? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 16, 2011

"Hadis Bimbingan"

1.Jangan Membebankan Diri


Ertinya :" Daripada Anas Bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : "Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

Disebut lafaz-lafaz ini dan lafaz-lafaz yang berlawanan dengannya kerana kadang2 seseorang itu mempermudahkan hanya pada suatu ketika, manakala pada waktu-waktu lain ia sering melakukan perkara yang menyusahkan orang lain. Apabila disebut "jangan menyusahkan" maka tertegahlah segala jenis perbuatan yang menyusahkan. Demikianlah juga halnya pada lafaz "tenangkanlah" dan lafaz berlawanan dengannya.


Hadis ini menggesa agar berlemah lembut dan bersefahaman. Ini kerana, kebanyakan kemaslahatan terhasil dengan cara persetujuan dan persefahaman. Apabila wujud perselisihan maka hilanglah kemaslahatan.

2.Allah bersama jemaah.

Ertinya : DAripada Ibn Abbas r.a Nabi s.a.w bersabda : "Pertolongan Allah bersama jemaah" (Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan : Ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa memberi pertolongan kepada jemaah iaitu majoriti umat islam yang mengikut sunnah di bawah satu kepimpinan atau dalam satu urusan agama.


Ana harap dengan perkongsian 2 hadis ini dapat bermanfaat kepada antum semua. Tiada apa yang ana dapat berikan melainkan perkongsian ini. Ini pun ana ambil daripada buka 300 hadis bimbingan oleh Ustaz Zahazan.  Sama2 kita hayati hadis2 ini...Moga mendapat keberkatannya...

0 comments: