? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 5, 2011

Part 1 : Putera A_ _ _ A

P/S : Alhamdulilah... cerpen pendek ana yg kedua. Silakan utk baca..Khas buat antum... ^_^



Pada suatu pagi …

“Ina, jom gi kelas. Dah lewat ni, nanti kena marah lagi dgn Puan  Singa tu, cepatlah. Nak make up pulak…hish…Cepatlah!” kata Qistina kpd sahabtnya.


Mereka pun bergegas berlari menuju ke kelas. Mahu taknya berlari, lewat 15 minit kot. Huhu…Apabila sampai di kelas, mcm biasa mereka kena marah dengan pensyarah buat kali ke 5. Kali ini agak lama juga dioranng kena dengar bebelan disebbkan kesalahan mereka, datang lewat! Dan mereka didenda dengan duduk dihadapan kelas, duduk bersila. Tebal jugaklah muka diorang duk bersila depan kelas…huhu… Beginilah Ina dan Qistina selalu datang lewat, bleh dikatakan dlm 4 kali seminggu mesti ada jer masalah yg diorang timbulkan.

Semasa dlm perjalanan pulang ke kampus, dihadapan Surau Nur sedang berkumandangnya azan.


“Sedapnya suara  ni.Siapalah jejaka yg mengalunkan azan ni. Buat aku cairlah…,” kata Qistina.

“Qis, suara tu tak penting. Yang pentingnya seruan Ilahi tu. Pergilah singgah surau tu dah azankan then blehlah kau tgk siapa yg alunkan azan td.Kau kan tak pernah gi menjenguk surau tu sepanjang duk kampus ni melainkan klu ada event yg diwajibkan! Baru kau nk gi kan…”. Sindir Ina dengan sinisnya.

Alah…kau pun sama jugak Ina, 2 kali 5 je kau dengan aku… kata Qis dlm hatinya. Geram pun ada kadang2 dengan Ina ni. Bikin aku panas jer…

9.00 mlm, dibilik Qistina.

Qis bersiap-siap utk keluar bersama teman-temannya. Apa lagi hobinya kalau tak melepak mlm2 sambil mengambil gambar. Qistina memang suka mengambil gambar. Itulah hobinya. Kamera mahalnya tidak pernah lekang darinya. Gambar2 yg diambil oleh Qis memang cantik. Walaupun dia tidk mengambil kos fotografer  tetapi hasil gambarnya sgt menarik. Inilah kelebihan yg ada pada Qistina. Dia seorang yg periang, bersosial, pakaian ala2 kelakian melainkan pergi ke kuliah. Sebb pergi ke kuliah WAJIB pakai bj kurung.


Bulan ini bulan yg amat bz. Bz dengan assignment…huhu..tensionnya. Hari2 kena gi library utk cari bahan. Kalau tidak disebbkan assignment, jgn harap Qistina nk gi library. ^_^

“Manalah buku ni. Time aku nk guna mesti tak jumpa, time aku tak nak guna, boleh pulak selalu jumpa,” rungut Qistina. Apabila Qistina hendak mengambil sebuah buku ni, tiba2 dia merasakan ada org lain jugak yg ingin mengambil buku yg sama disebelah sana. Apa lagi, Qistina pun tidak mahu mengalah terus diambilnya buku itu. Dia melihat, rupa2 seorang lelaki yg ingin berebut dengannya. Lelaki itu tak cakap apa, just melemparkan senyuman dan membiarkan Qistina mengambil buku itu. Padahal, Qistina merasakan lelaki itu yg lebih berhak, tetapi Qistina tak kisah, dia lebih memerlukan buku itu.Tentang lelaki itu, biarkan…hehe ^_^ Qistina pun berlalu pergi utk meminjam buku itu dan pulang ke hostel.



Ina melihat Qistina tersenyum senyum mcm kambing. Ina ingin tahu apa yg menyebabkan Qistina tersenyum begitu.

Prang!!! “ Mak oii kau jatuh…!” melatah Qistina sekjap. “Mak sape yg jatuh Qis…ke kau yg tengah angau…, perli Ina dgn senyuman yg melirik ^_^.



“Kau ni kan Ina cubalah bg aku peluang nk bersenang-senang sekejap. Dahlah aku tengah tension nk buat assignment ni. Kau pulak cari pasal dengan aku,” balas Qistina dengan sedikit nada yg agak geram.

“ Sorrylah Qis…aku gurau jer td, terbaling bantal je pun…Takkan nk marah kot. Aku tgk kau ni asyik tersengih-sengih jer pehal….Cuba citer kat aku.Sharelah Qis…,” merayu Ina seakan-akan seperti budak kecil berumur 5 tahun.

“Aku dah jumpa…jumpa putera A … hehehe…,” blas Qistina. Ina dengan penuh tanda Tanya.
Putera A??? Putera A apa ni Qis… cuba jgn buat aku tertanya-tanya. Kau suka mcm ni tau… A apa..? Ayam ka? A… apa ni???? Jangan2 kau ni…

Library lagi…


Qistina keseorang lagi. Ina tak dapat menemankan Qistina utk ke library lagi.
Semasa sedang khusyuk membaca buku…Tiba2…

“Saudari…ana nk ambil buku ana sekejap kat bawah hp enti tu,bleh?” kata seorang lelaki yg memakai baju warna hijau. Kemas orngnya.
Qistina memandang lelaki berkenaan dgn penuh khusyuk hinggakan matanya tidk berkelip-kelip. Qistina langsung tidak peka apa yg lelaki tu mahukan sebenarnya. Terus menerus dia menatap wajah lelaki itu.

