Salam perjuangan...alhamdulilah, minggu lepas family ana telah datang ke Perlis. Seronok rasanya. Cuma ana tak dapat nak luangkan sepenuh masa bersama mereka krn mereka datang time ana kuliah, n then bole malam pulak ana ada meeting...Minta maaf banyak2 ibu ayah n angah sebb tak dapat nak luangkan masa sepenuhnya...
Pada minggu ni pula 19HB HINGGA 22HB/ OKTOBER 2010, ana dan sahabat2 akan berkhemah di Timah Tasoh. Ini wajib pergi utk semua betch sem 4. Dah lama rasanya tak gi camping, rasa mcm malas pun ada...hehehe...Tp memang dah ada dlm modul pengajian, so buat sehabis baik...InsyaAllah. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar.Amin...
Apa yang ana nak kongsi dengan antum semua adalah berkaitan dengan kuasa-NYA, kehendak-NYA...tiada apa yg mustahil bagi-NYA... Sebagaimana yang pernah berlaku beberapa hari lepas berkaitan dengan kemalangan bas ekspress yang melibatkan 12 nyawa telah terkorban. Kita hanya mampu bersimpati terhadap apa yg berlaku...tp TAK PERNAH AMBIL TAHU DISEBALIK HIKMAH YG BERLAKU. dan tidak membayangkan sekiranya kejadian itu menimpa kita, keluarga kita atau orang2 yg kita sayang.... Bayangkanlah amalan kita tak cukup, banyak pulak buat dosa, Allah matikan kita dlm keadaan yang kita tak sangka dan org lain pun tak sangka...TAK TAHULAH RASANYA NAK MENGHADAP ALLAH...dengan amalan yang sedikit jika nak dibandingkan dgn para nabi dan alim ulamak...
Maksiat diakhir zaman ini semakin menjadi-jadi. Golongan muda bertambah leka dan terus lalai. Moga2 kita tak tergolong dlm lingkungan yg sebegitu. Rugi rasanya diri apabila tidak dipenuhi dengan amal kebaikan, hadiri majlis ilmu pada zaman muda ini. RUGI!!! Kita tidak mahu kita menyesal suatu hari nanti...
Takkan nak tunggu dah tua baru nak bertaubat dan buat amal kebaikan???Kematian itu boleh datang bila2 masa tak kira muda atau tua... bahkan sekarang pun boleh mati. Selalulah berdoa kpd-Nya supaya kita dimatikan dlm keadaan husnul khatimah...InsyaAllah...
Lagi satu, Allah tak larang hamba-Nya nak berhibur, tapi ada batas-batasnya...Ikut syariat ISLAM. kan mudah, tenang, diberkati malah dapat pahala... Itu yg kita mahukan.... Gajaran disisi Allah, YANG MAHA PEMURAH...