? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 19, 2011

JOM INFAQ! BULAN PENGHAYATAN ISLAM KINI KEMBALI...





Ana dgn rasa rendah diri ingin memohon SUMBANGAN IKHLAS DARIPADA SAHABAT2 UTK MEMBANTU PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM (PGPI), IPG KAMPUS PERLIS untk membantu kami melakukan kerja dakwah di kampus kami. Banyak program yg akan dilaksanakan sepanjang BULAN PENGHAYATAN ISLAM ini. Bulan ini telah diadakan pada tahun lepas dan kali ini BULAN PENGHAYATAN ISLAM YG KE 2 AKAN MENYUSUL LAGI DENGAN PROGRAM YANG LEBIH KEPADA TAFAQUH FIDDIN...terdapat juga aktiviti yg lain termasuklah malam kemuncak BPI 2011 jemputan daripada kumpulan DEEVOTEES...






Maka, kami memerlukan sumbangan daripada pihan puan, tuan, dan semua pembaca yang membaca blog ini. Jumlah wang ringgit tidak penting tp yg PENTING KITA MEMPUNYAI KESEDARAN UTK MNDERMA WALAUPUN SEDIKIT IKUT KEMAMPUAN MASING2...marilah sama2 kita bantu gerak kerja dakwah islam di kampus...

Program2 yg dibuat bukan hanya tertumpu warga kampus, tetapi semua warga MALAYSIA...

JOM PAKAT2 MAI KE IPG KAMPUS PERLIS!

UTK KETERANGAN LANJUT, ANTUM BLEH LIHAT INFO2 DIBAWAH NI;


Nantikan kemunculannya bpi di IPG Kampus Perlis.






penuh debaran...

penuh kemeriahan...

penuh keberkatan...
penuh dengan program-program islamik...

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan dana bagi melancarkan dan menjayakan program-program yang telah dirancang sepanjang Bulan Penghayatan Islam itu nanti. Semoga segala amal soleh serta amal jariah saudara/saudari dibalas sebaik-baiknya oleh Allah swt di dunia dan akhirat. InsyaAllah !!!

Maklumat lanjut sila hubungi  ana sendiri :
NUR ATIQAH BINTI ISMAIL (013-4619294)


akaun bsn NUR ATIQAH BINTI ISMAIL : 10995-29-00009315-9


Ana sebagai wakil PGPI ingin memohon jasa baik antum semua..dan terima kasih banyak...








Saturday, May 14, 2011

Ganggun Jiwa...?

MENGAPA orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa daripada orang dulu, sedangkan mereka sudah memiliki harta yang banyak. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa terasa kosong. Boleh ustaz jelaskan.

FIRDAUS,
Kuala Lumpur.



Alhamdulillah wassolatuwassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas’alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: “Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna. 

Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.


Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda. 

Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya. 

Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa. 


Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: 
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).” 

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat. 

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud
:

 “Wahai umat manusia! 
Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”

-sumber :diberita harian online-


Memang betul, setiap org ada mengalami masalah gangguan jiwa. Cuma terpulang kat seseorang tu mcm ne nak kawal.Apa yg penting berbalik semula kpd Allah. Jangan lupa Pencipta ini kerana DIA tempat kita bergantung dan semua yg kita dapat lakukan semua atas kehendakNYA...kita nak makan, kita nak pegang pensel dan lain2 semuanya atas izinNYA...klu tiada izinNYA kita tak mampu lakukan apa2...zero! tiada apa yg jadi milik kita,semua Allah punya...kita hanya mampu mengusahakan sahaja...

Namun, manusia ni kadang2 sering mengelak dari berdepan dgn masalah,sanggup lari dan menyalahkan takdir itu sendri...kenapa kita tak letakkan yg masalah itu datang sebb Allah nak bergurau dgn hambanya dan sangat merindui rintihan hambaNYA itu...mungkin kita kadang2 lupa utk merintih padaNYA bila senang atau sibuk dgn aktiviti2...tp bila Allah turunkan ujian, barulah kita sedar dan mendekatkan diri padaNYA kan..?ini termasuklah diri ana sendiri...YA Allah maafkan hambaMU yg sering leka ini..



Entahlah...ana pun kadang2 sampai satu tahap fikir...APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA SESUATU UJIAN YG BERAT ITU MENIMPA DIRIKU...???ADAKAH ALLAH BERSAMAKU KETIKA ITU....maka utk menjadikan Allah bersama kita, PASTIKAN KITA JUGA TAK PERNAH LUPAKAN ALLAH WALAUPUN APA KEADAAN SEKALIPUN...

Sebelum itu, ana nak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan...jawab elok2 deh...moga Allah permudahkan urusan kita semua utk menjawabnya...InsyaAllah


Saturday, May 7, 2011

USTAZ SHAARI MAI PERLIS!!!



Salam prjuangan...maaf krn dah lama tak update blog ni. entri kali ini ana nak ajak sahabat2 semua pi kuliah perdana yang disampaikan oleh ustaz syaari bin ab rahman yang merupakan penulis buku kepimpinan al-fateh... jom pakat2 mai kita kenali siapakh dia AL-FATEH...jom kita serbu SURAU NURL IMAN, IPG KAMPUS PERLIS :)