Smartnyer lelaki ni, walaupun dia tak hensem mcm Shah Rukh Khan…tetapi sedap juga mata aku ni memandang, monolog Qistina di dalam hati.

“Saudari, tak baik klu muslimat pandang muslimin mcm ni. Allah tak suka…melainkan klu ana ni suami enti bolehlah pandang lama2,” kata lelaki td dengan nada yg lembut tp agak tajam juga kata2 yg dilemparkan dan menyebabkan Qistina cepat2 mengalihkan pandangannya.


“Nama awak ‘ana’ ke? Mcm nama perempuan jer…,” soal Qistina. Lelaki berkenaan hanya melemparkan senyuman mengambil barangnya di atas meja dan berlalu pergi. Tanpa memberitahu nama yg sebenrnya.

Emm..biarlah. mungkin betullah tu namanya. Mungkin itu nama samara. “Ana”…mcm nama perempuan.hehe. Ade ke lelaki nama mcm tu..? Mestilah ada..Tu lelaki td yg aku jumpa tu apanyer. Oooo…’ana’ namanya, detik hati Qistina.

Seperti biasa Zikir akan pergi ke surau utk melaungkan azan. Zikir merupakan pelajar yg baru pindah ke kampus itu. Dah 3 minggu dia berada di kampus itu. Dia bukan dari kos agama tetapi mengambil jurusan dlm bidang perhotelan. Walaupun begitu, ilmu dlm bidang agama cukup mendalam dan cukup luas. Malah dia juga sering menyampaikan kuliah2 ilmu agama di surau.  Inilah yg dikatakan , nk berdakwah bukan hanya tanggungjawab  org2 dlm kos agama jer…tetapi selagi bergelar ISLAM dkwah itu perlu disampaikan tidak kira org yg menyampaikan itu dari kos apa, kos engineer ke, kos  IT ke, maka perlu menjalankan tanggung jawab ini.
Qistina mendengar laungan azan maghrib berkumandang.Tenangnyer dengar apabila azan berkumandang.

“Siapalah yg alunkan azan ni…Sedap betul… Agak2 bilalah aku nk gi surau tu yer. Dah lama jugak aku tak jenguk2 surau kat kampus ni. Solat berjemaah pun dah lama aku tinggalkan. Bilalah aku nk berubah yer…Adakah aku akan berubah apabila aku jumpa dgn” Putera A_ _ _ A” aku tu… Entahlah… Layak ker aku n ink dapat suami yg mcm tu, yg boleh ajak aku solat Jemaah sama2, gi masjid sama2, ajar aku dlm ilmu agama… Aku rasa ak ni memang tak layak dpt suami yg mcm tu lainlah klu aku ni bertudung labuh, berjubah…Dah gerenti bleh dapat suami yg mcm tu. Nak dibandingkan dengan aku yg 100 kali berbeza…dengan pakai seluar jeans 24 hours, tudung pun kadang2 pakai kadang tak pakai, melepak tgh2 mlm, snap gambar sana sini tgh2 mlm. Solat pun ada tinggal lagi. Jauh sekalilah aku nk dpt lelaki mcm tu…”Putera A_ _ _ A” hanya dlm mimpi jer kot. Qistina2… bilalah kau nk berubah…”berkata-kata Qistina di dalam hatinya. Allah sahaja yg tahu luahan isi hatinya.

Di Pusat Bowling, 10 mlm…


Qistina bersama teman-teman lepaknya seperti biasa…

“Qis, jom ikut aku esok mlm.Tempat baik punya! Kat sana kau bleh snap gambar lg mantap ko tau tak.Terbaik & Sensasi!” kata Jo kpd Qistina.

“Macm best jerkan!bolehlah.Kul bape nk jumpa? Kau amik akulah. Motor aku rosaklah pulak.Susah aku nk gerak sekarang,”balas Qistina yg sibuk membelek buku barunya.

“Tak de masalah Qis…Demi kau aku sanggup buat apa sajer! Aku amik kau kul 10 mlm. Tunggu tempat biasa yer.Aklah ak chau dulu,” jawab Jo dan berlalu pergi.

Keesokan mlmnya,

“Mr. Chow gua ada bawa barang baik punya. Fresh mari! Mesti lu suka punya.Mantap!,” senyum Jo dengan sinisnya.

“Ok…gua tunggu lu punya barang.Mana barang lu tu?,”.

“Tu…kat sana.with her beloved  camera,” blas Jo.

Jo pun pergi mendekati Qistina yg sedang sibuk mengambil gambar suasana kelab tu. Penuh dgn warna warni. Gmbar yg menarik!

“Jo, memang mantaplah tempat ni. Gmbar2 yg aku dapat ni bleh buat koleksi aku yg termahal sekali.hehe… Aku hauslah, nk gi amik air jap,” kata Qistina kpd Jo.

Belum  sempat Qistina melangkah utk mengambil air, Jo terus menyerahkan air coke kpdnya. Qistina pun minum dgn cepatnya utk menghilangkan hausnya.

“Rasakan kau Qis…kau lah mangsa aku yg seterusnya.Tak sia2 aku kenal ko!,” monolog  Jo dlm hatinya.

Qistina sudah mula berasa kepeningan dan tiba2…


p/s: ikuti sambungan yg seterusnya nanti... ^_^ saber yer teman2...

0 comments: