaja yg dapat memahami diriku ini... Bantulah hambamu ini utk mncari redhamu...

Sem depan bermulah start praktikum. Bersediakah aku nak bahagikan antara praktikum dan aktiviti2 persatuan. Berat kpala memikirkan tentang ini. Segala mcm yang bermain di benak fikiranku... MAMPU @ TAK MAMPU???

Kepada sahabat2 PGPI  & sahabat2 seperjuangan...


yg mengenali diri ana, ana memerlukan sokongan antum terutamanya dlm gerak kerja dakwah kat kampus. Bimbinglah ana, kejutkan ana sekiranya ana lalai, bangunkan ana sekiranya ana tertido dan terus tido dlm gerak kerja dakwah...Tolong sgt2 ana merayu, BANGUNKAN ANA, NASIHATKAN ANA, SEDARKAN ANA!!! Kadang2, ana rasa jauh, tambah2 pulak ana tak duk lg dlm asrama. Masa ana tak dapat nak diluangkan seperti dahulu...Maafkan ana... 

Kpd PIMPINAN PGPI yg baru... harap antum dapat tingkatkan azam dlm mewujudkan biah solehah kat maktab kita...Jagalah ukhwah antara kita. Imarahkan surau kita, ajaklah sahabat2 lain juga supaya bersama-sama dgn kita...bukannya kita hanya klompok kita sahaja...Sebarkanlah dakwah... Bersedialah kita semua spy aktiviti2 dakwah dapat digiatkan, jangan mudah mengalah, maralah kehadapan, kerahkanlah tenaga dan jua fikiran antum.... Pergantungan dgn Allah jgn dilupai... Sememangnya, medan perjuangan ini memerlukan banyak pengorbanan, malah keberanian...Ingatlah, jgn mudah mengeluh dlm buat kerja dakwah ini...Ingatlah, Allah tak pernah berkira dengan hambanya, maka jgnlh kita berkira denganNYA... Mehnah dan tribulasi yg menjengah nanti dapat kita hadapi bersama buknnya menyalahkan sesama kita atau mencari salah org lain, kita kerja dalam 1 persatuan, susah, senang, suka dan duka kita bersama... Moga kita smua bersedia... 

Kpd pimpinan PGPI yg lama... Ana nak ucap juga terima kasih sebb bimbing ana, tarbiyyah ana dan terima ana selama ana dlm PGPI.ana rasa seronok bekerja dgn antum...Antum memang orang yg hebat. Ana brsyukur krn Allah beri peluang kat ana utk mengenali antum... Maafkan sekiranya ana ada buat salah, tersilap kata, terbagi arahan lebih2 dan mcm2 lagi. Antum lebih mengenali ana seorang yg mcm ne kan...Harap antum dapat terima ana seadanya... Moga ukhwah antara kita brpanjangan...

Khas buat sahabatku...(KAK EL, WANI, NURUL, BET) 




Sahabat 1 rumah...

                                                        Rakan2 kelas yg ceria...





 ana seronok tinggal dgn antum. Ana mcm tak percaya kita bleh duk sekali 1 rumah. Sememangnya, itu semua Allah yg pertemukan kita. Kita dah kenal lama, dah tau perangai masing2. Sedih, suka , duka kita dah harungi. Sahabat, kita ada berbaki 2 tahun utk kita bina ukhwah ni dengan sebaiknya, jagalah sebaiknya, jgn biarkan ia pecah, brpisah krn nafsu dan ego kita...Biarlah kita habiskan saki baki ukwah ni di atasa redhaNYA... Moga kita saling faham memahami antara satu sama lain, tolong- menolong, sayang menyayngi....sekiranya kita hadapi perselisihan faham, selesaikanlah segera...Klu bleh ana harap sgt perkara itu tidak terjadi... Ana nak ucapakan terima kasih sgt2 sebb slalu bantu ana, termasuklah hantar ana gi meeting kat maktab, bantu PGPI, HELWANI dan mcm2 lagi... Sahabat, tanggungjwab ana semakin berat pada tahun 2011, ana minta maaf terlebih dahulu sekiranya ana tak dapat luangkan masa yg banyak utk kalian. Adakalanya ana kena tido kat maktab mahupun tempat lain. Harap sahabat2 tak salah faham yek...ana tak tidur kat rumah bukan sebb ana tak suka duk rumah tetapi ATAS ALASAN ANA ADA KERJA...Ana rasa sahabat2 lbih mengetahuinya... 

                                            Kek ini sempena perkenalan kita bersama...


Lagi satu permintaan ana, ana harap wujudkan biah solehah kat dlm rumah kita ( BACA QURAN, SOLAT BERJEMAAH DLL).  Ini dapat membantu kita rapatkan ukhwah antara kita malah dapat satukan hati2 kita dlm 1 rumah walaupun badai yg melanda...PERCAYALAH...Kita bersahabat krn Allah, moga sepanjang kita bersahabat kita dapat ganjaran di sana, bukan sebaliknya.... Harap2 sahabat2 dapat ingat semula sejarah kita yg lama dan perjalanan Allah satukan kita sehingga hari ini... Jagalah ikatan ukhwah ni. Ana yakin, ana banyak buat silap kat sahabat2, kadang2 mulut ana ni terlepas cakap....klu ade yg ana tegur2 tu, sahabat terasa hati, ana mohon MAAF.... Ana lemah, ana dhaif, kurang ilmu...memang kadang2 ana ego, pentingkan diri, ana mohon maaf...Sekiranya ana ada buat salah tegurlah ana... dan ana juga harap sahabat2 juga dapat menerima teguran ana...Islam mengajak kita spy saling ingat-mengingati antara satu sama lain...bukannya mencari kesalahan org lain... Terima kasih krn terima ana menjadi sahabat antum...

                                             tetap berada diingatan...

Ana juga nak ucapkan trima kasih juga kpd sahabat2 yg lain, sahabat yng 1 kelas dgn ana, n sahabat yg mengenali diri ini trmasuklah para pembaca yg membaca blog yang serab kekurangan ini... Marilah kita sama2 kembali kepada FITRAH...


