Saturday, October 29, 2011
Buat mereka yg bertudung labuh...
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.
Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.
Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.
Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.
Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.
Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.
Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.
Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.
Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.
Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!
Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....
Posted by Atiq_SmiLe :) at 5:03 AM 0 comments
Friday, October 28, 2011
--Perpisahan itu sesuatu yg pasti--
Salam perjuangan..bertemu lagi dlm alam maya ini.Alhamdulilah..Allah bg kesempatan kat ana... Tinggal beberapa bulan jer lagi berakhirnya tahun 2011...sekejap masa berlalu..rasa mcm baru semalam jer tahun baru..hehehe
Setiap pertemuan pasti ada perpisahankan..kadang2 susah nk terima utk berpisah tetapi itu bukannya satu pengakhiran tetapi adalah satu permulaan kehidupan... Sedih rasanya apabila kita mengenali seseorang tu dan akhirnya kena berdepan dgn perpisahan...huhuhu...
Tapi itu tidak bermakna ukhwah terhenti setakat itu shajakan...Ana harap ia bukan berhenti setakat itu..
To Kak Ya, Kak Muni, Kak Zila, Kak Na, Kak Ain dan kpd kakak2 dan abg2 senior yg tak lama akan tamat pengajian bg sem 8 tahun ini, ana ingin mengucapkan salam perpisahan...dan ana ingin memohon maaf atas segala kekasaran, terkasar bicara, atau ape2 sahaja mohon maaf yer...
Ana juga nk ucapkan terima kasih kerana banyak membimbing ana dan membantu ana dalm mentarbiyyah diri ana. Antum banyak mengajar dan menasihati ana... Ana masih perlukan nasihat daripada antum walaupun antum dah keluar dari kampus...Harapnya kita masih boleh berhubung lagi... :) Banyak kenangangan kita bersama sepanjang perkenalan ini. Ana rasa bersyukur krn Allah bg peluang kat ana utk mengenali antum... Antum semua org yg Hebat! Mesti lepas ni akan rasa sunyi tanpa kehadiran antum di kampus nanti..huhu.. Semoga antum akan terus berjaya di sekolah nanti. :) teruskanlah perjuangan di luar sana krn diluar sana sangat memerlukan antum... berkhidmatlah dgn ikhlas...
Nanti klu nk kahwin jgn lupa jemput ana...hehe...
UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR... TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA.... -IMAM AL GHAZALI-Posted by Atiq_SmiLe :) at 8:02 AM 0 comments
Sunday, October 16, 2011
Layakkah aku...
Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah masih beri kesempatan kpd ana utk meneruskan mengupdate blog ini... bersyukur krn masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam...
Biasalah sahabat2...apabila kita memegang tampuk kepimpinan terutama jawatan yg tinggi, minda kita sering berputar-putar dan memikirkan persoalan LAYAKKAH AKU....Kadang2 kita rasa tak mampu nk buat utk pegang jawatan ini..krn ia terlalu berat.
Ana tersentuh dgn kata2 seorang sahabt ana...Yang beri jawatan ni siapa...ana hanya mampu mendiamkan diri, tak mampu nak cakap...Dgn lembut dia berkata...dgn izin Allah, enti diberi jawatan ni... Allahurabbi..masakan ana bleh lupa, semua itu Allah yg aturkan...perjalanan hidupku, matiku, jodohku, jawatan2 yg pernah ana pegang semua itu dgn izin Allah... Apabila mengenangkan itu, ana tidak mampu berkata apa-apa...kelu lidah utk berkata-kata...
Fikiran ana masih dibelenggu lagi dgn penerimaan sahabat2 yang lain terhadap ana...Risau klu2 ada sahabat yg tidak selesa dgn diri ini...Tp ada satu yg ana pegang...jgn fikirkan apa org lain kata, buatlah sesuatu asalkan ia betul dan memberi manfaat dan teruskan bergerak...Tapi bukan bermakna ana bergerak seorang diri, ana memerlukan sahabat2 utk membantu...kemanisan buat kerja secara beramai-ramai berbanding perseorangan amat lain. Ana rasa seronok apabila kerja dgn sahabat2 yg saling faham memahami, bertolak ansur, sabar dan lain2...tp adakalanya Allah menguji ukhwah yg terjalin sama ada betul2 ikhlas atau tak...Alhamdulilah dapat ditangani dgn baik... Berlapang dada dan sabar sangt perlu dalam jalinan ukhwah... klu nak diikutkan terasa hati tu memang ada, tp ana rasa perlu rasanya utk abaikan perasaan ini sebb ia tidak menguntungkan malah merugikan...Manusia mana yg tidak buat silap..maka yg paling baik...berikanlah kemaafan...
