Salam perjuangan...
Kata org, rambut itu mahkota wanita ttp ia terpaksa ditutup apabila menutup aurat. Bukankah ini seolah-olah menutup kecantikan wanita? So nk sy bagitau kat sini bahawa kecantikan tu bukan terletak pd rambut je...bukn dgn hanya menutup rambut kecantikan wanita itu HILANG...
Memang rambut mahkota wanita,maka jgnlah dipamerkan sesuka hati.Hanya ratu yg memakai mahkota danhanya memakai mahkota time majlis2 tertentu je dan dihadapan org2 tertentu...betul x? Cuba pikir balik, manae ade org pakai mahkota gi pasar2 ke,tempat awam ke...sebab ape???sebb takut orang lain rosakkan atau takut kena rompak...
Sama jugalah dgn rambut wanita, jika dianggap sebagai mahkota maka perlulah ia disimpan dgn baik.Ditutup dgn kain yg sopan dan wanita solehah adalah ratu yg hanya mempamerkannya kpd org yg betul2 berhak yakni LELAKI YG BERGELAR SUAMI...
Bagaimana nak kelihatan cantik lagi walaupun menutup aurat? Kita perlulah jaga hal2 lain seperti keribadian kita sebagai seorang wanita. Contohnya pakaian kemas, muka bersih, akhlak baik, senyum sokmo...dan mcm2 lagi...Walaupun anda tidak memiliki wajah yg cantik ttp tidak sepatutnya anda berasa malu...Sebab anda mempunyai kelebihan sendiri yg boleh menarik perhatian org lain. Setiap pandangan manusia adalah berbeza...Malah Allah juga Maha Adil kepada hambanya...So, dont worry :) Apa kelebihan anda itu? Ya, anda sendiri saje yg mengetahuinya dan anda perlu manfaatkan sebaik-baiknya.
Ingatlah "Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, ttp Tuhan menciptakan manusia dgn kecantikan yg berbeza..."Bagi sy perempuan yg ikhlas jaga auratnya krn Allah, akan akn lebih dihormati oleh org lain...
Sumber : buku TentanG Cinta
Penulis: Pahrol Juoi
0 comments:
Post a Comment