Wednesday, December 22, 2010

-KBS...lain dari yg lain...-

Salam perjuangan...kali ni ana nak menceritakan pengalaman yg sangat berharga yang ana lalui. Banyak2 kem yang ana pernah pi, kem ni yang paling berharga buat ana -KBS-

Melalui kem ni dapat mengajar mnghargai ibubapa, sahabat, betapa diri ni perlukan perubahan...Diri sendiri yang  akan mengubah diri ni.Ats kehendak diri dengan petunjuk dari yg MAHA HEBAT... Sememangnya, berdepan dgn masyrakat memang satu medan perjuangan yang agak susah. Memang senang kita nak cakap, tapi bila nak praktikkan banyak ujiannya...

Dalam KBS, ana ditugaskan sbagai fc pada mulanya. Namun, ats sbb2 tertentu ana ditugaskan menjadi urusetia- dwan & tknikal termasuklah audio & video... Pada mulanya, ana rasa sangat sdih dan terkilan jugak tak dapat jd fc. Betapa Allah perancang yang TERBAIK. Ada hikmah rupanya...Biarlah saya sorang sj yang tau apa hikmah tersbut...

Menjadi fc dlm kbs memang mencabar dan memerlukan banyak kesabaran. Ana kadang2 kesian melihat sahabt2 ana yag melayan kernah adik2. Namun mereka tetap sabar. Untuk mengubah sikap seseorang manusia memang cukup payah. Ini kerana kita perlu menjadikan diri kita baik barulah dapat menjadi contoh kepada org lain. Mlalui kem ini, bukan sahaja adik2 yang hendak menerima tarbiah, tapi fc dan urusetia kbs juga turut ditarbiahkan... Ini penting supaya apa yang dilakukan dapat memberi kesan kpada adik2 dan menjadikan ia diredhai Allah.

Kem ini berlangsung selama 3 mnggu, banyak aktiviti yang diadakan. Semuanya menarik dan dapat mentarbiah diri ni.  Melalui kem ini, banyak mengajar ana tentang pengurusan. Kadang2 klu ade meting urustia ana rasa takut jugak. Sebab orang2 yg terlibat dlm kem ni semuanya hebat2,ilmu agama mantop2...tetapi tidak ana...Ana tak shebat mereka...Kadang2 ana rasa tak layak nak duduk dlm meeting tu...dan ini mungkin salah satu sebb ana tak jd fc, mungkin ana tak bersedia lagi...takut tak dapat nak bimbing adik2... 


Walau bagaimanapun, ana rasa bersyukur, sebb Allah masih bagi peluang kat ana utk meneruskan kem ini sehingga selesai. Penghujung kem ini, ana dapat simpulkan bahawa ibu bapa sangat menginginkan yang terbaik buat anak2nya. Inginkan anak yang taat pada perintah Allah, ibu bapa... Semasa penyerahan adik2 kpd ibu bapa, ana pulak yg rasa sebak. Sebab ibubapa ana tak de...jauh... Ade kat selangor. Tiba2 pulak time tu ingatkan ibu ayah... Mana taknya, time raya haji tak balik rumah sehingga  bulan 12 baru balik... Sorry 
ibu ayah....huhuhu...

Pada kesempatan ini juga, ana nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd seluruh sahabat kbs ana...Banyak mengajar ana. Kpada kak nadia, kak yan, bintul, sofi, fifi, kak ummu, kak faezah, kak ya, kak muni, nisah, farah, kak nor, yanie, dayah dan smua yang mengenali diri ini... semoga ukhwah kita berpanjangan... moga berjumpa di kbs tahun hadapan...InsyaAllah...


Wahai adik2 kbs, kak tiqah harap adik2 dapat praktikkan apa yg diajar spanjang berada dlm kem kbs... lakukan perubahan diri menjadi lebih baik. Solat jangan tinggal, aurat dijaga...hormati org yg lebih tua...

TERUSKAN BERJUANGAN DLM MENEGAKKAN DUNIA BARU ISLAM...


Monday, December 20, 2010

Disebalik KESUSAHAN ibubapa....

Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah pertemukan ana dgn antum di ruangan ini. Maafkan ana sebab dah lama tak update blog ni, ada sbab2 tertentu... Ana baru balik dari kem di Kedah. Sebelum tu, ana nak ucapakan selamat maal hijrah. Marilah berhijrah ke arah yg lbih baik....

Ada sesuatu patah Arab :  Hendaklah mnulis ssuatu di batu. Contohnya batu bersurat. MENGAPA??? Sebab klu kita tulis kat situ, susah nak tanggalkan.

So sahabat2, klu kita bleh tgk smula apa kbaikan dan amalan yang telah kita lakukan spanjang hijrah yang lpas, maka kita bleh bandingkan perubahan apa yang akan kita lakukan utk diri kita pada hijrah akan datang.... Tp klu nak buat batu bersurat mcm agak payah, cukuplah skadar, sahabat2 sentiasa ingatkan diri dan berwaspada malah selalu muhasabah diri....


Kali ini ana nak menceritakan tentang tajuk kali ini.

Tiada siapa yg tahu kesusahan yg melanda diri ini, melainkan si PENCIPTA...
Merahsiakan kesusahan yang dialami kerana tidk mahu anak2 rasa susah hati...
Kami ingin memberikan yang TERBAIK untuk anak2 kami...
BAJU YG TERBAIK,
LAYANAN YG TERBAIK,
SEKOLAH YG TERBAIK...
Melayan kerenah anak2 tidak pernah kami jemu...
Kami sanggup melakukan segala-galanya utk mereka...SEGALA-GALANYA...
TETAPI...
Ini balasan yg diberikan...
Meninggalkan kami disini,
Tanpa tanya perkhabaran kami di sini....
Apa dosa yg kami lakukan sehinggakan kami dipandang jijik oleh anak kami sendiri....
Ya ALLAH....ampunkan dosa anak2 kami...
Tunjukkanlah dia ke jalan yg benar...Sesnungguhnya KAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG....