Dalam fikiran ana sering menyatakan sememangnya ada org yg lebih layak drpd ana...Ana bukanlah org yang baik, terlalu banyak kelemahan yg ada dlm diri. Ya Allah....ana risau, bila mana ana tersungkur, tiada sahabat yg ingin tegur atau nasihat ana...
Namun, bila difikir-fikirkan semula... sememangnya perancangan Allah itu lebih baik...Hendakkan kemampuan dan kekuatan itu perlu sentiasa jaga hubungan dgn Allah, supaya Allah sering membantu hambanya sama ada dlm susah mahupun senang.Letakkan semuanya pada Allah. Maka pikullah amanah yg diberikan sebaiknya, niat dgn betul...InsyaAllah semua akan jd mudah... Apabila hubungan dgn Allah jaga, maka segala ujian dan cabaran dapat dihadapi dgn tenang...
Ya Allah..hambaMU ini memerlukan petunjukMu..
Berikan hambaMU kekuatan...tak tertanggung rasanya tanpa bantuanMU...
Permudahkan urusan hambaMU..
Pimpinlah hamabaMU...
Bantulah hambaMu dapat membuat keputusan yang betul dan keputusan itu bukan atas dasar emosi diri ini...
Ameen...
Posted by Atiq_SmiLe :) at 6:19 PM 0 comments
Monday, October 3, 2011
-...Aku Terima Nikahnya...-
Salam perjuangan... alhamdulilah, beberapa hari yang lalu telah tamatnya kursus pra perkahwinan bagi tahun ini. Ana rasa ini merupakan program PGPI yang terakhir bg sesi 2011 ini. Walaupun ana tak mendaftar sebagai peserta utk kursus kali ini, tp ana ada jugak masuk ke slot2 utk tambah ilmu dalam mendirikan rumah tangga ni. Apa taknya, ana dah amik lama kursus ini bersama pimpinan PGPI masa ana mula-mula masuk dlm PGPI, masa tu ppismp sem 2 ke atau 3 mcm tu...banyak ilmu yang disampaikan oleh ustaz2...dan semuanya menarik dan sangat berguna dlm mendirikan rumah tangga...
Sebelum ana mengikuti kursus kahwin ini, ana selalu beranggpan yang kahwin ini suatu yang mudah dan senang. Tapi bila ana masuk kursus tu pandangan ana berubah sama sekali. Rupa-rupanya perkahwinan bukan sesuatu yang mudah...huhuhu.. Ini menyebabkan ana kena pikir berkali-kali tentang bab nak kahwin ni... Tanggungjawab amat banyak..tetapi ganjarannya sangat besar disisi Allah sekiranya kita ikut apa yg Allah tetapkan...
Apa-apa pun pokok kebahagian dlm rumah tangga bermula dgn agama. Kalau kita ikut perintah Allah dan Rasul maka semua akan jadi mudah...Dan apa yg penting kena tau yang pilihan hatinya JAGA WAKTU SOLAT. InsyaAllah...pasti akan bahagia dan dpat atasi2 masalah dlm rumah tangga dengan sabar dan tahu teknik apa yang perlu digunakan semasa mengahadapi sebarang ujian... Perkahwinan merupakan suatu kesenian...perlu kreatif...
Bagi yang tidak berkahwin lagi atau tiada pilihan hati lagi, berdoalah dari sekarang spy pasangan kita itu dapat ikut perintah Allah dan dapat menerima kita seadanya. Bukan sahaja kelebihan tetapi termasuklah kelemahan diri setiap pasangan... Apabila ada hubungan suami isteri, kenalah saling ingat mengingati antara satu sama lain dalam mentaati suruhan Allah. Bukannya ingin melepaskan nafsu semata-mata...Ana doakan antum ketemu jodoh semuanya. dan belajarlah cari ilmu dlm membina keluarga yang bahagia...
Posted by Atiq_SmiLe :) at 8:31 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)