Salam perjuangan...
Alhamdulilah, Allah masih beri kita peluang utk meneruskan Ramadhan pada hari ini... Ramadhan bulan yang mulia, mengajar untuk tarbiyyah diri...Tp adakah sehingga hari ini diri anda dapat merasai kemanisan Ramadhan??? atau tak rasa apa2...hanya seperti bulan2 biasa, dan hari2 biasa.... Itu tandanya kita tak hayati Ramadhan sepenuhnya... Terawikh pun dah jarang2 pi...kebetulan pulak ada pula perkara yang menghalang seperti assigment banyak, penat, kena buat kuih nak jual utk sok dan macm2 lagi alasan kitakan... Manusia yang sememangnya memang telah diprogramkan oleh syaitan utk teruskan tabiat2 yang lama...Itulah sebabnya Ramadhan ni rasa mcm biasa....
Kali ini ana nak bawa satu kisah berkaitan dgn post ana kali ini...
Apabila orang2 kafir di Makkah berterusan mengganggu dan menyiksa orang2 Islam, Nabi Muhammad memerintahkan mereka berpindah ke Habsyah. Kemudian apabila org kafir berterusan menzalimi org Islam, Nabi Muhammad mereka berpindak ke Madinah.
Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-siddiq terpaksa berhijrah ke Madinah bagi mengelakkan ancaman kafir Quraisy yang merancang membunuhnya. Kalendar Islam dimulakan sempena peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah.
Itulah kisah yang berkaitan dengan HIJRAH...Nabi Muhammad berhijrah disebabkan Islam mendapat ancaman daripada org kafir. Maka Allah menyuruh Baginda untuk pergi berhijrah.
Tapi
bila pula KITA NAK BERHIJRAH???Berhijrah ke arah
lebih baik atau LEBIH TERUK??? Pikirlah sendiri... Manusia akhir zaman banyak dugaan dan ujian. Ujian dari kesenangan, kelesaan dan hiburan.... Fitnah dajjal sekarang semakin berleluasa... Adakah kita tergolong dari fitnah dajjal ini??? Ya Allah...lindungilah kami...
Sahabat2 yang ana kasihi,
Nabi Muhammad berpesan,
Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhinya
(direkodkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)
Shabat2ku sekalian, cuba kita muhasabah diri kembali sampai tahap mana usaha kita nak tingkatkan amalan baik kita??? sudah
CUKUP AMALAN KITA KAT DUNIA NI???KALAU KITA DITAKDIRKAN NYAWA KITA HANYA SETAKAT INI, AMALAN KITA CUKUP UTK JAMIN KITA MASUK SYURGA???
Antum sahaja yang tahu jawapannya... Sedangkan Nabi Muhammad sendiri sujud, solat kepada Allah yang Maha Esa sehingga kakinya bengkak,tp kita??? Imam baca ayat panjang dah mengeluh dah risau... Ana tak tuduh sapa2 tap ana tuju kat diri ana sendiri...Sebab ana manusia biasa, mudah kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan.... Ya Allah ampunkan hambamu... Tapi tak salah kita usaha nak lawan nafsu kitakan...USAHALAH...
Hijrah juga termasuklah kita dalam melakukan gerak kerja Islam...Gerak kerja Islam mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukannya hanya melepaskan batuk di tangga... Komitmen kita dalam buat kerja Islam mcm ne??? Kita beri ke sepenuhnya komitmen itu??? Atau sambil lewa??? Buat kerja Islam ni banyak pahala yang dijanjikan Allah tapi kalau sekali kita futur maka berdosa besarlah kita...
Ingatlah...
"KITA BUKANLAH YANG MEMULAKAN, KITA JUGA BUKAN YANG MENGAKHIRINYA...KITA ADALAH RANTAI PERJUANGAN" -As Syahid Syed Qutb-
Marilah kita sama2 berusaha untuk tegakkan Islam di negara ini..