? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, June 26, 2010

::SiNArAN bARu, haraP terUS bErsiNar...::


Salam perjuangan...alhamdulilah, sok pagi ana akan pulang ke PERLIS...sem baru, azam baru, ujian baru, kegembiraan yang baru... ana harap akan lebih tabah dlm menghadapi suka duka dlm kehidupan ini...
Rasanya tak sabar nak berjumpa dgn sahabat2 seperjuangan, tambahan pula kedatangan adik2 baru yang akan mendaftar pada hari isnin...SELAMAT DATANG KE IPG KAMPUS PERLIS!!!
Entahlah...sem baru ni juga banyak tanggunjawab dan aktiviti2 yg sdia menanti...Yang paling terdekat sekali BPI (BULAN PENGHAYATAN ISLAM)... harap2 dapat dijalankan dan sentiasa dilindungi Allah...moga2 ada kesan kepada kami sebagao AJK PGPI dan memberi kesan kepada para sahabat sekalian...Sahabat2 sekalian...sepanjang ana belaja di IPG PERLIS, banyak pengalaman yg ana lalui...daripada masalah duka, sedih, sakit hati dan adanya kegembiraan, sahabat, elaun, aktiviti2 maktab yang best, PGPI, wataniah dan macm2 lagi...semuanya mengajar ana erti kehidupan...

Sebagai cth : Ana prnah mengalami masalah dlm hubungan persahabatan...Hnya Allah yg tahu.manusia yang pelbagai kerenah dan ragam.Kadang2 perkara yg kecil bleh jd besar...Inilah yg paling ana tak syok sekali...Tak seronok klu kita ada musuhkan??? Tp kadang2 ana tak salahkan mereka, ana sedar mngkin salah ana jugak sebb tak memahami mereka dan dekati mereka. Ana hanya dengar sebelah pihak... Alhamdulilah...hubungan bertambah baik, ana harap ia bukanlah sesuatu yg hipokrit semata-mata...harap2 ikhlas... termasuk diri ana sendiri...Tak salah klu kita maafkan kesalahan sahabat kita, sedangkan Allah LAGI MAHA PENGAMPUN...Inikan pulak kita nak ambil sifat Allah...Memang kita TAK LAYAK!!!!!! Fikirlah sendiri....

Kepada adik2 usrah ana...Ana minta maaf sekiranya ada kelemahan kat ats diri kak tiqah dlm  menyampaikan usrah...Kak tiqah harap usrah akan lebih bergiat aktif pada sem baru ni...N klu ada apa2 masalah bagitau kakakmu ini...Jgn segan2, InsyaAllah...

Ana harap sempena sem baru ini, ada sedikit sinaran baru dlm diri ana, hidup ana sendiri...Lakukanlah sesuatu PERUBAHAN!!!AYUH!!! Perbaiki diri kpd yg lebih baik...matang dan SUKA BERTOLAK ANSUR... cuba terima nasihat orang lain..sekiranya kita tidak mahu terima, tolok dgn berhikmah...bukannya dgn MARAH, ATAU TENGKINGAN...Antum sepatutnya rasa bersyukur sebb ada orang sayangi antum malah tak nak lihat antum buat dosa...Tp kita kadang2 memang selalu alpa...malah MUDAH LUPA!!!
Ana kadang2 pun mcm tu jugak...Ana pun nak ingatkan diri ana jugak...


Ana harap sempena sem baru ni jugak, persahabatn antara kami akan kukuh dan dapat terima kelemahan masing2 dan saling nasihat menasihati..., harap2 sem baru ni jugak pointer ana utk peperiksaan akan datang akan meningkat...CAYO''''.....

Oklah sampai disini sahaja...KEPADA IPG KAMPUS PERLIS & ORG RAMAI JGN LUPA SAMA2 LIBATKAN DIRI DLM BULAN PENGHAYATAN ISLAM DI IPG KAMPUS PERLIS!!!

JOM PAKAT2 MAIN KE  IPG KAMPUS PERLIS

Saturday, June 19, 2010

;;jOm DerMA Lagi;;

Salam perjuangan...kita masih dipertemukan di ruangan ni.


KEPADA SAHABAT2 DI LUAR SANA YANG INGIN MENDERMA LAGI BAGI PROGRAM BULAN PENGHAYATAN ISLAM yang akan dijalankan di kampus kami iaitu IPG KAMPUS PERLIS, masih lagi terbuka...


-banner baru disiapkan oleh biro penerbitan & publisiti PGPI-

ANTUM BOLEH MENDERMA SEIKHLAS HATI ANTUM...RM 1, RM 5, RM 50 & SETERUSNYA RM ???JUMLAH YANG ANTUM DERMAKAN TIDAK PENTING, TETAPI KEIKHLASAN HATI ANTUM DALAM MEMBANTU GERAK KERJA ISLAM ITU YANG PENTING...

Marilah kita sama membantu wujudkan biah solehah di kampus mahupun di IPT atau  pun dimana kita berada...


Melalui Program yang dianjurkan ini oleh PGPI kerjasama dgn Biro Kerohanian JPP adalah langkah kami dalam mewujudkan biah solehah dikampus kami...

Sesiapa yang ingin MENDERMA BAGI MEMBANTU KAMI DLM PROGRAM INI boleh emailkan kpd ana utk keterangan lanjut di atiq_smell89@yahoo.co.uk


JOM KITA MENDERMA!!!

Thursday, June 17, 2010

"aku tak mampu Ya Allah..."

Salam perjuangan... alhamdulilah, kita bertemu lagi. Sebelum itu, ana nak ucapakan TAHNIAH KPD SAHABAT2 ana krn result yang telah keluar semalam. Alhamdulilah... Walaupun pointer ana jatuh, tp ana bersyukur sebb Allah masih sayangkan ana sebb lulus semua subjek... InsyaAllah ana akan berusaha pada sem depan.


Pernah tak terlintas di dalam hati "aku tak mampu Ya Allah...", ana yakin antum semua pernah mengatakannya. Ana sendiri pun pernah. Memang klu dah tak tertahan utk tanggung, tanggung masalah yang banyak, masalah dgn sahabat, pelajaran dan sebagainya... Tp semua masalah itu datang atas kehendak siapa...Allah tak kan uji hambanya klu hambanya tak mampu nak terima ujian itu...percayalah sahabat... Ingat ALLAH sentiasa bersama kita...bersama ana, bersama antum...Apabila antum yakin dengan Allah, ujian apa yang melanda atas diri antum, antum akan terima dgn hati yang tenang... InsyAllah...Ana harap sangat ana dikurniakan sifat ketenangan itu... amin. Sebagaimana yang kita tahu, kita manusia biasa, tak sempurna, mudah lupa, mudah buat silap...HANYA Allah yang MAHA SEMPURNA...

Memang kadang2 kita rasa tak mampu nak tanggung ujian yang kita hadapi, padahal Alah dah rancang semuanya utk uji tahap keimanan hambanya. Namun sahabat, ketika kita mengalami kejatuhan dan dugaanlah barulah kita mengenangkan DIA....sebb ALLAH rindukan rintihan kita sebagai hambanya. Malh kita perlu bersyukkur sebb Allah masih sayangkan kita, maka DIA berikan kita dugaan.

Ingat sahabat, dunia kita memang sungguh mencabar tambah2 dunia akhir zaman. Namun, Allah jadikan susah itu ada hikmah yang tersimpan kemas.Kita je kadang2 lupa utk memikirkannya secara mendalam dan tidak hayati. Bayangkan klu semua yang ada kat dunia ini senang, dengan orang2 yang baik2, atau dengan kata lain tiada mehnah tribulasi...maka apa gunanya hidup di dunia ini? tiada cabaran dan akan menyebbkan kita tak de sifat nak berjuang...Allah jadikan dunia ini susah sebb Allah mahu kita rasai pahit dan getirnya perjuangan...Apabila antum sendiri yang merasakannya, antum akan rasa puas malah hidup antum rasa bermakna...malah dapat mengenal ALLAH YANG HAKIKI...



Memang tidak dapat dinafikan, kita memang tidak mampu...tp kita boleh berusaha dan bertawakal KEPADANYA...minta pada-Nya, rintihlah pada-NYA, sebb kita akan jadi kuat dan bersemangat atas kehendak-NYA...Ingatlah susah dan senang Allah sentiasa bersama hambanya... Sekiranya, ana ada tersalah bicara, ana mohon maaf...Ana hanya insan biasa...KUAT KRN ISLAM...KUAT KRN ALLAH...

Wednesday, June 9, 2010

--JOM DERMA UTK AKTIVITI ISLAM--

Salam perjuangan...alhamdulilah, kita masih bertemu di ruangan ini. maafkan ana sebb dah lama tak update blog ni. alhamdulilah, tugas2 yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dgn lancar semuanya atas bantuan dari-NYA...


Sahabat2 ku sekalian, utk pengetahuan antum semua, persatuan ana iaitu PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM sedang mengumpul dana bagi program islamik yang kami jalankan pada semester hadapan iaitu PROGRAM BULAN PENGHAYATAN ISLAM. Program ini memerlukan belanja yang banyak.

TEMA : MENELUSURI KEIZZAHAN ISLAM
TARIKH : 2 JULAI HINGGA 5 OGOS 2010
TEMPAT : IPG KAMPUS PERLIS
TEMPOH : SEBULAN

Antara objektif nya ialah :
1. MENAMBAHKAN PENGETAHUAN MENGENAI AGAMA ISLAM YANG SYUMUL BUKAN SETAKAT PERKARA RUKUN SAJAHA.
2. MEMBINA KEYAKINAN DIRI DALAM HAL2 BERKAITAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN.
3. MEMANTAPKAN ILMU DAN KEMAHIRAN DLM PENGURUSAN SESUATU PROGRAM.
4. MENERAPKAN SEMANGAT KERJASAMA DAN PERSAUDARAAN ISLAM DLM USAHA MEWUJUDKAN BIAH SOLEHAH, MAWADDAH DAN SAKINAH DI IPG KAMPUS PERLIS.


Banyak program yang telah dirancang. Antaranya ialah :

-PGPI GIRL'S DAY
-ISLAMIC MUSICAL SHOW
-TAYANGAN VIDEO PERDANA (ISLAMIC MOVIE 4 ALL)
-FORUM PERDANA : 'ADUHAI CINTA...MILIK SIAPA? MAKHLUK? ATAU PENCIPTA?'
OLEH USTAZ Tuan Syeikh Faisol b. hj omar, Tuan Roslan b. Che Ros dan dipengerusikan oleh Hj  Hashim b Othman Al-Hafiz
-KUIZ PENGETAHUAN ISLAM
-PAMERAN PALESTIN
-KONSERT FAREAST & TEATER ZIKRUL MAUT
-PROGRAM WACANA CINTA OLEH USTZ HASRIZAL (saifulislam.com)


Sehubungan dengan itu, PGPI KAMPUS PERLIS ingin memohon sumbangan keewangan seikhlas hati daripada pihak tuan/puan utk kelancaran program ini. Malah, kehadiran tuan/puan ke program kami amat kami alu-alukan.

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi ana, sebagai wakil PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM KAMPUS PERLIS di 013-4619294 atau boleh email kepada ana atiq_smell89@yahoo.co.uk bagi keterangan dgn lebih lanjut.
Moga ada dikalangan antum yang membaca ruangan ini, hatinya digerakkan oleh Allah utk membantu dan memberi sumbangan ini.

Marilah kita sama2 wujudkan biah solehah di bumi kita...

"peliharalah iman kamu dgn memperbanyakkan bersedekah, bentanglah hartamu dgn mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dgn sentiasa berda kpd Allah..."- saidina ali bin abi talib-

Tuesday, May 25, 2010

::Harapan menggunung...::

Salam perjuangan...alhamdulilah, hari ini merupakan ana yang keempat. esok last papeR, MUzik prasekolah...harap dipermudahkan.


-KEMPEN TUTUP AURAT-

Lepas habis exam, kerja lain pula yang menunggu...banyak yang perlu diuruskan, kadang2 sampai terlupa n tak tau nak buat yang mane.Blurrrrr........... Tp bila ana pikir2 balik, tanggungjawab sentiasa ada pada kita. Sebelum cuti kena setelkan utk bulan penghayatan islam yang akan diadakan julung2 kalinya di maktab ana. Malah duit yang diperlukan memakan belanja beribu-ribu...Ana dan sahabat2 dalam PGPI harus menggembleng tenaga bagi menjayakan program ni supaya dapat dilaksanakan di maktab. Namun pergantungan pada Allah tidak harus dilupakan...kerana DIALAH yang menentukan segalanya. Harap dapat dilaksanakan dan dipermudahkan oleh Allah...

Tolonglah Ya Allah, bantulah kami...permudahkan kami utk mencari dana bagi menampung kos bagi program ini....

Walaupun kami terpaksa menebal muka utk berjumpa dgn orang ramai bagi meminta sumbangan, tp ana rasa itu merupakan satu tarbiyyah buat diri ini. Bagi mendapatkan sepuluh sen pun, cukup payah...memerlukan perasaan tak malu utk meminta pada org lain. Susahkan nak cari duit... Sebagai seorang daie perlu melalui tarbiyyah seperti ini sebb akan menjadikan seseorang daie itu sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada walaupun hanya sepuluh sen...
Bagi sahabat2 ana yang akan bertungkus lumus bagi mencari dana bagi program BPI, teruskanlah...jangan berputus asa, semoga apa yang diobjektifkan oleh YDP PGPI kita dapat dicapai. Apa yang penting ialah kita perlu komitmen untuk melaksanakan tugas ini dan lakukanlah sehabis baik!!! BUKAN SAMBIL LEWA!!!ALLAH AKAN PERMUDAHKAN KITA KALAU KITA BANTU AGAMA ALLAH...TP JANGAN LUPA UTK BERDOA KEPADANYA SUPAYA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN...

