? ??????????????Flower Shadow? ????? ?? ???Rating: 4.4 (62 Ratings)??81 Grabs Today. 12700 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??80 Grabs Today. 18361 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 25, 2010

::Harapan menggunung...::

Salam perjuangan...alhamdulilah, hari ini merupakan ana yang keempat. esok last papeR, MUzik prasekolah...harap dipermudahkan.


-KEMPEN TUTUP AURAT-

Lepas habis exam, kerja lain pula yang menunggu...banyak yang perlu diuruskan, kadang2 sampai terlupa n tak tau nak buat yang mane.Blurrrrr........... Tp bila ana pikir2 balik, tanggungjawab sentiasa ada pada kita. Sebelum cuti kena setelkan utk bulan penghayatan islam yang akan diadakan julung2 kalinya di maktab ana. Malah duit yang diperlukan memakan belanja beribu-ribu...Ana dan sahabat2 dalam PGPI harus menggembleng tenaga bagi menjayakan program ni supaya dapat dilaksanakan di maktab. Namun pergantungan pada Allah tidak harus dilupakan...kerana DIALAH yang menentukan segalanya. Harap dapat dilaksanakan dan dipermudahkan oleh Allah...

Tolonglah Ya Allah, bantulah kami...permudahkan kami utk mencari dana bagi menampung kos bagi program ini....

Walaupun kami terpaksa menebal muka utk berjumpa dgn orang ramai bagi meminta sumbangan, tp ana rasa itu merupakan satu tarbiyyah buat diri ini. Bagi mendapatkan sepuluh sen pun, cukup payah...memerlukan perasaan tak malu utk meminta pada org lain. Susahkan nak cari duit... Sebagai seorang daie perlu melalui tarbiyyah seperti ini sebb akan menjadikan seseorang daie itu sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada walaupun hanya sepuluh sen...
Bagi sahabat2 ana yang akan bertungkus lumus bagi mencari dana bagi program BPI, teruskanlah...jangan berputus asa, semoga apa yang diobjektifkan oleh YDP PGPI kita dapat dicapai. Apa yang penting ialah kita perlu komitmen untuk melaksanakan tugas ini dan lakukanlah sehabis baik!!! BUKAN SAMBIL LEWA!!!ALLAH AKAN PERMUDAHKAN KITA KALAU KITA BANTU AGAMA ALLAH...TP JANGAN LUPA UTK BERDOA KEPADANYA SUPAYA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN...

Saturday, May 22, 2010

;;Jangan zalimi diri antum...;;

Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah masih peluang utk ana update blog ni. Rindu rasanya utk meluahkan kata2 yang ternuku di hati.

Apa yang ana ingin nak sampaikan : JANGAN ZALIMI DIRI ANTUM!!!, Tolonglah.... Antum dah tahu banyak keburukan klu antum mengamalkannya tp KENAPA NAK BUAT LAGI???


Dah mcm2 cara dibuat utk tegah tp kenapa antum semua masih berdegil, degil dan terus berdegil... Kerana ia akan menyebabkan diri antum merana tanpa disedari. Malah ia akan membahayakan dan membunuh orang lain, klu tak kasihankan diri antum pun kasihanilah pada orang yang berada disekeliling antum semua...Anak, Isteri, Ibu ayah, sahabat dan lain2....Takkan disebbkan antum, mereka yang kena menanggung risiko sprt batuk2,kanser dan lain2. Tapi antum dalam keadaan yang sihat, masih meneruskan amalan itu...MANA PERGINYA SIFAT KEMANUSIAAN ANTUM??? Sedarlah...sesiapa yang masih bergiat aktif dengan amalan itu hentikanlah. Pergilah berjumpa mana2 kaunselor dan antum perlu muhasabah diri utk menghentikan amalan tak sihat ni.


Ana pun ingin merayu pada sahabat2 ana yang masih meneruskan amalan ni atau yang baru mencuba tolonglah elakkan...sayangi diri antum, antum masih muda...terutamanya bagi muslimin yang masih muda, hentikanlah...Banyak benda yang kita boleh buat dengan duit yang anum gunakan utk bli benda tu. Daripada antum bli benda tu, baik antum sedekah....dapat jugak pahala...

Maafkan ana sekiranya kata2 ana buat antum tak puas hati terutamanya kepada yang mengamalkannya...Ana terpaksa tegur sebb ana sayangkan antum semua, saudara sesama islam. dlam islam nasihat-menasihati perlu dijadikan budaya dan kebenaran itu kadang2 memang menyakitkan...tp kita perlu menerimanya...

BERMULALAH DARI SEKARANG, HENTIKAN MEROKOK!!!

Tuesday, May 18, 2010

Umur MENINGKAT, amalan BERTINGKAT-TINGKAT

Salam perjuangan.... alhamdulilah bertemu kembali...


Post kali ini berkaitan dengan umur yang semakin meningkat...tajuk post kali ini ana ambil idea dari junior ana iaitu AMAL...Terima kasih amal... 

Hari ini 18 mei 2010 genaplah umur ana iaitu 21 tahun...alhamdulilah, kematian pun semakin menghampiri ana.Namun adakah amalan ana bertingkat-tingkat dari tahun ke tahun atau hanya berada di akuk yang sama... Tak tahulah ana nak cakap, umur semakin bertambah, cabaran dalam hidup semakin meningkat, tanggungjawab semakin besar, sahabat semakin ramai, maksiat hati takut semakin menguasai diri....Ya Allah peliharalah hambamu ini. Aku takut dan bimbang sekiranya aku jauh dari -Mu...Turunkanlah hidayah kepadaku,....

Terima kasih buat sahabt2 ana yang ucap kat ana, sepupu, ibu ayah ana dan sesiapa yang mengenali diri ana....Ucapan2 yang dihadiahkan buat ana amat berharga.


HADIAH YANG PALING BERHARGA BUAT ANA IALAH....KERANA ANTUM SEMUA SANGGUP BERKAWAN DENGAN ANA. SEMOGA IKATAN UKHWAH KITA DIREDHAI OLEH ALLAH...

BUAT FAMILY YANG TERSAYANG: TERIMA KASIH KERANA BERKORBAN APA SAJA UTK ALONG... 
Trima kasih buat junior ana SYAHID yang hadiahkan bantal...hehehe,memahami adik ana sorang ni. THANKZ TAU... kat anith n amal sebb nak buat kejutan tp tak jadi...tp seronok jugak tgk gelagat korang.kak tiqah takkan lupakan.... Buat sahabatku anis sakinah, thankz sbb hadiahkan buku yang bertajuk "pesona cinta"... Nanti ana baca, nak baca skang tak dan, nak exam... :) Terima kasih jugak kat classmate sebb nyanyikan lagu hari jadi.Segan rasanya...

Oklah, sampai di sini saja post kali ni, klu free ana post lain kali. wasalam... Ingat Allah sokmo.... 

Monday, May 17, 2010

Bergantung haraplah kepada-NYA...


Salam perjuangan... Allah masih beri kesempatan kepadaku untuk terus berada di ruangan ini... Alhamdulilah. Entahlah, exam dah nak dekat tinggal beberapa jam je lagi. rasa takut nak menghadapi exam mesti ada...Ana yakin antum pun mcm tu jugakkan???

Namun ingatlah wahai sahabat2 ku, mintalah kepada Allah semoga Allah permudahkan kita untuk menjawab soalan2 peperiksaan dengan cemerlang dan apa yang paling penting dapat jawab dengan hati yang tenang... Ketenangan itu yang paling mahal sekali. Apabila ada Allah salurkan ketenangan itu pada kita barulah kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan lancar.... Betul tak???

Study pun tak habis2 lagi... Ya Allah jauhkanlah sikap malas dalam diri hambamu ini...


Oklah sahabt2ku...ana ucapkan semoga sahabt2 ana yang nak hadapi exam supaya berjalan lancar hendaknya.... Gud Luck :)


Apa yang PENTING, JANGAN LUPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Saturday, May 15, 2010

:: SeLamaT hAri Ibu...::


Salam perjuangan...alhamdulilah, Allah beri ana kesempatan utk berada di sini. Maaf sebb lama dah tak update sebb banyak sangat kerja kena buat.

Post kali ni ringkas sahaja...cuma nak ucapkan SELAMAT HARI IBU BUAT IBU YANG TERCINTA AINON BT HAJI MAT RAZI. hehehe...maaf lewat ucap, disebbkan kerja dan aktiviti yang banyak kat maktab menyebbkan ana terlupa seketika ibu ana....Nasib baik ada ayah yang mengingatkan ana pada hari jumaat pagi tu. Alhamdulilah....


Semoga ibu sihat sokmo...along sayang ibu n ayah....Minggu ni along start exam, doakan along supaya dipermudahkan untuk jawab soalan. Amin... Biasalah kalau nak dekat exam perasaan takut, nak nangis semua ada... Ya Allah permudahkan aku untuk menjawab soalan2 peperiksaan dgn tenang dan dalam keadaan yang sihat...Amin...

Tuesday, May 4, 2010

..Sukar Dicari..

Salam perjuangan... alhamdulilah, dapat bertemu dengan antum semua... alhamdulilah juga sebb amali muzik berjalan dengan lancar...


Sukar dicari...Inilah tajuk post kali ini. Sebelum tu nak ucapkan ribuan terima kasih kat Diriku yang mereka puisi yang bertajuk Izinkan Diriku, Teman atas permintaan ana mengenai tajuk yang berkaitan dengan ukhwah ini... begitu simbolik dan dalamnua puisi ini buat ana... Kata-kata yang digunakan mempunyai maksud yang tersirat... TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

Antara yang ana tertarik  dalam puisi itu ialah :

TEMAN YANG BAIK SUKAR DICARI...
LEBIH SUKAR UTK DITINGGALKAN...
dan MUSTAHIL UTK DILUPAKAN...

Memang, ana sendiri pun susah nak cari sahabat2 yang betul2 baik... Namun, sahabat yang ana ada sekarang ana amat bersyukur krn mereka masih bersama ana, terima kelemahan ana, gurauan ana, kadang2 ada jugak yang ana sakitkan hati depa....namun kami tetap bersama. Alhamdulilah. Ana nak berkawan dgn orang yang PERFECT BAIK pun tak leh jugak, sebb ana pun ada kekurangan...

Tapi apa yang penting dalam membentuk ukhwahh ini ialah TERIMA SAHABAT DGN LAPANG DADA & FAHAMI SIKAP SAHABAT2 YANG ADA...Memang kadang2 asyik2 kita merasakan yang kita selalu je yang mengalah...KENAPA TAK KWN KITA??? Ada anda terfikir begitu??? Ana yakin mesti ada... Ana pun kadang2 ada terfikir, kenapa ana je yang nak kena bertolak ansur, fahami depa??? Hbis tu perasaan ana???pernah tak terfikir...??? Namun apabila ana pikir2 balik, ini semua ketentuan-Nya. Allah pilih kita untk bertolak ansur sebb kita orang bertuah...sebb kita mampu untuk bersabar...ingat besar pahalanya bagi orang yang bersabar... dan diingatkan jangan sekali2 mengeluh setiap ujian yang menimpa....klu sahabt tak nak faham kita tak pa yang PENTING ALLAH FAHAMI KITA & SENTIASA DI SAMPING KITA... Sememangnya pandangan orang terhadap kita tidak penting yang penting Allah tau niat kita... niat baik..

Sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa tegur sahabtnya apabila buat salah...tapi tegurlah dgn cara berhikmah. biar  dengan kelembutan nasihat yang kita beri dapat memudahkan sahabat kita terima dengan lapang dada nasihat kita...

Ana amik kesempatan sekali lagi mohon MAAF ATS KEKHILAFAN DIRI ANA KEPADA SAHABAT2 ANA YANG MENGENALI DIRI INI...


Monday, May 3, 2010

::AmALi Muzik...Mcm Ne Ni???::

Salam perjuangan...alhamdulilah berjumpa lagi di ruangan ini.


Kali ini ana nak ucapkan good luck to all my frenz sempena amali muzik... Debar jugak rasanya.Yelah, ana sebenarnya kurang meminati muzik, sekarang nak pupuk diri utk minat muzik... Tapi ingat sahabat2 klu nak meminati muzik kena berpada-pada...ikutlah syariat islam dalam memilih hiburan...Islam tak larang kita nak berhibur tp ada batasannya...Baru dapat pahala...

