? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 16, 2012

Ak TiDak maHU mjdi PENGHALANG perjuangan ISLAM

Subhanallah..Jika anda pejuang islam y sejati..bace nie..meme touching n bermakna ^_^

ヾ(▰˘◡˘) Sudikah awak jadi ISTERI KEDUA saya??will u marry me??

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.



Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.



Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.


Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.


Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.


Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…


Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!

Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!


Monday, June 18, 2012

Langkah tanpa henti...sem akhir di IPG PERLIS..


Salam perjuangan kpd semua...alhamdulilah, krn kita masih lg diberi nikmat iman & islam. InsyaAllah, esok merupakan semester baruku...semester akhir di IPG Kampus Perlis setelah hmpir 5 tahun ana berada di Perlis.


Pelbagai mehnah, cerita suka, duka, semuanya dalam kenangan sepanjang berada di Perlis. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi utara pd tahun 2007 banyak mentarbiah diri ni...ana mula mengenal erti berdikari, kasih sayang, kepentingan mjlis ilmu dll...Allah, rasa b'harganya sepanjang bermusafir di bumi Perlis...


Allah pertemukan sahabat2 / adik2 junior yg banyak bimbingku, nasihatkanku, dan banyak menolongku... terima kasih ye...terima kasih juga krn sabar dlm melayan kerenahku yg serba kekurangan ini. Ana bersyukur krn Allah bg kesempatan untuk mengenali antum semua... Ana sayang antum semua krn Allah..Pelbagai ujian yg Allah uji dlm membina ukhwah ni kan...Biarlah  ujian itu disimpan dlm hati dan dpt menjadikan diri ana dan antum matang dan sebagai lngkah untuk mengenali sahabat2... Ana mohon ye, sepanjang perkenalan ana dgn antum semua... Adakalanya membuat antum menangis, terguris hati, atau lain2 ye.. Ana mohon seribu kemaafan...Ana beruntung krn mempunyai shbt2 yg pelbagai sikap, ragam dan kerenah...hehehe...Indah rasanya ;) Allah Maha Besar..sbb Dia ciptakan manusia yg pelbagai...



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini






Langkah demi langkah diteruskan sehinggalah ke sem akhir ini...Alhamdulilah, diharapkan dapat menghabiskan sem akhir ini dengan jayanya... Sememangnya perpisahan itu memang sesuatu yg pastikan..Takkan ada pertemuan tnpa perpisahan begitulah sebaliknya... Doakan ana ye, spy dapat meniti liku2 semester akhir ini, moga Allah permudahkan urusanku dan sahabt2 di sem akhir ini. B'siap sedialah utk intership sebulan, pembentangan VIVA, exam dan akhirnya akan diPOSTINGKAN... :) 




Bila fikir tentang posting, adakalanya takut juga.sebb kita tak tahu kat mana kita dipostingkan nanti... Namun, Allah is the best planner! Dia tahu apa yg terbaik buat hambaNYA... Moga diri ni siap sedia utk dipostingkan... Pastinya cabaran diluar kmpus itu mencabarkan. Moga Allah bimbingku dan sentiasa bersamaku... Allah... Malah, moga diluar sana nanti ana masih diberi peluang utk membuat kerja2 Islam...



Baiklah, rasanya cukup sekadar di sini, ana mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS DAN MENERUSKAN PERJUANGAN INI...MOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBA2NYA SAMA ADA SENANG ATAUPUN SUSAH. MOGA DIRI INI JUGA DIKUATKAN UTK MENUNAIKAN HAK2 ALLAH...TINGKATKAN AZAM UTK MENDEKAT DIRI PD ALLAH ye sahabat2...

Monday, June 11, 2012

JOM DERMA!

Salam perjuangan...alhamdulilah..hrp semuanya sihat2 ye...post ana kali ni ringkas jer...  Jom derma! seperti biasa tiap2 tahun PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM akan mengadakan BPI kali ke 3, alhamdulilah.Maka dgn itu, sumbangan dana daripda antum semua amat2 diperlukan... Dana yg disumbgkan ini dpt membantu PGPI utk memastikan kelncaran program BPI kali ni berjln lncar.Masih banyak dana yg perlu dikumpulkan dlm masa terdekat ni krn BPI akan dilancarkan pd 29hb jun ini... Jom sama2 kita bantu PGPI utk bantu saff pimpinan PGPI buat program dkwah dikmpus IPG...Insya Allah..Moga sumbangan dana yg kita berikan dpt menjadi saham kita di akhirat nanti...sumbanglah setakat yg antum mampu walapun sedikit....



Antum bleh hubungi salah seorang saff pimpinan PGPI yg tertera pada banner bpi di atas @ bank inkan di akaun bank islam :  03-081-02-007991-6, sakinah che ibrahim-naib bendahari pgpi ;) jom pakat2 derma  utk bntu gerak kerja islam :) insyaAllah...











Friday, May 18, 2012

Salam perjuangan...Alhamdulilah, bertemu lg dlm ruangan maya ini. Walapun minggu ni merupakan exam week, maka ana amik kesempatan ini utk update juga ruangan ini.  Sudah genap 23 tahun ana hidup di dunia ini. Alhamdulilah...tanggal 18 mei @ 23 jamadilakhir merupakan ulng tahun kelahiranku... Allah masih beri kesempatan kpdku utk menikmati 2 nikmat terbesa iaitu ISLAM DAN IMAN.


Bertambahnya umurku ini bukan menunjukkan diriku masih muda tetapi menunjukkan bahwa diri ini semakin dekat dgn kematian...dekat2 sgt... Allah...tidak pasti pengakhiran hidupku ini yg bagaimana..baikkah atau sebaliknya... Allah..Banyak yg perlu ana pelajari utk mengenal Islam malah untuk mgenali Allah...Dhaif betul diri ini.... Nikmat yg Allah kurniakan kpd diri ini memang tidak terhitungnya jika nk dibandingkan dgn amalanku yg sedikit... Ana dikurniakan dgn keluarga yg sgt memahami ana, syg dan pengorbanan mrk sgt besar buat ana... Ana dikurniakan shbt2 yg  sentiasa menceriakan hidup ana..tegur ana, nasihat bantu ana dan mcm2 lagi...tak terbalas rasanya diri ni kpd kalian semua...

Family yg aku rindui...
Bowling time...
Bersama shbt2 seperjuangan..

kenangan terindah dlm kkp :)

Kenangan di I-CITY :)

Smile...

Breakfast+ lunch..terbaiklah :)

Sahbt2 prasekolah...hopefully kita semua dpt mneghabiskan pengajian dgn baiknya..

Pada kesempatan ini ana ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd keluaraga2 dan shbt2 yg banyak telah mengucapkan selamat hari lahir dan memberikan kata2 semnagat dan nasihat buat diri ana yg serba kekurangan ini..Terharu ana mendengar kata2 nasihat dan ucpn2 selamat hari lahir ini...Tmbh2 lg tahun ini merupakan thun akhir berada di kampus menyambut hari lahir dikmpus dan selepas2 ini ana tak de kesempatan nk sambut hari lahir dikmpus... 

Buat ibu bapa ana yg ana kasihi, doakan anakmu ini dpt jadi anak yg solehah dan dpt menghabiskan pengajian ipg dgn jayanya...dan lg 1 akan dikurniakan dgn seorang suami yg soleh..hehe ;) Pengorbanan jasa ibu ayah tidak akan dilupakan...




