? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 8, 2013

Baitul Muslim @ Baitul Haraki...Mana Mnjdi Pilihan..



Salam perjuangan kpd semua yg masih setia b'sama ana dlm membaca entri ana yg sekian lama menyepi... maafkan ana, dh lama ana xupdate blog ni...insyaAllah, ana akan cuba utk update selalu ye.. :)

Alhamdulilah, ana telah pun menamatkn pengajian di kmpus. Cuma skang ni ana, masih menunggu posting dan seblum posting kena temuduga dulu.emmm xtaulah bila :) xpelah, mesti ada hikmahkan! Doakan ana ye teman2 ..

Biasalahkan, bila kita dh habis pengajian dikmpus, maka ramailah b'niat utk mendirikn masjid. Ramai kwn2 ana dah kahwin. tahniah ye.. :)

Then, ana ada terbaca satu artikel ni. Agak menarik...maka ana nk share dgn teman2 semua...


Beza ke Baitul Muslim dengan Baitul Haraki?

InsyaAllah sekadar pandangan dan peneletian dari pembacaan yang cetek dan perkongsian ilmu dari sahabat-sahabat, Baitul Haraki pun Baitul Muslim juga tetapi di add-on sedikit kerana khas kepada mereka yang berumah tangga dan bergerak kerja selepas itu. Bergerak kerja? Memanglah akan bekerja lepas itu, kalau tak si isteri nak makan apa nanti? Konsep haraki itu sendiri membawa maksud bergerak iaitu dalam konteks perjuangan bergerak kerja untuk Islam. Maka apabila menjadi Baitul Haraki atau Keluarga Bergerak atau Keluarga Gerakan. 


Keluarga Gerakan
Yes, it's totally different between normal family and keluarga gerakan. Kerana keluarga gerakan tuntutannya bertambah dari keluarga biasa. Ada usrah, program-program tarbiah, gerak kerja di peringkat kawasan dan banyak lagi dalam keluarga gerakan. Pengurusan masa dan pengurusan kewangan sangat penting dalam keluarga gerakan kerana kebanyakan masa dan wang adalah untuk Islam. Pengurusan di sini bermaksud kena pandai juga jika terabai keluarga tidak betul juga namun semua itu bukan masalah sebenarnya apabila konsep al-fahmu di kalangan suami isteri dihadam sebenar-benarnya. Memang banyak pengorbanan terpaksa dilalui oleh suami kerana masa-masa bersama keluarga pergi 'shoping', jalan-jalan dan bersukaria tak boleh buat selalu begitu juga dengan isteri apabila masa bersama suami terpaksa dibahagi dengan gerak kerja. Niatlah penentu segala-galanya, jika jelas mahukan redha Allah semua itu adalah cabaran dunia untuk kemanisan akhirat kerana kita bukannya taksub tak bertempat, buat kerja tak baik atau berkerja tanpa matlamat tetapi jelas tujuannya, InsyaAllah semua perasaan dan godaan syaitan dapat kita tangani tetapi perlu PANDAI mengurusnya. 

Baitul Haraki idaman, bila baca pos di bawah ini, mampukan aku bina keluarga sebegini...

Sebuah Baitul Muslim, seperti yang dijelaskan oleh Hassan Al-Banna:-  Baik dalam memilih pasangan hidup, membantunya dalam menjalankan tanggungjawab dan mendapat hak-haknya.- Memastikan pasangan menghormati Fikrah (dakwah atau ideologi) yang kita bawa.- Menjaga adab-adab Islam dalam setiap keadaan dan kehidupan berumahtangga.- Baik dalam mendidik anak-anak dan pembantu rumah dengan prinsip dan ajaran Islam.

Ini pula tulisan seorang akhawat dalam blognya yang bagiku sangat bermanfaat dan berguna:

Bagiku pula, setelah hampir 2 tahun berBaitul Muslim, inilah yang dapat ku fahami secara praktikalnya:

 1) Suami (zauj) & isteri (zaujah) saling menegur secara berhikmah dan lemah lembut utk memperbaiki akhlak, ibadah & amal dakwah masing2. Namun tidak pula memaksa atau mengharapkan perubahan yang cepat, dan terus memberi sokongan penuh kasih sayang walau apa pun kata orang.

 2) Walaupun sibuk dgn pelbagai urusan study, kerja dan dakwah, tidak semestinya suasana bersama zauj/ah juga serius dan bercakap tentang dakwah sahaja. Perlunya gurau senda dan jenaka yang tidak melangkaui batasan syariat.

 3) Apabila pasangan ada usrah sampai lewat malam pun, pasangannya tidak marah langsung, malah menggalakkan pasangannya keluar dan menerima kepulangannya dengan gembira.

 4) Jika pasangan ada program / meeting secara tiba2, pasangannya tidak merungut walaupun jika ianya clash dengan program keluarga yg telah dirancang.

 5) Jika zaujah seharian sibuk dgn program tarbiyah/dakwah, zauj tidak kisah jika tiada makanan tersedia di dapur, atau rumah kurang terurus sementara waktu, bahkan zauj cuba membantu melakukan kerja rumah semampunya. Apabila zaujah pulang pula, zauj tidak kisah jika zaujah perlu berehat dan meninggalkan kerja2 rumah sementara waktu.

 6) Masing2 saling bertanya dan mengambil tahu tentang perkembangan tarbiyah, dakwah dan usrah pasangannya, pada masa yg sama cuba membantu memudahkan urusan pasangannya dengan memberi idea dan berkongsi pengalaman, bukannya mengkritik dan mencari kesalahan.

 7) Jika rumah diperlukan utk program, masing2 merelakan dengan gembira, bahkan mengharapkan ganjaran pahala dan keberkatan terhadap Baitul Muslim mereka.

 8 ) Suami & isteri masing2 cuba menunjukkan penghargaan dan apresiasi terhadap pasangan dengan cuba menggembirakan pasangan melalui pelbagai cara. Contohnya zaujah memasak masakan kegemaran zauj. Zauj pula membuang sampah di dapur setiap hari contohnya.

 9) Suami & isteri sama2 mempelajari cara mendidik anak2 secara Islami, dan merancang masa depan keluarga dengan meletakkan dakwah dan tarbiyah sebagai agenda utama.

 10) Masing2 menganggap ibu dan bapa mertua seperti ibubapa sendiri, menghormati dan menyayangi mereka seperti ibubapa sendiri. Sentiasa menjaga hati mereka dan cuba menggembirakan mereka, walaupun pada masa yang sama tidak mengabaikan ibu dan bapa sendiri. Kami belum ada anak lagi, jadi tak dapat nak beri contoh yang berkaitan anak-anak. InshaAllah dah ada putera/i nanti bolehlah… Semoga Allah terus mengurniakan rahmatNya dan keberkatanNya kepada Baitul Muslim kami, dan juga Bait2 Muslim yg lain yg sama2 mengharapkan redha Ilahi.. =)

p/s : berkahwin mrupakan salah satu yang tuntutan drpd agama Islam. Namun, perkahwinan mana dan bagimanakan yg kita pilih?????  jommm upgradekan baitul muslim kpd baitul dkwah! :)