Saturday, May 22, 2010

;;Jangan zalimi diri antum...;;

Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah masih peluang utk ana update blog ni. Rindu rasanya utk meluahkan kata2 yang ternuku di hati.

Apa yang ana ingin nak sampaikan : JANGAN ZALIMI DIRI ANTUM!!!, Tolonglah.... Antum dah tahu banyak keburukan klu antum mengamalkannya tp KENAPA NAK BUAT LAGI???


Dah mcm2 cara dibuat utk tegah tp kenapa antum semua masih berdegil, degil dan terus berdegil... Kerana ia akan menyebabkan diri antum merana tanpa disedari. Malah ia akan membahayakan dan membunuh orang lain, klu tak kasihankan diri antum pun kasihanilah pada orang yang berada disekeliling antum semua...Anak, Isteri, Ibu ayah, sahabat dan lain2....Takkan disebbkan antum, mereka yang kena menanggung risiko sprt batuk2,kanser dan lain2. Tapi antum dalam keadaan yang sihat, masih meneruskan amalan itu...MANA PERGINYA SIFAT KEMANUSIAAN ANTUM??? Sedarlah...sesiapa yang masih bergiat aktif dengan amalan itu hentikanlah. Pergilah berjumpa mana2 kaunselor dan antum perlu muhasabah diri utk menghentikan amalan tak sihat ni.


Ana pun ingin merayu pada sahabat2 ana yang masih meneruskan amalan ni atau yang baru mencuba tolonglah elakkan...sayangi diri antum, antum masih muda...terutamanya bagi muslimin yang masih muda, hentikanlah...Banyak benda yang kita boleh buat dengan duit yang anum gunakan utk bli benda tu. Daripada antum bli benda tu, baik antum sedekah....dapat jugak pahala...

Maafkan ana sekiranya kata2 ana buat antum tak puas hati terutamanya kepada yang mengamalkannya...Ana terpaksa tegur sebb ana sayangkan antum semua, saudara sesama islam. dlam islam nasihat-menasihati perlu dijadikan budaya dan kebenaran itu kadang2 memang menyakitkan...tp kita perlu menerimanya...

BERMULALAH DARI SEKARANG, HENTIKAN MEROKOK!!!

Tuesday, May 18, 2010

Umur MENINGKAT, amalan BERTINGKAT-TINGKAT

Salam perjuangan.... alhamdulilah bertemu kembali...


Post kali ini berkaitan dengan umur yang semakin meningkat...tajuk post kali ini ana ambil idea dari junior ana iaitu AMAL...Terima kasih amal... 

Hari ini 18 mei 2010 genaplah umur ana iaitu 21 tahun...alhamdulilah, kematian pun semakin menghampiri ana.Namun adakah amalan ana bertingkat-tingkat dari tahun ke tahun atau hanya berada di akuk yang sama... Tak tahulah ana nak cakap, umur semakin bertambah, cabaran dalam hidup semakin meningkat, tanggungjawab semakin besar, sahabat semakin ramai, maksiat hati takut semakin menguasai diri....Ya Allah peliharalah hambamu ini. Aku takut dan bimbang sekiranya aku jauh dari -Mu...Turunkanlah hidayah kepadaku,....

Terima kasih buat sahabt2 ana yang ucap kat ana, sepupu, ibu ayah ana dan sesiapa yang mengenali diri ana....Ucapan2 yang dihadiahkan buat ana amat berharga.


HADIAH YANG PALING BERHARGA BUAT ANA IALAH....KERANA ANTUM SEMUA SANGGUP BERKAWAN DENGAN ANA. SEMOGA IKATAN UKHWAH KITA DIREDHAI OLEH ALLAH...

BUAT FAMILY YANG TERSAYANG: TERIMA KASIH KERANA BERKORBAN APA SAJA UTK ALONG... 
Trima kasih buat junior ana SYAHID yang hadiahkan bantal...hehehe,memahami adik ana sorang ni. THANKZ TAU... kat anith n amal sebb nak buat kejutan tp tak jadi...tp seronok jugak tgk gelagat korang.kak tiqah takkan lupakan.... Buat sahabatku anis sakinah, thankz sbb hadiahkan buku yang bertajuk "pesona cinta"... Nanti ana baca, nak baca skang tak dan, nak exam... :) Terima kasih jugak kat classmate sebb nyanyikan lagu hari jadi.Segan rasanya...

Oklah, sampai di sini saja post kali ni, klu free ana post lain kali. wasalam... Ingat Allah sokmo....