Inilah rintihan ibu ayah... kadang2 kita sebagai anak, tidak tahu apa kesusahan yang ibu bapa kita alami. Ini kerana mereka terlalu banyak berahsia... RAHSIA yang tersimpan utk menggembirakan hati2 anak2 mereka. Cuma anak2 kadang2 tidak ambil peduli... Anak2 slalu ingat yg ibu bapa mereka tak sayangkan mereka atau pilih kasih sekiranya permintaan mereka tidak tertunai...tetapi ada sebab ibu bapa lakukan seperti itu... Hanya Allah lbih mengetahui...

Wahai anak2...fahamilah ibubapa, sayangilah mereka...janga sampai kita menyesal kemudian hari...

Ya Allah...ampunkan dosa2 kedua ibubapa ku,
Ampunkan dosa ibuku,
Ampunkan dosa ayahku...
Ampunilah dosaku....jadikanlah aku anak yg solehah....
Anak yg dapat memberikan kebahagian kpd kedua org tuaku...
Murahkan rezki kluarga kami...
Kurniakan cahaya ketenangan dalam keluarga kami...
Aku merayu padaMU...
Kpada MU tempat aku merayu...

Di kesempatan ini, ana nak minta maaf kat kedua orang tua ana,sebb ana tak banyak meluangkan masa bersama kluarga yang tercinta...Harap ibu bapa ana dapat fahami tugas ana... namun, dlm hati ini sentiasa merindui mereka... :)

Monday, November 15, 2010

Pilihan Allah...

Salam perjuangan...sudah lama tak update blog ni. maaf yek...ana banyak agak kekangan masa, ditambah pula dilanda banjir. habis barang2 ana...ini semua ujian dari Allah. pertama kali dlm hidup dilanda banjir n then time ditimpa kesusahan berjauhan pula dari keluarga...Ya Allah, tak dapat bayangkan time tu perasaan ana time tu dengan nak exam nya. Tp nasib baik, time tu paper ana tak de minggu tu. 


Pada ketika memang bayak bantuan makanan yang disediakan hingga berlebihan.Membazir pula...ish2...esok ana nak pulang rumah, nak tgk rumah pula. nak mengemas...ibu, jomlah tolong along kemas.hehehe...ada ibu capat skit...huhuhu....

Ana juga nak ucapakan tahniah kpd saff kepimpinan PGPI yang baru. Moga antum semua dapat terus mewujudkan biah solehah di kampus. Teruskan perjuangan...Bersyukurlah, krn Allah memilih kita dalam kalangan yg yang terpilih. Peganglah amanah ni sebaiknya...Nak buat kerja ISLAM akan rasa kemanisannya klu antum betul2 IKHLAS NAK TEGAKKAN AGAMA ALLAH. antum takkan mudah rasa letih, malah bersungguh utk melakukannya... Yakinlah, Allah sentiasa menolong hambanya...klu kita tolong AGAMANYA...


PERINGATAN!!! kpd saff kepimpinan baru, jangan bangga dengan jawatan yang anda pegang, tapi berbanggalah krn antum terpilih utk melakukan gerak kerja dakwah. Bukan semua org sanggup melakukannya krn ape??? KERANA IA BANYAK MEMERLUKAN BANYAK PENGORBANAN, MELETIHKAN...tetapi percayalah GANJARANNYA TIDAK TERNILAI...moga Allah berikan ganjaran kita di sana...tempat kekal abadi...
Ana pernah rasa diri ni  tak layak nak buat gerak kerja dakwah, tp setelah dinasihati oleh sahabat2, melihat kegigihan mereka, ana rasa tertarik...walaupun pemakaian ana berbeza dgn mereka...namun, selagi ana seorang MUSLIM ana wajib tunaikan tanggungjawab ini. Berdoalah sahabat2 moga kita Allah tetapkan hati, supaya tidak berbolah balik... Nauzubillah, sekiranya itu terjadi....

Sama2lah kita berdoa moga Allah tetapkan hati dlm MENERUSKAN PERJUANGAN INI...hidup mesti diteruskan...


Sunday, October 17, 2010

Tiada yg mustahil bagi-NYA

Salam perjuangan...alhamdulilah, minggu lepas family ana telah datang ke Perlis. Seronok rasanya. Cuma ana tak dapat nak luangkan sepenuh masa bersama mereka krn mereka datang time ana kuliah, n then bole malam pulak ana ada meeting...Minta maaf banyak2 ibu ayah n angah sebb tak dapat nak luangkan masa sepenuhnya... 



Pada minggu ni pula 19HB HINGGA 22HB/ OKTOBER 2010, ana dan sahabat2 akan berkhemah di Timah Tasoh. Ini wajib pergi utk semua betch sem 4. Dah lama rasanya tak gi camping, rasa mcm malas pun ada...hehehe...Tp memang dah ada dlm modul pengajian, so buat sehabis baik...InsyaAllah. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar.Amin...

Apa yang ana nak kongsi dengan antum semua adalah berkaitan dengan kuasa-NYA, kehendak-NYA...tiada apa yg mustahil bagi-NYA... Sebagaimana yang pernah berlaku beberapa hari lepas berkaitan dengan kemalangan bas ekspress yang melibatkan 12 nyawa telah terkorban. Kita hanya mampu bersimpati terhadap apa yg berlaku...tp TAK PERNAH AMBIL TAHU DISEBALIK HIKMAH YG BERLAKU. dan tidak membayangkan sekiranya kejadian itu menimpa kita, keluarga kita atau orang2 yg kita sayang.... Bayangkanlah amalan kita tak cukup, banyak pulak buat dosa, Allah matikan kita dlm keadaan yang kita tak sangka dan org lain pun tak sangka...TAK TAHULAH RASANYA NAK MENGHADAP ALLAH...dengan amalan yang sedikit jika nak dibandingkan dgn para nabi dan alim ulamak...




Maksiat diakhir zaman ini semakin menjadi-jadi. Golongan muda bertambah leka dan terus lalai. Moga2 kita tak tergolong dlm lingkungan yg sebegitu. Rugi rasanya diri apabila tidak dipenuhi dengan amal kebaikan, hadiri majlis ilmu pada zaman muda ini. RUGI!!! Kita tidak mahu kita menyesal suatu hari nanti...

Takkan nak tunggu dah tua baru nak bertaubat dan buat amal kebaikan???Kematian itu boleh datang bila2 masa tak kira muda atau tua... bahkan sekarang pun boleh mati. Selalulah berdoa kpd-Nya supaya kita dimatikan dlm keadaan husnul khatimah...InsyaAllah...  

Lagi satu, Allah tak larang hamba-Nya nak berhibur, tapi ada batas-batasnya...Ikut syariat ISLAM. kan mudah, tenang, diberkati malah dapat pahala... Itu yg kita mahukan.... Gajaran disisi Allah, YANG MAHA PEMURAH...

Thursday, October 14, 2010

Sabar itu lebih BAIK...

Salam perjuangan...alhamdulilah kita masih dipertemukan lagi dlm ruangan ini. InsyaAllah next week ana dan sahabat2 sem 4 akan berkhemah di timah tasoh.Lama rasanya tak gi kem...harap2 semua berjalan lancar. 



Beberapa hari yang lepas, ada seorang ulamak telah datang ke bumi perlis. Alhamdulilah, ana dan beberapa orang sahabat berkesempatan utk pergi. Ini merupakan kali pertama ana pergi dan melihat para habib ini. Sungguh bersemangat habib ini menyampaikan kuliahnya...Rasa tenang melihat habib ini...Walaupun time ana agak ngantuk2 lah jugak...alhamdulilah Allah beri kekuatan utk dengar apa yang disampaikan...Bukan senang nak bersama para ulamak ini... Kepada para pemuda : DEKATILAH PARA ULAMAK, HABIB2...YANG MULIA DAN SANGAT BERSEDERHANA INI...kata2 yang diucapkan oleh mereka umpama NUR...



Dalam beberapa hari ini ana dikelilingi beberapa org sahabat yg mempunyai masalah....Maka ana ambil kesempatan ini untuk berkongsi dan menyatakan pendapat.

Wahai sahabat...apa yang berlaku atas diri ini ada makna yang tersirat, ada hikmah....yang mempunyai 1000  kebaikan yg kita tak nampak....tp ia memerlukan kita utk BERMUHASABAH DIATAS APA YG TERJADI... Kita tak boleh nak salahkan takdir atas apa yg berlaku. KITA MEMANG LAYAK UTK DIUJI... Kenapa???? Sebab kita HAMBA ALLAH...Allah, Tuhan kita...DIA MAHA PERKASA, MAHA AGUNG...MAHA LUAS... dan apa yg terjadi utk membuatkan kita bangkit dan terus-meneruskan mengingatkan-NYA...


Sudah jadi lumrah manusia, apabila bergelar manusia baru nak teringatkan Allah.Namun apabila senang, lupa TUHAN, LUPA ALLAH, LUPA NABI...dan tak endahkan sahabat2 yang baik kpd kita...Tetapi Allah tak pernah pinggirkan hambanya walaupun hambanya kadang2 LUPA, SOMBONG, BONGKAK KEPADANYA... 

Ingat duhai sahabat...masalah atau ujian yg menimpa kita dapat menjadikan kita kuat dan mematangkan kita. malah Allah masih sayang kita yang kita pilih dahulu adalah salah...tak baik utk diri...Maka itu sebab Allah turunkan ujian kpd kita...Sebab Allah rindukan rintihan2 antum utk bermunajat kepada-Nya...Ana pun kadang lupa pada-NYA.Suka buat perkara lagho,dan macam2 lagi...Tambah2 lagi ana dah duduk luar maktab lagi mcm2 dugaan...Menguji hati ana. Contohnya, kalau ana lewat subuh...Ya Allah, ana rasa teruk sangat diri ini, Allah tak pilih aku untuk bangun awal malah kadang tak qiam...Kadang2 ana dapat merasakan ana jauh sangat dari-Nya.  Ya Allah...ampunkan aku...  Memang ada amasa ana sangat lemah, kalah dengan nafsu sendiri...


Tetapi sahabat...KITA HARUS USAHA UTK ATASINYA...Bagi makanan rohani dalam hati kita. Ia memerlukan makanan!!! Jangan biarkan hati SAKIT, LEMAH, BUSUK DAN TERUS MEMBUSUK DAN AKHIRNYA MATI...!!!


Hadirilah majlis2 agama, dekatkan diri dengan para ulamak, guru2 yang mursyid utk kita tingkat iman..barulah KITA BERTAMBAH YAKIN DGN ALLAHU RABBI...Kalau kita duk saja...mcm ne nak tingkatkan iman???Iman bertambah luntur dan berkurang lagi adalah... Selain itu, banyakkan zikrulllah setiap masa..hati akan tenang...Baca quran, jadikan sebagai perkara wajib yg perlu dibaca setiap hari...Jangan kita sombong nak baca quran...


Allah suka org yang sabar semasa dia ditimpakan dengan masalah...Allah akan menimpa sesuatu masalah mengikut kemampuan hambanya.DIA LEBIH MENGETAHUI...bahawa hambanya itu, mampu mengatasi ujian itu...BERSABARLAH...kebahagian akan dikecapi di penghujungnya...Ini samalah dengan kita buat amal ibadat...Kita pulun sesungguhnya utk buat amal kebajikan di dunia...Kadang2 kita rasa pelik, dia ni tak penat ke buat kerja2 agama, tak rehat, malam gi ceramah, gi solat jemaah jalan kaki je...gi dakwah sana dan sini...Apabila ada keyakinan bahawa ada balasan SYURGA untuk mereka yg menyebarkan dakwah, maka mereka sanggup bersusah-susah di dunia...InsyaAllah, berbahagia di akhirat...Itulah tempat kekal abadi...

Ana harap segala yg ditimpa ujian atau masalah...BERSABARLAH...InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar...Ana mendoakan moga Allah beri petunjuk dan kekuatan hati utk menempuhnya...