Kenangan ana yg paling tak dpt dilupakan ialah apabila ada adik2 junior ana yg nakal2 dan bijak belaka telah menggunakan 1 modul yg ana sendiri tak terfikir lngsung utk buat. Pemikiran mrk dlm mengenakan ana  memang terbukti b'kesan.hehehe... iaitu "modul si kucing"..hehehe...dari mana mrk dpt kucing pun ana tak taulah..:)  Selepas sudah menjalankan modul kucing itu, alhamdulilah... ana dpt kek...KEK DURIAN YG ANA IDAM2KAN SEJAK BUFDAY ANA YG TAHUN  LEPAS...Alhamduliah, Allah bg kesempatan ana utk merasai kenikmatan utk merasainya... Allah... Untung ana dpt adik2 yg memahami diri ini...


Kucing yg seakan-akan dlm modul kucing..kucing2..

Alhamdulilah, disuap oleh shbt2 yg tersayang..

Kak tqah mohon maaf yer klu2 semasa menjalankn modul kucing itu ada yg kak tqah terbuat stunt2 yg mengganas..hehe..biasalah, klu org nk selmatkan diri maka segala stunt akan dibuatnya..nasib baik tak de siapa yg cedera.. hehe :) Kenangan menymbut bufday tahun ini takkan kak tqah lupakan...skang kak tqah dah fall in love dah dgn kucing..hehehe... 

Perasaan ini b'campur baur apabila mngenangkan bahawa ini merupakan tahun akhir di ipg...Wahai sahabt2ku dan adik2 ku doakan diri yg lemah  ini dapat istiqamah dalm perjuangan dan dpt menghabiskan pengajian ipg dgn jayanya... Doa antum memang ana harapkan... Kenangan2 bersama antum, takkan ana lupakan...ia memang tersimpan kemas dlm hati ini...suka, duka yg kita lalui bersama-sama dpt kita hadapi... Moga ukhwah kita bukan hanya terhenti sekadar ini ye..Moga oa terus mekar dan ukhwah ini krn Allah...Alhamdulilah..Allah... Tiada hadiah yg lebih BERHARGA melainkan MELIHAT SENYUMAN ANTUM...Senyuman yg antum berikan sudah cukup membahagiakan diri ini...Terima kasih ye krn membahagiakan diri ini...mohon maaf sekiranya diri ini ada buat kesalahan secara sedar atau tidak disedari..._smile always_

Tuesday, April 17, 2012

..Saya TAK NAK balik..

Salam perjuangan buat kalian yg ana kasihi... Alhamdulilah..Allah bg masa kat ana utk update lg blog ni.. ^_^
Minggu ni agak sibuk dlm menyiapkan AR...hantar draft. then pd 2 minggu terakhir ni mcm2 kena buat utk sekolah yg tercinta... hehe..tinggal lg seminggu lebih nk berakhirnya praktikum maka banyak benda perlu buat...Moga Allah permudahkan urusanku termasuklah sahabat2ku... :)

Entahlah...makin nk berakhirnya praktikum...perasaan ni bercampur baur..sedih, suka ...kebetulan pulak tema minggu ni kena ajar tajuk EMOSI *_^..Maka memang mcm2 emosi yg ditonjolkan oleh murid2 ku yang tersayang termasuklah cikgu dia ni..(i means cikgu Iqa *_^) hehe...


Macam biasa, murid akan seronok klu tibanya waktu balik..tp ada seorang budak ni... TAK NAK BALIK..! terkejut ana bila budak ni kata tak nak balik... huhuhu... 

Then, ana pun tanya dia, "knp tak nak balik?...cikgu pun nak balik rumah... tak kan junaidah nk duk kat sekolah..?"