Ana amik kos muzik ni pun baru sem ini. Agak tension skit....tp slow2 nak minat. Mana taknya kena study balik not2 mcm togeh tu dan macm2 lagi...Poning kepala ni....hehehe...InsyaAllah, ana akan pelan2 belajar...


Mutiara kata dari sahabat ana, FATIN RBT...

Tegur aku jika aku mulai sombong...
Tegur aku jika aku mulai angkuh...
Tegur aku jika aku mulai salah...
Kerana aku masih perlukan sahabat seperti anda semua, hari ini...esok dan selamanya... :)


Sunday, May 2, 2010

:..Mencintai-MU tidak kenal waktu..::

Salam perjuangan... alhamdulilah, kita bertemu sekali lagi di ruangan ini. Masuk hari ni dah dekat 2 bulan lebih tak balik rumah...rindu betul kat kg. Semalam ada sambutan family day kat kampung ana sebelah ibu. Mesti seronok sambutannya dapat jumpa sedara2... Ana hanya sempat sms adik ana saja bertanyakan suasana di sana... Nak balik rumah sekejap sangat so buat keputusan tak balik kg...

Baiklah kita pergi kepada tajuk post kali ini. Mencintai-Mu tidak kenal waktu... Ana yakin antum semua pasti dah sinonim dengan CINTA.. CINTA...CINTA... terutamanya pada mereka yang mempunyai pasangan hidup. Cukup seronak dan sinonim dengan ucapan2 CINTA ini... Namun adakah itu CINTA yang hakikinya???

Sememangnya, mencintai Allah itulah yang CINTA TAK MENGENALWAKTU...Sentiasa terasa rindu untuk berjumpa dengannya...So mcm mane kita nak tunjukkan yang kita CINTA kepadanya??? Ana yakin antum tau...mcm mane antum mencintai pasangan antum begitulah antum mencintai Allah...TAPI INGAT MENUNJUKKAN CINTA KITA PADA ALLAH ADALAH LEBIH DARIPADA ITU dan BUKAN SEBALIKNYA...!!! Tp apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya... MENCINTAI MANUSIA LEBIH DIAGUNGKAN DARIPADA ALLAH... Ada yang mencintai manusia sehingga sanggup buat perkara terkutuk, zina, buang bayi, pergaulan tanpa batasan... nauzubillah...Sedih melihat manusia zaman sekarang. Pesanan ini juga buat diri ana juga sebb kadang2 kita yang bercakap ini lebih besar ujiannya takut kita yang buat....Harap dilindungi oleh Allah...


Itulah manusia...kadang2 kita alpa, leka, cuai sampai ada satu tahap tu lupa nak BERSYUKUR atas nikmat yang dikurniakan kepada kita. Ada satu tahap sampai sombong, sombong sampai tak nak bersujud kepadaNya...nauzubillah. Marilah kita koreksi diri kembali, sampai bila kita nak mencari CINTA HAKIKI itu sekiranya kita langsung tidak mahu mencuba untuk menyemai CINTA itu kepadanya...Kita lebih suka cinta kepada manusia, cinta dunia sampai takut nak mati...Ingat, MATI ITU SESUATU YANG PASTI!!! Sampai bila kita nak bersedia???PASTIKAN PERSEDIAAN ITU DILAKUKAN SETIAP MASA, SETIAP DETIK...bukan dah tua esok baru nak bertaubat, barulah nak gi masjid...itu kalau Allah bagi peluang kat kita kalau kita sihat time tu...Buatnya kita tak sihat, nak jalan pun lalu...emm...belum tentu kita dapat laklukan. Ana yakin, kalau tiada kesedaran kita untuk melahirkan CINTA KEPADA-NYA mulai sekarang kita akan terus leka dibuai cinta duniawi...melainkan Allah bagi kita hidayah...

Manakala yang cuba untuk melahirkan KECINTAAN ALLAH bermula dari sekarang, maka teruskan...ISTIQAMAH.. Moga Allah tetapkan hati antum semua... InsyaAllah..


MUTIARA KATA DARI SAHABAT ANA:

"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari Allah, tanda kasih sayang-Nya, jua penghapus dosa... & kata seseorang saudaraku: bersabarlah, bukan usahamu sia-sia...cuma kemenangan yang lewat tiba..."