Saturday, October 9, 2010

Indahnya UKHWAH itu...

Salam perjuangan...maafkan ana sebab lama dah rasanya tak update blog ni. Antara faktornya internet low, so ana malas nak update sekain itu pula bz dengan aktiviti2. maaf kepada smua pembaca yang masih setia...

Sepanjang ana tak update blog ni, banyak yang berlaku dalam kehidupan ana. Ada sedih, gembira, pening dan sbagainya. Kadang2 emosi ana tak stabil dan diri ni tak kuat nak hadapinya...tapi InsyAllah Allah bersama kita. Dengan pertolongannya sesuatu masalah dapat dislesaikan dengan izin-Nya.


Post kali ini ana nak kongsi dengan antum semua tentang UKHWAH...UKHWAH ISLAMIYYAH...
Sebagaimana yang kita tahu, islam sangat mementingkan ukhwah dalam kalangan manusia yang ada kat dunia ni. Dengan bahasa ringkasnya, ukhwah ni ialah macam menjalinkan ikatan atau bersahabat atau mengenali sesama manusia tidak kitalah sama ada muslimin atau muslimat. TAPI INGAT!!! Antara muslimin dan muslimat ada batas2 yang telah digariskan dalam ISLAM untuk mengenali antara satu sama lain.

UKHWAH sesama manusia sangat penting. Walaupun kadang2 ada yang mengatakan ia tidak penting. Ukhwah ini penting supaya sebarang gerak kerja atau pun hubungan sesama manusia berjalan dengan lancar dan baik. Cuba bayangkan sekiranya ukhwah ini tidak dititikberatkan???? Maka berlakulah pergaduhan, perpecahan....kehidupan tak aman. Nak buat kerja dalam persatuan mahupun kelab pun rasa tak syok dan seronok...Sebab apa??? Sebab hubungan baik sesama manusia tak dak!!!! Masing2 nak tunjukkan kehebatan, tak puas hati, dengki dan lain2.... Ini semua adalah MASALAH HATI... 

Ingat sahabat2....
Dalam menjalinkan persahabatn dan dalam berukhwah ini penting untuk kita berlapang dada dengan sahabat2 kita. Kita perlu memahami diri mereka dan elakkan berlakunya MASALAH HATI dalam diri antum...

MASALAH UKHWAH sentiasa berlaku dalam kehidupan kita terutamanya dengan sahabat2 kita...tidak kiralah sama ada antara muslimin dengan muslimin, muslimat dengan muslimat atau muslimin dengan muslimat... Cuba antum bayangkan klu kita satu kelas dengan orang yang ikut kata dia je...apa yang kita buat tak betul, tengking kita tak bertempat, susahkan hati sahabat, menambahkan masalah kepada sahabat  dan lain2 lagi...Ana pasti, antum mesti tak seronok nak bekerja dengan orang2 seperti ini... Malah kita akan sentiasa tak seronok nak buat kerja...rasanya terpaksa... Betul x???

Ana pernah mengalaminya...Ana akan rasa sangat sedih sekiranya masalah ukhwah ni berlaku disekitar ana. Tapi apa yang ana buat ialah ana YAKIN ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA UNTUK MENUNJUKKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH INI. tp ia memerlukan kesabaran dan masa...InsyaALLAH ada KEBAHAGIAN di penghujungya... 

Nak tak tak...sebenarnya sekiranya masalah ukhwah ni berlaku, ia dapat  mematangkan antum dan buat antum lebih mengenali sahabat antum... Inilah HIKMAH disebalik masalah itu... Bukan itu sahaja, antum akan lebih menghargai sahabat antum dan Allah masih beri kita peluang untuk menjalinkan persahabatan dngan sahabat kita tu... Inilah yang dinamakan kawan susah dan senang. Sekiranya kawan tergelincir, sahabat lain sanggup tegur dan rasa sayang kepada sahabat berkenaan sekiranya dia tak bersama kita....

Kita sayang sahabat kerana Allah, kita tegur sahabat untuk KEBAIKAN dia...moga ukhwah yang terjalin mendapat keberkatan dan ia merupakan sebenar2 ukhwah kerana Allah...

Dikesempatan ini...ana ingin memohon maaf kpada sahabat2 yang mengenali diri ana...Ana banyak kelemahan dan tegurlah ana sekiranya ana lalai dan lakukan perkara2 lagho...Ana memerlukan antum smua untuk tegur ana dan nasihatkan ana...Dan ana harap ikatan ukhwah kita berkekalan dan mendapat redha Allah...


Thursday, September 16, 2010

::Terapi MUJARAB buat masalah RINDU::

Salam perjuangan...selamat hari raya maaf zahir batin buat antum semua. Moga syawal kali ini dapat diraikan bersama orang yang tersayang, tingkatkan amalan setiap masa. InsyaAllah...


Ana nak kongsi dgn antum semua apa yang ana baca sebentar td berkaitan dgn zina...ZINA HATI.

Biasalahkan...klu dah nama pun manusia, zina hati tak sering lari dari kita semua. Mempunyai perasaan rindu, suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului perasaan rindu, namun jgn rindu BERLEBIHAN...takut2 makan diri :(  !!!!  Kita sebenarnya sering berperang dgn perasaan.Betul tak??? terutama bagi mereka yg sedang asyik dibuai mimpi indah... Namun seorang MUSLIM akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.



Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab berkaitan dgn masalah RINDU. Biasalahkan klu boyfren atau girlfren tak sms, tak talifon ke mulalah resahlah, rindulah....klu bleh 24 jam nak tau pasangan masing2 buat apa...Betulkan??? Jom teruskan membaca...

Sebelum itu, Ibnu Qayyim berikan sebab mengapa perasaan rindu berlebihan...Antaranya ialah :
1. hati tak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir, ibadah kepada Allah tapi MEMBIARKAN MATA MELIAR!!
Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kesedihan dan keresahan.

Rasulluah SAW bersabda : Pandangan mata itu satu drpd sekian banyak anak panah iblis.

Setiap penyakit ada ubatnya...Ubat yang terbaik drpd pengajaran firman Allah : "Demikianlah supaya kami memalingkan drpd kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yg terpilih." (SURAH YUSUF,AYAT 24)

IKHLAS KPD ALLAH...adalah UBAT RINDU. Ini bermakna kita selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas, Allah akan menolong kita drpd penyakit rindu melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

DOA, rasa fakir dan rendah diri dihadapan Allah. Ia merupakan satu ibadah yang agung. Apabila kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, Allah amat dekat dgn kita.

MENGURUS MATA & PANDANGAN...Pandangan yg berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Janganlah kerap sangat anda lihat orang yang membuatkan RINDU anda membuak-buak.SILA ALLIHKAN PANDANGAN ANDA KE TEMPAT YG LEBIH SELAMAT & MENDATANGKA PAHALA. contohnya, lihat masjid, tgk ciptaan Allah, tgk laut...hayati dan fikirkan kejadian disebalik itu...

BERNIKAH ADALAH LANGKAH TERBAIK DAN UBAT PALING MUJARAB. Tidak semestinya bernikah dgn org yg kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dgn orang dicintai dan diidamkan.Yakinilah bahawa Allah yang menganugerahkan dan menghapuskan CINTA ini sekiranya DIA mahu...

Itulah yg ana nak kongsi bersama...kpd yang masih single...teruskan berdoa supaya antum diketemukan pasangan yang baik, dan antum sediri perlu jd baik dahulu klu inginkan pasangan antum yang baik...Mintalah pada-Nya...DIA yang menentukan segala-galanya...

Pesanan bagi mereka yang sudah berkahwin, jaga hubungan anda sebaik-baiknya, tolak ansur dan yang paling penting BERSANDARKAN ISLAM...Sebab orang yang beriman sering kali meletakkan sandaran yg kuat dan kukuh kpd Allah.

Ingatan buat yang belum ada ikatan yang sah, hati2 dlm pergaulan, gerak anda, anggota anda...Allah sentiasa perhatian anda...Jaga batas2 anda dalam pergaulan sebagai seorang MUSLIM. Jangan kotorkan hubungan itu dgn maksiat...


RENUNGKAN2 DAN SELAMAT BERAMAL...ini pun ingatan buat ana yang sering lupa ini...

Friday, September 3, 2010

....Dia Bukan Milikku...

Salam perjuangan...alhamdulilah, ketemu dalam ruangan ini. Hari ni juga ana dah habis buat sbe. SBE kali keempat, yang terakhir. Bermula sem depan ana dah start praktikum kat sekolah...Aduhai, cuaknya :( harap2 oklah dan berjalan lancar....


Post kali ni ana nak ceritakan tentang "DIA BUKAN MILIKKU..." entahlah tiba2 nak tulis tentang tajuk ini. Mungkn sebb saya dikelilingi dengan kawan2 yang sudah pun ada calon masing2 kot...pemerhatian sekeliling...hahaha...Sebelum tu ana nak mohon maaf sekiranya ada tersentuh sensitiviti mana2 pihak. Bukan niat ana untuk menyentuh hati antum sekalian tetapi sekadar berkongsi pendapat ana sendiri....

Biasalah kan klu bercouple mesti ada pasang surut dalam perhubungan...kadang2 saya ada lihat ada yang kena marah, kena pukul, ada yang tak bleh belajar disebbkan terganggu dengan masalah bercouple...emmm...ada sesetengah tu pulak terlalu dibuai mimpi dalam menjalin hubungan sehinggakan maruah tergadai...Nauzubillah...



Sahabatku sekalian, mencari pasangan hidup bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan pencarian...Bergantung kepada Allah.Minta  pada-Nya. Tambah2 sekarang ni bulan Ramadhan, doa padanya supaya anda diketemukan dengan jodoh yang baik, bolehbimbing ke jalan yang lurus...Bagi yang belum ada pasangan hidup pun bleh meminta kepada Allah, moga2 masa akan datang anda diketemukan dengan seseorang yang boleh memimpin anda...tetapi ingat bukan ke lembah MAKSIAT!!!

Dan kepada yang sedang bercouple, jagalah hubungan anda. Moga hubungan anda dapat dilindungi daripada maksiat...Ana cuma nak ingatkan antum, dalam bercouple cuba antum muhasabah APA TUJUAN ANTUM BERCOUPLE...??? saja2...atau sekadar isi masa lapang atau ingin menyakiti hati orang lain... Renung2kan... Ana nasihatkan klu nak bercouple bukan ke arah nak KAHWIN baik antum HNETIKAN... Jangan kita cemarkan  sesuatu hubungan ke lembah maksiat...  Tu yang mcm2 masalah timbul...Ana pernah mengajak sahabat ana daftar KURSUS KAHWIN tetapi mereka tak nak...padahal dah ada calon tu...yang tak de calon ni jugaklah pi daftar kursus tu...hehehe...kadang2 ana sendiri tertanya apa tujuan mereka dalam bercouple???


Nak tau tak:  lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik... tetapi ada sahabat ana tanya, habis tu ada juga lelaki yang jahat untuk wanita yang baik...Sebenarnya Allah nak wanita itu meminpin lelaki tersebut ke jalan yang diredhai Allah...Banyak pahala...Kadang2 kita ni tak nak lihat hikmah disebalik apa yang berlaku tetapi suka lihat apa yang kita dapat didepan mata...Ana pun kadang2 macm tu jugak suka lihat apa yang boleh dapat di depan mata...Astagfirullah... Ingat sahabat2...Allah takkan uji seseorang hambanya sekiranya dia tak mampu nak pikul...Allah Maha Adil...KEBAHAGIAN AKAN ANDA KECAPI DI PENGHUJUNGNYA...TETAPI IA MEMERLUKAN KESABARAN UTK MELALUINYA ...

Kunci dalam membina hubungan adalah mengamalkan apa yang ISLAM suruh, peraturan2 dalam islam...barulah hubungan kekal lama dan sehingga ke SYURGA...dapat Redha Allah...