Dia jawab," tak nak balik...sy nk duk dgn cikgu...". Ana nmpak matanya mcm nk nangis semasa mengungkapkan kata2 tu...Kata2 budak tu memang buat ana rasa tersentuh dan terharu....Dia peluknya ana..dan budak ni memang suka picit muka ana sebelum balik.. huhu... Mungkin sbb Cikgu dia ni comeyyyy kot..hehehe.. ^_^


Dia tak nk pulang klu ana tak hantar dia kat pagar..Maka ana dan Cikgu Anis  pun bawalah dia, pimpin tangan dia hingga ke pagar... Siap Cikgu Anis bawa drum utk mengiringi Junaidah..hehe ^-^ Macam nilah nk layan2 kanak2... Adakalanya kita perlu bertegas dan adakalanya kita perlu b'lembut... :)

Kanak2 ni klu dipimpin, didekati dan didik dari awal pasti mudah dilentur bila dh besarkan... :) Nanti klu cikgu Iqa n Cikgu Anis dh tak ngajar kat sekolah, jgn nangis pulak yer... hehe


Tiba2 ana berfikir...guru memang mempunyai pengaruh yg kuat..klu seseorg guru itu baik, maka anak didiknya juga akan baik...baik bukan dari segi akademik semata-mata tetapi dari segi akhlaknya, kenal agamanya...kenal Allah... Menjadi tanggungjawab semua guru untuk membimbing anak2 muridnya...

Maka kita sebgaai guru bukan shj makan gaji, ngajar dan ngajar...tetapi kena mentarbiah murid-murid utk kenal ALLAH...Murid 2jd tak tentu hala bila gurunya pun tak tentu hala... Allah..

Ana berkata ni, bukan sbb ana hebat atau nk tunjuk ana baik...Allah..Ana juga insan biasa yg lemah...Cuma ana nak kita sama2 sebagai guru sama2lah kita kenal Tuhan, kenal agama...Faham agama Islam itu..spy kita dpt melahirkan generasi yg berguna pd AGAMA....

Cikgu sayang kamu semua krn Allah... :)






Sunday, April 8, 2012

..bUkan berakhirNya di sini..

Salam perjuangan semua..alhamdulilah Allah bg kekuatan utk ana update blog ni. sorry yer teman2 :)

Fasa terakhir praktikum akan berakhir lebih kurang 3 minggu sahaja lagi. Rasa seronok, sedih pun ada juga...Bila kenang2 kembali banyak ujian, pengalaman suka dan duka sepnjng praktikum ni mahupun duk di kmpus...buat esaimen yg melambak2, kuliah2 yang tak kira masa dll .nk bahagikan masa dengan sekolah, aktiviti kmpus dan lain2.. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan urusanku.. Malah sepanjang ketiga-tiga sekolah yang ana menjalani praktikum seolah-olah memahami diri ini.. Semuanya Allah yg rancang...walaupun kdg2 ana tak dpt pergi ke setiap program sekolah krn lebih menumpukan pada program di mktab...Alhamdulilah, pihak sekolah memahami...


Adik2 yang bakal menjalani praktikum nanti, kena bijak bahagi2kan masa yer..Apatah lagi sekiranya antum mempunyai jawatan dan tanggungjwb di kampus seperti pegang jawatan dlm jpp ka, pgpi ka, atau sebarang persatuan2 di kmpus... Jangan disebbkan antum berpraktikum, tanggungjwab di kampus antum tinggalkan... Ini baru antum b'praktikum..klu antum dh kerja lagilah mcm2 tanggungjwab yang antum kena pegang... Allah..









Sentiasalah berdoa kpd Allah moga Allah permudahkan urusan antum, insyaAllah Allah akan mudahkan...dan antum bleh pilih mana yang perlu diutamakan daripada yang utama...Moga Allah bg petunjuk.. :)

Pertemuan dan perpisahan itu sudah pasti akan berlaku... Ana teringat kata2 senior2 ana yg telah pun posting. Mereka merasa rindu dgn zaman2 dikmpus apabila berjauhan dgn kampus... Teringat zaman2 buat kerja dlm persatuan sama2, hadapi masalah sama2... dan mcm2 lagi... Maka ana akan gunakan masa yg ana ada sebaiknya sepnjang ana berada di kmpus bg waktu yg masih ada ini. Ana tak nak ana menyesal dikemudian hari... Allah... 



Ana juga mohon doa daripd sahabat2 spy ana dpt menghabiskan pengajian tahun akhir ini dgn jayanya. Banyak yang perlu dilalaui sepanjang pengajian tahun akhir, namun dengan adanya sahabat2 ana rasa kuat utk menghadapinya... Thankz ye.. :) Masa yang ini, kita manfaatkan bersama-sama ye..moga ia mnjd kenagan yg terindah :)


Doakan ana istiqamah dgn jalan ini...Moga Allah tetapkan hati ana..

Saturday, March 17, 2012

--- Seribu kALi TahNiah---

Salam ceria buat antum yg ana kasihi semua... dh lama rasanya sy tak updatekn.hehe... minta maaf sgt2. Alhamdulilah Allah beri kekuatan utk update blog ni.

Tahun ini merupakan tahun pengajian akhir sy di IPG Perlis. Maka sedikit sibuk dgn praktikum dan AR, tp AR ni masih dlm drafffftt lg...berikan kekuatan hambaMU utk menyiapkannya.last date dah nk dekat...huhuhu... 


Kali ni sy nk kongsikan 2 kegembiraan yg berlaku pd awal tahun ni.hehe yg pertama ada 2 org shbt kelas sy telah pun mendirikan rumah tangga.. ANIS SAKINAH & LELA.. ingat masa dlm kelas, kita  1 kelas nk tgk agak2 siapa yg kahwin dulukan..Ana tabik springlah kat koranng berdua sbb korang berdua sanggup khwin time2 tahun last ni...Menunjukkan korang betul2 dh sedia nk khwinkan... Alhamdulilah..Moga dpt jd isteri yg solehah... Ingat..jdkan agama sbg KUNCI utk mengecapi kebahagiaan... CINTA ALLAH & CINTA RASUL...



Lagi satu kegembiraan ialah... TAHNIAH ana ucpkan kpd kakak2 dan abg2 ambilan 2008 krn telah b'konvokesyen beberapa hari yg lepas...Seronok melihat kegembiraan antum semua. Mana taknya 5 tahun setengah berada di mktab..mcm2 dugaan dan cabaran akhirnya semuanya itu t'balas... Allah... Doakan ana dan shbt2 betch ana juga b'peluang merasainya ye... Moga kalian dpt m'jd guru yg dpt mendidik anak bangsa bukan hanya semata-mata subjek yg diajar tetapi mengajar utk mengenal anak bangsa kpd ALLAH... Untung Allah pilih kita jd GURU kan.. Mulia....



Ana juga nk ucpkan banyak2 terima kasih kpd shbt2 junior Amal, Anith, Syam, Ati yg sudi menginap di rumah ana. Seronokkan  kita gi ronda2 selangor..Bnyak tempat kita gi..2 hari berturut2 gi jln2 ...hehehe.. Terima kasih jugak kat adik2 muslimin yg sudi tunjuk jalan round2 Putrajaya.. :) mcm2 kenangan manis, lawak pun ada... hehe. Simpan elok2 ye kenangan tu... Entah bila lg kita dpt b'sama lagi... Hrp2 adik2 yg nk singgah umah ana lg dipersilakan..Pintu rumah sentiasa terbuka utk antum ;) Ucapan tq jugak to my parents sbb bawa kitaorg gi jln2..hehe





Alhamdulilah..bersyukur sgt..sbb Allah masih beri ana peluang utk merasai kegembiraan ini. Berikan kekuatan pd hambaMU utk mjd hambaMU yg sentiasa mengingatiMU dikala senang mahupun susah... Takutnya diri ini sekiranya aku lalai dlm mengejar kebahgian dunia yg hanya sementara...Pimpinlah daku ya Allah...

Entah bila lg ana dpt update blog ni.... Sorry ye klu ana lambat update. :) see u all again..._smile always