ISLAM ITU MERINGANKAN...BUKAN MEMBEBANKAN...MANUSIA JE YANG SENDIRI BUAT SESUATU PERKARA YANG MENYUSAHKAN DIRI MEREKA SENDIRI...CARA PENYELESAIAN :BERKAHWINLAH, BUAT MANA YANG WAJIB...

Monday, August 23, 2010

Ramadhan semakin meninggalkan kita...


Salam perjuangan... alhamdulilah, Allah masih beri ana nikmat untuk hidup di atas muka Allah ini. Tinggal beberapa hari lagi, ana akan pulang ke rumah untuk menjalani SBE di rumah dan sekaligus menyambut kedatangan bulan Syawal. Rindu pada keluarga setelah lebih kurang 3 bulan lebih tak pulang ke kampung. Selain bz dengan aktiviti maktab, bz pula dengan tugasan2 yang menimbun. Banyak sangat....moga Allah permudahkan urusanku dan sahabat2 ku...

Ramadhan....Ramadhan...bulan yang mulia...
semakin meninggalkan kita semua tidak lama lagi...Pejam cellik2 dah masuk fasa kedua Ramadhan... Tapi adakah amalan kita semakin bertambah atau di takuk yang sama??? atau semakin berkurang.... Rugi rasanya kalau kita tak manfaatkan bulan Ramadhan dengan sebaiknya...


Ana tak nafikan, kadang2 ana sendiri dapat merasakan ana tak manfaatkan Ramadhan sebaiknya.. Ya Allah...maafkan hambamu ini... Susahkan nak jihad melawan nafsu ini. Selalu kalah dengan nafsu sendiri...

Namun, di surau Nurul Iman terus berusaha utk menghidupkan bulan Ramadhan ini. Antaranya dengan melakukan qiamulail beserta menyediakan sahur...Ia akan bermula pada 25hb Ogos hingga 3 September 2010. Harap semua dpat pakat2 mai na...

Dengan harapan, Ramadhan yang masih berbaki ini marilah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Teruskan amal ibadatmu hingga ke hujung nyawa...Bulan Ramadhan,bulan tarbiyyah diri...


Saturday, August 14, 2010

...Berhijrah tak rugi...

Salam perjuangan...

Alhamdulilah, Allah masih beri kita peluang utk meneruskan Ramadhan pada hari ini... Ramadhan bulan yang mulia, mengajar untuk tarbiyyah diri...Tp adakah sehingga hari ini diri anda dapat merasai kemanisan Ramadhan??? atau tak rasa apa2...hanya seperti bulan2 biasa, dan hari2 biasa.... Itu tandanya kita tak hayati Ramadhan sepenuhnya... Terawikh pun dah jarang2 pi...kebetulan pulak ada pula perkara yang menghalang seperti assigment banyak, penat, kena buat kuih nak jual utk sok dan macm2 lagi alasan kitakan... Manusia yang sememangnya memang telah diprogramkan oleh syaitan utk teruskan tabiat2 yang lama...Itulah sebabnya Ramadhan ni rasa mcm biasa....

Kali ini ana nak bawa satu kisah berkaitan dgn post ana kali ini...

Apabila orang2 kafir di Makkah berterusan mengganggu dan menyiksa orang2 Islam, Nabi Muhammad memerintahkan mereka berpindah ke Habsyah. Kemudian apabila org kafir berterusan menzalimi org Islam, Nabi Muhammad mereka berpindak ke Madinah.

Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-siddiq terpaksa berhijrah ke Madinah bagi mengelakkan ancaman kafir Quraisy yang merancang membunuhnya. Kalendar Islam dimulakan sempena peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah.

Itulah kisah yang berkaitan dengan HIJRAH...Nabi Muhammad berhijrah disebabkan Islam mendapat ancaman daripada org kafir. Maka Allah menyuruh Baginda untuk pergi berhijrah.



Tapi bila pula KITA NAK BERHIJRAH???Berhijrah ke arah lebih baik atau LEBIH TERUK??? Pikirlah sendiri... Manusia akhir zaman banyak dugaan dan ujian. Ujian dari kesenangan, kelesaan dan hiburan.... Fitnah dajjal sekarang semakin berleluasa... Adakah kita tergolong dari fitnah dajjal ini??? Ya Allah...lindungilah kami...

Sahabat2 yang ana kasihi,

Nabi Muhammad berpesan,
Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhinya
(direkodkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)

Shabat2ku sekalian, cuba kita muhasabah diri kembali sampai tahap mana usaha kita nak tingkatkan amalan baik kita??? sudah CUKUP AMALAN KITA KAT DUNIA NI???KALAU KITA DITAKDIRKAN NYAWA KITA HANYA SETAKAT INI, AMALAN KITA CUKUP UTK JAMIN KITA MASUK SYURGA???

Antum sahaja yang tahu jawapannya... Sedangkan Nabi Muhammad sendiri sujud, solat kepada Allah yang Maha Esa sehingga kakinya bengkak,tp kita??? Imam baca ayat panjang dah mengeluh dah risau... Ana tak tuduh sapa2 tap ana tuju kat diri ana sendiri...Sebab ana manusia biasa, mudah kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan.... Ya Allah ampunkan hambamu... Tapi tak salah kita usaha nak lawan nafsu kitakan...USAHALAH...


Hijrah juga termasuklah kita dalam melakukan gerak kerja Islam...Gerak kerja Islam mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukannya hanya melepaskan batuk di tangga... Komitmen kita dalam buat kerja Islam mcm ne??? Kita beri ke sepenuhnya komitmen itu??? Atau sambil lewa??? Buat kerja Islam ni banyak pahala yang dijanjikan Allah tapi kalau sekali kita futur maka berdosa besarlah kita...

Ingatlah...

"KITA BUKANLAH YANG MEMULAKAN, KITA JUGA BUKAN YANG MENGAKHIRINYA...KITA ADALAH RANTAI PERJUANGAN" -As Syahid  Syed Qutb-

Marilah kita sama2 berusaha untuk tegakkan Islam di negara ini..

Monday, August 9, 2010

-bulan gandakan pahala-

Salam perjuangan...

Nama ana syaaban. Ana ingin menginatkan antum bahawa jiran ana Ramadhanakn dtg mengunjungi antum bersama isterinya iaitu Rezki & kedua2 anknya iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akn ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakat & Keampunan...Mereka akan pulang selepas 30 hari menaiki Eid Airllines... HARGAI MEREKA & ANTUM AKN DAPAT BERKAT... InsyaAllah....



Malam semalam  disurau maktab ana ada buat majlis istiqbal ramadhan. Alhamdulilah berjalan dgn lancar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah yang disampaikan oleh Dr. Rosdi. Banyak info yang disampaikan oleh beliau. Antaranya, kalau solat pun tak solid, puasa lagilah teruk...Maksudya di sini, kalu kita tak jaga solat mcm ne kita rasai tahap kerinduan ramadhan itu, entah2 puasa pun tinggal. So, kita kena buat juga spy solat kita tak tinggal barulah puasa itu pun class, pada tahap yg baik. Kumpullah banyak pahala, & kuangkan dosa pada bulan ni...kerana ia lebih baik dr 1000 bulan :)


Bulan Ramadhan ini merupakan satu TARBIYYAH DIRI utkmemperbaiki diri mendekatkan diri pd Allah. Ia bukan hanya terhenti apabila Ramadhan telah berlalu...dan akan buat amal yang tak baik pada bulan seterusnya... Ini menandakan kesan Ramadhan itu tak terkesan dalam diri anda, TAK DAPAT DIDIK ANTUM menjadi seorang yang tahu kawal nafsu, marah, mengumpat dan lain2. Sia2kan...Antum pikirlah...

Pd Ramadhan kali ni, ana tak dapat nak berbuka selalu di surau memandangkan ana kini sudah duduk diluar. Melainkan klu ana ada kenderaan, insyaAllah ana akan usahakan nak berbuka dan terawikh di surau bersama sahabat2 ana...

Ana ingin mengingatkan antum semua marilah KITA HIDUPKAN BULAN RAMADHAN, BULAN PENUH KEBERKATAN DAN BULAN YG MULIA... JGN KITA SIA2KAN IA BERLALU PERGI TANPA KITA BERBUAT APA2...GUNAKAN BULAN INI SEBAIK2NYA...

SELAMAT BERPUASA ANA UCAPKAN :)

Saturday, August 7, 2010

-...Kehilangan...-

Salam perjuangan...bertemu sekali lagi di ruangan ini. Alhamdulilah. Skang ni ana telah berpindah ke rumah sewa.Walaupun ini merupakan hari pertama, tapi ana rasa sedih dan rasa kehilangan...sedih meninggalkan roomate, kak muni...adik2 junior, syahid, amal, farah, nisah, n lain2 yang mengenali ana. Memang ana masih belajar di maktab lagi tapi waktu malam di asrama lah kami sering berjumpa. Kadang2 meeting sampai lewat amlam, buat aiskrim dan sebagainya...Ana sangat rindukan semua itu, walaupun ana baru sehari tak tido kat maktab.

Ana dapat rasakan cabaran berada duk di luar lagi besar tambah2 pulak dgn sahabat2...Ana takut klu duk luar ini ana tak dapat nak kawal diri ana...buat perkara lagho...Tambah2 pulak ana tiada kenderaan sendiri nak pi mane2...tersekat kebebasan ana...Sampai bila ana nak mengharapkan sahabat ana dan hantar ana kesana  ke sini. Memang ana mengakui semasa ana duk di asrama, bilik ana hanya tempat utk tido...Jarang berada di bilik pada waktu yang lama. Ana lebih suka buat aktiviti2  yang ana suka terutama apabila terlibat dlm gerak kerja PGPI. Bukan ana tak suka duk luar, tapi entahlah....ana rasa suatu KEHILANGAN...Kehilangan yang ana buat setiap hari.

Hari ni pula Allah uji ana. Ana tak dapat gambarkan perasaan itu...Perasaan marah ana hari ni tak dapat nak kawal sepenuhnya. GERAM, MARAH, MENYAMPAH semua ada... Ana rasa mcm nak hentak meja je tadi... Tapi bila ana pikir2 balik, buat apa nak marah2 semuanya itu tiada kesudahan., Apa yang diberitahu tu ada betulnya. Mungkin ana agak termoody hari ni. Minta maaf sangat2..Namun, kesudahan yang baik adalah dengan BERSABAR mwlayan kerenah manusia... biarlah apa yang terjadi hari ni berlalu pergi...malas nak pikir.


Inilah manusia kan, kita tak bersifat maksom seperti nabi. Banyak kelemahan kita sebagai manusia...Tapi mencuba untuk menjadi sesuatu yang terbaik dan perbaiki diri hendaklah dipraktikkan dalam diri... Moga Allah permudahkan. Ana harap antum pun begitu juga... Itulah yang Allah dah bagitau, hati kita mudah berbolak balik. Kadang2 iman kita meningkat, kadang2 menurun dan kadang sama tak naik n tak turun. Agak2 kita yang mana???

Duk luar maktab banyak cabaran, dugaan...Kalau tak pandai kawal diri memang mudah terpengaruh. Ini merupakan kali pertama ana duk kat umah sewa. Sewa bersama dengan rakan2 sekelas. Sebenarnya ana risau. Sebab apabila duk satu rumah sikap sahabat2 kita sedikit demi sedikit akan terbaongkar. Kalau yang baik tak pe...takut sebaliknya... Ana harap Allah ikat hati2 kami dan kami sentiasa berlapang dada anatra satu sama lain. Moga sahabat2 yang duk satu rumah dengana ana dapat memahami antara satu sama lain.

Kepada ibu n ayah, along minta maaf sebb lama tak tanya khbar. Nantikan kepulangan anakmu ini... Semoga dalam keadaan sihat selalu ;)